NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, July 9, 2011

PANAS : Tahniah Patriot Kerana Kena Balun Dengan FRU


Bila Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara telah menegaskan bahawa mana-mana kumpulan dilarang berhimpun, jika meneruskan juga perhimpunan tersebut maka bersedialah berhadapan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan FRU. Tidak kiralah sama ada kamu UMNO, PAS atau PKR mahupun DAP jika dikatakan haram maka haramlah!



Itulah yang berlaku di Bukit Bintang sekarang ini, dimana pasukan FRU telah melepaskan gas pemedih mata setelah loceng amaran supaya berundur tidak dihiraukan oleh pejuang Patriot.


 Saya sekarang sedang berada di Bukit Bintang dimana kumpulan 'baju merah' atau Patriot yang digerakkan oleh Pemuda UMNO Malaysia telah dihalang daripada meneruskan perarakkan ke Stadium Merdeka.



Kumpulan seramai hampir 500 orang itu yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berarak sambil melaungkan nyanyian lagu Negaraku dan Inilah Barisan Kita. Saya sendiri sempat merasa 'nikmat' gas pemedih mata namun syukur Alhamdullilah badan saya tidak disebat dengan cota.




KJ dan beberapa pemimpin yang lain dimaklumkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sekalung tahniah PDRM kerana bertindak tegas tanpa memilih bulu dalam menjaga keamanan Malaysia. Jasamu dikenang.



YY : Update terbaru akan menyusul 30 minit lagi, saya basah kuyup mata pun masih pedih..

4 comments:

Anonymous said...

steadylh melayu

Anonymous said...

steadylh melayu

Anonymous said...

Lebih steady kalau bertempur dengan musuh Islam..... puak puak kafir laknat kat Msia ni nampaknya dah naik tocang.....mungkin perlu dipintas dan dicantas jika berlagak berlebihan.

Anonymous said...

Fuyooo... ramai giler patriot melebihi jangkauan 60,000 org.. hebat.. hebat... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...