NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Blogger Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Blogger Prihatin. Show all posts

Friday, October 30, 2015

PENIAGA DI PUDU SENTRAL DIHALAU SECARA PAKSA OLEH UDA MALL & SPAD @SPADChannel










Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Namun, adakah pegawai dan agensi bawahan memahami dan menyelami slogan yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini?

Kelmarin saya didatangi kumpulan peniaga dari Pudu Sentral, 10 wakil peniaga yang bertemu dengan saya mendakwa dianiya oleh pegawai dan pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

KLIK IMEJ



Menurut mereka, tindakan pengurusan Pudu Sentral dan SPAD terlalu menekan dan tidak bertolak-ansur malah ada yang bertindak seperti samseng. 

Berdasarkan rekod, SPAD mengarahkan operasi bas ekspress bagi jarak jauh dipindahkan ke terminal bas Bandar Tasik Selatan atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Ia dinyatakan oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar sekitar bulan Ogos yang lalu. Ekoran daripada pemindahan operasi bas, Pudu Sentral tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Dan difahamkan, bermula November ini - SPAD akan bertindak membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspress yang masih beroperasi atau mengambil penumpang di Pudu Sentral.

Tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekspress atas alasan mengurangkan jumlah kenderaan di ibu kota seperti tidak masuk akal.




Kerana sejak Pudu Sentral diubah suai dan dinaik taraf menjadi UTC boleh dikatakan sekitar Pudu Raya tidak mengalami kesesakkan, jika berlaku kesesakkan pun di waktu puncak dan berpunca daripada lampu isyarat di sekitar Petaling Street, Masjid Jamek yang jaraknya berdekatan.

Paling menggelikan hati saya, SPAD turut memberi alasan tindakan pemindahan operasi bas ekspress adalah untuk mengelakkan ulat tiket.

Kalau kita kata SPAD bodoh nanti penguatkuasa SPAD berkecil hati.

Ulat tiket ada di mana-mana termasuk di KLIA. untuk menghapuskan ulat tiket adalah tindakan penguatkuasaan. Jika penguatkuasa lemah dan lembik atau makan suap sampai kiamat pun ulat tiket akan terus wujud.

Paling saya kecewa, tiada wakil rakyat BN tanya khabar atau cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Pudu Sentral. DAP terlebih dahulu menyelami masalah mereka, tidak malu ke?

Akhbar Cina lebih prihatin berbanding akhbar Melayu -
Wakil rakyat DAP telah turun jenguk peniaga di mana wakil rakyat BN?
Ekoran daripada pemindahan operasi saya difahamkan beratus peniaga akan terjejas kerana mereka terpaksa mengosongkan premis. Selain dipaksa mengosongkan premis, mereka turut diheret ke mahkamah dan terpaksa menanggung hutang dengan Uda Mall.








Difahamkan pihak UDA Mall tidak mengadakan perbincangan walaupun berpuluh kali para peniaga membuat rayuan. Lebih malang lagi, pegawai UDA Mall sendiri bertindak seperti gangster dengan mengugut para peniaga.

Selain mendapat bantahan daripada peniaga di Pudu Sentral, difahamkan pengusaha hotel berdekatan turut membantah cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD.



Malah kumpulan peniaga turut mengumpul tandatangan di mana majoriti daripada mereka mohon diberikan tempoh lanjutan dan pampasan sewajarnya kerana ada di kalangan mereka telah berniaga di situ selama 39 tahun.











Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik.

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.



Manakala carta di bawah pula menunjukkan penurunan jumlah peniaga di Pudu Sentral selepas ia diubah suai. Siapa mahu berniaga kalau kos sewa gas bulanan mencecah RM1300, itu belum campur sewa premis.


Kita bukan mahu menuduh, tetapi difahamkan Syed Hamid Albar ada kepentingan dalam syarikat yang menguruskan TBS, sebab itulah semua operasi bas ekpress bakal dipindahkan ke BTS. Adakah benar cakap-cakap orang di luar sana?

Bersambung...

Saturday, January 11, 2014

Selepas DS Hasan Malek KPDNKK, Siapa Pula Bakal Jadi Bahan #UjiKaji Makmal Blogger BN?


Mula-mula sekali saya nak ucapkan tahniah kepada rakan bloggers yang berjaya menjadikan DS Hasan Malek sebagai bahan 'uji kaji' mereka. Malah blogger tersohor seperti Out Syed The Box turut bersorak gembira melihat kejayaan 'uji kaji' ini.

Nasihat saya buat Syed - "uncle syed you duduk diam-diam, just tengok saja cukup, you sambung saja misi you dedah keburukkan Najib ok!"

Saya masih ingat bagaimana rakan blogger tua saya saudara Azmi APA yang diserang dan diherdik serta diperlekehkan maruahnya di laman Facebook kerana dikatakan menyerang pemimpin UMNO secara biadap dan kurang ajar.

Sebabnya satu, sahabat saya Azmi APA menyampaikan kepayahan dan keperitan hidup yang dialami oleh rakan-rakan blogger sebagaimana mereka sampaikan di dalam 'Whats App Group'. 

Namun malang nasib Azmi APA kerana dia bukan sahaja tidak dibantu malah diherdik, dihina dan diperlekehkan dengan pelbagai kata-kata kesat.

Blogger Azmi APA dihentam kerana dikatakan melanggar sumpah baiah yang mereka buat dalam satu program bloggers di Janda Baik iaitu program 'Brotherhood'.

Saya tidak tahu benarkah dalam program tersebut bloggers pro UMNO ada melafaz sumpah atau baiah untuk tidak menghentam sesama sendiri serta pemimpin UMNO.

Mungkin kawan-kawan yang hadir program tersebut boleh sahkan perkara ini, kalau benar mereka ada melafaz sumpah, nampak gaya mereka telah termakan sumpah masing-masing.

Jika perbuatan Azmi APA menghentam pemimpin kerana fed-up dengan sikap mereka yang tidak memperdulikan nasib bloggers/facebookers selepas PRU13 dianggap biadap dan kurang ajar, apakah 'uji kaji' yang dilakukan ke atas DS Hasan Malek bukan satu perbuatan biadap dan kurang ajar?


Bagi saya perbuatan mereka ke atas DS Hasan Malek bukan sahaja kurang ajar dan biadap, malah ia adalah seperti memperbodoh-bodohkan pemimpin UMNO/BN.

Satu soalan yang bermain dalam fikiran saya, siapa di belakang mereka sehingga mereka begitu berani memperbodoh-bodohkan pemimpin UMNO/BN seperti DS Hasan Malek?

Ada sumber memaklumkan kepada saya beberapa nama pemimpin besar yang membelakangi mereka iaitu  - Najib Razak dan isteri Rosmah Mansur, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Mereka bertindak berani kerana nama-nama besar bertindak sebagai 'payung' mereka.

Benarkah?

Nampak gaya nama-nama pemimpin yang saya sebutkan di atas kena jawab benarkah mereka mengarahkan blogger melakukan 'uji kaji' ke atas DS Hasan Malek.

Jika benar, siapa pula menteri selepas DS Hasan Malek?

Adakah Menteri Kenyataan Dalam Negeri?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan?

Saya nasihatkan para menteri berjaga-jagalah. Mulai sekarang anda mungkin menjadi bahan 'uji kaji' blogger pro UMNO sendiri.

Saya tak mahu lakukan 'uji kaji' ke atas menteri walaupun ada menteri yang menimbulkan keraguan apabila membelanjakan ratusan ribu untuk satu majlis hari jadi beliau. Saya memilih untuk melakukan 'uji kaji' ke atas Pengarah Jabatan Media Sosial yang dengarnya telah dilantik atas perkenan Perdana Menteri.

Jeng...jeng...jeng!

Trailer 47 Ronin ditaja oleh Pawagam Lido Kota Bharu :



Arioss...!

Saturday, November 10, 2012

HOT! Blogger Popular UMNO Dari Utara Bakal Sertai PKR?


Perbualan di kedai nasi kandar dari salah satu negeri utara tanah air oleh rakan-rakan dan pejuang-pejuang siber UMNO agak menarik perhatian saya. Saya tertanya-tanya juga siapa blogger tersebut, kerana setakat ini kita tidak dengar ada blogger dari utara disaman oleh pembangkang.

Mungkin rakan-rakan blogger dari utara cuba sembunyikan cerita ini daripada diketahui oleh rakan-rakan blogger lain. 

Tapi yang pasti jika berita ini benar, maka nasihat saya kepada rakan-rakan blogger berhati-hati dalam penulisan, kerana jika anda berhadapan tindakan undang-undang. Pemimpin UMNO melayan anda bagaikan orang asing.

Perbualan antara si A dan si B keduanya sahabat pejuang siber saya dari utara tanah air :
"Hang ada dengar tak blogger top dari utara nak masuk PKR?" 
"Takdak dengar pulak, betoi ka hang cakap ni, siapa dia..?" 
"Itulah hang, selalu dok lepak padang kota jaa, sekali-sekala lepak lepak Komtar baru hang dapat tahu isu terkini...!" 
"Hang ini loqlak betoi, aku lepak Padang Kota sebab aku meniaga rojak kat sana, kalau meniaga dekat Komtar boleh la lepak Komtar...weih awat blogger tu nak masuk PKR, nak khianat parti..?" 
"Puii..hang jangan dok tuduh dia macam tu, aku kenai dia macam mana...cuba hang pikiq kalau hang kat tempat dia, apa hang rasa bila berjuang untuk UMNO habis-habisan tapi bila ada masalah pemimpin UMNO buat tak pedulik jer..." 
"Mana hang dapat tahu cerita ni...?" 
"Ehh...cerita ini kecoh dah kat sini, pembesaq UMNO pun ada call blogger tu tanya, tapi blogger tu kata itu semua khabar angin.." 
"Apa masalah yang hang rasa dia sanggup buat keputusan lagu tu...?" 
"Aku rasa dia frust, frust dengan pemimpin kita ni, time nak guna kita jer dia panggil suruh dedah video, dokumen yang sulit-sulit, bila ada yang kenakan tindakan undang-undang kat kita, sekoq pemimpin UMNO pun taknak bantu, dajei betoi..!" 
"Maksud hang...dia kena saman ka, sapa saman dia...?" 
"Dia kena saman dengan orang pembangkang la , aaah.. kes kecik jaa, kalau pasang lawyer boleh menang, hang tengok kawan kita dah menang lawan Husam Musa, orang pembangkang ni saman sebab nak tutup mulut kita je, bukan sebab depa betoi..." 
"Dah tu pasang lawyer lah lawan kat mahkamah, kalau aku, aku lawan kat mahkamah..!" 
"Tadi hang kata aku loqlak, hang ingat pasang lawyer kos dia 2-3 kupang kaa..kos dia besaq hang tau cecah puluh-puluh ribu..!" 
"Ek eleh...setakat pulu-puluh ribu tu mintak je UMNO bantu, takkan la UMNO takdak duit!" 
"Dia dah mintak UMNO negeri bantu, Pembesaq UMNO Negeri pun dia dah pi jumpa, tapi hang tau apa depa kata kat blogger ni...?" 
"Haa.. apa dia...?" 
"Depa kata UMNO tadak duit nak pasang lawyer untuk dia..." 
"Kahkahkahkahkah...." 
"Hang dengar pun gelak kan, peliaq punya pemimpin, nak bantu blogger yang berjuang untuk parti pun payah, angau bini baru kaa apa...?" 
"Haaa... itu yang buat blogger tu frust, dia kata dok dalam UMNO lama-lama buat apa, baik dia terima tawaran PKR, silap hari bulan dia boleh jadi ADUN..." 
"Kalau betoi dia masuk, aku rasa pembesaq UMNO negeri yang kata UMNO takleh bantu sebab takdak duit boleh gali kuboq sendiri la nooo..."

YY : Masih mencari identiti blogger terbabit untuk beri sokongan moral, kerna itu saja yang mampu saya berikan...

Friday, July 13, 2012

Bloggers Prihatin : Jom Bantu Adik Hafuza Rayyan


Dalam kita menjalani kehidupan serba mencabar ini ada lagi insan yang lebih malang yang wajib kita bantu dengan cara kita tersendiri.Insan yang dimaksudkan adalah adikMuhamad Hafuza Rayyan pengidap penyakit kanser buah pinggang peringkat III.

Bapa adik Muhamad Hafuza yang hanya seorang pekerja kilang kini mengalami masaalah kewangan yang kritikal setelah mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya.Kepada sesiapa yang ingin menyumbang secara iklas sila baca email dibawah untuk mengetahui akaun bank untuk tujuan itu.Kepada yang skeptikal tak perlu kata apa apa dan please luluk liam liam..

Kepada sahabat Bloggers,Facebookers dan Tweeterist agar dipanjangkan rayuan ini agar mampu meringankan bebanan keluarga ini.Semoga usaha iklas anda diberi ganjaran Allah swt.Amin

KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN. MEMOHON BANTUAN KEWANGAN.

Tuan,

Saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN No K/P 770818-02-5791 seperti alamat diatas ingin memohon bantuan keewangan daripada pihak tuan bagi menampung perbelanjaan rawatan anak saya.

K/Pengenalan Bapa
2. Buat pengetahuan pihak tuan, anak lelaki saya yang kedua iaitu MUHAMMAD HAFUZA RAYYAN No My Kid 081205-02-0097 berumur 3 tahun 5 bulan dimasukkan ke hospital pada 5hb Februari 2012 setelah didapati kencing berdarah dan telah disahkan mengidap penyakit kanser buah pinggang (Wilm’s Tumor ) peringkat III selepas keputusan ujian biopsy pada 16hb Februari 2012.

Pembedahan telah dilakukan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak akibat kanser tersebut pada 23hb Februari 2012 setelah berlakunya pendarahan dalaman. Buat masa sekarang saya perlu membawa anak saya untuk menjalani Chemotherapy setiap kali mengikut jadual yang dikeluarkan Pakar kanser Hospital Besar Pulau Pinang dan dia juga kerap kali dimasukkan ke wad apabila keaadaannya tidak stabil selepas Chemotherapy di buat. Rawatan ini akan berterusan dan mengambil masa yang agak panjang. 






3. Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti bergaji saya dah pun habis untuk menemani anak saya di wad memandangkan ibunya perlu menjaga dua orang anak lagi yang berusia 5 tahun dan satu tahun lebih. Saya yang bekerja kilang secara kontrak ini dan berpendapatan rendah buntu kerana tidak dapat menambah pendapatan dengan bekerja lebih masa lagi seperti sebelumnya kerana anak sering kali demam dan kerap dimasukkan ke wad.

Dengan penerangan diatas saya amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya . Bersama ini saya sertakan dokumen pengenalan, surat pengesahan doktor serta gambar anak saya sebagai rujukan. Sekiranya pihak tuan sudi bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun MAYBANK 152031508654 yang didaftarkan atas nama saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN.

Keperhatinan dan bantuan daripada tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
Mohd Sa'ad
(MOHAMMAD SA’AD)
20 Jun 2012

YY : Sebarkan... bantulah anak kecil ini.

Thursday, February 23, 2012

Al-Fatihah : Adik Faris Telah Pergi Selamanya...


Baru dimaklumkan sebentar tadi bahawa Adik Faris telah pergi meninggalkan kita pada jam 10:18 pagi tadi.

Ternyata Allah lebih sayangkan Adik Faris...

AL-FATIHAH....

Blogger Prihatin : Jom Bantu Adik Faris


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini.

"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.

Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.


Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.
Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.
Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

TERUS HEBAHKAN BERITA INI

Friday, December 30, 2011

Bloggers Prihatin : Itik Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah Punya Cerita...

Klik imej untuk besarkan

Ini kisah itik dan ayam...

Bukan berniat hendak menutup pintu rezeki Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah - tapi saya cuma memanjangkan aduan daripada rakyat setempat yang dikirimkan melalui emel kepada saya sebentar tadi.

Seperti biasa tujuan saya berblogging adalah untuk membawa suara rakyat.

Pengirim emel yang menggelarkan dirinya sebagai Jojo - mengirimkan tiga keping gambar keadaan peternakkan itik dan ayam yang diusahakan oleh Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah. Pegadu ini mendakwa Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah mengusahakan ladang itik dan ayam sehingga  menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat ekoran bau busuk sehingga menganggu kehidupan mereka.




Jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah - buatlah apa yang patut supaya ternakkan yang diusahakan tidak menggangu penduduk setempat. Maklumlah orang Kelantan ini anti UMNO, lagi orang UMNO buat perangai lagi bencilah mereka kepada UMNO.

Saya mendoakan supaya pengusahaan itik yang diusahakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah ini terus maju namun dalam masa yang sama biarlah ianya tidak menganggu penduduk setempat. Tidak salah rasanya kandang yang lebih tertutup dibina agar bau tersebut tidak merebak sehingga menggangu penduduk.

Jangan marah, jangan ambil hati - rakyat mengadu saya cuma panjangkan. Selebihnya terpulang kepada tuan punya itik dan ayam.

Hahaha...

YY : Suka daging itik... 

Tuesday, October 25, 2011

Bloggers Prihatin : Budak 10 Tahun Mencuri Kerana Nak Beli Beras - Bantulah Mereka...


Saudara-saudari sekelian, luanglah sedikit masa membaca kisah yang disiarkan di beberapa laman facebook. Jika mampu dan sudi membantu sumbanglah seberapa yang mampu...

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
  
Kenapa? Sebab nak beli beras.  
“Kami lapar sgt,” kata mereka. 
 
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. 
 
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 
 
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu.
  
Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. 
 
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. 
 
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. 
 
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. 
 
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. 
 
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 
 
"Tak makan", jawabnya. 
 
Sebelum ke KAFA? Tak makan. 
 
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?” Dia mengangguk. 
  
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.  Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 
 
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 
 
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 
 
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 
 
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 
 
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 
 
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 
 
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 
 
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. 
 
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 
 
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan.
 
Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. 
 
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 
 
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 
 
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 
 
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia.
 
Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 
 
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. 
 
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 
 
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. 
 
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 
 
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk.
 
Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 
 
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 
 
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: 
 
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090

(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada: 
 
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372 
 
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971

Minta tolong sebarkan...

Saturday, September 10, 2011

Al-Fatihah : Remaja Barah Tulang Kronik Yang Impikan Untuk Berbual Dengan PM Meninggal Dunia

Gambar Utusan Malaysia

Masih ingat dengan remaja yang berusia 14 tahun penghidap barah tulang kronik yang ingin berbual bersama Perdana Menteri Malaysia dalam bulan lepas?

Impian  remaja tersebut Nur Atikah Bazilah Samsudin, ditunaikan dengan bantuan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, yang mana pada 19 Ogos lepas impian remaja ini menjadi kenyataan dan beliau dapat berbual dengan PM Najib Tun Razak melalui telefon.

Menurut laporan Bernama Nur Atikah Bazilah dilaporkan telah meninggal dunia pada 11.05 malam semalam. Sebagai rakyat yang prihatin, bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Nur Atikah semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Takziah juga diucapkan kepada keluarga Nur Atikah di atas pemergian anak kesayangan mereka.

Al-fatihah....
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam. 
Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya. 
Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak. - Bernama

YY : Sayu bila terbayang saat bapa Nur Atikah menangis mengenangkan nasib anaknya...



Wednesday, August 10, 2011

Bloggers Prihatin : Please Help Norma...





Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama membantu saudari Norma dan keluarganya setakat yang kita mampu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan, kita masih boleh mendoakan agar saudari Norma sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T...

Semoga keluarga Norma tabah dalam menerima takdir Ilahi...


Selanjutnya sila ke  Moon Punya Blog


YY : Tiada kata dapat diungkapkan... hanya perasaan sebak menyelubungi diri...

Wednesday, January 19, 2011

Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Terhadap Saudara Mohammad Hairuman.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ketika artikel ini ditulis, penulis sedang berperang dengan emosi untuk mengumpul kekuatan berkongsi kesedihan yang amat sangat mengenai nasib yang menimpa Saudara Mohamad Hairuman, 22 tahun yang menjadi mangsa kejutan elektrik kabel voltan tinggi TNB berhampiran satu kebun sawit dekat Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor.


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Saudara Abdul Rizam Mohd Akhir (Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM) bersama Saudara Khairul Annuar Mansor (Timb. Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM), Saudara Khairolnezam Shaari (Exco MBM) dan barisan ahli jawatankuasa JKMRM-MBM telah meluangkan masa untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan serta-merta kepada mangsa yang kini telah dipindahkan dari Hospital Tanjung Karang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini.


Turut hadir ialah Saudara Mohd Firdaus Jamaludin (Setiausaha Kerja, Gabungan Pelajar Melayu Semanganjung) dan Saudara Mohd Khir (Ketua Pemuda UMNO bahagian Tanjung Karang)


Ketika semua membaca artikel ini, mangsa yang penulis pasti sedang kebuntuan dan sedih, dan mungkin juga sedang mengalirkan airmata tanpa henti sejak tengahari kerana telah di sahkan oleh pakar perubatan dan mendapat persetujuan abang dan kakaknya agar KEDUA-DUA BELAH TANGAN SERTA SEBAHAGIAN JARI KAKI AKAN DI POTONG dengan segera malam ini atau esok pagi.


Kini tidak perlu lagi kita bercakap dan bertanya ”macamana boleh berlaku?”, ”takde bantuan ke?”, ”takde cara lain ke?”..... apa yang perlu kita semua sebagai insan yang prihatin dan bernasib baik memikirkan bagaimana untuk kita memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga menempuh kehidupan ”baru” mulai esok.


Justeru itu, JKMRM-MBM merayu sepenuh hati kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan NGO Belia untuk tampil menyalurkan sumbangan berbentuk barangan mahupun kewangan kepada mangsa. Senarai keperluan barangan gunahabis dan ubat-ubatan yang diperlukan boleh diperolehi dari pihak kami. Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi JKMRM-MBM seperti maklumat di bawah:


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia
Saudara Abd. Rizam – 0137348888
Saudara Khairul Annuar – 0192602964
Saudara Mohd Rizan – 0137733676


Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.


Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: +60122853630 / +60137733676


Double Y : Ayuh bersama kita bantu setakat kemampuan kita, saya sendiri mengalirkan air mata tatkala melihat keperitan yang dialami oleh pemuda ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal