NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label KD Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label KD Tun Razak. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Scorpene : PM Minta Rasuah RM3.8 Billion?


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang. 
Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan. 
Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat. 
Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat. Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa. 
Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” 
Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini. Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya. 
Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula. Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen. 
Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi. Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion. 
Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan. 
Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti. Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia. 
Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut: USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill. 
Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata. 
Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka. 
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

Tuesday, June 5, 2012

SCORPENE : Siapa Biayai SUARAM Untuk Menipu?


Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis. 
Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh! Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun. 
Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang? Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM. 
Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas. SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan. Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA. 
Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan. Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya. 
Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah. Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam. 
Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. 
Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene. 
Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah. Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta. 
Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur. 
Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK. PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta. 
Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali. 
Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah. Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan. 
Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris. 
Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM. SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut. 
Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan. 
Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya. 
Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia? 
Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?. 
Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama? 
Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya? Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia. 
Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan. - Beruang Biru

Friday, March 2, 2012

Blogger & Scorpene : Gua Fitnah Blogger No.1 'Numoro Uno'?


Akhirnya blogger no.1 'numoro uno' yang menulis melalui blog PapaGomo yang sangat kebal kerana mendapat 'perlindungan khas' dari individu tertentu di Kementerian Pertahanan Malaysia menjawab 'fitnah' saya berhubung persaraaan awal Laksamana Madya Dato Wira Jamil Osman melalui tulisan saya yang boleh di baca [SINI]

Jika bukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman, saya yakin sampai ke sudah PapaGomo diam dan tidak akan menjawab apa-apa berhubung isu tersebut. Sebagaimana beliau gagal menjawab cabaran yang dilaungkan oleh Anuar Mohd Nor sebelum ini tentang tuduhan 'Trojan Horse'.

Pertama sekali saya tetap mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa salah satu sebab Dato Wira Jamil Osman bersara awal adalah kerana kes seorang blogger no.1 'numoro uno' yang menaiki Scorpene tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Saya tidak rasa individu yang bertaraf Panglima Armada akan mengaku bahawa itu salah satu punca beliau bersara awal kepada umum kerana kita tahu bahawa jika itu alasan dikemukakan kepada umum, ianya akan memperlihatkan Dato Wira Jamil Bin Osman terlalu 'bodoh' bersara awal hanya kerana seorang blogger. Sedangkan kita tahu tidak lama lagi beliau akan menjawat jawatan Panglima Tentera Laut.

Tak gitu Dato Wira Jamil Bin Osman?

Baiklah tidak mahu mengulas panjang-panjang kerana saya melihat PapaGomo sendiri pun tidak mampu menjawab atas beberapa perkara yang berbangkit. Jadi jika bukan seorang Panglima Armada TLDM dan pihak TLDM yang memberikan PapaGomo kebenaran memasuki Scorpene sebagaimana ditulisnya :


Persoalannya siapa yang membenarkan PapaGomo memasuki Scorpene, dan mendedahkan rakaman serta identiti kru KD Tun Razak kepada umum?

Siapa yang lagi berkuasa dari Panglima Armada TLDM, kerana kita tahu Menteri Pertahanan sendiri menafikan bahawa beliau memberi kebenaran kepada blogger menaiki Scorpene sebagaimana beliau nyatakan :
"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," - Zahid Hamidi.
Nampaknya banyak pihak terpaksa menjawab, adakah begitu mudah orang awam menaiki KD Tun Razak lalu memaparkan segala rakaman dan wajah kru?

Jika begini mudah sistem keselamatan negara dan segala kelengkapan KD Tun Razak 'diakses' oleh orang awam berstatus blogger no.1 'numoro uno' nampaknya lemah benarlah sistem keselamatan negara kita sekarang ini.

Saya risau selepas ini berduyun-duyun rakyat Malaysia ingin menaiki KD Tun Razak atas alasan mahu melaksanakan 'misi sulit' yang amat penting sama sekali. Tetapi akhirnya memaparkan segala rakaman, wajah-wajah kru di laman blog yang mana ianya boleh di akses oleh rakyat dari seluruh negara.

Adakah sesiapa mahu mengatakan tindakan PapaGomo memaparkan segala wajah-wajah kru serta keadaan dalaman ruang sulit KD Tun Razak adalah perkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia?

Jadi saya bagi PapaGomo 3 hari untuk menjawab saya, siapa lagi berkuasa yang membenarkan PapaGomo memasuki ruangan sulit KD Tun Razak selama 5 jam serta merakamkan segala wajah-wajah kru KD Tun Razak?

Akhir sekali PapaGomo usah khuatir atau gusar, status blogger no.1 di Malaysia tetap menjadi milik PapaGomo, tiada siapa mampu merampas takhta tersebut.

YY : Selamat bersara Dato Wira Jamil - Kalau tak boleh jawab gua dalam masa 3 hari, gua nak panggil lu pondan bro PapaGomo boleh? hehehe...

Tuesday, February 28, 2012

Al-Kisah Scorpene, Blogger dan Panglima Armada TLDM....


Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?




Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.



Selepas semua ini terdedah, natijahnya seorang Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman terpaksa meninggalkan karier yang dicintainya kerana terpaksa menanggung segala kebodohan individu lain yang bernama blogger.

Jika kesilapan bodoh begini tidak dilakukan oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai 'KING' -Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM.

Tapi apa boleh buat, kita bakal kehilangan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya. Beliau terpaksa melepaskan kerjayanya hanya kerana INDIVIDU sebenar yang membenarkan blogger no.1 pro-kerajaan menaiki KD Tun Razak tidak mahu  bertanggungjawab dan melepaskan segala kesilapannya kepada pegawai-pegawai TLDM.

Persoalannya siapa sebenarnya yang membenarkan seorang blogger menaiki KD Tun Razak tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan, malah Menteri DS Zahid Hamidi pun tidak mengetahui kehadirannya sebagaimana ditulis di laman blognya?

Banyak lagi akan terbongkar...

Akhir sekali usah khuatir, selepas selesai tugas membongkar kejelekan, keangkuhan, kebiadapan, kejahatan blogger ini saya akan kembali kepada kerjaya lama saya iaitu sebagai SALESMAN BLACKBERRY.

Jadi 'payung-payung' besar yang memayungi blogger ini bersedialah, ini hanyalah secebis pendedahan untuk hari ini. Itu pun selepas terbaca posting brader dari Perak, untuk blogger yang terbabit ingin saya maklumkan setakat lebam mata, gaduh guna besi paip, kena pukul dengan helmet saya dah pernah rasa itu semua.

Usahlah 'enter-frame' dalam hal ini...

Jangan libatkan sesiapa dalam hal ini, ini semua berlaku gara-gara kebiadapan blogger berbangsa Melayu yang sentuh institusi yang merupakan benteng terakhir bagi perjuangan survival bangsa Melayu, yang mana sampai sekarang TIADA PERMOHONAN MAAF dibuat!

Jadi simpanlah segala ugutan....

Kalau hendak tampal, impose gambar aku sila ke laman facebook ada banyak lagi kat sana...

Atau kita lawan hujah biar pembaca dan para pembesar UMNO yang menilainya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal