NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau : BN Tewas, Pengundi Sungai Limau Kekal Pilih PAS Walaupun Calon Proksi Phaholrazi


Sebelum itu, tahniah buat skuad Pahang yang berjaya menewaskan pasukan Kelantan 1 - 0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam sekaligus mengakhiri penantian 21 tahun penyokong skuad Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka bergelar juara. 

Walaupun kecewa kerana Kelantan gagal mempertahankan Piala Malaysia buat kali ketiga, saya akur kerana kalah menang adat dalam pertandingan. Malah sahabat blogger RBF dilaporkan masih dalam keadaan trauma ekoran kekalahan Kelantan.

Itu cerita pasal bola...

Kita tinggalkan cerita bola, kita kembali kepada Pilihan Raya Kecil N20 DUN Sungai Limau di mana lebih kurang satu jam sahaja lagi seluruh pusat pengundian akan dibuka oleh SPR bagi membolehkan 27,000 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penduduk Sungai Limau.

Persoalannya mampukah BN merampas kerusi Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu PAS?

DUN Sungai Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dikuasai PAS selama lima penggal di mana semasa PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi kerusi tersebut majoriti 2,774 undi.


Mengikut pemerhatian saya BN memiliki peluang yang cerah berdasarkan sikap dan penerimaan pengundi terhadap jentera kempen BN berbanding sebelum ini. 

Menurut penduduk tempatan, berdasarkan beberapa Pilihan Raya yang lepas, masyarakat Sungai Limau dikatakan agak sukar menerima kehadiran jentera BN di kawasan mereka.

Namun keadaan ini mula berubah selepas pengkhianatan dan komplot dalam PAS Kedah terhadap arwah Ustaz Azizan. 

Selain itu kejayaan BN yang dipimpin oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mentadbir selepas berjaya merampas Kedah dalam PRU13 yang lalu turut mengubah sokongan pengundi terutama golongan muda untuk menyokong BN.


Sokongan terhadap PAS dikatakan dipengaruhi oleh Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid iaitu antara sekolah pondok yang dikunjungi oleh Dato Mukhriz Mahathir berbanding PAS yang sibuk menggantung replika kaki arwah Ustaz Azizan bagi meraih undi simpati penduduk Sungai Limau.

Manakala berdasarkan kajian Ilham Centre sehingga saat akhir kempen PAS meraih sokongan sekitar 55 ke 60 peratus pengundi diekori BN sebanyak 40 ke 45 peratus.


Hasil kunjungan saya sepanjang dua hari di PDM Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permatang Buloh dan Sungai Dedap. PAS dijangka mengekalkan kerusi Sungai Limau sekaligus menafikan usaha BN untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

Melalui kemenangan PAS yang akan diumumkan seawal jam 9.00 malam oleh SPR yang turut menyediakan 18 generator TNB - membuktikan bahawa pengundi Sungai Limau tidak mempertahankan maruah arwah Ustaz Azizan kerana tetap memilih proksi Phahrolrazi atas dasar ingin mengekalkan kawasan tersebut kepada PAS.

Ia turut mengagalkan usaha Dato Mukhriz Mahathir untuk menunaikan pesanan arwah Ustaz Azizan ketika menyerahkan pentadbiran negeri, agar menjaga dan mentadbir negeri Kedah dengan baik malah lebih baik dari apa yang dilakukan olehnya.

Walaupun menang dan berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau, percayalah kemenangan itu tidak bermakna, kemenangan itu tidak semanis kemenangan BN merampas negeri Kedah ketika PRU13 yang lepas.

Saya tidak yakin pengundi Sungai Limau membaca blog saya atau tidak - jika ada sahabat pembaca yang merupakan pengundi berdaftar di DUN Sungai Limau. Tiada apa yang saya mahu katakan selain tahniah kerana Sungai Limau tetap kekal kepada PAS tapi dikuasai Phahrolrazi.


YY : Menang merampas pentadbiran negeri lebih manis dari kejayaan mengekalkan kerusi DUN...

6 comments:

Anonymous said...

Saya membaca dan cuba memahami maksud ucapan tahniah admin. Nampak gaya macam sudah jangka BN akan kalah dan hanya berjaya mengurangkan majoriti PAS. Namun apa pun kita sama-sama doakan agar BN berjaya.

Pakteh said...

Bantuan 2 juta utk sekolah cinabeng adalah punca ramai melayu memberi undi pada PAS. Jika BN menang, habuan 2 juta utk cinabeng. untungnya penduduk cina sg limau.

Anonymous said...

PAS bakal menang PRK Sg. Limau, tapi dengan kelebihan majoriti hanya 500 undi sahaja, itu kata mamposs bean. dari 2,7++ hanya tinggal 500 undi. Satu kemenangan moral buat BN...

Anonymous said...

mengurangkan majoriti satu kejayaan..kemenangan satu hadiah besar..undi cina jadi taruhan kemana arah sokongan mereka..bn telah berkempen sepenuh usaha..sama2 nantikan keputusan..

Yuseri Yusoff said...

betul, macam saya kata PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau tapi tidak semanis kejayaan BN merampas Kedah.

Satu PDM saya meleset, Bkt Choras nampak gaya jadi kubur buat PAS.

Tahniah jentera BN...

Anonymous said...

MAbuk ketum admin page ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...