NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, March 12, 2014

Tragedi @MAS #MH370 #MalaysiaAirlines Jadi Bahan Lawak Kerana Bomoh! #PrayForMH370



Only in Malaysia...!

Tragedi kehilangan pesawat MH370 menjadi bahan lawak yang ditonton oleh masyarakat seluruh dunia, tiada apa yang boleh kita banggakan melalui usaha bomoh-bomoh yang tiba-tiba muncul di KLIA

Jika semalam bomoh dengan teropong dan peralatan menangkap ikan, hari ini muncul pula bomoh tikar terbang bersama dua biji kelapa.

Peristiwa semalam ;


Saya tidak mahu mempertikaikan usaha para bomoh ini, keprihatinan mereka untuk membantu kerajaan mengesan mencari pesawat MH370 kita hargai tetapi menjalankan ritual secara terbuka seperti ini telah memburukkan imej kita di mata dunia.

Lebih malang imej agama Islam itu sendiri.

Siapa yang harus kita persalahkan, adakah pihak media kerana melaporkan peristiwa sebegini sebagai bahan berita utama? 

Media hanya mencari berita, media melaporkan apa saja berita yang berkaitan insiden berkenaan, jujur saya katakan pihak keselamatan KLIA harus dipertanggungjawabkan kerana membenarkan ritual seperti dilakukan di dalam KLIA.

Kenapa tidak menghampiri bomoh-bomoh ini dan menasihati mereka supaya beredar, apakah ritual seperti ini lebih mujarab dilakukan di KLIA tidak di rumah?

Peristiwa hari ini ;



Kepada bomoh-bomoh, dukun-dukun percayalah usaha anda dihargai oleh rakyat Malaysia, tetapi melakukan dengan cara terbuka adalah sangat tidak sesuai dan tidak wajar.

Kepada Malaysia Airlines,

Kami prihatin dengan insiden yang menimpa syarikat anda, tetapi tolong pastikan kelakuan aneh seperti dua kejadian ini tidak berulang kerana dunia sedang memerhati kita.

Ketahuilah kerana gelagat mendayung karpet seperti ini menyebabkan tragedi MH370 kini menjadi bahan lawak.

Lebih memalukan imej kerajaan makin tercalar disebabkan kegilaan bomoh-bomoh ini yang hanya mahukan populariti.

Hello tok bomoh, lebih baik kamu bersolat hajat dan berdoa...!

Bagi memastikan bomoh-bomoh ini tidak teropong atau mengayuh tikar ajaib mereka sampai di depan rumah gua.

Kita karaoke dulu yer tok bomoh..

Arioss...!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...