NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Tok Guru. Show all posts
Showing posts with label Tok Guru. Show all posts

Friday, February 15, 2013

[VIDEO] : Kota Bharu 'Lumpuh' Gara-Gara #GelombangMerah #TukarKelantan



Pergh!

Tukar! Tukar! Tukar kerajaan PAS Kelantan kepada BN!

Itulah laungan yang bergema di tengah-tengah bandar Kota Bharu petang tadi apabila 10,000 rakyat Kelantan berkumpul di Perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri  menyatakan sokongan mereka kepada Gerakan TUKAR yang kini berjuang menuntut hak anak-anak Kelantan.

Gelombang Merah bakal menghantui PAS dalam PRU13!

Tukar! Tukar! Tukar adalah Hijrah...

Tukar adalah demi negeri Kelantan!

Tukar Tok Guru yang sudah uzur kepada Tok Pa yang sentiasa berjuang untuk memastikan kesenangan anak-anak Kelantan!



Wednesday, July 25, 2012

#SaveKelantan : Bala Tokong Terlalu Tinggi - Kubah Jatuh Menyembah Bumi?


Al-kisah di negeri Kelantan Serambi Mekah, kelmarin kubah sebuah masjid yang dibina sejak tahun 1977 jatuh dan hampir menghempap para jemaah selepas waktu berbuka puasa.

Jika kejadian ini berlaku di negeri yang di perintah oleh BN, sudah tentu pak lebai PAS akan mengatakan ini adalah kerana kemurkaan dari Allah.

Jika tidak pun mereka akan mengatakan keruntuhan disebabkan amalan rasuah, kronisme bla bla bla... lalu meletakkan semua kesalahan kepada UMNO.

Melihat kejadian yang berlaku di Kelantan ini, adakah ini petanda kemurkaan Allah kepada kerajaan yang ditadbir oleh PAS, kerana terlalu melebih-lebihkan tokong buddha dan berhala?

Baca SINI & SINI - untuk melihat bagaimana PAS melebih-lebihkan tokong daripada masjid.

Apa hikmah di sebalik kejadian yang berlaku di bulan yang mulia ini?

Mungkin petunjuk agar rakyat Kelantan TUKAR sepenggal...

Hahaha...
PASIR MAS - Seramai 15 jemaah Masjid Mukim Padang Pauh, nyaris dihempap kubah, selepas ribut petir, jam 8.20 malam, kelmarin. Imam tua, Mohd Zain Omar berkata, kesemua jemaah yang baru sahaja selesai berbuka puasa di masjid, pulang lebih awal, kerana mahu mengelak daripada dibasahi hujan. 
Menurutnya, ada penduduk yang melihat kubah masjid ini berputar beberapa kali, sebelum jatuh di pekarangan masjid. Dentuman kuat itu juga, katanya mengejutkan semua penduduk sekitar yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak. 
"Kubah masjid yang dibina sejak 1977 ini, terlalu usang dan mula berkarat. 
"Sejak itu, masjid ini tidak pernah dibaik pulih, untuk keperluan penduduk," katanya. 
Sementara itu, imam muda, Ibrahim Daud berkata, pihaknya memohon kepada semua yang prihatin, membantu untuk menambahkan dana bagi pembinaan kubah baru. 
Beliau berkata, pihaknya memerlukan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi pembinaan kubah, di samping bantuan untuk membaiki bumbung yang bocor. Menurutnya, pembaikan masjid ini, akan digunakan 6,000 penduduk dari lapan kampung. 
Sumbangan boleh disampaikan kepada Masjid Mukim Padang Pauh di akaun Bank Islam, 03027010046146. - SH Edisi Kelate
YY : TUKAR!

Saturday, March 12, 2011

Peniaga Bazar Tok Guru Herdik Tok Guru Nik Aziz?

Bazar Tok Guru Kegagalan Menantu Nik Aziz?

Kegagalan kerajaan PAS Kelantan menguruskan 415 peniaga Bazar MPKB dan Arked Uda yang membawa kepada kemarahan memuncak para peniaga yang terbabit.

Isu ini timbul berikutan kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan janji  yang dipersetujui bersama para peniaga yang dibuat sebelum PRU 2008. Pada awalnya peniaga pasar MPKB dan Arked UDA dijanjikan lot kedai berkeluasan 3.04 X 3.65 meter persegi pada harga RM40,000.

Tetapi selepas itu pada Januari 2011 harga lot kedai berkenaan dikhabarkan dinaikkan sekali ganda diantara RM80,000 ke RM90,000, bukan itu sahaja keluasan lot kedai juga dikecilkan kepada 1.82 X 2.4 meter persegi.

Bazar Tok Guru merupakan satu projek 'gah' kerajaan PAS Kelantan yang dibangunkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK. Pada masa itu menantu TG Nik Aziz bertindak sebagai C.E.O.

Peniaga-peniaga ini bukan sekali dua mereka dipermainkan, sudah banyak kali. Pada 26/01/2011 mereka telah pun mengadakan bantahan dan yang terbaru pada 11 Mac.

Ada yang mengatakan kecoh-kecoh di Bazar bukan sebab bantahan terhadap PAS dan TG Nik Aziz tetapi ada sambutan maulidur Rasul. Ini semua semata-mata hendak tutup cerita bahawa TG Nik Aziz diherdik oleh peniaga-peniaga muda pada hari berkenaan.

TG Nik Aziz tidak tahan kena balun dengan peniaga dikhabarkan hanya bercakap selama 5 minit sahaja sebelum beredar dari majlis tersebut. Selepas beredar dari bantahan peniaga-peniaga terbabit TG Nik Aziz dikatakan melepaskan marahnya di dalam kuliah Jumaat.

TG Nik Aziz dikatakan memarahi para peniaga terbabit dengan menyatakannya dalam kuliah Jumaat :

"Kalau yang nak tolak... tolaklah. Pasar itu tetaplah begitu, nak terima... terima dan lebih 100 orang dah terima, yang saya sudah tandatangan, baru nak tandatangan... kita tidak berganjak, yang tolak... tolaklah, cari lainlah, yang terima pun ada," 

Semasa depan peniaga dia tidak keluarkan kenyataan macam ini, sebaliknya ditempat lain beliau lepaskan nafsu amarahnya. 

Kenapa TG Nik Aziz melenting? Yang gagal menunaikan janji sebagaimana terkandung dalam manifesto PAS adalah kerajaan pimpinan TG Nik Aziz sendiri. Siapa yang berjanji manis dengan para peniaga pada 6 Mac 2008 sebelum PRU 2008.?

Sudahlah kerajaan PAS pimpinan TG Nik Aziz menipu peniaga, dari tapak besar jadi kecil, dari harga RM40,000 melonjak naik RM80,000. Malah berkeras pula untuk tidak melayan serta berganjak dengan keputusan yang dibuat.

Disebabkan penipuan demi penipuan untuk menutup kepincangan mereka dalam projek ini, masalah ini terus berlarutan sehingga setahun lebih. Bila dibantah mereka hanya pekakkan telinga. Dan menyalahkan UDA Holdings dan kerajaan pusat.


Semakin hari semakin terdedah kejelekkan pemimpin PAS yang tidak tahu menunaikan janji, yang mana golongan ini sebenarnya golongan munafik!




Double Y fikir : Orang Isle PAS ini tidak pandai menipu, rupanya arif juga menipu mereka ni yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal