NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, January 19, 2011

Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Terhadap Saudara Mohammad Hairuman.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ketika artikel ini ditulis, penulis sedang berperang dengan emosi untuk mengumpul kekuatan berkongsi kesedihan yang amat sangat mengenai nasib yang menimpa Saudara Mohamad Hairuman, 22 tahun yang menjadi mangsa kejutan elektrik kabel voltan tinggi TNB berhampiran satu kebun sawit dekat Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor.


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Saudara Abdul Rizam Mohd Akhir (Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM) bersama Saudara Khairul Annuar Mansor (Timb. Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM), Saudara Khairolnezam Shaari (Exco MBM) dan barisan ahli jawatankuasa JKMRM-MBM telah meluangkan masa untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan serta-merta kepada mangsa yang kini telah dipindahkan dari Hospital Tanjung Karang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini.


Turut hadir ialah Saudara Mohd Firdaus Jamaludin (Setiausaha Kerja, Gabungan Pelajar Melayu Semanganjung) dan Saudara Mohd Khir (Ketua Pemuda UMNO bahagian Tanjung Karang)


Ketika semua membaca artikel ini, mangsa yang penulis pasti sedang kebuntuan dan sedih, dan mungkin juga sedang mengalirkan airmata tanpa henti sejak tengahari kerana telah di sahkan oleh pakar perubatan dan mendapat persetujuan abang dan kakaknya agar KEDUA-DUA BELAH TANGAN SERTA SEBAHAGIAN JARI KAKI AKAN DI POTONG dengan segera malam ini atau esok pagi.


Kini tidak perlu lagi kita bercakap dan bertanya ”macamana boleh berlaku?”, ”takde bantuan ke?”, ”takde cara lain ke?”..... apa yang perlu kita semua sebagai insan yang prihatin dan bernasib baik memikirkan bagaimana untuk kita memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga menempuh kehidupan ”baru” mulai esok.


Justeru itu, JKMRM-MBM merayu sepenuh hati kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan NGO Belia untuk tampil menyalurkan sumbangan berbentuk barangan mahupun kewangan kepada mangsa. Senarai keperluan barangan gunahabis dan ubat-ubatan yang diperlukan boleh diperolehi dari pihak kami. Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi JKMRM-MBM seperti maklumat di bawah:


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia
Saudara Abd. Rizam – 0137348888
Saudara Khairul Annuar – 0192602964
Saudara Mohd Rizan – 0137733676


Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.


Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: +60122853630 / +60137733676


Double Y : Ayuh bersama kita bantu setakat kemampuan kita, saya sendiri mengalirkan air mata tatkala melihat keperitan yang dialami oleh pemuda ini.

2 comments:

SMVAG 93 - 94 said...

insyallah besok cuti, saya sekeluarga akan melawat sambil menghulur semampu saya.. Semoga kita bersama - sama membantu beliau.

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih sahabat.. Mohon disebarkan kepada semua rakan-rakan kita tidak kira apa fahaman politik sekalipun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...