NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Blogger Celaka. Show all posts
Showing posts with label Blogger Celaka. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Blogger Rebel @firdyfire Kata Mereka Yang Bantu PM @NajibRazak 'ANJING' @HishammuddinH20?


Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kritikan kita sahaja yang betul, kritikan pihak lain terhadap kita tidak betul dan tidak boleh.

Kadir Jasin, Syed Akhbar kritik Najib Razak boleh, mereka bermain dengan persepsi ke atas Najib Razak boleh tapi apabila kawan-kawan kamu diserang kamu mengatakan ia salah dan tidak boleh.

Lebih keterlaluan kamu menggelarkan mereka sebagai 'anjing'!

Hahaha...

Mungkin itulah pegangan sahabat blogger Firdaus Abdullah antara blogger yang turut terlibat dalam menjatuhkan Pak Lah tahun 2008. Gelaran anjing mungkin ditujukan kepada individu yang menyerang Kadir Jasin sebelum ini.

Petikan tulisan apanama2020 :


Hello brader...

Adakah peribadi you, kaum kerabat you, atau apa-apa berkaitan kepentingan you telah terjejas di atas serangan yang telah berlaku. Saya yakin, jika kawan-kawan dalam circle saya mereka tidak akan menyerang peribadi.

Rasanya Apanama merujuk kepada Kadir Jasin yang mengadu diserang secara peribadi melalui laman pembangkang tanpa satu bukti sahih. Kisah mengenai dia memiliki dua isteri dikatakan disebarkan oleh blogger UMNO.

Saya tahu Apanama tidak maksudkan saya, kerana setakat ini saya tidak menyerang Kadir Jasin secara peribadi.


Cuma soalan saya untuk apanama - bila Kadir Jasin diserang, bersungguh-sungguh you pertahankan tapi bila Hishammuddin diserang, difitnah, dilabel sebagai pondan, you di mana bro?

Saya tekankan di sini saya tiada masalah jika teguran daripada kawan-kawan blogger terhadap kepimpinan Najib Razak jika ia demi kebaikkan - saya juga menegur termasuklah ke atas isteri beliau sendiri.

Malangnya serangan Kadir Jasin lama kelamaan bersifat serangan peribadi, lebih bermain dengan persepsi dan ia dilihat bukan lagi bertujuan menegur kelemahan pentadbiran Najib Razak.

Mungkin manusia seperti Kadir Jasin, Syed Akhbar dan you sekali Firdaus Abdullah fikir hanya you boleh bersikap kritikal di media sosial - tetapi apabila orang lain kritikal mereka adalah anjing.



Jika begitu, selepas ini kalau you jadi kritikal lagi saya akan panggil you 'babi' boleh?

This not 2008 la moron...!



Arioss...!

Friday, January 24, 2014

Chapter II : Kadir Jasin, Blogger UMNO, Air Ketum, Seluar Dalam dan...


Sambungan dari artikel sebelum [KLIK]

Umum mengetahui bahawa Kadir Jasin meroyan dan menyerang Najib Razak disebabkan kegagalan beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Media Prima, perkara ini telah didedahkan melalui blog Azri Malay Rights dan RBF sebelum ini.

Berdasarkan respon dari artikel sebelum ini, ada yang beranggapan saya menyerang Kadir Jasin kerana bekas tokoh wartawan itu menyerang Perdana Menteri. Sebenarnya, saya tiada masalah jika kritikan membina dilemparkan terhadap kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak.

Malah sebelum ini saya tidak mengambil peduli pun, apa yang ingin dilakukan oleh Kadir Jasin. Tetapi dek kerana kegilaan serta kebodohan tokoh wartawan ini yang menuduh blogger UMNO menyerang peribadinya melalui laman pembangkang.

Jadi, anggap saja ini serangan balas dari kami kerana keceluparan mulut Datuk sendiri! 

Melalui artikel sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa seminggu yang lalu saya menerima satu emel daripada individu yang tidak dikenali, ia menyatakan hasrat untuk bertemu dengan saya bagi berkongsi maklumat mengenai dalang di sebalik tindakan Kadir Jasin.


Apa yang membuatkan saya ingin bertemu dengan individu tersebut, kerana info yang dikirimkan menyatakan secara ringkas bahawa serangan dan kencaman memburuk-burukkan kerajaan oleh Kadir Jasin sebenarnya tidak melibatkan Tun Mahathir Mohammad sebagaimana anggapan sesetengah pihak.

Sebaliknya, nama Tun Mahathir yang sering disebut dalam setiap artikel Kadir Jasin, bertujuan mengaburi pembaca bagi meraih kepercayaan orang ramai kononnya Tun Mahathir juga tidak yakin dengan kepimpinan DS Najib Tun Razak.

Terdapat dua individu berpengaruh yang dipercayai mendalangi serangan yang dibuat oleh Kadir Jasin terhadap perdana menteri serta isteri. Menurut individu yang bertemu dengan saya tempoh hari, Tun Daim Zainuddin bersama seorang lagi individu merupakan 'tauke' kepada Kadir Jasin.

Perkara ini turut dinyatakan dalam emel yang dikirim kepada saya sebelum pertemuan kami tempoh hari :

PETIKAN KIRIMAN EMEL

Apakah punca Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati terhadap Najib Tun Razak sehingga menggunakan khidmat wartawan pencen bernama Kadir Jasin bagi merealisasikan impiannya?

Adakah Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati disebabkan rakyat terhimpit dengan kos sara hidup dan kenaikkan harga barang sebagaimana dalam ramalannya - Selain Tun Daim Zainuddin, siapa individu kedua yang turut bertindak sebagai 'tauke' kepada Kadir Jasin?

Jeng...Jeng...Jeng!

Nantikan sambungan, walaupun ramalan saya tidak seperti ramalan Tun Daim Zainuddin, tetapi ramalan saya ternyata benar belaka!



YY : Maaf nak kena cuci seluar dalam dulu, nanti-nantilah sambung... haha!

Tuesday, January 21, 2014

Datuk A Kadir Jasin, Blogger UMNO, Air Ketum dan Seluar Dalam...


Saya menerima emel dari individu yang tidak dikenali beberapa hari yang lepas, di mana individu tersebut memaklumkan ingin bertemu dengan saya bagi menceritakan punca kelantangan Datuk A Kadir Jasin yang kini aktif mengkritik Perdana Menteri DS Najib Razak.

Justeru, kelmarin saya bertemu dengan individu tersebut di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan kami, individu berkenaan bertanyakan soalan kepada saya - "bro, what do you think about Kadir Jasin?"

Saya hanya menjawab - "saya tidak kenal Datuk A Kadir Jasin, tetapi saya tahu latar belakang dia dalam bidang kewartawanan dan seingat saya dia pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan ke-9..."

Lalu, individu tersebut menunjukkan satu artikel temubual Kadir Jasin bersama Malaysia Gazette. 

Dalam tiga jam pertemuan kami, individu tersebut menceritakan mengenai A Kadir Jasin di mana beberapa maklumat turut diserahkan kepada saya oleh individu tersebut. Sebaik saja sampai di rumah saya meneliti temubual yang ditunjukkan kepada saya.

Antara petikan temubual tersebut, Kadir Jasin mengatakan blogger UMNO bodoh kerana menyerang dirinya dalam blog pembangkang :


Saya tidak kisah tokoh wartawan ini mengkritik kepimpinan DS Najib Tun Razak di laman blognya atas dasar kebebasan bersuara.

Tetapi menuduh blogger dan cybertroopers pro UMNO tidak membantu kepimpinan UMNO bagi saya satu kenyataan bangang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang berpengalaman seperti Kadir Jasin.

Blogger UMNO dikatakan memburuk-burukkan bakal generasi UMNO.

Benarkah tuduhan tersebut, adakah kita blogger mengkritik tindakan Kadir Jasin merupakan satu perbuatan yang merosakkan UMNO?

Ini bagi saya ia satu penghinaan, mana mungkin saya berdiam diri melihat seorang wartawan tua meroyan dan menyalahkan blogger UMNO kerana dirinya dikritik.

Jadi saya meluangkan sedikit masa meneliti laman blog milik A Kadir Jasin, fokus saya apa sumbangan Datuk A Kadir Jasin dalam membantu BN ketika kempen pilihan raya 13 tempoh hari.

Saya bermula bulan April dan bulan Mei, di mana sekitar bulan April desas-desus pembubaran parlimen telah tersebar di mana pada waktu itu setiap jentera BN termasuk jentera siber dalam keadaan siap siaga untuk mempertahankan kerajaan BN.

Mari kita tengok adakah tokoh kewartawanan ke-9 membantu BN sepanjang tempoh bahang PRU13 :


Bukan sahaja tidak membantu BN, walaupun tempoh kempen PRU13 bermula 22 April dan hari pengundian pada 5 Mei, seawal 1 April Datuk A Kadir Jasin banyak mengkritik BN serta DS Najib Tun Razak.

Malah terdapat juga artikel yang dilihat telah memberi persepsi buruk kepada BN. Antaranya artikel bertajuk Ironi Rintihan Perdana Menteri :


Apakah strategi mengutuk dan memberikan persepsi buruk kepada BN mampu membantu memberi kemenangan kepada BN semasa PRU13 tempoh hari?

Bukan sahaja mengutuk BN dan Perdana Menteri, artikel bertarikh 1 Mei pula, Datuk A Kadir Jasin turut mengaku bahawa dia meninjau kawasan parlimen Raub di mana dalam artikel tersebut Datuk A Kadir Jasin telah mempromosikan Ariff Sabri calon DAP (sengaja atau tidak hanya Allah yang tahu) 


Agaknya Datuk A Kadir Jasin bukan sahaja turun meninjau kawasan parlimen Raub malah turut membantu kempen calon DAP Ariff Sabri. Tidak hairanlah dia cukup yakin calon DAP lebih berwibawa. 

Keputusan di parlimen juga menepati ramalan sebagaimana ditulis dalam artikel bertajuk 'Melayu DAP Cabar Cina BN di Raub' di mana DAP menang dengan majoriti 2,814 undi mengalahkan calon BN Datuk Hoh Khai Mun.

Soalan saya kepada wartawan berpengalaman dan sebagai blogger yang menyokong kerajaan (dia kata la) - adakah Datuk rasa, dari April hingga Mei di mana 21 artikel yang disiarkan di blog Datuk dicampur dengan artikel promosi calon DAP telah membantu kemenangan BN dalam PRU13 sekaligus menyaksikan DS Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri?

Boleh jawab soalan ini Datuk?

Justeru, saya pulangkan semula kata-kata Datuk - "sudahlah tidak membantu BN dengan berkesan semasa kempen PRU13, dalam masa yang sama mempromosikan pula calon DAP. Apa you mabuk air ketum ke Datuk?"

Yang mana lebih bagus, basuh seluar dalam di khayalak ramai atau tak basuh langsung Datuk?

Blog you sebenarnya yang membuatkan UMNO itu lagi teruk kepada generasi baru!

Datuk A Kadir Jasin, cerminlah diri kalau tiada cermin di rumah kencing dalam tempurung tiliklah muka Datuk lama-lama, muhasabah diri.

You takut kena kritik, you jangan kritik orang!

Boleh faham bahasa Melayu saya guna ni Datuk?


Selepas ini saya buka cerita serta maklumat yang disampaikan oleh individu tidak dikenali kepada saya mengenai gerak-geri Datuk, kenapa Datuk bertindak, mengapa dan siapa 'paymaster' Datuk A Kadir Jasin.

Tidak malu ke tokoh wartawan yang kecewa hajat tidak kesampaian meroyan di blog?

Datuk layan lagu dulu la, banyak lagi nak cerita pasal Datuk A Kadir Jasin - jangan risau saya tidak serang peribadi punya.

Arioss...!


Thursday, April 25, 2013

#GE13 Transkrip Emel : KANTOI! Blogger MiloSuam Anak Ikan @rafiziramli? #TolakPR #VoteBN #PRU13


Transkrip perbualan emel di antara Rafizi Ramli dengan blogger pembangkang yang kini diburu polis kerana memfitnah SPR membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR terbukti membiayai operasi fitnah yang dilakukan oleh blogger pembangkang terutama kepada DS Najib Tun Razak.

Kiriman emel blogger Milo Suam kepada Rafizi Ramli yang yang dikirimkan 27 Januari 2012 adalah mengenai pembelian dokumen daripada seorang kakitangan Hotel Shang Ri La berhubung majlis pertunangan anak PM yang berlangsung di hotel tersebut.

Teliti transkrip perbualan di antara Rafizi Ramli dan blogger MiloSuam :







Jelas terbukti bahawa Rafizi Ramli membeli dokumen yang didakwa penyelewengan PM daripada seorang kakitangan hotel dengan nilai RM5000 di mana blogger kaki kelentong MiloSuam bertindak sebagai perantara.

Kos pertunangan anak PM ditanggung sendiri oleh PM tetapi ia dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri [sini]

Ini adalah sebahagian transkrip emel, banyak lagi akan terbongkar menjelang 5 Mei nanti...

Jeng...jeng...jeng!

Friday, February 1, 2013

Blogger Guna Kepala Lutut?


Apa kaitan kepala lutut dengan blogger?

Apa kaitan watermark dengan kepala lutut sehingga ada blogger meroyan melompat tidak tentu pasal?

Apa kena mengena kepala lutut dengan Ketua Pengarah BTN?

PPC :
Soalan mudah : kenapa satu ketika blogger tersebut menghentam Raja Arif dan menghentikannya selepas berjaya mendekati Ketua Pengarah BTN tersebut. Bukan itu sahaja bahkan semua artikel juga dipadamkan? 
Selain itu banyak fakta yang dikemukan sangat tidak tepat termasuk menggunakan nama individu yang sudah pun meninggal dunia di dalam tulisan penuh dengan tuduhan tersebut

Bukankah itu tanda tulisan anda hanya mahu menakutkan manusia dengan harapa mendapat sesuatu dan melepaskan geram apabila anda sudah kekeringan wang dan mula memikirkan untuk menzahirkan kekuasan di alam maya?
Baca kesudahan kisah kepala lutut & blogger... 

Wednesday, September 5, 2012

Gila! Blogger Pembangkang Nak Bunuh Diri Kerana Malu!


Blogger pembangkang ini menulis satu kronologi kelakar :
Jadi sekali lagi aku akan ulas mengenai isu di atas. Gambar yang sebenar ialah gambar dsai dipijak. Bukan najib di pijak. Mana dapat gambar tersebut? Ia diperolehi dari blog umno sendiri. Nampak tak url yang tertera kat gambar tue apa?
Gambar apa, gambar siapa?

Kita lihat dua keping gambar di bawah, yang dijadikan modal oleh blogger tersohor ini menghasilkan satu kronologi bangang :


Hahaha...

Cuba teka yang mana satukah gambar original?

Saya yakin majoriti bersetuju bahawa gambar wajah Najib Razak dipijak merupakan gambar original manakala gambar yang memaparkan wajah Anwar Ibrahim dipijak merupakan gambar super impose!

Ekoran daripada kronologi yang dihasilkan oleh amenoworld itu terlalu bangang, sahabat blogger MPP memaparkan print screen komen pengguna facebook :


Tak mahu taip panjang-panjang, cuma nak pulangkan semula kata-kata amenoworld yang berbunyi :
"Sekarang aku nak korang pilih. Samada minta maaf ataupun bunuh diri. Dah buat salah kena mengaku. Dah buat fitnah, kena betulkan. Jangan jadi manusia yang lari dari tanggungjawab"
So amenoworld, sekarang saya hendak berikan kamu pilihan sama ada bunuh diri atau minta maaf?

Amenoworld disaran jangan jadi manusia yang lari daripada tanggungjawab.

Malu siott!

Hahaha...

Baca artikel menarik sahabat MPP [SINI]

Friday, January 13, 2012

Misteri Seorang Blogger PKR Hilang? - Hey... @DinSharpshooter Mana Kamu Menyorok Haaa...?

"I'm surrender Rais..."
Hahaha...

Seorang blogger yang konon berani berjuang, dilaporkan 'menghilangkan diri' serta gagal dikesan menyebabkan prosiding perbicaraan kes hina mahkamah yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan.

Blogger yang gemar menggunakan tagline "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" ini sekarang ini dilaporkan dalam keadaan tersepit kerana pemimpin-pemimpin PKR mula menjauhkan diri dari beliau.

Dulu beliau menulis artikel fitnah terhadap DS Utama Rais Yatim bertajuk "Hey... Pak Menteri Mana Malu Lari" - nampaknya tajuk artikel yang ditulis dulu menggambarkan dirinya sekarang ini.

Hahahaha...

Petikan Berita Harian :

Capaian laporan berita : [KLIK]

Friday, November 4, 2011

10 BodyGuard Iringi Najib & Isteri Ketika Mengerjakan Haji - Jangan Jadi Bodohlah MiloSuam

Klik Untuk Besarkan
Saya hanya mampu tersenyum bila melihat kebodohan blogger ikon pembangkang saudara MiloSuam (milosohai)  dalam posting beliau yang mempersoalkan bahawa PM dan isteri tidak mampu membuang tabiat gaya hidup mewah walaupun ketika mengerjakan ibadah haji.

Dalam entiri tersebut penulis ikon pembangkang ini cuba menimbulkan persepsi buruk ke atas PM dan isteri ekoran kawalan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
...."Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf...."
..."Pengawal-pengawal VVIP "bodyguard" Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata. Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa..."
Memang benar Najib Tun Razak dan isteri tidak mengikuti laluan sebagaimana orang biasa yang lain, malah kawalan keselamatan yang ketat juga diberikan oleh kerajaan Arab Saudi memandangkan Najib Tun Razak adalah seorang Perdana Menteri Malaysia.

Ini adalah tindakan normal yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mana-mana pemimpin negara, malah jika ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan beliau ingin mengerjakan haji kawalan yang sama turut diberikan.

Untuk tatapan MiloSuam mari sini saya tunjukkan bahawa pemimpin negara lain turut diberikan kawalan keselamatan yang sama.



Di atas adalah Presiden Iran Ahmadinejad mengerjakan ibadah haji yang turut dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Malah menyediakan kawalan keselamatan kepada mana-mana pemimpin negara sudah dilakukan sekian lama oleh kerajaan Arab Saudi.



Video di atas pula adalah pemimpin Iraq yang sudah meninggalkan kita iaitu Saddam Hussein ketika beliau mengerjakan ibadah haji.

Nampaknya nasihat TG Nik Aziz kepada penulis blog supaya tidak memfitnah orang lain melalui penulisan langsung tidak dihiraukan oleh blogger ikon pembangkang ini.

Nak tanya saudara pembaca - lingkungan umur berapa sebenarnya yang membaca dan mengikuti penulisan saudara MiloSuam a.k.a ReJaM ini?

Selebihnya saudara pembaca boleh menilai sendiri sejauh mana tahap pemikiran yang dimiliki oleh blogger pembangkang. Pendirian mereka hanya satu 'spin' selagi boleh, maka tidak mustahillah dalam video seks sebelum ini kotak tisu dijadikan bukti kukuh untuk menolak bahawa si pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Hahaha...

YY : Semoga DS Najib mendapat haji yang mabrur...

Friday, August 19, 2011

Must Read - Gara-Gara WikiLeaks Terbukti si MiloSuam Kaki Pusing...

Al-kisah terjadilah sebuah kisah yang mana blogger pencacai PR kini terpaksa 'sujud' dan percaya kepada laporan wikileaks kononnya pada tahun 1994 wujudnya satu projek yang diberi nama 'projek Mahathir'. Projek ini digerakkan oleh UMNO bertujuan memberikan taraf kewarganegaraan dan hak mengundi kepada 600,000 rakyat asing.

Warga asing ini dikatakan mereka yang beragama Islam yang berasal dari Mindanao dan Indonesia. Projek ini dimulakan oleh Mahathir Mohammad yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebelum Pilihanraya DUN Sabah 1994.


Inilah nasib blogger pencacai Anu-war, arahan dari langit telah menetapkan jika #mismahgate gagal carilah isu baru oleh sebab itulah apa sahaja yang keluar ketika ini waima seketul taik sekalipun jika ianya mampu memberikan kelebihan kepada PR ianya akan dijaja dan dicanang keliling.

Benar semalam wikileaks melepaskan satu dokumen melalui rangkaian kabelnya sebagaimana dipaparkan di bawah :


Tetapi apa yang membuatkan saya ketawa adalah, sejak bila blogger pencacai tAnu-war ini mempercayai laporan yang didedahkan oleh wikileaks? 

Kita lihat kembali kronologi pendedahan wikileaks melalui kabelnya berkaitan isu liwat Anu-war?

Masih ingat dengan pendedahan wikileaks sekitar Disember 2010, yang mana wikileaks mendedahkan berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anu-war didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anu-war memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Risikan ini dikukuhkan lagi apabila wikileaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anu-war memang terlibat dalam aktiviti liwat.

Ketika pendedahan wikileaks ini apa 'spin' blogger IQ rendah kelahiran PR ini wahai saudara pembaca?

Apa yang ditulis oleh blogger IQ rendah ini untuk menyelamatkan batang tengkuk Anu-war idolanya?

Jadi hari ini saya akan membawa saudara menyelak kain milik si Milosuam... auuwww.. jangan marah tau...



 Itu dia pelbagai persoalan, jawapan mengalahkan soalan-soalan dalam rancangan 'Who Want To Be a Millionaire' kesahihan laporan wikileaks dipersoalkan setiap inci. Pendek kata satu patah perkataan pun dalam laporan wikileaks pada waktu itu tidak layak diterima pakai.

Laporan wikileaks Disember lalu mengatakan Anu-war meliwat, mereka cuba untuk menafikan malah mempertikaikan kesahihan laporan tersebut, cuba bayangkan kalau laporan tersebut kata Najib tidak puasa dan kantoi dengan jabatan agama?

Adakah wujud persoalan-persoalan 'bijak' blogger IQ rendah ini?

Tidak cukup dengan persoalan bengong yang direka untuk menampakkan bahawa Anu-war tidak bersalah, blogger IQ rendah milik PR menimbulkan dakwaan kononnya Anu-war diperangkap sehingga memaksa berlakunya kejadian liwat. Dek kerana perangkap punya pasal maka dapatlah rakan-rakan blogger BN lakarkan gambar rajah perangkap tersebut :

Peringatan : Perangkap ini boleh membuatkan pahala puasa anda hilang!!!

Tapi tiba-tiba semalam blogger IQ rendah si milosuam memperakui, mengesahkan, mempercayai laporan yang dikeluarkan oleh wikileaks?

Hahaha... apa kelas blogger PR ini? ludah sendiri dijilat kembali, blogger macam ini saudara pembaca hendak jadikan rujukan? Orang macam ini kalau jumpa jangan segan-segan baling saja lampin bayi terpakai tepat ke arah mukanya.

Tidak pula dipersoalkan dari mana datang laporan tersebut, kabel telefon mana dipintas, kabel dasar laut mana dicangkul oleh wikileaks sehingga keluarnya dakwaan bahawa Mahathir Mohammad memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing seramai 600,000 orang pada tahun 1994?

Kesimpulannya saudara pembaca yang bijaksana di laman blog YY - sebenarnya blogger PR ini hidup dalam halusinasi ciptaan Anu-War. Idolanya mendidik supaya satu-satu perkara yang datang kepada mereka, jika tidak memihak parti mereka katakan saja ianya  palsu, direka bla bla bla...

Jika laporan itu memihak kepada parti mahupun pemimpin mereka katakan saja laporan itu benar, tepat, maklumat sahih, boleh dipercayai, tidak mampu disangkal dan bla bla bla...

Hairan masih ada yang sanggup membaca tulisan penulis IQ rendah macam milosuam. Tapi ada yang kata mereka yang dok baca artikel bengong si milosuam ini hanya jadikan milosuam sebagai bahan ketawa saja.

Wallahu'allam...


YY :  si milosuam ni muka tampal kulit khinzir ke? apa yang kamu tulis dulu-dulu orang korek kejap sajalah! Tolol!!!




Saturday, August 6, 2011

Blogger PAS Mula Tuduh UMNO Dalang 'Serbuan' JAIS ke Atas Gereja


Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam artikel saya yang di siarkan semalam. Mereka bertaki sesama sendiri, kesudahannya yang bersalah adalah UMNO.

Blog MalaysiaWaves a.k.a 'Rahman Sluaq Dalam', mengeluarkan artikel menyalahkan UMNO dalam tindakan JAIS 'menyerbu' sebuah gereja yang mana tindakan itu dipertahankan oleh Hasan Ali. Walaupun rakyat dapat melihat dengan jelas masalah ini berlaku di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka sendiri.


Tulang 'Babi' eh silap.. Tulang Besi (TB) sebenarnya mengambil peluang ini untuk mengenakan Hasan Ali kerana dari apa yang saya tahu TB ini memang bermasalah dengan Hasan Ali dari dulu lagi ianya berpunca daripada kegagalan TB yang inginkan jawatan di Selangor setelah Pakatan dapat memerintah di Selangor.

Sehingga kini dakwaan ini tidak pernah disangkal TB.

Setelah gagal mendapat jawatan yang diinginkan, blogger celaka (gelaran dari Hadi Awang dalam muktamar PAS) menjalankan satu misi untuk membunuh karakter Hasan Ali dengan menulis bermacam artikel memburukkan Hasan Ali.

Malah dendam TB dengan Hasan Ali tidak pernah luntur. Kisah ini diceritakan oleh blogger PAS sendiri sehinggakan ada blogger PAS mewujudkan satu blog semata-mata untuk menbongkar perangai jelek blogger celaka ini (rekod tulang babi)

Berbalik kisah serbuan di gereja yang dilakukan JAIS blogger celaka ini mengambil kesempatan dengan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebalik tindakan tersebut.

Dakwa beliau Hasan Ali 'bekerjasama' dengan UMNO untuk sebotaj kerajaan negeri Selangor dan PAS hukuman ini dijatuhkan ke atas Hasan Ali kerana beliau dilihat pro kerajaan perpaduan sebelum ini.


 
Datuk Hishamuddin Tun Hussein juga diheret sekali dalam permainan bodoh ciptaan TB ini kerana polis yang terlibat dalam melakukan 'serbuan' itu berada di bawah KDN.

Inilah maksud saya bahawa orang yang ada dalam PAS hari ini hanyalah terdiri dari mereka yang bodoh, dungu serta bangang.

Sekarang tunggu apa lagi, dedahlah sumber-sumber yang kau dapat wahai Rahman Sluaq Dalam kononnya wujud penglibatan UMNO.

Semua orang tahu la Khalid Gereja dengan Hasan Ali bersengketa walaupun berada dalam satu parti.

Mereka dok balun sama sendiri, akhirnya yang salah...

Adalah UMNO...

Dasar munafik!



 YY : Selain fitnah orang apa lagi yang blogger PAS mampu buat?

Friday, August 5, 2011

Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit


Kadangkala bermacam persoalan bermain di fikiran saya setiap kali membaca penulisan blogger-blogger PAS. Gaya bahasa yang digunakan mereka langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. 

Kata-kata kesat diselang-selikan dengan alunan hadis untuk menyedapkan artikel yang bertaraf sampah mereka. Mereka mendakwa merekalah paling Islamik dari semua pihak, dari segi pakainya, gaya tuturnya sekali baca tidak ubah seperti mendengar leteran 'burma mabuk'.

Laungan suaranya lantang dan kuat tapi isinya kosong.

Dek kerana sudah tertewas dengan asakan bloggers pro-kerajaan berhubung isu Mismah. Hari ini mereka timbulkan lagi fitnah kononnya program 6P yang dijalankan KDN dengan kerjasama Imigresen sekarang adalah medan untuk UMNO mendaftarkan warganegara Indonesia sebagai pemilih.


Tulisan yang ditulis bersandarkan emosi kebencian dan diselitkan dengan fakta-fakta yang salah serta merapu,jelas menunjukkan bahawa bloggers yang dilahirkan oleh PAS hanyalah bloggers yang menulis berdasarkan kehendak hati serta dendam mereka terhadap kerajaan.

Kita boleh gelar mereka 'bloggers jumud'

Maka tidak mustahillah setiap artikel yang terhasil sebenarnya tidak layak dibaca oleh kita yang normal, waras serta rasional.

Artikel Biometrik ditulis oleh blogger terbabit membuatkan saya keliru malah hampir hilang akal selama 7 hari sebagaimana dihadapi oleh Suhardi Mat Isa.

Saya masih tertanya-tanya adakah penulis tersebut benar-benar faham apa itu biometrik. Dari isu kononnya biometrik tidak berkesan, walhal dia tak tahu pun apa itu biomtetrik sehinggalah ke isu Program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan Imigresen sekarang ini.

Semunya ditulis ikut selera kepala hotak dia.

Beliau memaklumkan mempunyai seorang rakan yang menjalankan urusniaga pemutihan PATI. Malah beliau turut menyatakan bahawa rakannya mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu PATI yang didaftarkan.

Bila kita kata orang PAS ini bodoh, ada yang melenting tidak menerima kenyataan. Walhal pada hakikatnya mereka sememangnya sebodoh-bodoh manusia. Maaf agak kasar tiada perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan bodoh buat masa ini. Hahaha...

Kalau benar rakannya yang terlibat urusan pendaftaran PATI mengenakan bayaran dalam jumlah RM450, terang dan nyatalah mereka ini jenis manusia penipu dan spesis makan duit haram.

Sekarang ini program pemutihan belum lagi dimulakan oleh KDN dan Imigresen, yang ada hanyalah proses pendaftaran PATI yang mana setiap PATI boleh mendaftarkan diri secara percuma di setiap pejabat Imigresen dan akan dikenakan bayaran RM35 jika melakukan proses tersebut melalui syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN.

Tapi kawan penulis tersebut caj sampai RM450, MasyaAllah makan duit haram puak ni?

Proses pemutihan hanya akan dimulakan selepas 14 Ogos ini dimana setelah lengkapnya proses pendaftaran yang sedang dilakukan sekarang ini.

Isu kedua bahawa setiap PATI hanya perlu membayar RM1500 untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara, dengan hanya bersyaratkan mengundi BN maka warga Indonesia ini akan diberikan kad pengenalan biru (mykad).

Ini fitnah serius, melibatkan soal keselamatan dalam negara. Seolah-olah KDN itu menjual maruah negara kepada pihak lain semata-mata kemaruk dengan RM1500.

Jangan sampai bila kita minta kemukakan bukti, penulis blog ini terkencing dan terus bersara dari dunia blog.

Bloggers yang mengagungkan Nik Aziz ini, saya perhatikan menulis berdasarkan ilusi tidak mustahil juga beliau berada dalam keadaan halusinasi yang mana dia dengan rakan-rakan dalam dunia halusinasi dia sahaja yang mampu faham dan terima penulisan sebegitu rupa.

Sedar atau tidak bahawa setiap hari tulis artikel yang tidak disokong apa-apa bukti itu merupakan satu fitnah?

Setiap tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia mereka akan serang dan burukkan.

Niat mereka hanya satu iaitu untuk memburukkan imej kerajaan BN.

Tidakkah mereka sedar apa itu dosa fitnah?

Kantoi dengan  isu MyPR Mismah kini isu pendaftaran & pemutihan (6P) PATI pula dipertikaikan.



**Statistik terkini program 6P setakat 3 Ogos - Pendaftaran Pekerja Sah 733,662 - Pendaftaran Pekerja Tanpa Izin (PATI) 127,049 - Didaftarkan melalui Jab. Imigresen Malaysia 35,917 - Didaftarkan oleh syarikat pengurus 91,132. Pendaftaran PATI Sabah 137,217.



YY : Bloggers PAS syurgo gerenti kor..?  KDN risik-risik sikit blog tersebut...

Friday, March 11, 2011

Bloggers PR Fitnah Sultan Selangor, Tanpa Laporan Jangan Harap Ada Tindakan!

Tertarik dengan artikel daripada sahabat bloggers Darul Ehsan Today (DET) berhubung kenyataan liar seorang bloggers Fuckatan yang dikatakan memfitnah Sultan Selangor.

Masuk hari ini sudah 11 hari artikel liar itu disiarkan, dan sudah mendapat 60 komen, Blog itu mengatakan bahawa Khusrin melindungi perzinaan Sultan Selangor bersama Kavita Kaur.

Blogger bernama hanief itu hanya memainkan kembali artikel yang tanpa bukti yang disiarkan di LAMAN INI

Ini bukan perkara main-main, KDN & SKMM kena bertindak, tetapi macam mana mereka hendak bertindak kalau tiada laporan dibuat?

Jadi bloggers yang berada di Negeri naungan Sultan Selangor, bertindaklah. Tanpa laporan pihak terbabit 'agak slow' untuk bertindak.

Kalau tidak bertindak, saya berani jamin, komen-komen liar berhubung Baginda Sultan Selangor akan terus dihantar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tajuk artikel pun sudah jelas biadap, untuk bacaan semua klik : How's Sultan Of Selangor Protect His Whore


Double Y fikir : Mungkin Cucu Tok Selampit, GAP, GERAKAN TIMUR, dan beberapa bloggers yang ada di Selangor boleh buat report.. PERKASA pun boleh ikut serta!

Wednesday, February 2, 2011

Mari Baca Contoh Blogger Celaka Yang di Lahirkan Oleh PAS.

Krisis di Mesir ketika ini dijadikan satu medium baru oleh beberapa blogger pro PAS/PR untuk bertindak menghentam kerajaan, walaupun sumber yang mereka dapat dan disiarkan di dalam blog mereka, bukannya datang daripada pelajar yang berada di Mesir ketika ini.

Salah satu blogger celaka yang selalu menghentam kerajaan dengan penuh emosi, ialah blogger tersohor PAS Topeng Perak Unmasked. Sehingga ke hari ini dua artikel yang dihasilkan oleh Topeng Perak berhubung isu di Mesir waktu ini.

Artikel pertamanya memaparkan komen serta diskusi sesama mereka, dan mengatakan kononnya ada pelajar kita dirogol. Dan hal ini telah dinafikan melalui fakta yang padat dan sumber dari Mesir sendiri yang ditulis dengan baik oleh blogger Cucu Tok Selampit

Untuk pengetahuan umum, sehingga ke saat ini tiada seorang pun pelajar kita yang dirogol atau mati kebuluran sebagaimana disiarkan oleh beberapa blogger pro PAS/PR. Setakat ini hanya satu kes dilaporkan iaitu seorang pelajar Malaysia terperangkap dalam perhimpunan tersebut dan terkena tembakan peluru getah di bahagian matanya. Dan pelajar itu difahamkan telah selamat sampai di Malaysia.

Artikel pertama yang dihasilkan oleh Topeng Perak boleh di baca di SINI manakala artikel kedua pula saudara pembaca boleh membacanyanya di SINI

Inilah beza antara blogger PR dan BN, blogger BN kebanyakkan tidak bergantung kepada maklumat 'hear say' atau dengar cakap orang, sebagaimana blogger PR, jika diperhatikan artikel pertama yang dihasilkan oleh Topeng Perak, jelas maklumat yang berdasarkan cakap-cakap kosong di facebook dijadikan modal untuk beliau menulis satu artikel. Di mana jelas artikel serta maklumat mengenai kes rogol itu adalah palsu semata-mata.

Tidakkah si Topeng Perak blogger celaka fikir bahawa setiap artikel dan kisah yang kesahihannya belum dapat dipastikan itu boleh menimbulkan suasana panik terhadap ahli keluarga pelajar kita di sana?

Isu kedua dibangkitkan adalah kerajaan lambat bertindak sebagaimana Indonesia bertindak, jika diperhatikan gaya penulisan beliau langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. Adakah muslim yang baik menulis dengan gaya begini seperti di bawah?

"Komen gua: B***T RosMoh la...!!! KERAjaan Malaysia adalah KERAjaan Babi..! Woi laki RosMoh..! dengan Rakyat sendiri pun nak berkira ke..? Babi Lu...!!! yang ada dekat Mesir tu Rakyat Malaysia..! bukan anak orang PAS, DAP & PKR je, anak orang UMNO yang hidupnya susah pun ramai jugak..! ni bukan masalah politik..! ni masalah KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA..!

BABI LU LAKI ROSMOH...!!!

Nak tunggu Rakyat Bangkit macam dekat Tunisia dengan Mesir dulu baru nak bertindak ke...???
"

Gara-gara gaya penulisan yang macam babi ini, artikel beliau siarkan dapat komen dan reaksi negatif dari pembacanya, dan saya tertarik dengan satu komen yang membidas Topeng Perak Unmasked :

Pandangan Pakteh:
Malaysia masih terbaik dlam membuat perkiraan.

1. Indon hantaq sebuah pesawat yang bulih angkut sekitar 400 orang. Berapa kali mau terbang baru clear semua 6 ribu lebih pelajar??

2. Malaysia berfikir dan mencari strategi terbaik baru umum plan. Maka digunakan cara seperti yang anda semua dah baca hari ni...11 ribu pelajar akan dapat dikeluarkan lebih cepat dari idea Indon.

3. Ketika PM dan semua rakyat bertungkus lumus membantu, pembangkang bertungkus lumus cari orang ajak buat DEMO.

4. Malaysia menghantar pegawai lebih awal dan ini amat penting bagi menguruskan segala-galanya.

5. Sekadar hantar kapal tanpa perancangan rapi....akan jadi baghal padang pasir...

KITA TUNGGU HASILNYA.... 

Sambung...

Bila guna strategi, nampak lebih tersusun.

"Kerajaan akan membawa pelajar ke Jeddah dan menggunakan KEMUDAHAN milik TABUNG HAJI di sana buat sementara waktu sebelum dibawa ke Malaysia"

wow...brilliant...Kemudahan Tabung Haji di Jeddah boleh tampung lebih dari 11 ribu...so...inilah yang dikatakan bertindak menggunakan akal .


Jadi saudara pembaca nilailah sendiri mentaliti totok PAS yang bergelar blogger ini. Buat Nik Aziz atau Husam Musa, blogger celaka yang kamu sering gelar dan tujukan kepada orang UMNO/BN sebenarnya adalah mereka dari kalangan penyokong serta pengikut kamu sendiri.

Kelab Putera UMNO telah hantar bantuan dan bekalan makanan, para pemuda PAS buat apa? tengah sibuk kumpulkan orang untuk berdemo ke?

So sekarang siapa yang babi? Babi yang pandai menaip dan berkata di laman blog tapi tiada satu tindakan dan cadangan yang baik dikemukakan? Blogger PAS atau UMNO yang babi?

Kesimpulannya, tidak usah cari jauh-jauh contoh blogger celaka, Topeng Perak adalah contoh terbaik blogger celaka yang dihasilkan PAS ketika ini.

Sekian...




p/s : Maaf jika ada bahasa yang tidak enak saya gunakan, buat masa ini tiada perkataan yang sesuai buat blogger PAS selain 'babi' 'celaka'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal