NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, January 8, 2011

Lepas Logo 1Malaysia, Mereka Cuba Haramkan Penjualan Utusan Malaysia Pula di Selangor?


Lagi Anak Muda Keliru (AMK) mengeluarkan kenyataan bodoh dan bebal kepada khalayak umum. Semalam saya difahamkan bahawa Naib Ketua Anak Muda Keliru (AMK) Azmizam Zaman Huri ingin menggesa supaya kerajaan negeri Selangor mengharamkan penjualan akhbar Utusan Malaysia di Selangor.

Kalau boleh Naib Ketua AMK ini menggesa semua negeri pimpinan Pakatan Haram juga melakukan tindakan yang sama. Semalam juga saya difahamkan sebanyak 35 laporan polis dibuat terhadap Utusan Malaysia kerana dikatakan Utusan Malaysia telah memburukkan reputasi Raja Pasir si Shuhaimi Shafiei.

Nampaknya mereka lansung tidak memperjuangkan kebebasan media sebagaimana digembar-gemburkan kononnya merekalah pihak yang mengamalkan demokrasi sebenar.

Hoi tolol! Kalau semua akhbar yang tidak memihak kepada kamu, semuanya kamu nak haramkan, wajarkah saya menggesa kerajaan mengharamkan HarakahDaily, Suara Keadilan, Rocket dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya? Semakin hari semakin terserlah kebodohan totok-totok PKR.

"AMK desak MB haramkan jualan Utusan di Selangor

SHAH ALAM – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengharamkan penjualan Utusan Malaysia di Selangor jika media itu terus-menerus memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).


Menurutnya, bukan sahaja di Selangor, beliau turut mendesak agar penjualan akhbar itu diharamkan di semua negeri di bawah pentadbiran PR.


“Saya mendesak Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada pimpinan PR terutama sekali Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei di atas kelantangan mereka (Utusan) dan berniat menjatuhkan reputasi beliau.


“Sebanyak 35 laporan polis telah dibuat hari ini (semalam) dan laporan tanpa henti akan diteruskan di seluruh daerah di Selangor,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.


Beliau berkata, kenyataan akhbar itu tidak benar, berniat jahat dan memfitnah Shuhaimi dengan cara memalukan iaitu menuduh beliau (Shuhaimi) sebagai penderhaka Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, mempertikaikan kuasa Sultan dan berniat menghasut rakyat melancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu.


Azmizam berkata, beliau mendesak polis menjalankan siasatan secara telus di bawah Seksyen 499, Kanun Keseksaan terhadap wartawan dan editor akhbar tersebut."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...