NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label DS Najib. Show all posts
Showing posts with label DS Najib. Show all posts

Tuesday, April 10, 2018

#PRU14 : SAMBUTAN TERHADAP CERAMAH MAHATHIR BUKAN TANDA SOKONGAN RAKYAT KEPADA PH

 

Ketika PRU13, pembangkang sering guna gambar dari ceramah Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kononnya mereka mendapat sokongan rakyat.

Gambar paling epik adalah ceramah Anwar Ibrahim di Kuala Pilah bertarikh 27 April 2013.


Sekarang pemuja Mahathir guna modus operandi yang digunakan oleh pengikut Anwar Ibrahim ketika PRU13.

Terbaru pemuja Mahathir sebarkan gambar sambutan terhadap ceramah Mahathir di Temerloh malam tadi.

Oleh kerana para pemuja Mahathir giat menyebarkan gambar-gambar ceramah Mahathir untuk membentuk persepsi konon Mahathir dapat sokongan dan seolah-olah Najib Razak kini ditolak rakyat.

Apa kata kita tengok gambar-gambar sambutan rakyat kepada Najib Razak ketika beliau berkunjung ke Tawau dan Semporna.






Terbukti ada puluhan ribu rakyat hadir bersama Najib Razak di Tawau dan Semporna walaupun Semporna adalah kubu Shafie Afdal.

Jadi, selagi tak diterjemahkan di atas kertas dan peti undi.

Tak perlulah pemuja Mahathir gebang kata sambutan dalam setiap ceramah adalah tanda sokongan rakyat kepada Mahathir.

Kerana bukti ada di depan mata.

Dalam PRU13 lalu, setiap siri ceramah Anwar Ibrahim dapat sambutan puluhan ribu tapi BN yang menang dan membentuk kerajaan.
Haha!

Friday, March 16, 2018

PERBANDINGAN NAJIB DENGAN MAHATHIR BERKAITAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT LUAR BANDAR


Amat tidak adil untuk membandingkan  pentadbiran DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Pertamanya kerana masing-masing berada dalam zaman  yang berbeza dengan cabaran yang ditempuhi juga berbeza. Ia dipengaruhi oleh keadaan politik, ekonomi dan sosial pada zaman berkaitan.

Keduanya, tempoh masa untuk kedua-duanya  memegang  jawatan juga berbeza. DS Najib  masih menyandang jawatan sebagai Perdana bermula pada tahun 2009  hingga sekarang. Manakala Tun Mahathir  telah menjawat jawatan tersebut  dari tahun 1982 sehingga tahun 2004.

Pada zaman Dr Mahathir, tidak ada istilah ‘berita di hujung jari’  sepertimana sekarang, dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat, perkara yang diperkatakan hanya dalam sekelip mata sudah tersebar di seluruh  negara, malah dunia.

Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun  telah berjaya memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia. 

Namun disimpulkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang menyifatkan infrastruktur negara ketika itu berada dalam kelas dunia, namun  cara  berfikir rakyat Malaysia adalah  ditahap kelas ke tiga.

Umumnya rakyat mengakui bahawa Tun Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat, terutama golongan marhein. 

Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung sahaja. Manakala pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak diabaikan. Ada yang mendakwa bahawa rakyat Sabah dan Sarawak dizaman Tun Mahathir sekadar “mampu memperhatikan daripada jauh sambil menelan keinginan yang gagal ditunaikan oleh kerajaan pusat ketika itu”.

Berbeza dengan era pentadbiran DS Najib yang jelas melihat lompang yang perlu diatasi pada kedua-dua negeri Malaysia Timur tersebut. Hasilnya, Rakyat di Sabah dan Sarawak kini akan menikmati Lebuhraya PAN Borneo sepanjang 1,236 km jaraknya  dengan anggapan kos  berjumlahRM 12.86 bilion. 

Kerajaan pusat menanggung keseluruhannnya, bukannya diswastakan kepada kroni yang paling rapat.  Apa yang lebih mengembirakan rakyat bahawa DS Najib menjanjikan lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaannya adalah  bebas tol.

Projek Lebuhraya Pan Borneo bakal menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi dan sosioekonomi Sabah dan Sarawak mencakupi peningkatan kualiti hidup, pembangunan koridor baharu ekonomi serta membuka peluang baharu kepada masyarakat setempat.


Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat marhein tidak langsung  diberikan faedah bersama  menikmati kekayaan negara. Beliau, yakni Tun Mahathir hanya mengumpul beberapa individu untuk “menjelmakannya” menjadi superkaya.

Berbeza dengan polisi membela rakyat yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan sebagai penghargaan kepada sasaran, iaitu rakyat miskin, BRIM misalnya, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat bahkan mampu menghidupkan ekonomi kampung. Sebagai contoh,  sebuah DUN  di Sabah telah mengeluarkan sumbangan 42,000 orang  penerima BR1M yang layak. Ertinya hampir RM40 juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun. 

Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap menyuburan ekonomi sesebuah DUN di luar bandar. Ianya merupakan  nikmat untuk rakyat yang belum pernah  dirasai  sebelum ini,  kecuali masa  DS Najib.

Isu ekonomi  menjadi tumpuan analisa perbandingan diantara zaman DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Serangan demi serangan yang berupa persepsi  buruk dilakukan oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan DS Najib kononnya negara berada digerbang muflis.

Mereka yang menyerang kerajaan agaknya terlepas pandang berkait dengan kedudukan rekod KDNK Malaysia pada waktu ini antara yang terbaik di ASEAN dengan kadar USD 9,700 per kapita lebih tinggi dari Filipina (USD 2,900), Indonesia (USD 3,300) dan Vietnam (USD 2,100)

Pada tahun 1998 KDNK  dizaman Tun Mahathir, KDNK kita berada pada tahap RM 288 bilion. Kedudukan ini berbeza pada tahun 2008 di mana ianya  telah meningkat kepada RM924 billion. Pada tahun  2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan pertumbuhan ekonomi selari impak manfaat kepada rakyat.


Sebagai perbandingan, KDNK negara pernah berada pada kedudukan negatif 7% sewaktu Tun Mahathir memacu negara ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998.

Pada 1998 sewaktu berlaku Krisis Kewangan Asia , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Krisis Kewangan Global KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%.

Pada 2015- 2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif  iaitu 6%  pada tahun  2014, 5%  pada tahun 2015 dan 4.1%  pada tahun 2016.

Pentadbiran keterbukaan DS Najib terhadap perdagangan antarabangsa berbeza berbanding Dasar Pandang Ke Timur (LEP) dilaksanakan  Tun  Mahathir .Di bawah LEP, Mahathir berusaha menggalakkan rakyat mengubah persepsi terhadap negara Barat sebagai model peranan dan melihat ke arah Jepun dan Korea.Dengan LEP, banyak kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat bukan Jepun, terutama syarikat British, dibatalkan.

Berbeza dengan Tun Mahathir,. DS Najib lebih melihat jauh ke hadapan di mana beliau tidak membatalkan kontrak syarikat bukan China. Projek baru China yang dibiayai di Malaysia semuanya adalah projek baru. 

DS Najib dan Tun Mahathir  dilihat cuba menarik pelaburan tetapi sifat pelaburan adalah berbeza. Di masa Tun Mahathir, Jepun berusaha menubuhkan industri di Malaysia. Berbeza dengan pelaburan China masa DS Najib di mana pelabur China berminat untuk membangunkan projek mega infrastruktur yang tidak mampu dilakukan syarikat tempatan. 

Orang China tidak hanya datang untuk melabur tetapi berusaha mengembangkan pelaburannya. Mereka merancang melaburkan berbilion ringgit dalam projek dan akan mempunyai kesan berganda ke atas ekonomi. Contohnya, kemasukan RM6 bilion daripada Pelabuhan Pulau Pinang, projek pelabuhan RM43 bilion Gateway Melaka dan RM55 bilion bagi projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) .

Memang China mempunyai kepentingan geopolitik dalam pembiayaan projek mega tetapi berkata ia tidak bermakna Malaysia dijual kepada Beijing, seperti didakwa sesetengah pihak, termasuk Mahathir.

Selagi DS Najib mengekalkan pendirian terbuka dengan mengambil kira kuasa besar yang lain, seperti Amerika Syarikat, Jepun dan India, dan menarik pelaburan dari negara ini, maka kita boleh mengimbangi pengaruh China.

Berbeza dengan Tun Mahathir yang mengutamakan kroni-kroninya, terutama yang melibatkan pengambi-alihan beberapa agensi yang banyak menyumbang keuntungan melalui program penswastaan, pembagunan masyarkat luar bandar tenggelam dalam polisi Tun Mahathir yang dilihat terlalu mewah itu.

DS najib yang melihat pentingnya dibangunkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, tanpa meminggirkan mereka sama sekali dalam keseimbangan pembangunan.Kerajaan menerusi ETP juga tidak meminggirkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai salah satu usaha pelengkap mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan program-program pengingkatan pendapatan disamping pengurangan kos hidup.

Berdasarkan rekod pencapaian bagi tahun 2015, jumlah terkumpul nilai jualan di tujuh buah RTC iaitu RTC Perak, RTC Kelantan, RTC Pahang, RTC Johor, RTC Kedah, RTC Terengganu, RTC Sarawak (Miri) mencapai sehinggai RM454 juta dengan jumlah bilangan pengunjung ke RTC seramai 9.73 juta orang.

Projek ini memberi pulangan terus kepada rakyat sepertimana agihan subsidi lebih adil kepada golongan  sasar. 

Jelas bahawa Polisi Pembangunaan Ekonomi DS Najib lebih dilihat menyumbang kepada usaha membangunkan kehidupan masyarakat tersebut, berbanding dengan era pentadbiran Tun Mahathir yang lebih mengutamakan  pembangunan kerabat dan kroni-kroninya yang berkepentingan.

Tuesday, December 16, 2014

1MDB Bersikap Terbuka Gesa Pihak Terbabit Tunjukkan di Mana Berlaku Penyelewengan, Korupsi & Rasuah



Isu 1MDB bermula sejak Oktober lalu selapas satu laporan yang dikeluarkan melalui The Edge edisi 27 Oktober 2014, di mana selepas Tun Mahathir Mohammad mendesak DS Najib Razak memberikan penjelasan mengenai jumlah hutang yang bernilai RM36 billion.

Namun, selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang meminta agar 1MDB disiasat, membuatkan 1MDB menjadi topik panas. 

Sedikit perkongsian serta penjelasan 1MDB
Terbitan Bon / Hutang 
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. 
Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. 
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. 
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi 
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. baca laporan penuh klik [SINI]

Friday, November 28, 2014

#PAU2014 : Keputusan @NajibRazak Kekalkan Akta Hasutan Masih Tak Cukup - Apa Lagi Orang UMNO Mahu?


Pasca PRU13 satu soalan yang meniti di bibir majoriti ahli UMNO adalah - "Apa lagi Cina Mahu?"

Persoalan tersebut timbul disebabkan kegagalan BN mendapatkan majoriti undi orang Cina walaupun pelbagai bantuan dan kehendak mereka dipenuhi oleh kerajaan. 

Ironinya jawatan Presiden UMNO yang disandang oleh DS Najib Razak tidak dicabar ketika Pemilihan UMNO 2013.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, ucapan dasar DS Najib Razak selaku Presiden UMNO dinantikan oleh 3.47 juta ahli UMNO terutama 2,752 perwakilan. 

Semua melahirkan kebimbangan adakah ucapan Presiden UMNO senada dengan Timbalannya mengenai pemansuhan Akta Hasutan atau sebaliknya.

Ucapan dasar yang dimulakan dengan persembahan multimedia termasuk video laungan Merdeka oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan insiden pencerobohan pengganas bersenjata di Sabah akhirnya menjawab segala keresahan ahli UMNO apabila DS Najib Razak memutuskan mengekalkan Akta Hasutan dengan penambahan dua elemen.

Walaupun rata-rata NGO melahirkan penghargaan kepada DS Najib Razak kerana keputusan tersebut meredakan keresahan masyarakat yang berhadapan pelbagai ancaman membabitkan agama serta perkauman. 

Situasi berbeza pula timbul di sekelompok orang UMNO, bagi mereka tidak cukup DS Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan tanpa membawa kembali ISA. 

Bahasa mudah faham, semua tindakan yang dilakukan oleh DS Najib Razak gagal memuaskan hati semua pihak terutama sekali orang UMNO.

Jika situasi begini berterusan, saya bimbang tiada seorang pun pemimpin yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri lebih dari dua penggal kerana semua perkara yang dilakukan danggap tidak betul di mata kita.

Mungkin elok kalau DS Najib Razak menyanyikan lagu ini dalam ucapan penggulungan nanti.



Hahaha...

Arios...!

YY : Selalu letak dalam kepala bahawa DS Najib Razak bukan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja...

Wednesday, July 23, 2014

Sokongan Pemimpin PR - Hadiah Ulang Tahun Kelahiran @NajibRazak ke-61


Setiap musibah yang melanda, ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat pemimpin pembangkang menyokong serta memberikan pujian kepada DS Najib Razak dan kerajaan atas kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah sehingga berjaya mendapatkan semula kotak hitam dan membawa pulang mangsa yang terkorban untuk disemadikan di tanah air.

Malah negara luar turut memuji kejayaan rundingan yang dibuat oleh DS Najib Razak selain tindakan tidak berpihak yang diambil negara.


Selepas tujuh hari tragedi pesawat MH17 yang mengorbankan semua penumpang serta anak kapal, persidangan khas Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekerasnya tindakan menembak jatuh pesawat milik MAS.



Semoga persetujuan dan sokongan dari pembangkang kepada DS Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini memberi sedikit keceriaan buat DS Najib Razak sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 61.


Selamat Hari Lahir DS Najib Razak...

Saturday, March 29, 2014

Kadir Jasin Tandus Idea, Apa Lagi Bekas Editor NST Mahu?


Apa lagi Kadir Jasin mahu dari PM?

Tanya rakan-rakan blogger bila bekas editor NST tiba-tiba membuat kemunculan semula selepas menyepi seketika.

Kebanyakkan rakan blogger berpendapat, kemunculan semula Kadir Jasin bertujuan menghidupkan semula gerakan menjatuhkan DS Najib Tun Razak yang gagal disempurnakan sebelum ini.

Sebelum ini Kadir Jasin bersama beberapa blogger berbahasa inggeris lantang mengkritik DS Najib Tun Razak dengan melambakkan semua kesalahan bertujuan menggambarkan konon DS Najib Tun sebagai Perdana Menteri yang lemah.

Namun gerakan tersebut gagal menyakinkan kebanyakkan ahli UMNO.



Kegagalan meraih sokongan majoriti ahli UMNO adalah kerana gerakan tersebut dilihat tidak jujur dan jelas satu gerakan yang berkepentingan kepada kelompok kecil. 

Perkara ini turut didedahkan oleh Prof. James China bahawa blogger yang mendesak DS Najib Tun Razak berundur hanya menjalankan arahan 'paymasters' mereka.

Gerakan Kadir Jasin sebelum ini juga tidak mendapat sokongan majoriti bloggers dan cybertroopers kerana keceluparan dia mempertikaikan bloggers dan cybertroopers UMNO yang bertungkus-lumus membantu mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13.


Lebih memalukan apabila, Dato Rockybru turut akui bahawa tiada individu dalam UMNO yang mampu menggantikan DS Najib Tun Razak.


Kini bekas editor NST ini cuba bermain sentimen konon UMNO ketandusan pemimpin sehingga tiada yang berani mencabar DS Najib Tun Razak. 

Tindakan Kadir Jasin yang tampil mendesak DS Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa dia sememangnya bermasalah dengan DS Najib Tun Razak sekaligus menafikan temubual beliau bersama Malaysia Gazette pada 21 Januari lalu.

Umum mengetahui tindakan Kadir Jasin mengkritik DS Najib Tun Razak adalah disebabkan kegagalan dia melobi jawatan sebagai Pengerusi Media Prima sebagaimana didedahkan oleh RBF dan Azri Malay Rights.


Ukuran populariti hanya retrorik Kadir Jasin semata-mata mahu mengaburi mata majoriti ahli UMNO bagi menghalalkan desakan beliau ke atas DS Najib Tun Razak. 

Jika populariti dijadikan ukuran, Kadir Jasin perlu mengimbau semula era 1980 hingga 1988, di mana waktu itu Tun Mahathir juga bukanlah seorang Perdana Menteri yang popular. 

Populariti Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia mula melonjak sekitar era 90 an, adakah adil membandingkan Tun Mahathir yang menerajui negara selama 22 tahun dengan DS Najib Tun Razak yang baru melepas penggal pertama?

Tahukah Kadir Jasin, di sebalik tidak popular seperti dikatakan oleh Kadir Jasin saudara islam di Mesir dari Ikhwan Muslimin mengiktiraf ketokohan DS Najib Tun Razak.


Cukup-cukuplah Kadir Jasin...

Orang dah nampak motif kamu...

Jangan buat orang muda hilang respek dengan tokoh wartawan ke-9.

Arios...!

Saturday, March 22, 2014

Foto : Sekitar #SelawatPerdana - Malam Cinta Allah & Rasul




















Sekalung penghargaan buat dua orang kuat (gambar bawah) di sebalik program Selawat Perdana dan jutaan terima kasih kepada semua anak muda yang terlibat sebagai sukarelawan dalam membantu melancarkan perjalanan program Selawat Perdana 2014.

Tahniah buat semua umat Islam yang hadir dan menyokong program Selawat Perdana malam tadi.

Semoga Allah membalas jasa kalian...


Arioss...!

Raw foto lihat di blog : Azmi Apa

Thursday, March 6, 2014

Tun Daim Jangan Paksa Rakyat Percaya Anda Bekas Menteri Kewangan Paling Korup...


Semalam kebanyakkan blog memaparkan tuduhan calon N25 Kajang, Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim Zainuddin sebagai manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia ketika berceramah di Kajang.

Tuduhan yang dilemparkan Anwar Ibrahim ke atas Tun Daim amat berat, ia boleh memusnahkan imej beliau selaku bekas pemimpin yang telah banyak menyumbang jasa dalam ekonomi negara.

Antara tuduhan Anwar Ibrahim seperti disiarkan Keadilan Daily :
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Kewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi"
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini,"
Menyusuri kronologi Tun Daim, era kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir kewangan negara selepas dilantik Tun Mahathir Mohammad. 

Sebahagian jasa Tun Daim sebagai pengurus kewangan adalah memperkenalkan dasar kawalan modal yang diumumkan Tun Mahathir pada 1 September 1998 membawa kepada penetapan mata wang ringgit ketika negara berdepan zaman kegawatan 1997 hingga 1998.

Jasa-jasa yang telah dilakukan oleh beliau tidak boleh dinafikan, malah sebagai generasi selepas beliau, kita seharusnya bersyukur di atas apa yang telah beliau lakukan.

Namun saya tidak mahu mengambil pendekatan 'bersyukur' tanpa mempersoalkan adakah tuduhan yang terpalit ke atas Tun Daim sejak sekian lama adalah tuduhan yang benar atausekadar tuduhan palsu.

Umum mengetahui sekitar 1979 dan 1984, Tun Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd. iaitu sebuah daripada syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam entiti senarai awam.


Tun Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank selain memiliki saham majoriti dalam rangkaian bank antarabangsa berpusat di Afrika.

Bermakna selain pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi nama beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan dalam mana-mana majalah perniagaan seperti Malaysian Business atau Forbes.

Apakah aset Tun Daim tidak melayakkan nama beliau tersenarai, atau ia sengaja disembunyikan agar rakyat tidak mengetahui sumber kekayaan beliau kerana umum mengetahui beliau seorang yang 'low profile'?

Bagi saya jika Tun Daim memperolehi sumber kekayaan melalui jalan yang betul, tiada hak untuk sesiapa sahaja mempertikaikan perkara tersebut lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim. 

Namun apabila sumber kekayaan kini terpalit pelbagai tuduhan, ia wajar disiasat setidaknya Tun Daim perlu menjelaskan setiap tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

Tuduhan terhadap Tun Daim bukan pertama kali kita dengar, perbalahan di antara dua mantan Menteri Kewangan bermula sejak Tun Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

Kali terakhir kedua-dua mantan Menteri Kewangan membidas satu sama lain pada Mei 2013, ketika kehangatan kempen PRU13.

Tun Daim dalam satu wawancara membidas Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak cekap mengurus kewangan ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan Sinar Harian 1 Mei 2013 :
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.  Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya" 
Anwar Ibrahim bertindak balas dengan mengatakan Tun Daim akan menerima natijah yang setimpal jika pembangkang menang PRU13 ;
"Kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," 
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
Seingat saya kali terakhir Tun Daim membidas Anwar Ibrahim ialah sekitar Februari 2014 di mana beliau meminta agar semua tidak melayan dan memberi publisiti kepada Anwar.


Kini Anwar sekali lagi menuduh Tun Daim sebagai seorang Menteri Kewangan yang korup dalam sejarah Malaysia. Sebagai seorang negarawan, Tun Daim seharusnya menjawab tuduhan Anwar Ibrahim.

Rakyat mula bercakap, lihat saja di laman Facebook di mana rakyat mula anggap kedua-dua mantan Menteri Kewangan ini adalah penyamun.



Rakyat hanya mahu jawapan mudah - cukuplah Tun Daim menjawab atau mengambil tindakan undang-undang di atas setiap tuduhan berat yang dilemparkan Anwar Ibrahim.

Kerana rakyat hari ini tidak lagi berada dalam kepompong yang mudah untuk pemimpin perbodohkan, tidak kira sama ada pemimpin itu bernama Tun Daim Zainuddin apatah lagi Anwar Ibrahim.

Justeru, saya mungkin mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim jika Tun Daim gagal menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Kritikan Tun Daim Terhadap Najib Razak

Ada rakan bertanya, apa komen saya terhadap kritikan Tun Daim ke atas pentadbiran DS Najib Tun Razak.

Jawapan saya mudah, kita teliti semula pesanan Tun Daim sebaik sahaja meletak jawatan pada tahun 2011; 
"Ramai yang memasuki politik untuk itu (tempat teratas). Ini tidak salah, tetapi di dalam masyarakat ini terdapat juga tradisi. Anda tunggu sehingga giliran anda.''
Jadi sekarang adalah giliran DS Najib Tun Razak, zaman Tun Daim Zainuddin sudah berlalu tetapi jasa dan pengorbanan membangunkan ekonomi negara tidak kita lupakan.

Berpeganglah kata-kata Tun Daim ketika kempen PRU13 ;
"Beri peluang kepada Najib. Lima tahun. uji beliau, berikan beliau mandat. Beliau melaksanakan amanah dengan baik, mari kita lihat beliau terus membuktikan kemampuannya dan meneruskan dasar transformasi beliau"
Jangan ada yang bertindak menikam DS Najib Tun Razak dari belakang :



Arioss...!

Saturday, March 1, 2014

Manipulasi Setiap Aktiviti Rosmah Mansur Skop Laporan Malaysiakini Selepas Raih Anugerah Portal Terbaik


Bagi pihak pembangkang berita mengenai Rosmah Mansur adalah satu rahmat kerana ia dianggap sebagai 'peluru' untuk menjatuhkan BN.

Jika diteliti gelombang serangan terhadap isteri PM telah digerakkan oleh portal Malaysiakini sebaik saja DS Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri sehingga kempen PRU13 yang lalu.

Satu contoh manipulasi ke atas isteri PM sebelum PRU13 :



Setelah menyepi, Rosmah Mansur kembali dijadikan target oleh portal malaysiakini, media portal yang meraih anugerah portal terbaik semalam.

Ia dilihat berdasarkan imej di portal berkenaan di mana karikatur yang menggambarkan imej Rosmah Mansur kembali menjadi subjek dalam karya Zunar.







Modus operandi ialah memerhati dan merakam segala gerak-geri, percakapan, kelakuan Rosmah Mansur  dengan mengikuti segala program-program yang dihadiri oleh beliau. Terbaru adalah video 40 saat yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.



Kenapa hanya 40 saat, ada ke orang berucap 40 saat dalam satu majlis dan yang paling utama adalah kenapa difokuskan bahagian :

"The rakyat have taken everything from me"

Ini pun ada kawan-kawan termakan, satu soalan untuk semua - pernah ke saudara hadiri program di mana tetamu terhormat hanya berucap selama 40 saat?

Kebanyakkan yang saya hadir mereka berucap seolah-olah tidak mahu berhenti.

Apakah salah besar seorang isteri PM yang bekerja untuk rakyat manakala seorang isteri yang bekerja dengan skandal dan menuntut fasakh dari suami langsung tidak bersalah?

Nampak gaya isteri kepada pemimpin pembangkang tidak perlu bekerja untuk rakyat terutama isteri pemimpin PAS, cukuplah mereka bekerja memuaskan hawa nafsu suami di rumah.

Arioss...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal