NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, January 8, 2011

Isu Adun PAS 'Zina' : Hello.. ADUN PAS Selinsing Apa Khabar YB?


Kringg!! Kringgg!! Hello Adun PAS Selinsing apa khabar yer sekarang ini? Sihat ke tidak?

Berikutan isu Menteri 'rogol' amah dimainkan serta dimanipulasi oleh blogger pembangkang, sama ada sedar atau tidak ianya sudah sedikit sebanyak telah menutup isu Adun PAS yang dikatakan ditangkap berkhalwat dengan isteri seorang cikgu di dalam gerabak KTM.

Dalam isu Menteri 'rogol' amah, heboh puak pakatan haram jadah menyeru agar DS Utama Rais Yatim menyaman pihak-pihak yang terbabit dalam isu berkenaan. Yer bagi saya tindakan undang-undang memang wajar dikenakan kepada tukang sebar fitnah kononnya DS Utama Rais Yatim merogol.

Jadi itu terpulanglah kepada kebijaksanaan DS Utama Rais Yatim sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang atau pun tidak. Lagipun beliau tidak pernah berkata akan mengambil tindakan undang-undang atau sedang mengkaji atau berbincang untuk mengambil tindakan berkenaan sebagaimana di war-war kan oleh Adun PAS Selinsing sebelum ini.

Jika pembaca masih ingat, sebelum ini Adun PAS Selinsing berkata, beliau sedang berbincang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang terbabit menyebarkan fitnah kononnya beliau pernah ditangkap berseluar dalam oleh Ust. Saidi sebagaimana yang didedahkan oleh Team Nadi Rakyat.

Malah Ketua Penerangan PAS Kelantan sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Kelantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan sebagaimana saya pernah laporkan di SINI

Lama betul masa untuk mereka berbincang untuk kenakan tindakan undang-undang yer? Malah sekeping laporan polis pun saya difahamkan tidak dilakukan oleh individu yang kononnya dirinya difitnah oleh Team Nadi Rakyat dengan niat untuk membunuh karakternya.

Saya bukanlah ingin melakukan provokasi kepada YB Selinsing ini, cuma saya inginkan kebenaran juga dalam kes berkenaan, maklumlah sudah jadi buah mulut penduduk di sekitar Pasir Puteh khabarnya. Takkanlah YB Selinsing tidak ingin membersihkan nama baik YB.?

YB Selinsing harus ingat dalam kes DS Utama Rais Yatim, mangsa sendiri telah membuat pengakuan bertulis bahawa tidak pernah diperkosa oleh majikannya, namun dalam kes Adun Selinsing ini, Kak N yang dikhabarkan pasangan khalwat YB tak pernah pun muncul menafikan perkara tersebut.

Tolonglah YB Selinsing Drs. Saipul Bahrin, tampillah saman budak-budak Nadi Rakyat ini, ada ke tuduh YB berzina dalam gerabak kereta-api, ingat YB takde kelas ke?

Kringg!! Kring!! Hello YB Selinsing Are You Ok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...