NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label 6P. Show all posts
Showing posts with label 6P. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

KDN Syok Sendiri - Aduan Pembaca Blog Terhadap Menteri Bertanggungjawab @HishamuddinH2O


Meneliti komen dari seorang pembaca blog, saya merasakan komen-komen sebegini wajar diketengahkan agar ianya dapat membuka mata pihak bertanggungjawab agar lebih peka serta sensitif dengan sebarang aduan yang dikemukakan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan bila meneliti rungutan yang dibuat oleh saudara Shahrul Azman Bin Alang Saidi ini? Suka atau tidak rungutan sebegini perlu di'highlight' kerana kita tahu laporan yang diterima oleh MDN dari KSU yang terlibat dalam perlaksanaan program ini semuanya positif belaka!

Bahagian yang dimerahkan dalam aduan tersebut memerlukan tindakan sewajarnya!

Komen beliau :

Shahrul Azman Bin Alang Saidi said... 
Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan.  
Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja. 
Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui. 
Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan. 
Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.  
Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan. 
Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan? 
Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan). 
Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini? 
Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri. Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya. 
Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri! 


P/s : saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap. 
Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!,  
Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan.  
Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner! 
Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!
YY : Komen ini tiada sebarang proses editing - diambil dari artikel yang disiarkan di SINI 

Saturday, December 17, 2011

"Isu Berbangkit Program 6P Diumumkan Minggu Depan" - Tan Sri Mahmood Adam


Ketika program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan syarikat pendaftar tempoh hari banyak isu berbangkit telah timbul yang mana ada di antara isu tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Saya sendiri menerima banyak aduan yang di emelkan kepada saya, kebanyakkan datang daripada pengusaha syarikat pendaftar yang dikatakan mengalami kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN dalam melaksanakan isu tersebut.

Selain harga mesin yang perlu disewa terlalu mahal, syarikat pendaftar juga terpaksa menangung kos kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN yang dikatakan tidak menyelaraskan caj yang dikenakan kepada pendatang yang didaftarkan oleh syarikat mereka.

Bermula dengan RM350, selepas itu RM250 akhir sekali RM35 jika didaftarkan di syarikat pendaftar manakala ianya percuma jika pendatang tersebut berdaftar di Jabatan Imigresen.

Mengambil kira dari isu yang timbul pihak KDN melalui KSU di kementerian itu - Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan media yang di emelkan kepada saya memaklumkan bahawa keputusan berhubung isu-isu yang berbangkit ini akan diberitahu keputusannya minggu hadapan.

Keputusan isu berbangkit yang akan diumumkan minggu hadapan hanya membabitkan 12 kementerian dan agensi berkaitan kerana 6 agensi lain termasuk kementerian pertanian dilaporkan belum memberi ulasan mereka.

Isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.

Fakta Program 6P sehingga semalam 16 Disember :

    • 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. 


    • Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
    Kenyataan berkaitan Program 6P boleh dibaca di SINI

    Saturday, October 22, 2011

    Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) - GAGAL?


    Boring melihat situasi permainan politik yang dibawa pembangkang sekarang ini. Lebih baik kita cari cerita-cerita yang boleh meningkatkan produktiviti kita sebagai rakyat Malaysia. Kali ini saya hendak cerita mengenai MACS pula...

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ke jadah Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) yang giat dipromosikan di kompleks beli-belah sekitar Johor Bahru? Malah ada kaunter dibuka untuk mempromosikan kad MACS ini.

    Saya pun tak tahu, maklumlah masuk Singapura pun biasanya saya berenang kuak lentang saja. Mana pernah guna pasport. Hahaha...

    Disebabkan timbul perasaan ingin tahu, saya pun buatlah penyelidikan ikut kepala hotak saya sendiri, tidak salah rasanya jika Aziz Bari boleh keluarkan kenyataan ikut selera kepala hotak dia kenapa tidak saya?

    Jadi dapatlah sedikit sebanyak info tentang sistem MACS ini...

    Sistem ini sebenarnya diperkenalkan lebih kurang pada April 2009 bertujuan untuk menyokong Pembangunan Ekonomi Iskandar Malaysia, MACS dibangunkan untuk mempercepatkan kelulusan imigresen untuk bukan pelabur Malaysia, orang-orang perniagaan dan profesional-profesional.

    Pada awalnya sistem ini adalah untuk orang-orang perniagaan sebelum ianya terbuka kepada semua rakyat Singapura, yang mana sebelum ini rakyat Singapura yang ingin masuk ke Malaysia biasanya menggunakan pas Imigresen.

    Menurut Utusan Malaysia bertarikh 03/03/2010 syarikat yang mengurus tadbir sistem ini adalah Hi-Tech Padu Berhad yang bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan manakala Iris Corporation Sdn. Bhd pula menguruskan sistem perisian berjanji untuk melaksanakan sistem ini dengan jayanya. Tapi kedua-dua syarikat ini ternyata gagal dalam bidang tugasnya memandangkan pada 07/06/2010 Utusan Malaysia menerima aduan berhubung kegagalan sistem.

    Dek kerana GAGAL mencapai matlamat, maka beberapa pihak yang terlibat dengan jabatan Imigresen telah mengadakan satu kajian untuk mencari punca kenapa sistem yang diperkenalkan pada tahun 2009 ini gagal.

    Maka hasil kajian yang dibuat mereka merumuskan bahawa sistem MACS gagal kerana dikatakan kurang promosi. Jadi kini giatlah promosi diadakan oleh Jabatan Imigresen di sekitar kompleks beli-belah di Johor Bahru semata-mata untuk mendapatkan 'pelanggan' dari warga Singapura. Sekali pandang umpama ejen kad kredit sedang cuba membodek pelanggan supaya memohon kad tersebut.


    Sebenarnya penggunaan kad MACS ini gagal adalah kerana warga Singapura sendiri tidak yakin, dan mereka dikatakan takut untuk menggunakan kad ini memandangkan tiada cop yang tertera. 

    Secara ringkasnya kad MACS ini bagus, dengan hanya bayaran RM30 warga Singapura yang ingin masuk ke Malaysia tidak lagi perlu membuang masa untuk cop pasport mereka kerana penggunaan kad ini umpama 'touch & go atau pun SmartTAG'.

    Kad ini sah digunakan selama 30 hari, tapi jika ianya tidak diimbas pendek kata individu tersebut boleh tinggal di Malaysia sampai mati, jadi di sini timbul satu isu penting sejauh manakakah aspek keselamatan diambil kira oleh pihak berkenaan sebelum melaksanakan penggunaan sistem ini?

    Sistem keselamatan dilihat diabaikan memandangkan kad MACS ini boleh diimbas oleh sesiapa sahaja walaupun individu tersebut bukan pemilik sah kad MACS ini. Jadi di sini jelas memperlihatkan bahawa aspek keselamatan gagal diutamakan sebelum sistem ini dipromosikan oleh JIM atas arahan pihak atasan JIM.

    Dan sehingga kini, hanya 800 kad dikeluarkan sejak ianya giat dipromosikan pada 15/10/2011 yang lalu. Jumlah ini belum dicampur dengan jumlah kad yang dikeluarkan sejak sistem ini diperkenalkan pada tahun 2009. Tapi jika dicongak secara kasar rasanya jumlah yang masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru dikatakan mencecah berpuluh ribu orang. Tidak mustahil juga beratus-ribu orang.

    Berapa ramaikah warga Singapura yang menggunakan sistem kad MACS hingga kini?

    Ada statistik?

    Adakah wujudnya kepentingan peribadi 'individu' tertentu sehingga memberikan arahan supaya kakitangan Imigresen bertindak persis jurujual dari syarikat jualan langsung?

    Siapa boleh tolong JAWAB....?

    Tambahan :

    Untuk makluman kakitangan Imigresen semua, penyelarasan gaji dan elaun kakitangan Imigresen sebagaimana tercatit dalam Plan Tranformasi Jabatan Imigresen tidak dapat dilaksanakan memandangkan Jabatan Imigresen masih tidak mencapai tahap KPI yang ditetapkan.

    Jabatan Imigresen hanya mencapai tahap KPI ditetapkan melalui Program 6P tempoh hari, dan ini tidak melayakkan proses penyelarasan gaji dilaksanakan sebagaimana pasukan polis dan penguatkuasa yang lain.

    Ini adalah maklum balas yang saya terima selepas artikel KSU di KDN Apa Sudah Jadi Dengan Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...? disiarkan pada 11/10/2011 yang lalu. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang memberi maklum balas ringkas.

    Wahai kakitangan Imigresen di seluruh Malaysia, walaupun gaji tak naik usahlah saudara semua gundah gulana.

    Jom kita layan lagu Hip-Hop bersama-sama dan kita tujukan lagu ini kepada orang-orang yang suka 'tanam tebu' di tepi bibir dan orang itu bukanlah Menteri bertanggungjawab sebaliknya yang bawah-bawah ini bertindak mengalahkan Menteri sendiri...




    YY : Ini bukan balun OK...

    Wednesday, October 12, 2011

    Pemohon Suaka : Imej Malaysia Tak Terjejas - @HishammuddinH2O


    Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi Australia melarang penghantaran suaka ke Malaysia telah menjejaskan imej Malaysia. Oleh sebab itu untuk membetulkan tanggapan negatif ini Datuk Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri tampil memberi perjelasan ketika disoal oleh MP Batang Saadong Nancy Shukri.

    Sebenarnya Mahkamah Tinggi Australia tidak pernah membuat keputusan sama ada dokumen Aturan yang ditandatangani kedua-dua negara sah atau tidak. Mahkamah Tinggi Australia hanya mengeluarkan injuksi tetap bagi melarang penghantaran pemohon suaka ke Malaysia sebagaimana dipersetujui dalam Aturan.

    KUALA LUMPUR: Tindakan Mahkamah Tinggi Australia melarang penghantaran pemohonan suaka ke negara ini tidak akan menjejaskan imej Malaysia. 
    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana dokumen Aturan yang ditandatangani Malaysia-Australia adalah selaras dan menyokong kerangka kerjasama serantau yang dipersetujui pada 30 Mac lalu. 
    "Kerangka kerjasama serantau tersebut bertujuan menangani isu pergerakan secara tidak sah migran termasuk pelarian dan pemohon suaka," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu. 
    Beliau menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang ingin mengetahui implikasi imej Malaysia akibat diisytiharkan perjanjian di antara Malaysia dan Australia tidak sah berhubung isu pendatang asing yang memohon perlindungan. 
    Dalam pada itu Hishammuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa Mahkamah Tinggi Australia tidak pernah membuat keputusan sama ada dokumen Aturan yang ditandatangani oleh Malaysia dan Australia adalah tidak sah atau tidak. 
    "Mahkamah Tinggi Australia pada 31 Ogos lalu hanya mengeluarkan injunksi tetap bagi melarang penghantaran pemohon suaka ke Malaysia seperti yang dipersetujui kedua-dua negara," katanya. 
    Selain itu katanya, Malaysia tetap komited kepada kerjasama yang dipersetujui dengan Australia di bawah dokumen Aturan mengenaipertukaran dan penempatan semula pemohon suaka.  
    Malah menurut beliau, Australia turut menunjukkan komitmen bagi menjayakan kerjasama berkenaan melalui usaha kerajaan mereka meminda Akta Migrasi 1958 negara berkenaan. 
    "Usaha mereka ini bagi membolehkan kerjasama dengan Malaysia dilaksanakan serta membolehkan permohonan taraf pelarian oleh pemohon suaka ke Australia di negara-negara seperti Papua New Guinea dan Nauru. 
    "Pindaan ini telah dibentangkan di Parlimen Australia dan dijangka didebatkan pada penggal negara tersebut yang bermula hari ini," katanya. - mstar

    YY : Semalam ada tulis sikit pasal Imigresen & KSU - ada yang kata saya bantai MDN, sedikit nasihat baca sampai habis baru buat penilaian. Jangan menilai dengan hanya membaca tajuk...

    Monday, September 12, 2011

    KDN Berjaya Kekang Aktiviti Penyeludupan Manusia Melalui Sistem Biometrik


    Sistem Biometrik mula dikuatkuasakan di setiap pintu masuk pada 1 Jun 2011, sejak tarikh tersebut dilaporkan sebanyak empat warga asing ini ditahan di bawah Seksyen 73(1) I.S.A kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia.

    Kesalahan tersebut merangkumi aktiviti menyeludup lebih setengah juta warga asing yang diuruskan melalui pintu-pintu masuk utama negara. Malah hasil perlaksanaan Sistem Biometrik juga beberapa individu ditahan di bawah kesalahan jenayah rentas sempadan iaitu satu kes keganasan antarabangsa dan 21 kes militan.

    Sebelum penggunaan Sistem Biometik dilaksanakan pemalsuan identiti membabitkan dokumen perjalanan antarabangsa kerap berlaku kerana tiada sistem data biometrik. Melalui sistem ini, data biometrik setiap warga asing diambil di pintu masuk sempadan membolehkan pihak terbabit memantau keberadaan mereka berada di negara ini.


    Data biometrik dikatakan dapat mengekang usaha sindiket antarabangsa yang selama ini bijak mencari jalan untuk menyeludup warga asing masuk ke negara kita. Aktiviti pemerdagangan manusia juga dilaporkan dalam Utusan Malaysia dan The Star di bawah laporan khas.

    Antaranya laporan khas dalam Utusan Malaysia bertajuk "Gelap Mata Kerana Wang" , "Ibu Ayam Sasar Golongan Muda"  , "Pemerdagangan Orang Haram" , "Terus Perangi Negara Transit"  dan "Beri Penekanan Kes Eksploitasi Tenaga Buruh " . Laporan-laporan ini adalah dihasilkan melalui bantuan KDN, Dt Zaitun SUB Imigresen dan SUB Antarabangsa Khair Razman.

    Dikatakan hasil daripada rentas sempadan yang merangkumi jenayah penyeludupan manusia sindiket dikatakan mampu hidup mewah dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

    Manakala para 'ibu ayam' yang terlibat aktiviti pemerdagangan manusia pula meraih untung lumayan dengan hanya melacurkan remaja bawah umur dan warga asing yang diseludup.
    Seorang mangsa - ibu tunggal yang punyai anak kecil. Berasal dari negara kejiranan, Indonesia. Memasuki Malaysia kira-kira 5 bulan yang lalu atas visa bekerja - sebagai pembantu rumah, katanya. 
    Nasibnya malang, dirinya terperangkap dalam jerat pemerdagangan manusia. Lebih perit lagi terperangkap dalam sindiket pelacuran. Terpaksa 'menjual' tubuhnya untuk diratap 'jantan-jantan hidung belang' dengan upah RM40.00 bagi setiap pelanggan. 
    Katanya lagi, itu jumlah bersih yang diterimanya. Manakala si 'ibu ayam' yang menjadi majikannya mengenakan bayaran RM158.00 dari setiap pelanggannya. Bila ditanya, berapakah jumlah pelanggan yang terpaksa dilayannya. Jawap beliau "500 pelanggan keseluruhannya, dalam tempoh lima bulan tersebut". 
    Mangsa begitu takut, tidak mampu untuk melarikan diri sehinggalah tertangkap dan kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan negara.
    Seorang rakan membuat kira-kira untung kasar setiap 'ibu ayam' :

    Mangsa : 
    RM40.00 x 500 = RM20,000.00
    RM20,000.00 / 5 bulan = RM4,000.00 (sebulan)

    Ibu Ayam :
    RM158.00 - RM40.00 = RM118.00
    RM118.00 x 500 pelanggan = RM59,000.00 (dalam tempoh 5 bulan mangsa dilacurkan)

    Diandaikan seorang 'ibu ayam' punyai 10 'anak ayam'nya, maka :-

    RM59,000.00 x 10 = RM590,000.00 (lebih 1/2 juta untung atas angin untuk tempoh 5 bulan)

    Patutlah kerajaan Negeri Selangor memperbanyakkan rumah-rumah urut dan pusat pelacuran, lumayan rupanya keuntungan yang dikaut. Hahaha...

    Keputusan KDN melaksanakan Sistem Biometrik dan Program 6P merupakan satu langkah tepat di mana segala maklumat PATI dapat digabungkan dengan data biometrik yang diambil dari setiap warga asing di pintu-pintu masuk negara. 

    Melalui tindakan ini jenayah rentas sempadan terutama aktiviti penyeludupan manusia dapat dibendung dengan baik memandangkan melalui sistem data biometrik pihak sindiket tidak mampu untuk menyeludup warga asing sewenang-wenangnya.

    Kerana setiap warga asing perlu menjalani imbasan cap jari ditambah dengan maklumat dari pelbagai agensi keselamatan dan melalui pengecaman identiti segala rekod jenayah lampau dapat dikenal-pasti dengan segera.

    Patutlah peluru dikirim kepada MDN mungkin ada kumpulan yang susah cari makan selepas program ini dilaksanakan. 


    Tahniah kepada KDN, pegawai Imigresen dengan kerjasama syarikat-syarikat pendaftar. 


    YY : Dalam perlaksanaan Program 6P Datuk Hishamuddin bangga dengan semua pegawai Imigresen... Pukul 9.00 pagi akan disiarkan sambungan artikel rungutan kakitangan Imigresen. Harap dapat respon dari MDN, KSU dan KP Imigresen sendiri.


    Tuesday, August 23, 2011

    KDN Jangan Main Timbang-Timbang...

    Hiasan artikel

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikatakan sedang menimbang keputusan sama ada ingin mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung mewujudkan 'skrip bersumpah' palsu yang disiarkan dalam berita penipu Suara Keldaian. Di bawah adalah contoh 'skrip sumpah' yang dikatakan digunakan oleh kerajaan untuk mendaftarkan PATI di bawah program 6P sebagai warganegara Malaysia dan pengundi yang sah.



    Selain Zuraida Kamaruddin, blogger MiloSuam juga menyiarkan dan memainkan fitnah yang sama dalam laman blognya. Jadi adalah lebih wajar sekirannya diheret sekali blogger tersebut kerana sehingga ke hari ini beliau dan Zuraida Kamaruddin gagal membuat sebarang laporan berhubung dakwaan 'skrip sumpah' yang didakwa mereka.

    Petikan artikel MiloSuam

    Bagi saya KDN tidak perlu lagi bermain dengan sebarang 'penimbang', apa yang dinyatakan oleh Zuraida Kamaruddin sudah jelas berniat menghasut serta memfitnah satu program anjuran KDN iaitu program 6P tanpa sebarang bukti. Tujuan mereka mewujudkan dakwaan ini adalah demi memburuk-burukkan agensi kerajaan seperti KDN dan Imigresen.

    KDN dilaporkan sedang memperincikan 3 langkah yang akan dikenakan kepada Zuraida Kamaruddin melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis atau mengemukakan saman terhadap beliau.

    Namun KDN satu perkara saya ingin tegaskan di sini, jangan sekadar mengeluarkan kenyataan di media. KDN mesti mengambil salah satu tindakan sama ada ingin melaporkan kepada Polis, SPRM ataupun menyaman sahaja Zuraida Kamaruddin.

    Ini demi membuktikan bahawa KDN sentiasa betul, amanah dalam mengendalikan sebarang program. Tuduhan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin bagi saya merupakan satu tuduhan yang serius. Persepsi masyarakat terhadap KDN telah hancur setelah dilemparkan pelbagai tohmahan baik dalam kes yang melibatkan Polis, JPN dan pelbagai agensi yang berada di bawah KDN.

    Jadi sebagai rakyat Malaysia yang menyokong kuat setiap tindakan KDN, secara jujurnya saya ingin nyatakan di sini bahawa tolong ambil tindakan terhadap Zuraida Kamaruddin demi membersihkan nama baik KDN.

    Malah jika KDN tidak mengenakan tindakan ke atas Zuraida Kamaruddin selepas mengeluarkan kenyataan dalam Utusan Malaysia. Percayalah kata saya bahawa KDN akan dilihat sebagai sebuah kementerian yang hanya 'cakap kosong', malah tidak keterlaluan juga mungkin akan dilabelkan sebagai takut untuk mengambil tindakan kerana ada benda yang tidak betul cuba disorokkkan.

    Sekaligus membuktikan dakwaan kosong Zuraida Kamaruddin dianggap benar oleh rakyat Malaysia walaupun pada hakikatnya ianya merupakan fitnah jahat ke atas KDN.

    Jadi saya menyeru supaya KDN silalah bertindak untuk kali ini, paling tidak pun saman malu perlu dikemukakan oleh KDN ke atas Zuraida Kamaruddin tidak perlulah bermain dengan mesin 'penimbang', timbang-timbang, ada kes dan kita di pihak yang benar heret sahaja 'hantu betina' ini ke mahkamah!!!

    Dari Utusan Malaysia :

    PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.
    Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.
    ‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
    ‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
    Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.
    Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
    Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

    YY : Sila buktikan setiap kata-kata, kalau tidak mahu bertindak usahlah keluarkan kenyataan media...!


    Friday, August 5, 2011

    Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit


    Kadangkala bermacam persoalan bermain di fikiran saya setiap kali membaca penulisan blogger-blogger PAS. Gaya bahasa yang digunakan mereka langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. 

    Kata-kata kesat diselang-selikan dengan alunan hadis untuk menyedapkan artikel yang bertaraf sampah mereka. Mereka mendakwa merekalah paling Islamik dari semua pihak, dari segi pakainya, gaya tuturnya sekali baca tidak ubah seperti mendengar leteran 'burma mabuk'.

    Laungan suaranya lantang dan kuat tapi isinya kosong.

    Dek kerana sudah tertewas dengan asakan bloggers pro-kerajaan berhubung isu Mismah. Hari ini mereka timbulkan lagi fitnah kononnya program 6P yang dijalankan KDN dengan kerjasama Imigresen sekarang adalah medan untuk UMNO mendaftarkan warganegara Indonesia sebagai pemilih.


    Tulisan yang ditulis bersandarkan emosi kebencian dan diselitkan dengan fakta-fakta yang salah serta merapu,jelas menunjukkan bahawa bloggers yang dilahirkan oleh PAS hanyalah bloggers yang menulis berdasarkan kehendak hati serta dendam mereka terhadap kerajaan.

    Kita boleh gelar mereka 'bloggers jumud'

    Maka tidak mustahillah setiap artikel yang terhasil sebenarnya tidak layak dibaca oleh kita yang normal, waras serta rasional.

    Artikel Biometrik ditulis oleh blogger terbabit membuatkan saya keliru malah hampir hilang akal selama 7 hari sebagaimana dihadapi oleh Suhardi Mat Isa.

    Saya masih tertanya-tanya adakah penulis tersebut benar-benar faham apa itu biometrik. Dari isu kononnya biometrik tidak berkesan, walhal dia tak tahu pun apa itu biomtetrik sehinggalah ke isu Program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan Imigresen sekarang ini.

    Semunya ditulis ikut selera kepala hotak dia.

    Beliau memaklumkan mempunyai seorang rakan yang menjalankan urusniaga pemutihan PATI. Malah beliau turut menyatakan bahawa rakannya mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu PATI yang didaftarkan.

    Bila kita kata orang PAS ini bodoh, ada yang melenting tidak menerima kenyataan. Walhal pada hakikatnya mereka sememangnya sebodoh-bodoh manusia. Maaf agak kasar tiada perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan bodoh buat masa ini. Hahaha...

    Kalau benar rakannya yang terlibat urusan pendaftaran PATI mengenakan bayaran dalam jumlah RM450, terang dan nyatalah mereka ini jenis manusia penipu dan spesis makan duit haram.

    Sekarang ini program pemutihan belum lagi dimulakan oleh KDN dan Imigresen, yang ada hanyalah proses pendaftaran PATI yang mana setiap PATI boleh mendaftarkan diri secara percuma di setiap pejabat Imigresen dan akan dikenakan bayaran RM35 jika melakukan proses tersebut melalui syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN.

    Tapi kawan penulis tersebut caj sampai RM450, MasyaAllah makan duit haram puak ni?

    Proses pemutihan hanya akan dimulakan selepas 14 Ogos ini dimana setelah lengkapnya proses pendaftaran yang sedang dilakukan sekarang ini.

    Isu kedua bahawa setiap PATI hanya perlu membayar RM1500 untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara, dengan hanya bersyaratkan mengundi BN maka warga Indonesia ini akan diberikan kad pengenalan biru (mykad).

    Ini fitnah serius, melibatkan soal keselamatan dalam negara. Seolah-olah KDN itu menjual maruah negara kepada pihak lain semata-mata kemaruk dengan RM1500.

    Jangan sampai bila kita minta kemukakan bukti, penulis blog ini terkencing dan terus bersara dari dunia blog.

    Bloggers yang mengagungkan Nik Aziz ini, saya perhatikan menulis berdasarkan ilusi tidak mustahil juga beliau berada dalam keadaan halusinasi yang mana dia dengan rakan-rakan dalam dunia halusinasi dia sahaja yang mampu faham dan terima penulisan sebegitu rupa.

    Sedar atau tidak bahawa setiap hari tulis artikel yang tidak disokong apa-apa bukti itu merupakan satu fitnah?

    Setiap tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia mereka akan serang dan burukkan.

    Niat mereka hanya satu iaitu untuk memburukkan imej kerajaan BN.

    Tidakkah mereka sedar apa itu dosa fitnah?

    Kantoi dengan  isu MyPR Mismah kini isu pendaftaran & pemutihan (6P) PATI pula dipertikaikan.



    **Statistik terkini program 6P setakat 3 Ogos - Pendaftaran Pekerja Sah 733,662 - Pendaftaran Pekerja Tanpa Izin (PATI) 127,049 - Didaftarkan melalui Jab. Imigresen Malaysia 35,917 - Didaftarkan oleh syarikat pengurus 91,132. Pendaftaran PATI Sabah 137,217.



    YY : Bloggers PAS syurgo gerenti kor..?  KDN risik-risik sikit blog tersebut...

    Thursday, August 4, 2011

    [Video] : Dari Sidang Media Program 6P di KDN



    KLIK Untuk Artikel Sebelum... Peringkat Pertama Program 6P Sukses

    Peringkat Pertama PROGRAM 6P Sukses - Satu Kejayaan KDN & Imigresen

    No.2 dari kiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Dato' Alwi Ibrahim

    **Laporan artikel yang ditunda waktu siaran gara-gara isu Mismah.

    Pada 2 Ogos 2011 yang lalu, saya mengikuti satu sidang media yang diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

    Sidang media yang diketuai oleh Dato' Alwi Ibrahim iaitu Timb. Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen bertujuan untuk memaklumkan kepada media mengenai 'Hari Pertama Program 6P'.

    Program 6P merupakan satu program yang besar dan penting serta berhubung kait dengan soal keselamatan negara serta perjalanan ekonomi negara. Program yang dirancang lebih setahun yang lalu dilakukan dengan melibatkan perbincangan dengan pelbagai kementerian.

    Proses pendaftaran biometrik hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dilantik oleh Imigresen sahaja

    Jadi program 6P bukanlah satu program bidang terjun atau program melepaskan batuk di tangga. Ketika sidang media tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa program ini bermula dengan agak perlahan namun akhirnya setelah dinyatakan tujuan sebenar, program 6P ini mendapat respon positif daripada pihak majikan yang menggunakan pekerja/pendatang tanpa izin (PATI).

    Program ini dilaksanakan di semua pejabat Imigresen dan syarikat pengurus yang dilantik oleh pihak kementerian, malah setiap kaunter Imigresen akan beroperasi 24 jam bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2011.
     
    Program yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI keluar dan mendaftarkan diri kerana daripada kes kebanjiran PATI ke dalam negara ini menyebabkan pihak kementerian terbabit tiada 'figure' yang tepat mengenai jumlah sebenar golongan ini.


    Golongan pekerja asing/PATI yang hadir mendaftar pada hari pertama Program 6P di salah sebuah syarikat pengurus

    Jadi peringkat yang sedang berjalan sekarang merupakan fasa pertama iaitu melengkapkan proses pendaftaran di kalangan PATI sebelum program pemutihan dilakukan.

    Jika PATI hadir sendiri ke pejabat Imigresen untuk proses pendaftaran dimaklumkan tiada sebarang caj dikenakan terhadap mereka. Tetapi jika ianya diuruskan oleh syarikat pengurusan yang dilantik bayaran sebanyak RM35 dikenakan.

    Kaunter di Jabatan Imigresen memperuntukkan hampir 90% operasi kaunter mereka untuk menjayakan Program 6P.

    Menurut sumber KDN jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran lebih daripada kadar yang ditetapkan kementerian perkara begini wajar diadukan kepada KDN untuk tindakan kerana syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN sudah termaktub pada akur janji.

    Pada hari pertama perlaksanaan Program 6P ini seramai 14,801 pekerja/(PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan 336 buah syarikat pengurus. Setiap syarikat pengurus ini dibekalkan dengan 10 buah pengimbas biometrik untuk melancarkan proses mendaftarkan PATI.

    Proses pendaftaran pekerja asing/PATI di salah sebuah syarikat pengurus.

    Negeri Selangor mencatat pendaftaran tertinggi pada hari pertama Program 6P dilancarkan yang mana sejumlah 4,066 orang berjaya didaftarkan pada hari pertama program. Selepas itu disusuli dengan Pahang serta beberapa negeri yang lain.

    Sebagai langkah berjaga-jaga kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik dan sistem yang digunakan dilengkapi dengan kata laluan yang mana tidak boleh diakses oleh semua orang dalam syarikat terbabit.


    Kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik

    Setelah lengkap fasa pertama ini, program pemutihan akan dilakukan dengan menempatkan golongan PATI yang berdaftar ini di sektor-sektor yang ada dalam negara bergantung kepada keperluan sektor tersebut.

    Namun sebelum golongan PATI yang mengikuti Program 6P ditempatkan di sektor terbabit. Kekosongan jawatan ini akan diiklankan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

    Melalui portal-portal kerja Jobstreets, etc sebagai contoh.

    Dalam hal ini keutamaan tetap diberikan kepada rakyat Malaysia berbanding dengan golongan PATI-PATI ini.

    Langkah-langkah ini merupakan satu titik permulaan supaya imej negara kita dapat dipulihkan dan mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara terbaik dalam menguruskan jumlah kebanjiran PATI di dalam negara.

    Golongan PATI menyambut baik Program 6P pada hari pertama ianya dilancarkan

    Selain itu Dato' Alwi Ibrahim juga menasihatkan golongan PATI supaya tidak menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan pendaftaran diri kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan PATI ini sekaligus memberikan tanggapan yang negatif terhadap usaha yang dilakukan oleh KDN.

    Semoga dengan usaha yang digerakkan oleh KDN dengan kerjasama Imigresen ini mampu mengurangkan golongan PATI yang kini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada rakyat tempatan.

    Pihak KDN akan sentiasa memantau setiap masalah yang mungkin timbul dan akan mengambil langkah yang proaktif untuk menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit.



    **Gambar PATI dan suasana di syarikat pengurus sumbangan dari rakan facebook Hisyam Datuk Baharom



    YY : Kena sambut baik usaha ini, kerahkan PATI yang ada depan, belakang, tepi rumah supaya daftarkan diri...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    HOT MINGGU INI

    Mesti Baca All Time HOT Artikel

    RECOMMENDED

    MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

    News & Portal