NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, July 7, 2011

Amaran Dari Selempang Merah Untuk BerSHIT 2.0



Sebentar tadi sekitar jam 3.30 petang saya sempat mengikuti sidang media yang diadakan oleh Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selempang Merah Malaysia (Selendang Merah) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Baharom Kamari iaitu Khalifah dan Guru Utama Gerakan Selempang Merah Malaysia.

Majlis sidang media ini diadakan bertujuan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan sempena titah Tuanku berhubung perhimpunan Bersih 2.0.



Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada para wartawan tadi, Gerakan Selendang Merah (GSM) menyatakan bahawa mereka amat tersentuh serta terguris hati dengan tindak tanduk pengacau yang berselindung di sebalik nama NGO.

GSM menggesa kerajaan menggunakan semua akta yang ada untuk bertindak ke atas penganjur kumpulan Bersih 2.0 yang diketuai oleh Ambiga kerana kumpulan pengacau ini dilihat mempunyai agenda tersembunyi disebalik perhimpunan yang bakal diadakan 2 hari lagi.

GSM mendakwa bahawa Ambiga iaitu pengerusi Bersih 2.0 sebenarnya bukan berniat untuk membersihkan serta menambahbaikkan sistem pilihanraya kerana Ambiga yang merupakan seorang peguam sangat tahu dan kenal proses demokrasi di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia.

GSM juga sedar mengenai keinginan Ambiga memperjuangkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mana Ambiga menyamakan Islam sama sebagaimana agama-agama yang lain.


Oleh sebab itu sidang media yang diadakan tadi yang mana turut dihadiri oleh ayahanda 5 negeri dan lebih 50 pengikut seni silat itu menegaskan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk turun membantu pihak keselamatan membanteras para demontrasi jika ianya dilihat mengancam serta mencetuskan masalah kepada rakyat Malaysia.

Saya yang turut berada dalam majlis sebentar tadi, turut terkesima dengan amaran yang diberikan oleh GSM kepada Bersih 2.0. Kerana saya melihat selama ini Gerakan Selempang Merah atau dikenali sebagai "Selendang Merah" yang sinonim dengan kejadian 'parang terbang' ketika peristiwa 13 Mei seolah-olah bangkit dari 'tidur'.

Ketika mendengar taklimat ringkas dari YBhg. Datuk Dr. Hj. Baharom Kamari yang digelar sebagai 'Tok Ayah' oleh para pengikutnya beliau menyatakan bahawa sudah tiba masanya GSM bangkit untuk menentang puak pengacau yang dilihat semakin lebih-lebih malah memperlekehkan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung.

GSM juga melahirkan kekesalan kepada sesetengah rakyat Malaysia yang mudah lupa peristiwa bagaimana nenek moyang kita menentang komunis dahulu. GSM turut menggesa agar Ambiga dan kuncu-kuncunya disiasat dengan teliti seterusnya mengambil tindakan tegas kepada berlandaskan undang-undang yang sedia ada.


YY : Orang tua-tua pernah cakap, jangan usik 'harimau' tidur....

15 comments:

Gerakan Timur said...

bro..

izinkan aku cilok posting enko nih... dont worry..

the credit is yours!

Yuseri Yusoff said...

Silakan bro GT.. no hal..

Anonymous said...

haa..haaa.haaa...

Anonymous said...

hahahahhahaha... harimau ke anjing yang tengah tidur tu... wakakakaka...

Yuseri Yusoff said...

Kalau nak provok pun jgn la guna anonymous..Takkan takde identiti kut.. :)

Anonymous said...

anon 1.03 : jgn main2 ngan GSM, kalau x kenal dan tak tau jgn menyalak.. kata akan di kota.

Anonymous said...

wakakaka kelaka.
matlamat dah bagus, care x betul.
kite pegang amanat rasulullah ye bukan amanat ayahanda. jgn smpai terpesong akidah tu.

kalo kumpulan nih betul2 nk membantu, amek langkah pendekatan utk keamanan. bukan nk tmbahkan huru hara.

baru bangkit dr tidur eh? bagus la camtu. kenape x bangkit2 awal2 sket. bulih cegah awal. nih bangkit2 je trus nk ugut mcm2. mentang2 ayahanda, family die kne usik sme nk pnggil geng. kalo family org len camne plak? ngahah siyes kelaka.

janji xpernah dimungkiri? alamak takbur nye. kalau dulu mmg bagus la kumpulan nih, no doubt. derang berjuang dr awal smpai akhir. yg skrang nih aku tgok, berjuang last2 minit. itu pn nk buat kacau.

rsenye kan, derang nih kne buat satu lirik la baru bulih berucap. memalukan bangsa sendiri jek.pui

Anonymous said...

anon 6.42 woi bangsat la kau ni, besok leher kau dgn kaum kerabat kena pancung dgn parang terbang baru nak nyesal.. cakap mcm org takbur kau nii

Anonymous said...

knp tak ada nampak sorg pun ahli GSM semasa jaga kl??sy lihat ramai ahli2 pertubuhan lain tp gsm dimana?sidang akbar ni np tak ada wartawan?cr publisiti ke??saya kesal lah dgn GSM ni suka meninggi diri tp apa pun takde..ckp smua kosong..tak bleh percaya..mana pegi ayah taha?ayah syeikh?ayah aji?ayah mustafa ganu?mana smua??????baharom ketua yang bongkak..anaknya samseng,lesbian pun ada,pemimpin apa mcm ni??
_gomo ganu_

Anonymous said...

saya ada soalan..kps sesapa yg bleh jwb..nape dlm gsm ni pakai nama samaran abg long,ayahanda??zariff tu ayahanda gsm ke??elok sgt lah tu brother kaki pentau masuk club jd ayahanda..hancur la..indrajihadi anak kpd baharom,geng kongsi 77...anak ayah boss ke dia tu??fadhil usof apa kelayakan jd ayahanda??sapa dia??di pantai dalam..nape zack yg da lama ikut sarudi tu ttba da x join??mana pegi?apa kata korang gsm smua dok diam2 pg ngajar silat je...tak payah la nak jd mcm geng kongsi plak...///

Anonymous said...

to Anonymous yg menyalak 2, klau lu anak jantan.. kasitau nama la bro.. lu 2 kne ingt ngn sape yg lu nk panggil anjing 2.. jgn jd bangsat la sial.. nape xberani perkenalan diri?? lu ni anak jantan ke anak h***m? sial...

Anonymous said...

kpd anonymous said,

assalamualaikum..kahkahkah..xkenal maka xcinta,sape y beri hak kepada kita untuk kita nilai org lain..jln perjuangan xpernah kurang dari cabaran..bukan mudah utk jd ahli selempang merah.kerana kita berlandaskan ilmu yang hak..parang xkn terbang dgn sendrinya tnpa izin drpd ALLAH.SWT..mungkin kalian anonymous said btanya kemana mereka y hilang..mereka hilang kerana mereka gagal menghayati perjuangan selempang merah termasuklah anda..silat merupakan wadah kpd pjuangan bangsa.maka itu, wajib org tahu ttg silat berjuang utk aliff baa taa..orang yan tahu bcakap tp xtahu menyusun langkah adalah org y pengecut..bg org selempang merah, ia umpama anjing y menyalak pd bukit..walau sebanyak mne kutuk mereka, tak 1 pn akan mencacatkan org selempang merah seluruh alam..dgn kuasa yang saya ada, wajib seluruh anak selempang merah, y membaca post ini mencari siapa org ini sehingga ke lubang cacing dan bersamalah kita menguatkn amaln semoga ALLAH menunjukkan wajah org y amat hina dan xbermaruah ini.AMINN..

Anonymous said...

Berjuanglah kerana islam bkn individu..walau saya bkn org selempang merah..saya sedih kerana anak bangsa saya bergaduh kerana pengaruh...kembalilah sahabat2 kejalan Allah swt...saya doakan kalian aman...Amin

Iwan raihan said...

Bersatu lah wahai bangsa melayu.

Anonymous said...

bersatu kat kedai mamak blh la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...