NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Imigresen. Show all posts
Showing posts with label Imigresen. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Tidak Puas Guna Timbalan, Datuk @KP_JIM Guna JPA Beri Tekanan Kepada Pengarah @imigresenmy Negeri?


Gambar di atas bertarikh 14 November 2014, di mana hari Datuk Mustafa Ibrahim dilantik menggantikan Datuk Aloyah Mamat sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

Selepas ketengahkan kes pegawai Imigresen TPP1, Johari Supardi yang dikatakan diarah bertukar selepas beberapa hari menolak suapan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah restoran di Selangor yang dimiliki oleh kenalan kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Saya bertindak berdiam diri seketika, tujuan saya untuk melihat respon daripada Datuk Mustafa sendiri.

Harapan saya supaya Datuk KP tampil membuat penafian atau seseorang akan dihantar untuk memberi penjelasan kepada saya.

Jangkaan saya tepat - sebaik artikel tersebut disiarkan, saya dihubungi seseorang melalui laman whatsapp.

Malangnya, dua alasan bodoh yang mampu diberikan oleh individu tersebut kepada saya.

Demi menjaga nama baik beliau, kita abaikan saja identiti sahabat yang bertindak perantara kepada Datuk KP Imigresen.

Saya tidak tahu apa niat beliau, namun antara alasan yang diberikan bagi menjawab pertanyaan saya adalah ;
  • TPP1, Johari Supardi secara sukarela minta ditukarkan dari bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Imigresen Negeri Selangor ke Depo Tahanan Imigresen yang terletak di Ajil.
  • TPP1, Johari Supardi belum menerima surat pertukaran - jadi isu yang saya ketengahkan tidak sepatutnya timbul.
Hahaha..

Saya percaya majoriti kakitangan Imigresen akan ketawa terbahak-bahak bila membaca alasan pertama Johari Supardi ditukarkan.

Lebih mencuit hati, Johari Supardi tidak menerima sebarang surat pertukaran - ironinya bagaimana surat tersebut boleh terlepas dan didedahkan dalam artikel sebelum ini?


Logikkah pegawai berpangkat TPP1 Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang bertugas di bahagian penguatkuasaan secara sukarela minta ditukar menjaga Depo Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu sedangkan isteri beliau berada di Selangor?

Bagero punya alasan...!

Tak mengapa, kita ketepikan kes membabitkan TPP1, Johari Supardi - kita terima saja dua alasan tersebut.

Saya mahu tanya soalan terbaru, apakah benar baru-baru ini - Pengarah Imigresen Negeri Selangor telah dipanggil oleh pegawai dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk ditukarkan?

Di mana dalam temubual antara pegawai JPA dan Pengarah Imigresen Selangor itu - pegawai JPA bertanyakan soalan.

"Macam mana hubungan awak dengan Datuk KP...?"

Bersambung, bila saya rasa nak sambung OK..!

Datuk Mustafa Ibrahim buat rilek je, makan Tom Yam seperti biasa OK.

Kita layan lagu dulu...

Arioss...!



YY : tolong simpan alasan mahu tolong Melayu - kerana kalau nak tolong Melayu sekalipun tidak perlu aniaya pegawai bawahan - Apa punya turrr level KP JIM kalau ini macam...?

Wednesday, April 29, 2015

Pegawai @Imigresenmy ditukar sebab tolak rasuah atau kerana serbu restoran rakan kepada @KP_JIM?


Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lebar, apatah lagi mahu bertanyakan pelbagai soalan persis mantan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kerana isu membabitkan pendatang tanpa izin (PATI) bukan baru diperkatakan.

Namun untuk tiga operasi yang baru dijalankan di sekitar negeri Selangor beberapa hari yang lalu.

Terdapat beberapa perkara yang mencuri perhatian saya.

Laporan di beberapa akhbar mendakwa Timbalan Penolong Pengarah 1, Johari Supardi menolak sogokan dari majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja tanpa permit yang sah.

(Rujuk ruangan yang dimerahkan dalam tiga keratan akhbar)



Bermakna Johari Supardi seorang pegawai yang jujur dalam melaksanakan tugas dalam menguatkuasakan undang-undang demi keselamatan negara.

Ironinya, di sebalik kejujuran Johari Supardi menolak sogokan beliau bukan diberi anugerah pegawai contoh oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen tetapi ditukar ke Depo Tahanan Imigresen di Ajil berkuatkuasa 4 Mei 2015.

(Rujuk surat arahan tukar dari Ketua Pengarah Imigresen)



Jadi, timbul satu persoalan kenapa Johari Supardi secara tiba-tiba ditukar selepas beberapa hari beliau menolak sogokan ketika menjalankan serbuan ke atas beberapa buah premis di Selangor?

Apakah Johari Supardi ditukar kerana beliau menolak sogokan?

Selain itu, ada yang mendakwa ketika serbuan dilakukan ke atas satu restoran oleh Johari Supardi bersama anggota pasukannya. 

Seorang pemilik restoran mendakwa mengenali Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan minta dilepaskan dari tindakan.

Justeru, apakah Johari Supardi ditukarkan oleh pihak atasan kerana kepentingan peribadi Ketua Pengarah Imigresen dengan pemilik restoran yang diserbu oleh Johari Supardi tempoh hari?

Saya tanya, Dato Ketua Pengarah Imigresen Malaysia kena jawab...!

Arioss...!

Sunday, December 18, 2011

KDN Syok Sendiri - Aduan Pembaca Blog Terhadap Menteri Bertanggungjawab @HishamuddinH2O


Meneliti komen dari seorang pembaca blog, saya merasakan komen-komen sebegini wajar diketengahkan agar ianya dapat membuka mata pihak bertanggungjawab agar lebih peka serta sensitif dengan sebarang aduan yang dikemukakan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan bila meneliti rungutan yang dibuat oleh saudara Shahrul Azman Bin Alang Saidi ini? Suka atau tidak rungutan sebegini perlu di'highlight' kerana kita tahu laporan yang diterima oleh MDN dari KSU yang terlibat dalam perlaksanaan program ini semuanya positif belaka!

Bahagian yang dimerahkan dalam aduan tersebut memerlukan tindakan sewajarnya!

Komen beliau :

Shahrul Azman Bin Alang Saidi said... 
Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan.  
Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja. 
Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui. 
Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan. 
Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.  
Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan. 
Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan? 
Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan). 
Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini? 
Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri. Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya. 
Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri! 


P/s : saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap. 
Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!,  
Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan.  
Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner! 
Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!
YY : Komen ini tiada sebarang proses editing - diambil dari artikel yang disiarkan di SINI 

Saturday, December 17, 2011

"Isu Berbangkit Program 6P Diumumkan Minggu Depan" - Tan Sri Mahmood Adam


Ketika program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan syarikat pendaftar tempoh hari banyak isu berbangkit telah timbul yang mana ada di antara isu tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Saya sendiri menerima banyak aduan yang di emelkan kepada saya, kebanyakkan datang daripada pengusaha syarikat pendaftar yang dikatakan mengalami kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN dalam melaksanakan isu tersebut.

Selain harga mesin yang perlu disewa terlalu mahal, syarikat pendaftar juga terpaksa menangung kos kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN yang dikatakan tidak menyelaraskan caj yang dikenakan kepada pendatang yang didaftarkan oleh syarikat mereka.

Bermula dengan RM350, selepas itu RM250 akhir sekali RM35 jika didaftarkan di syarikat pendaftar manakala ianya percuma jika pendatang tersebut berdaftar di Jabatan Imigresen.

Mengambil kira dari isu yang timbul pihak KDN melalui KSU di kementerian itu - Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan media yang di emelkan kepada saya memaklumkan bahawa keputusan berhubung isu-isu yang berbangkit ini akan diberitahu keputusannya minggu hadapan.

Keputusan isu berbangkit yang akan diumumkan minggu hadapan hanya membabitkan 12 kementerian dan agensi berkaitan kerana 6 agensi lain termasuk kementerian pertanian dilaporkan belum memberi ulasan mereka.

Isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.

Fakta Program 6P sehingga semalam 16 Disember :

    • 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. 


    • Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
    Kenyataan berkaitan Program 6P boleh dibaca di SINI

    Saturday, October 22, 2011

    Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) - GAGAL?


    Boring melihat situasi permainan politik yang dibawa pembangkang sekarang ini. Lebih baik kita cari cerita-cerita yang boleh meningkatkan produktiviti kita sebagai rakyat Malaysia. Kali ini saya hendak cerita mengenai MACS pula...

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ke jadah Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) yang giat dipromosikan di kompleks beli-belah sekitar Johor Bahru? Malah ada kaunter dibuka untuk mempromosikan kad MACS ini.

    Saya pun tak tahu, maklumlah masuk Singapura pun biasanya saya berenang kuak lentang saja. Mana pernah guna pasport. Hahaha...

    Disebabkan timbul perasaan ingin tahu, saya pun buatlah penyelidikan ikut kepala hotak saya sendiri, tidak salah rasanya jika Aziz Bari boleh keluarkan kenyataan ikut selera kepala hotak dia kenapa tidak saya?

    Jadi dapatlah sedikit sebanyak info tentang sistem MACS ini...

    Sistem ini sebenarnya diperkenalkan lebih kurang pada April 2009 bertujuan untuk menyokong Pembangunan Ekonomi Iskandar Malaysia, MACS dibangunkan untuk mempercepatkan kelulusan imigresen untuk bukan pelabur Malaysia, orang-orang perniagaan dan profesional-profesional.

    Pada awalnya sistem ini adalah untuk orang-orang perniagaan sebelum ianya terbuka kepada semua rakyat Singapura, yang mana sebelum ini rakyat Singapura yang ingin masuk ke Malaysia biasanya menggunakan pas Imigresen.

    Menurut Utusan Malaysia bertarikh 03/03/2010 syarikat yang mengurus tadbir sistem ini adalah Hi-Tech Padu Berhad yang bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan manakala Iris Corporation Sdn. Bhd pula menguruskan sistem perisian berjanji untuk melaksanakan sistem ini dengan jayanya. Tapi kedua-dua syarikat ini ternyata gagal dalam bidang tugasnya memandangkan pada 07/06/2010 Utusan Malaysia menerima aduan berhubung kegagalan sistem.

    Dek kerana GAGAL mencapai matlamat, maka beberapa pihak yang terlibat dengan jabatan Imigresen telah mengadakan satu kajian untuk mencari punca kenapa sistem yang diperkenalkan pada tahun 2009 ini gagal.

    Maka hasil kajian yang dibuat mereka merumuskan bahawa sistem MACS gagal kerana dikatakan kurang promosi. Jadi kini giatlah promosi diadakan oleh Jabatan Imigresen di sekitar kompleks beli-belah di Johor Bahru semata-mata untuk mendapatkan 'pelanggan' dari warga Singapura. Sekali pandang umpama ejen kad kredit sedang cuba membodek pelanggan supaya memohon kad tersebut.


    Sebenarnya penggunaan kad MACS ini gagal adalah kerana warga Singapura sendiri tidak yakin, dan mereka dikatakan takut untuk menggunakan kad ini memandangkan tiada cop yang tertera. 

    Secara ringkasnya kad MACS ini bagus, dengan hanya bayaran RM30 warga Singapura yang ingin masuk ke Malaysia tidak lagi perlu membuang masa untuk cop pasport mereka kerana penggunaan kad ini umpama 'touch & go atau pun SmartTAG'.

    Kad ini sah digunakan selama 30 hari, tapi jika ianya tidak diimbas pendek kata individu tersebut boleh tinggal di Malaysia sampai mati, jadi di sini timbul satu isu penting sejauh manakakah aspek keselamatan diambil kira oleh pihak berkenaan sebelum melaksanakan penggunaan sistem ini?

    Sistem keselamatan dilihat diabaikan memandangkan kad MACS ini boleh diimbas oleh sesiapa sahaja walaupun individu tersebut bukan pemilik sah kad MACS ini. Jadi di sini jelas memperlihatkan bahawa aspek keselamatan gagal diutamakan sebelum sistem ini dipromosikan oleh JIM atas arahan pihak atasan JIM.

    Dan sehingga kini, hanya 800 kad dikeluarkan sejak ianya giat dipromosikan pada 15/10/2011 yang lalu. Jumlah ini belum dicampur dengan jumlah kad yang dikeluarkan sejak sistem ini diperkenalkan pada tahun 2009. Tapi jika dicongak secara kasar rasanya jumlah yang masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru dikatakan mencecah berpuluh ribu orang. Tidak mustahil juga beratus-ribu orang.

    Berapa ramaikah warga Singapura yang menggunakan sistem kad MACS hingga kini?

    Ada statistik?

    Adakah wujudnya kepentingan peribadi 'individu' tertentu sehingga memberikan arahan supaya kakitangan Imigresen bertindak persis jurujual dari syarikat jualan langsung?

    Siapa boleh tolong JAWAB....?

    Tambahan :

    Untuk makluman kakitangan Imigresen semua, penyelarasan gaji dan elaun kakitangan Imigresen sebagaimana tercatit dalam Plan Tranformasi Jabatan Imigresen tidak dapat dilaksanakan memandangkan Jabatan Imigresen masih tidak mencapai tahap KPI yang ditetapkan.

    Jabatan Imigresen hanya mencapai tahap KPI ditetapkan melalui Program 6P tempoh hari, dan ini tidak melayakkan proses penyelarasan gaji dilaksanakan sebagaimana pasukan polis dan penguatkuasa yang lain.

    Ini adalah maklum balas yang saya terima selepas artikel KSU di KDN Apa Sudah Jadi Dengan Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...? disiarkan pada 11/10/2011 yang lalu. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang memberi maklum balas ringkas.

    Wahai kakitangan Imigresen di seluruh Malaysia, walaupun gaji tak naik usahlah saudara semua gundah gulana.

    Jom kita layan lagu Hip-Hop bersama-sama dan kita tujukan lagu ini kepada orang-orang yang suka 'tanam tebu' di tepi bibir dan orang itu bukanlah Menteri bertanggungjawab sebaliknya yang bawah-bawah ini bertindak mengalahkan Menteri sendiri...




    YY : Ini bukan balun OK...

    Tuesday, October 11, 2011

    KSU di KDN Apa Sudah Jadi Dengan Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...?

    Kakitangan Imigresen Terus Tertekan? - Sekadar penyeri artikel tuan punya badan jangan marah yer.

    Dengarnya selepas artikel Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Terabai KLIK SINI dan sambungannya di SINI saya difahamkan masalah parking di BSI telah diselesaikan, tapi guna sistem "siapa cepat, dia dapat". Kira oklah tu. Tapi dengarnya Pengarah Jabatan Imigresen Johor kata saya dapat maklumat dari orang dalam.

    Itulah lain kali janganlah berantakkan dengan orang no.2 dalam Jabatan Imigresen Johor tu, gara-gara orang atasan 'tak sebulu' kakitangan bawahan pula jadi mangsa. Apa pun Alhamdullilah sekurang-kurangnya ada juga respon dari pihak atasan.

    Lagi kisah mengenai penjawat awam di negara kita ini, kadang-kala saya sendiri serba salah sama ada perlu menulis atau dibiarkan sahaja setiap rungutan yang dikirimkan melalui emel oleh para pembaca. Tapi kalau tak ditulis seolah-olah tidak kena dengan slogan yang dilaungkan kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

    Sebagai blogger yang dilabel sebagai pro-kerajaan, suka atau tidak saya perlu ketengahkan setiap rungutan rakyat Malaysia ini, tidak kiralah penjawat awam, swasta, hatta buruh binaan sekalipun janji mereka rakyat Malaysia.

    Jadi artikel ini sekadar membawa suara kakitangan Imigresen yang mendakwa bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak menunaikan janji sebagaimana dibuat dalam Program Tranformasi Jabatan Imigresen 2011.

    Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011 dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri sendiri, MDN memberi tempoh 100 hari kepada Jabatan Imigresen sebelum dipersembahkan kepada KSU Tan Sri Mahmood bin Adam.

    Selepas itu KSU dikatakan bersetuju dengan dan berjanji untuk menjadikan plan tersebut sebagai realiti. Kebanyakkan bahagian jabatan pelanggan dilihat sudah menjadi realiti. Tapi soal kebajikan yang dinyatakan dalam plan tersebut tidak menampakkan hasilnya.

    Sekadar penyeri artikel... 

    Apa kandungan dalam Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...?

    Tidak perlu sakit kepala baca semua plan, saya hendak fokuskan kepada soal kebajikan kakitangan Imigresen.

    Strategi 4 iaitu - Menambah baik aspek kebajikan anggota Imigresen. Di bawah strategi ini ada 10 perkara, tidak perlu mengulas panjang saya hanya mahu memetik 2 perkara sahaja.

    • Menambah baik skim perkhidmatan gaji anggota Imigresen - selaras dengan beban tugas adalah amat wajar skala gaji kakitangan Imigresen dikaji semula dan dinaikkan. Skim gaji dicadangkan perlulah setaraf dengan agensi penguatkuasa yang lain. 
    • Menambah baik elaun-elaun kakitangan Imigresen. (elaun penyiasat, pengawai pendakwaan, elaun bahasa, elaun tugas kritikal, elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan & elaun balik kampung)
    Jumlah keseluruhan jika sistem gaji dan elaun ini dilaksanakan adalah RM222,000.00 setahun. Tapi sistem ini sehingga kini tidak dilaksanakan, malah isu PPT percuma untuk kakitangan Imigresen juga dikatakan diam begitu sahaja walaupun ianya telah diumumkan oleh PM.

    Semasa Anugerah Khidmat Cemerlang tahun lepas KSU dikatakan memberi harapan yang tinggi kepada kakitangan Imigresen kononnya anjakan perubahan gaji akan berlaku, gara-gara janji manis dari KSU, kakitangan Imigresen 'balun' MDN kerana didakwa tidak menepati janji.

    Tunggu punya tunggu akhir sekali dalam bajet 2012 tempoh hari barulah kakitangan Imigresen ini tahu bahawa anjakan sistem gaji yang dijanjikan mereka tak terlaksana. Walaupun kakitangan Imigresen tidak diselaraskan gaji mereka, mereka tetap berterima kasih kepada PM namun dalam masa yang sama mereka menyatakan perasaan terkilan.

    Dicilok dari group tertutup kakitangan Imigresen :


    Ini belum lagi panas, disebabkan harapan mereka berkecai maka isu-isu lain turut dikaitkan. Kita baca komen panas ini :


    Untuk menjawab tukang komen yang panjang lebar yang carut-marut di atas. Ingin saya jelaskan di sini adalah  perkara berkaitan program 6P dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet dan perkara ini perlu dirujuk kepada KSU Tan Sri Mahmood bin Adam & Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

    Alamak.. KSU lagi...?

    Jabatan Imigresen merupakan salah satu jabatan yang banyak menjana pendapatan untuk negara, kutipan levi setahun dikatakan mencecah berjuta-juta ringgit. Tak salah rasanya kita 'bagi muka' sikit kepada kakitangan Imigresen ini.

    Buat KSU terimalah sebuah lagu...



    Hahaha...

    jangan marah wahai KSU, saya menulis berdasarkan rungutan ramai pihak dalam Jabatan itu sendiri dan bukan bersandarkan rungutan di facebook sahaja, sebab apa saya tulis?

    Sebab perkara sebegini boleh membuatkan kerajaan BN tidak popular.

    Sekian....


    YY : Sukar untuk puaskan hati semua pihak...



    Monday, September 12, 2011

    Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Terabai...? - Bahagian Akhir.



    Sambung dari SINI...

    Isu kebajikan kakitangan Imigresen (IMM) terabai pada mulanya saya sangka hanyalah isu biasa, malah saya menganggap ia hanya rungutan dari seorang rakan. Tapi sungguh tidak dijangka artikel tersebut dikongsi di 80 wall facebook malah ada juga kakitangan IMM meletakkan di wall dan group khas untuk kakitangan IMM sahaja.

    Ada juga komen-komen yang menarik ditinggalkan di blog saya bawah artikel berkenaan, saya ingin memetik 4 komen menarik dan perlu diberi perhatian. Dan saya percaya individu yang meninggalkan komen-komen ini adalah kakitangan IMM.

    Komen 1 : 
    Anonymous said...
    Tepat sekali apa anda tulis tu Bro.Kami kerja di Bangunanan Sultan Iskandar yg gah namun kebajikan jabatan kami tidak gah seperti jabatan2 lain. Diharap Dato'Hisyam,Dato'Mahmood & Dato' Alias dapat turun padang menyiasat masalah kami terutama di Johor.
    Komen 2 : 
    Dunzblade said.. .
    Terima kasih kerana membuat entry ini. apa yang anda catatkan di sini semuanya benar.
    Komen 3 : 
    Anonymous said... 
    salam.. 
    berat telinga mendengar berat lg bahu kami pegawai yg memikul..bkn setakat penempatan kursus yg limited tetapi bajet juga limited...sepanjang tempoh berkursus induksi kami terpaksa keluar duit belanja sendiri utk membeli tshirt, seluar track suit serta kelengkapan yg lain...sedih bukan? 
    kami terutama yg bertugas di BSI..setiap hari keluar bekerja kami terpaksa memikir kan keselamatan kereta yg terpaksa di parking di tepi jalan..risiko di saman, di pecah atau digesel dgn kenderaan lain yg lalu lalang kerana bangunan besar lg gah itu tidak menyediakan parking utk kakitangan..takkan lah kami nak mengeluar kan wang utk parking?gaji kami pun setakat cukup makan..
    kami bkn mahu banyak tp cukup sekadar kebajikan kami dijaga.. 
    Komen 4 :
    Lang Buana said... 
    Rasanya semua kakitgn warga Imm, terasa kebajkan mmg terabai, lbih2 lg kepada yg bertugas di pos kawalan yg d pendalamn yg merentasi sungai dan jalan2 kayu balak....jauh dr perhubungan bandar....seperti d sarawak...alangkah brsyukurnya kami jika ada elaun hidup susah seperti yg d berikan oleh guru2 jauh d pendalaman...

    4 komen di atas, saya akan memberi ulasan mengenai komen no.3 yang ditinggalkan oleh individu tidak bernama iaitu berhubung tapak parking di BSI. Saya percaya individu ini adalah pegawai biasa IMM  (I.O) berpangkat KP17 sebab apa yang saya tahu memang ruang parking tidak disediakan kepada pegawai biasa IMM yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar.

    Tiada ruang parking, maka kereta perlu diletakkan di kawasan luar, risiko dipecahkan memang wujud memandangkan kadangkala kereta mereka ini digunakan atas urusan kerja. (orang2 yang tk puas hati kena tahan IMM mark la no plat tak gitu?)

    Bila diletakkan di parking berbayar sudah tentulah kena keluarkan perbelanjaan, nak bayar kena pakai 'agung'. Jadi ini adalah perkara yang membebankan bagi I.O yang berpangkat KP17. (maklumlah gaji bukan besar mana pun KP17 ni) 

    Hiasan artikel semata-mata

    Bila diadukan hal ini kepada orang atasan di Bandar Sultan Iskandar jawapan yang diberikan 'cukup indah' "I.O tak layak pakai kereta". Mana anak buah tak bengang kalau dapat ketua bengong macam ni?

    Isk..isk.. jangan pandang rendah dengan anak buah sendiri...

    Sudahlah berdepan masalah parking,  masalah job rotation pegawai (I.O) yang bertugas di BSI dan KSAB dikatakan susah bertukar ke tempat lain. Ada yang membuat permohonan sehingga 5-7 tahun pun tidak dapat-dapat.

    Disebabkan ingin tahu sejauh mana kakitangan IMM ini rasa tersisih, saya 'skodeng' satu closed group di laman facebook yang hanya dikhaskan untuk kakitangan IMM bertukar-tukar pandangan sesama mereka. Kira sama-sama orang bawah dok 'mengumpat' la. Godek-godek dapat la masuk sekejap dalam group tersebut.

    Jom kita layan keluh-kesah 'Kak Esah' kakitangan IMM di facebook , nama profile dihitamkan demi menghormati privasi mereka sebagai pengguna facebook :

    Mengeluh kebajikan tidak dipedulikan
    Ini ketika isu yang Imigresen dituduh terlibat mewarganegarakan pendatang dalam program 6P. Rata-rata masih positif menyokong kerajaan. Jangan mereka 'swing' gara-gara kebajikan terabai sudahlah... hehehe...
    Komen yang akhir itu, kalau tak dapat bonus tak sokong KDN ke? Hehehe...

    Skodeng sikit lagi...



    Alamak... tarikh posting 30 Ogos iaitu 1 Syawal, mesti yang buat posting adalah kakitangan IMM yang bertugas di Hari Raya. Baru dapat capture yang ini tiba-tiba kehadiran saya disedari admin, lalu saya di'tendang' keluar.

    hahaha...

    Merungut saja tak guna, orang cakap pandai kritik tapi tak pandai beri cadangan untuk proses penambah-baikkan IMM sudah dikira saya penulis yang tidak bertanggungjawab.

    Ok... cadang banyak-banyak buang masa sebab belum tentu pihak berkenaan melayan penulis blog macam saya, jadi saya hendak buat satu cadangan sahaja supaya pihak berkenaan mengkaji dan mempertimbangkan cadanga saya ini :
    Elaun Insentif khas diberikan kepada kakitangan IMM (I.O) yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara seperti BSI dan KSAB sebagai contoh kerana mereka merupakan front liner yang menjaga imej negara. Kerana beban tugas cuti mereka sukar diluluskan dan terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk proses pertukaran.  
    Selain itu ianya mungkin menjadi satu suntikan semangat untuk pegawai (I.O) ini untuk terus bertugas di lokasi tersebut yang selama ini dianggap tidak menarik. 

    Cuti susah lulus macam polis jugalah, tapi polis elaun banyak. 

    Secara tak langsung juga rasuah dapat dielakkan, tiadalah kes di mana pegawai IMM sendiri terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia sebagaimana kes 8 orang bekas kakitangan IMM yang dibebaskan oleh Datuk Hishamuddin dari I.S.A seperti dilaporkan pada 2 Ogos lepas.

    Pegawai-pegawai terbabit kes penyeludupan manusia sehingga ditahan I.S.A kesemuanya adalah pegawai berpangkat KP17. 

    Diulangi KP17...

    KP17....

    Akhir kata Ketua Setiausaha di KDN -  Yang Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam dan Ketua Pengarah IMM Dato Alias turun jenguk-jenguk dan tanya khabar sikit anak-anak buah ini. 

    ... Dato Mahmood dulu pun pernah dalam Jabatan IMM takkan tidak mengerti masalah anak buah peringkat bawah-bawah ini.

    Jangan pula disamakan kakitangan IMM dengan nurse atau posmen sudahlah, maklumlah mereka tidak bersenjata sebagaimana tentera dan polis... hehehe.


    YY : Bagi saya apa saja jabatan penguatkuasa kebajikan mereka mesti dijaga...sapa setuju cadangan 'bengong' saya dalam artikel ini cerrr klik butang like di atas entri ini. Hahaha... 



    KDN Berjaya Kekang Aktiviti Penyeludupan Manusia Melalui Sistem Biometrik


    Sistem Biometrik mula dikuatkuasakan di setiap pintu masuk pada 1 Jun 2011, sejak tarikh tersebut dilaporkan sebanyak empat warga asing ini ditahan di bawah Seksyen 73(1) I.S.A kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia.

    Kesalahan tersebut merangkumi aktiviti menyeludup lebih setengah juta warga asing yang diuruskan melalui pintu-pintu masuk utama negara. Malah hasil perlaksanaan Sistem Biometrik juga beberapa individu ditahan di bawah kesalahan jenayah rentas sempadan iaitu satu kes keganasan antarabangsa dan 21 kes militan.

    Sebelum penggunaan Sistem Biometik dilaksanakan pemalsuan identiti membabitkan dokumen perjalanan antarabangsa kerap berlaku kerana tiada sistem data biometrik. Melalui sistem ini, data biometrik setiap warga asing diambil di pintu masuk sempadan membolehkan pihak terbabit memantau keberadaan mereka berada di negara ini.


    Data biometrik dikatakan dapat mengekang usaha sindiket antarabangsa yang selama ini bijak mencari jalan untuk menyeludup warga asing masuk ke negara kita. Aktiviti pemerdagangan manusia juga dilaporkan dalam Utusan Malaysia dan The Star di bawah laporan khas.

    Antaranya laporan khas dalam Utusan Malaysia bertajuk "Gelap Mata Kerana Wang" , "Ibu Ayam Sasar Golongan Muda"  , "Pemerdagangan Orang Haram" , "Terus Perangi Negara Transit"  dan "Beri Penekanan Kes Eksploitasi Tenaga Buruh " . Laporan-laporan ini adalah dihasilkan melalui bantuan KDN, Dt Zaitun SUB Imigresen dan SUB Antarabangsa Khair Razman.

    Dikatakan hasil daripada rentas sempadan yang merangkumi jenayah penyeludupan manusia sindiket dikatakan mampu hidup mewah dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

    Manakala para 'ibu ayam' yang terlibat aktiviti pemerdagangan manusia pula meraih untung lumayan dengan hanya melacurkan remaja bawah umur dan warga asing yang diseludup.
    Seorang mangsa - ibu tunggal yang punyai anak kecil. Berasal dari negara kejiranan, Indonesia. Memasuki Malaysia kira-kira 5 bulan yang lalu atas visa bekerja - sebagai pembantu rumah, katanya. 
    Nasibnya malang, dirinya terperangkap dalam jerat pemerdagangan manusia. Lebih perit lagi terperangkap dalam sindiket pelacuran. Terpaksa 'menjual' tubuhnya untuk diratap 'jantan-jantan hidung belang' dengan upah RM40.00 bagi setiap pelanggan. 
    Katanya lagi, itu jumlah bersih yang diterimanya. Manakala si 'ibu ayam' yang menjadi majikannya mengenakan bayaran RM158.00 dari setiap pelanggannya. Bila ditanya, berapakah jumlah pelanggan yang terpaksa dilayannya. Jawap beliau "500 pelanggan keseluruhannya, dalam tempoh lima bulan tersebut". 
    Mangsa begitu takut, tidak mampu untuk melarikan diri sehinggalah tertangkap dan kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan negara.
    Seorang rakan membuat kira-kira untung kasar setiap 'ibu ayam' :

    Mangsa : 
    RM40.00 x 500 = RM20,000.00
    RM20,000.00 / 5 bulan = RM4,000.00 (sebulan)

    Ibu Ayam :
    RM158.00 - RM40.00 = RM118.00
    RM118.00 x 500 pelanggan = RM59,000.00 (dalam tempoh 5 bulan mangsa dilacurkan)

    Diandaikan seorang 'ibu ayam' punyai 10 'anak ayam'nya, maka :-

    RM59,000.00 x 10 = RM590,000.00 (lebih 1/2 juta untung atas angin untuk tempoh 5 bulan)

    Patutlah kerajaan Negeri Selangor memperbanyakkan rumah-rumah urut dan pusat pelacuran, lumayan rupanya keuntungan yang dikaut. Hahaha...

    Keputusan KDN melaksanakan Sistem Biometrik dan Program 6P merupakan satu langkah tepat di mana segala maklumat PATI dapat digabungkan dengan data biometrik yang diambil dari setiap warga asing di pintu-pintu masuk negara. 

    Melalui tindakan ini jenayah rentas sempadan terutama aktiviti penyeludupan manusia dapat dibendung dengan baik memandangkan melalui sistem data biometrik pihak sindiket tidak mampu untuk menyeludup warga asing sewenang-wenangnya.

    Kerana setiap warga asing perlu menjalani imbasan cap jari ditambah dengan maklumat dari pelbagai agensi keselamatan dan melalui pengecaman identiti segala rekod jenayah lampau dapat dikenal-pasti dengan segera.

    Patutlah peluru dikirim kepada MDN mungkin ada kumpulan yang susah cari makan selepas program ini dilaksanakan. 


    Tahniah kepada KDN, pegawai Imigresen dengan kerjasama syarikat-syarikat pendaftar. 


    YY : Dalam perlaksanaan Program 6P Datuk Hishamuddin bangga dengan semua pegawai Imigresen... Pukul 9.00 pagi akan disiarkan sambungan artikel rungutan kakitangan Imigresen. Harap dapat respon dari MDN, KSU dan KP Imigresen sendiri.


    Saturday, September 10, 2011

    Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Terabai...?




    Awal pagi tadi saya sempat berbual-bual dengan rakan baik saya yang bertugas sebagai kakitangan Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar iaitu pintu masuk ke Singapura. 


    Saya kenal sahabat saya ini lebih 10 tahun, malah beliau sekarang seorang yang berjawatan dalam Kesatuan Imigresen Johor. Bila terdapat rungutan daripada kakitangan awam ini, rasanya saya perlu ketengahkan agar masalah yang membelenggu kakitangan Imigresen diberi perhatian oleh pihak berkenaan terutama sekali Kementerian Dalam Negeri.

    Dalam asyik berborak mengenai isu Mat Sabu, komunis dan isu politik tiba-tiba sahabat saya ini meluahkan sedikit permasalahan dan rasa terkilan beliau kerana kakitangan Imigresen dikatakan tidak mendapat perhatian sewajarnya jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

    Walhal dari segi bidang tugas, mereka juga menjaga keselamatan negara sebagaimana pasukan Polis, cuma bidang kuasa mereka terhad berbanding dengan Polis yang berkuasa penuh. Beliau membangkitkan beberapa isu kepada saya terutama sekali mengenai kebajikan kakitangan Imigresen.

    Katanya jawatan untuk L/Koperal bagi PDRM gajinya lebih tinggi berbandingTimbalan Penolong Pegawai Imigresen yang gaji mereka bermula pada KP27. (Kod Perjawatan)

    Contoh Jabatan kerajaan yang lain yang melibatkan bidang penguatkuasaan, dimaklumkan bahawa tiada skim gaji yang bermula dengan KP27 sebaliknya bermula dengan KP29 contohnya SPRM bermula dengan skim gaji Gred29 begitu juga dengan Bomba.

    Sekadar gambar hiasan
    Secara mudahnya gaji kakitangan Imigresen pada ketika ini adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain.

    Bila dengar rungutan mengenai skim gaji ini pada saya biasalah, namun ada lagi yang diluahkan selain anjakan skim gaji untuk kakitangan Imigresen. Mereka mengeluh kemudahan peralatan dan logistik untuk jabatan mereka juga tidak cukup jika hendak dibandingkan dengan PDRM.

    Sehingga ada kes di mana kereta milik persendirian kakitangan Imigresen terpaksa digunakan untuk menghantar Orang Kena Tahan (OKT), tahun lepas dikatakan banyak kenderaan milik jabatan Imigresen rosak namun tidak dapat dibaiki. Maka terpaksalah mereka menggunakan kenderaan persendirian setiap kali ada OKT.

    Tempat kursus bagi kakitangan Imigresen juga dikatakan terhad iaitu di Port Dickson untuk semua kakitangan Imigresen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

    Tidak cukup dengan itu, tahun lepas juga dilaporkan banyak pejabat Imigresen (terutama sekitar Johor) terpaksa mengumpulkan duit daripada kakitangan sendiri untuk membeli kertas A4 bagi kegunaan pejabat.

    Yang paling menarik dan memalukan adalah (sebenarnya sahabat saya tak benarkan saya tulis hal ini) uniform bagi kegunaan kakitangan Imigresen dimaklumkan kepada saya ianya belum digazetkan dari dulu, menurut sahabat saya ini, bila uniform tidak digazetkan ianya menjadi tidak selaras dan boleh digunakan oleh jabatan-jabatan yang lain.

    Itu antara beberapa rungutan daripada sahabat saya yang berjawatan dalam Kesatuan Imigresen Johor, namun disebalik rungutan beliau ada juga memaklumkan sudah ada beberapa peningkatan terhadap jabatan mereka antaranya peluang kenaikkan pangkat sudah sampai ke tahap KP48 berbanding dulu hanyalah KP38.

    Mengambil kira kejayaan jabatan Imigresen dalam perlaksanaan program 6P tempoh hari, saya rasa wajarlah sekiranya pihak berkenaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri turun padang dan mendengar keluhan kakitangan Imigresen ini terutama yang bertugas di pintu-pintu masuk negara.

    Setahu saya KPI untuk jabatan Imigresen berada pada tahap yang baik tetapi imej kakitangan Imigresen dikatakan tercalar kerana ada segolongan wartawan yang tidak berpuas-hati  atau bersikap anti Imigresen kerana tidak dapat keluar negara gara-gara gagal menjelaskan hutang PTPTN.

    Hahaha... wartawan dari berita mana agaknya...?

    Jeng...jeng....jeng...


    YY : Jenguk-jenguklah kakitangan Imigresen ini... sekarang ini setiap rungutan kerajaan kena ambil berat bertepatan dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    HOT MINGGU INI

    Mesti Baca All Time HOT Artikel

    RECOMMENDED

    MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

    News & Portal