NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Tuesday, July 31, 2012
[VIDEO] : #SaveKelantan Skandal Ladang Depu Didedahkan - Husam Musa Watch Out!
Sekadar intro, adakah projek Ladang Depu yang diwar-warkan sejak tahun 2007 berjaya?
Kru KCW melawat ke lokasi untuk meninjau sendiri kejayaan projek tersebut...
Banyak lagi pendedahan yang akan menyusul...
Label:
Husam Musa,
Kelantan,
Ladang Depu,
Ladang Rakyat,
Nik Aziz,
PAS
Sunday, July 29, 2012
Isu Logo Merdeka : #yorais Kata Bukan Logo Rasmi Bagaimana Dengan Lagu 'Balas Budi'? wahai @DrRaisYatim
Paparan di atas di ambil dari laman rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang berada di bawah bidang tugas #yorais. Dalam laman tersebut ianya memberi penerangan mengenai logo hari merdeka yang menjadi kontroversi.
Selepas mendapat bantahan ramai pihak #yorais mempertahankan logo tersebut kononnya asli dan bukan diciplak dari mana-mana, kenyataan yang menunjukkan #yorais sendiri gagal memahami isu pokok yang menjadi perdebatan hangat.
Hari ini beliau mengeluarkan lagi kenyataan U-TURN dengan mengatakan itu bukan logo rasmi, sebaliknya ianya hanyalah bahan promosi hari merdeka, hanya logo 1Malaysia yang digunakan sebagaimana tahun-tahun lepas.
Tempoh hari #yorais pertahankan logo tersebut, tiada pula dia kata tidak rasmi, belum muktamad atau yang sama maksud dengannya. Sebaliknya beliau berkata mereka yang membantah logo tersebut terdiri dari mereka yang minda serta hatinya tertutup.
#yorais mungkin fikir anak muda terlalu bodoh atau pelupa sepertinya, kenyataan flip-flop begini sebenarnya langsung tidak memberi keuntungan kepada kerajaan BN, sudah berapa banyak kenyataan begini dikeluarkan oleh menteri-menteri?
Hari ini cakap itu, esok tukar kenyataan kata belum muktamad, tidak rasmi bla bla bla...
OK... kita terima sajalah kenyataan menteri paling berbudi bahasa ini, nanti ada rakan-rakan kata kita mengeji dan melemparkan kata nista kepada menteri kesayangan ramai ini.
Bagaimana pula dengan lagu 'membalas budi' lirik mahakarya ciptaan #yorais?
Sekarang saya mahu bertanya adakah lagu ini merupakan lagu rasmi untuk hari merdeka yang akan disambut 31 Ogos ini?
Lagu serta melodinya cukup menarik, yang bikin spoil mood aku bila masuk part 'kini masa balas budi'...
Jika inilah lagu rasmi hari merdeka, saya sarankan Rais Yatim dan anak-beranaknya sajalah sambut merdeka untuk tahun ini.
Aku 'hibernate' di rumah lagi bagus dari dengar lagu
YY : Kawan-kawan saya yang jilat lambung #yorais ini, nasihat saya jilat biar bertempat!
Label:
BN,
Rais Yatim
Saturday, July 28, 2012
[VIDEO] : Trailer 'The Legend Of Ladang Depu' - Husam Musa Watch Out! #SaveKelantan
Berikutan kekecohan berhubung logo,lirik lagu Hari Merdeka yang ke-55, agen 'Santa Claus' membuat keputusan untuk menangguhkan dulu tayangan filem 'The Legend Of Ladang Depu' sehingga kekalutan yang timbul gara-gara tindakan #yorais reda.
Nama samaran 'Santa Claus' diberikan sempena beg pinggang yang dipakai beliau mengandungi pelbagai jenis barangan termasuklah rokok berjenama Surya. Hahaha...
Agen 'Santa Claus' dalam Ops Ladang Depu telah berkunjung ke tapak tanah berkenaan 2 hari yang lepas sebaik sahaja selesai bersahur bersama rakan-rakannya dari Kelate Cyber Warriors.
Kepada mereka yang belum pernah melihat bagaimana rupa pokok depu/gaharu - inilah antara pokok yang berjaya dipetik oleh Agen 'Santa Claus' ketika berkunjung ke tapak tersebut.
MasyaAllah...
Subur menghijau....
Tapi walaupun berlaku penangguhan, demi tidak menghampakan 'pemuja-pemuja' Husam Musa 'The Legend Of Ladang Depu' - ini sahaja trailer yang agen 'Santa Claus' dan pasukannya izinkan saya 'release' untuk tatapan Husam Musa sendiri.
Hahaha..
To Be Continue...
Petikan berita dari TV PAS :
YY : Isu logo dan lirik lagu Hari Merdeka tu apa yang susah sangat... bak kata GelombangKick & The Gang "Anda Mampu Mengubahnya...." hahaha!
Nama samaran 'Santa Claus' diberikan sempena beg pinggang yang dipakai beliau mengandungi pelbagai jenis barangan termasuklah rokok berjenama Surya. Hahaha...
Agen 'Santa Claus' dalam Ops Ladang Depu telah berkunjung ke tapak tanah berkenaan 2 hari yang lepas sebaik sahaja selesai bersahur bersama rakan-rakannya dari Kelate Cyber Warriors.
Agen 'Santa Claus' meneliti tapak projek Ladang Depu |
Subur menghijau....
Tapi walaupun berlaku penangguhan, demi tidak menghampakan 'pemuja-pemuja' Husam Musa 'The Legend Of Ladang Depu' - ini sahaja trailer yang agen 'Santa Claus' dan pasukannya izinkan saya 'release' untuk tatapan Husam Musa sendiri.
Hahaha..
To Be Continue...
Petikan berita dari TV PAS :
YY : Isu logo dan lirik lagu Hari Merdeka tu apa yang susah sangat... bak kata GelombangKick & The Gang "Anda Mampu Mengubahnya...." hahaha!
Label:
Husam Musa,
Ladang Depu,
Ladang Rakyat,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS
#yorais : Hentikan Budaya Bodek PM @NajibRazak - Tidak Sesuai Untuk Bacaan Bloggers UMNO
Jeng...jeng...jeng!
Sebelum ini saya pernah menulis mengenai logo sempena Hari Merdeka yang ke-55, saya tidak menyentuh soal slogan 'Janji ditepati' kerana slogan tersebut memang bersesuaian dengan segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Kadang kala timbul persoalan di benak fikiran saya bila melihat tindak tanduk Jabatan Penerangan yang berada di bawah Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan DS Rais Yatim.
Jika ada yang masih ingat sebelum ini twitter Jabatan Penerangan pernah mencetuskan kontroversi ekoran tindakan 'admin' twitter rasmi @JPenerangan yang 'retweet' info dari kerajaan negeri Selangor.
Kini sekali lagi kontroversi tercetus melibatkan jabatan yang berada di bawah bidang tugas #yorais. Iaitu kekalutan serta perdebatan tentang logo dan lirik lagu hari merdeka yang ke-55.
Jom kita tengok hasil seni #yorais (gambar ini diperolehi di laman facebook) - janganlah marah ok! kerana pak menteri kita ini 'baru belajar'.
Lirik by : Rais Yatim itu yang 'mahal' sekali, kerana bukan senang seorang pak menteri mempunyai idea untuk menghasilkan lirik lagu, memandangkan dibebani tugas menjaga 4 jabatan di bawahnya. Ekoran kontroversi yang melanda, #yorais mengeluarkan kenyataan di laman twitter yang berbunyi :
Hahaha...
Hey...#yorais slogan bukan isu pokok, minda mereka yang membantah bukan tertutup tetapi logo & lirik yang dihasilkan memang jelek.
Disebabkan kejelekkan inilah ramai pihak bantah, penggiat seni kreatif di Malaysia menawarkan diri untuk mencipta logo, lirik, secara percuma!
Jangan pandang mereka ini sebagai pembangkang, kerana hasil penelitian saya terhadap laman facebook yang dibuka 3 hari lepas kebanyakkan dari mereka adalah rakyat biasa, majoriti darinya adalah anak muda.
Malah seorang mahasiswa turut berang dengan tindakan #yorais. Mahasiswa ini pendokong kerajaan yang menjayakan program Aman Kampus - We Love PM dan mengikuti jelajah ke seluruh negeri sebelum ini :
Jadi mereka yang membantah adalah rakyat Malaysia, mereka bukan penentang kerajaan. Mereka juga merupakan anak muda yang bakal memimpin negara di masa akan datang, dengarlah isi hati mereka!
Justeru itu, terimalah idea mereka, jangan terlalu sombong mengatakan orang berfikiran tertutup walhal kamu sendiri yang menutup minda kamu wahai DS Utama Rais Yatim!
1,693 Views - 1,593 DISLIKES, 31 LIKES |
11,374 Views - 3,288 DISLIKE , 49 LIKES |
Konklusi yang mudah dari kes ini adalah ianya bukan soal slogan, logo, lirik yang menjadi PUNCA perdebatan hangat isu ini. Tetapi permulaan berlakunya perdebatan isu ini adalah kerana kementerian penerangan dipimpin oleh #yorais...
Dah lama sangat dah, bila dah lama orang tua-tua kata 'tepu'...
Boleh faham tak DS Utama Rais Yatim?
Cuba baca apa brader Rio Rashid tulis [SINI]
YY : Aku yakin angka 31 dan 49 yang klik LIKE adalah keluarga #yorais dan kakitangan Jabatan Penerangan! Sorry to say Datuk Seri "you patut dengar pandangan rakyat!"
Label:
BN,
DS Najib,
Rais Yatim
#SaveKelantan : Husam Musa 'You Better Watch Out, 'Santa Claus' Is Coming To Ladang Depu?
Kelantan Koridor Depu - seluas 1,000 hektar tanah di Gua Musang telah ditanam dengan pokok Gaharu sekaligus menjadikan Kelantan negeri pertama mengkomersialkan industri itu.
Petikan berita :
Jawapan Husam Musa dalam Sidang Dun Negeri Kelantan :
Jahat sungguh ADUN Nenggiri, menuduh projek Depu di Kelantan gagal, demi mendapatkan kebenaran fakta Husam Musa, ejen KCW yang menggunakan code name 'Santa Claus' melawat tapak projek tersebut.
Aksi ejen 'Santa Claus' bergaya dengan pokok depu. |
To Be Continue...
Baca juga di blog geng KCW [GELOMBANG KICK] juga di [AOK] dan [ABPN]
Label:
Husam Musa,
Kelantan,
Ladang Depu,
Ladang Rakyat,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS
Friday, July 27, 2012
Implikasi Kebergantungan UMNO Terhadap Bloggers Bebas
Tulisan menarik dari kolumnis 'Politik Ayam' mengenai sikap UMNO yang bergantung kepada sesetengah blogger bebas.
IMPAK daripada keputusan PRU12 yang lalu terhadap kemerosotan majoriti Barisan Nasional di kerusi Parlimen telah menyedarkan UMNO daripada terus terlena dari hanya sekadar meyakini keampuhan kaedah propaganda konvensional semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.
Kenyataan DS Najib Razak pada 18 Disember 2011 menjelaskan desakan beliau agar Barisan Nasional mengiktiraf medium media sosial sebagai salah satu elemen propaganda alternatif dalam transformasi kempen parti.
"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran,"
Kejayaan besar pakatan rakyat yang sangat signifikan dari keputusan PRU12 yang lalu adalah kerana mereka berjaya menguasai jaringan media sosial dengan sangat berkesan. Terdapat analisa statistik yang menyatakan bahawa viral propaganda dari jaringan media sosial pada ketika itu sekitar 24%.
Justeru terkejut dari kemenangan tipis Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia iaitu tidak lebih dari 6 kerusi Parlimen, UMNO mengambil tindakan untuk menerima medium media sosial sebagai salah satu elemen harapan bagi memulihkan kredibiliti propaganda parti.
Baca selanjutnya di : PjO [KLIK]
Tanda Putera : Bimbang Diketahui Generasi Muda Dia Kencing Tiang Bendera - Kit Siang Hantar Troopers Dislike?
Trailer filem kontroversi karya Datin Paduka Shuhaimi Baba yang menyingkap peristiwa di sebalik 13 Mei 1969 iaitu 'Tanda Putera' kini mempunyai 3,810 jumlah dislike.
Ramai pihak tertanya-tanya adakah babak Lim Kit Siang yang kencing di bawah tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Datuk Idris Harun ketika itu turut diselitkan dalam filem itu?
Kit Siang usah gundah-gulana atau gabrar kerana aksi lu
Budak-budak yang jenis malas baca, malas kaji mengenai peristiwa sejarah. Filem ini mungkin sesuai untuk tontonan kamu - tapi sayang mereka tangguhkan tayangannya.
Kenapa mereka tidak mahu anak muda menonton filem berdasarkan kejadian sebenar ini?
Sinopsis filem yang bakal ditayangkan pada 13 September 2012 ini boleh dibaca di [SINI]
Label:
DAP,
Lim Kit Siang,
Pakatan Rakyat
Siapa Abdullah Zaik - Sejak Bila Ulama Tiada Ruang Untuk Campuri Urusan Dasar Parti UMNO?
Sejak kebelakangan ini makin banyak orang tampil beri kenyataan, pelbagai NGO ditubuhkan, pelbagai tunjuk perasaan diadakan, dan dengarnya yang terbaru PKR akan mengadakan perhimpunan untuk menuntut cermin sisi dipasang pada tren komuter di seluruh dunia.
Hahaha...
Terdengar kenyataan Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin di Malaysia yang disiarkan oleh Antara Pos, beliau menyatakan ulama yang ada dalam UMNO hanya tukang baca doa dalam majlis UMNO, ulama dalam UMNO tidak berani menyangkal pemimpin UMNO bagi saya hujah yang tidak tepat dan tidak betul!
Kenapa saya katakan pandangan yang dikemukakan oleh Abdullah Zaik tidak betul?
Hujah saya berdasarkan beberapa perkara :
- Dasar negara dan dasar-dasar yang ada dalam perlembagaan terbentuk hasil pandangan pelbagai pihak termasuk orang-orang agama yakni ulamak.
- Terbentuknya perlembagaan UMNO juga selepas diambil kira pandangan semua pihak termasuk golongan agamawan. Maka tidak hairanlah Fasal 3.3 dalam Perlembagaan UMNO sendiri menyebut - (Menegak, mempertahan, dan mengembangkan Islam serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.)
- Golongan agama juga mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO, orang-orang lama dalam UMNO mungkin tidak lupa kepada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Nor, Datuk Jamil Khir Baharom berkelulusan Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Cardoba, Dato Pirdaus Ismail pula seorang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Mereka ini berada dalam kepimpinan UMNO bukan sekadar boneka sebagaimana orang agama PAS yang tidak mampu bercakap benar dan menyanggah kesalahan jika dilakukan oleh Nik Aziz, serta menyokong agenda-agenda yang tidak Islamik dalam PR.
- Kita tidak pernah lupa bagaimana PAS memperlakukan golongan agamawan seperti Hasan Ali yang dipecat hanya kerana menegur pimpinan DAP, kita juga tidak lupa nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Jadi kenyataan Abdullah Zaik langsung tidak tepat dan tidak betul, ulama diberi peranan memberi pandangan di dalam parti UMNO.
Golongan ulama juga sudah lama mendapat tempat dalam UMNO.
Mungkin Abdullah Zaik gagal menyelami cadangan Ustaz Fathul Bari tempoh hari, Ustaz Fathul Bari yang mencadangkan agar diwujudkan satu majlis,organisasi yang mengumpulkan para-para ulama supaya para pemimpin UMNO dapat merujuk sebarang dasar atau keputusan yang dibuat agar ianya tidak bercanggah dengan Islam.
Faham bro Abdullah Zaik...?
Faham bro Abdullah Zaik...?
Boring ah blogging hujah-hujah begini, lepas ini blog ini akan lebih santai.
Artikel berat sebegini saya siarkan di www.putrajaya-online.com dalam ruangan #MindaPjO
YY : Bro Abdullah Zaik setuju tak komuter kena pakai 'side mirror'? hahaha!
Label:
BN,
Fathul Bari,
UMNO
Thursday, July 26, 2012
Tanpa Cermin Sisi dan Signal Kadar Kemalangan Komuter Meningkat - PKR
Keratan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Komuter tiada cermin sisi' - Inilah yang dikatakan akhbar taraf sampah yang pernah wujud di Malaysia.
Mempersoalkan ketiadaan cermin sisi kononnya pengendali tren sukar melihat penumpang, merupakan satu hujah bodoh dari akhbar paling bangang di Malaysia.
Cuba beritahu negara mana yang komuter mereka menggunakan cermin sisi?
Kita tengok sikit gambar komuter dari beberapa buah negara :
EUROSTAR : LONDON
KTX - KOREA SELATAN
TGV - PERANCIS
ICE - JERMAN
DIRETTISSIMA - ITALY |
Tak pernah lagi nampak kat mana-mana negara komuter dipasang dengan cermin sisi - hatta keretapi lama pun tak guna cermin sisi :
Kalau begini bengonglah pembangkang di Malaysia - tak mustahil jika dia memerintah kelak, kapal selam KD Tun Razak akan dipasang dengan cermin sisi, signal dan lampu brek ketiga.
Hahaha...!
YY : Nak bangkang pun carilah 'point' yang cerdik sikit. Cakap bangang kan kecik hati pulak!
Label:
Pakatan Rakyat,
PKR
Wednesday, July 25, 2012
[VIDEO] : Mewujudkan Persepsi Terhadap Pemerintah Sunnah Khawarij
Parti apa yang mengamalkan konsep mewujudkan persepsi buruk terhadap pemimpin dan kerajaan?
Parti apa agaknya yang mengamalkan sunnah puak khawarij?
Inilah sunnah yang diamalkan oleh parti PAS.
Pada zahirnya PAS dianggap sebuah parti Islam tetapi sebenarnya parti PAS tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah parti Islam atau sebuah jemaah yang memperjuangkan Islam. Ini kerana kewujudan parti PAS direstui oleh penjajah British.
PAS merupakan satu-satunya pertubuhan parti politik yang didaftarkan sebelum merdeka sesudah Hizbullah Muslimin diharamkan, PAS yang ditubuhkan dengan restu penjajah British didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 di Pulau Pinang.
Jika Hizbullah Muslimin diharamkan, kenapa penjajah British merestui penubuhan PAS jika benar PAS itu sebuah jemaah atau parti Islam?
Penjajah British yang terdiri dari kaum Yahudi dan Nasrani itu tidak berpuas hati dengan orang Islam selagi mereka bersatu.
Sebab itulah PAS direstui penubuhannya kerana British melihat PAS boleh diperalatkan untuk memecahkan orang Melayu beragama Islam pada waktu itu.
Sebuah parti yang ditubuhkan atas restu penjajah Brisith atau dalam kata lainnya British redha PAS bergerak sebagai sebuah organisasi bukanlah sebuah parti Islam atau sebuah jemaah yang membawa dan mempratikkan Islam sebenar, sebaliknya ianya hanyalah sekadar parti politik.
Sebuah parti yang ditubuhkan atas restu penjajah Brisith atau dalam kata lainnya British redha PAS bergerak sebagai sebuah organisasi bukanlah sebuah parti Islam atau sebuah jemaah yang membawa dan mempratikkan Islam sebenar, sebaliknya ianya hanyalah sekadar parti politik.
Label:
Pakatan Rakyat,
PAS
#SaveKelantan : Bala Tokong Terlalu Tinggi - Kubah Jatuh Menyembah Bumi?
Al-kisah di negeri Kelantan Serambi Mekah, kelmarin kubah sebuah masjid yang dibina sejak tahun 1977 jatuh dan hampir menghempap para jemaah selepas waktu berbuka puasa.
Jika kejadian ini berlaku di negeri yang di perintah oleh BN, sudah tentu pak lebai PAS akan mengatakan ini adalah kerana kemurkaan dari Allah.
Jika tidak pun mereka akan mengatakan keruntuhan disebabkan amalan rasuah, kronisme bla bla bla... lalu meletakkan semua kesalahan kepada UMNO.
Melihat kejadian yang berlaku di Kelantan ini, adakah ini petanda kemurkaan Allah kepada kerajaan yang ditadbir oleh PAS, kerana terlalu melebih-lebihkan tokong buddha dan berhala?
Baca SINI & SINI - untuk melihat bagaimana PAS melebih-lebihkan tokong daripada masjid.
Apa hikmah di sebalik kejadian yang berlaku di bulan yang mulia ini?
Mungkin petunjuk agar rakyat Kelantan TUKAR sepenggal...
Hahaha...
PASIR MAS - Seramai 15 jemaah Masjid Mukim Padang Pauh, nyaris dihempap kubah, selepas ribut petir, jam 8.20 malam, kelmarin. Imam tua, Mohd Zain Omar berkata, kesemua jemaah yang baru sahaja selesai berbuka puasa di masjid, pulang lebih awal, kerana mahu mengelak daripada dibasahi hujan.
Menurutnya, ada penduduk yang melihat kubah masjid ini berputar beberapa kali, sebelum jatuh di pekarangan masjid. Dentuman kuat itu juga, katanya mengejutkan semua penduduk sekitar yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak.
"Kubah masjid yang dibina sejak 1977 ini, terlalu usang dan mula berkarat.
"Sejak itu, masjid ini tidak pernah dibaik pulih, untuk keperluan penduduk," katanya.
Sementara itu, imam muda, Ibrahim Daud berkata, pihaknya memohon kepada semua yang prihatin, membantu untuk menambahkan dana bagi pembinaan kubah baru.
Beliau berkata, pihaknya memerlukan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi pembinaan kubah, di samping bantuan untuk membaiki bumbung yang bocor. Menurutnya, pembaikan masjid ini, akan digunakan 6,000 penduduk dari lapan kampung.
Sumbangan boleh disampaikan kepada Masjid Mukim Padang Pauh di akaun Bank Islam, 03027010046146. - SH Edisi KelateYY : TUKAR!
Tuesday, July 24, 2012
Slogan 'Janji Ditepati' Tiada Semangat Kebangsaan - Hina Bendera Semangat Kebangsaan?
Slogan 'Janji Ditepati' menjadi trauma kepada PR - sehingga isu ini dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.
Pelbagai perkara dibangkit, logo dicipta dalam masa 5 minitlah, tulisan 'erdeka' berliku-liku pula dikatakan kerajaan mahu membawa Malaysia ke arah yang berliku.
Aneh hampir 55 tahun merdeka tidak pernah slogan menjadi isu hangat sehingga sidang media diadakan oleh pembangkang. Tetapi sejak bila pula pemimpin Pakatan Rakyat begitu patriotik untuk menyambut hari kemerdekaan?
Bukankah pemimpin PAS tidak mengiktiraf jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam usaha membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang merdeka?
Malah Mat Sabu 121 sebelum ini pun lebih mengiktiraf komunis sebagai pejuang, manakala anggota polis pula dianggap sebagai sebagai tali barut British.
Antara kenyataan yang dikeluarkan mereka dalam sidang media siang tadi :
“Jangan buat satu tema yang hanya ikut selera (BN). Kerajaan jangan bawa tema yang tak mencerminkan semangat kebangsaan,” Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.
“Jangan buat satu tema yang hanya ikut selera (BN). Kerajaan jangan bawa tema yang tak mencerminkan semangat kebangsaan,” - Dr. Dzulkefli Ahmad AJK PAS Pusat.Hahaha...
Adakah sikap pemimpin DAP si Manoharan ini mencerminkan semangat kebangsaan wahai Mustapha Ali dan Dr. Dzulkefli :
Baca kembali artikel di mana sikap pemimpin PR yang menghina doa dan bendera Malaysia [KLIK]
Semangat kebangsaan konon...Pirah..!
Label:
DAP,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR
Sinar Harian Disaran Adakan 'Debat Sinar Tantawi & Karpal Singh' Bertajuk - Hudud Pilihan Siapa?
Ekoran dari Debat Sinar di antara Ustaz Fathul Bari dan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi yang bertajuk 'Anak Muda Pilih Siapa' tempoh hari berlaku kekalutan kenyataan sehingga membawa 'fitnah' di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Oleh itu kami meminta Sinar Harian mengadakan satu lagi 'Debat Sinar Ustaz Nasruddin Tantawi dan Karpal Singh' untuk membicarakan tajuk 'HUDUD PILIHAN SIAPA - PAS atau DAP?'
Beranikah Tantawi mencabar Karpal Singh untuk langkah mayatnya jika Karpal Singh menolak perlaksanaan hukum hudud dalam Pakatan Rakyat!
Boleh tak Sinar Harian buat?
Saranan ini bertujuan merungkai persoalan serta kekalutan yang timbul ekoran kedua-dua pihak tetap pertahankan kenyataan mereka, jangan biarkan anak muda di luar sana keliru!
Kalau tak nak buat portal putrajaya-online bersedia anjurkannya. Sebab mereka dalam keadaan gila menuju ke Putrajaya.
Hahaha...
Kalau tak nak buat portal putrajaya-online bersedia anjurkannya. Sebab mereka dalam keadaan gila menuju ke Putrajaya.
Hahaha...
[VIDEO] : Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad
Label:
BN,
PRU13,
Tun Mahathir
Monday, July 23, 2012
Tuduhan Kononnya Datuk @ahmadmaslan Membezakan Darjat Anak Yatim Keterlaluan!
Baru sehari 'declare' tidak menyokong BN mahu pun PR blogger A.P.A mula membuat tuduhan liar kononnya Datuk Ahmad Maslan membeza-bezakan darjat antara anak yatim dan tetamu yang lain hanya kerana anak-anak yatim yang diraikan dalam Program Nur Ramadhan semalam makan dalam keadaan bersila.
Saya ada dalam majlis tersebut, jadi berani saya katakan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Ahmad Maslan cukup keterlaluan. Benar anak-anak yatim yang diraikan semalam makan bersila di dalam ruangan yang dikhaskan.
Tetapi terdapat petugas-petugas katering yang melayan mereka, malah lauk pauk untuk mereka juga dihidangkan berbeza tetamu-tetamu yang lain kerana mereka terpaksa beratur dan mengambil sendiri juadah buffet untuk berbuka.
Tempatnya pula berdekatan dengan ruangan solat, ianya untuk memudahkan adik-adik ini menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebaik sahaja selesai berbuka.
Lauk-pauk yang dijamah oleh anak-anak yatim ini pula sama dengan apa yang dihidangkan kepada tetamu yang lain. Jadi tuduhan kononnya wujudnya perbezaan darjat di antara anak-anak yatim dengan tetamu yang lain sama sekali tuduhan yang tidak tepat!
Nah ambil petikan sms yang dikirim oleh Datuk Ahmad Maslan :
"Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila..saya tak makan atas kerusi, meja..nampak lebih mesra begitu hajatnya..bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka..makanan anak yatim dihidang..dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil..org lain duduk kerusi, tapi makan buffet..anak yatim dapat duit, org lain tak dapat..anak yatim dapat kurma & air zam zam..org lain cuma kurma sahaja.Lain kali tanyalah bro...!
Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai..atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar..jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka..jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya..ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu..saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri..banyak aktiviti tak masuk berita pun..jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah..bila diam dianggap kalah...
Jangan main tulis saja, tahulah sudah tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Lu puasa tak APA, kalau puasa pergi berbuka sajalah. Sia-sia saja lu berlapar dan dahaga tapi sebar cerita tak betul berunsurkan fitnah!
Tengok sikit sambutan PR kepada blogger 'kuda tua' ini :
Kembali bersama kami?
Tak berpihak kepada mana-mana parti konon...
Tapi hari-hari kritik pemimpin UMNO, tapi anehnya tak pernah dia kritik pemimpin PR. Nak ikut jejak Aspan Alias ke orang tua?
Pirahh...!
Label:
Ahmad Maslan,
Blogger,
BN
[VIDEO] : Aksi Terbaru Lelaki Mirip Anwar Ibrahim?
Lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi perutusan Ramadhan...
Hahaha...
Tak boleh nak taip saya nak tergelak...
Betul ke ini Anwar Ibrahim...?
Saya tak percayalah...
Ini mesti super impose!
Sempena menghormati perutusan Ramadhan lelaki mirip Anwar Ibrahim ini, jom kita layan lagi satu video yang dilakonkan oleh lelaki yang wajahnya juga 'mirip' Anwar Ibrahim...
Memang lelaki dalam kedua-dua video yang dipaparkan 'mirip' kepada Anwar Ibrahim...
Hahaha...
Pemimpin Tak Bermoral Harus Ditegur, Bukan Dibela :
"Umat Islam terutama ulama perlu memainkan peranan menegur pemimpin yang mempunyai masalah moral dan bukannya membela serta menggalakkan mereka terus melakukan kemungkaran.
Tapi berbeza dengan kes Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mempertahankan bermatian terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar pernah disabitkan dalam kes liwat dan kes video seks dengan pelacur yang dipercayai pemimpin itu adalah mirip dengan dirinya. Bagaimanapun Nik Aziz bermatian mempertahankan Anwar kononnya tuduhan itu adalah mainan politik lawan untuk menjatuhkan pemimpn pembangkang itu.
Dalam aspek ini Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menegaskan, adalah penting bagi penganut agama itu memastikan pemimpin sedemikian tidak berterusan memberi kesan negatif kepada kedaulatan Islam dan kepentingan negara.
Ujarnya, di bahu setiap penganut agama Islam terletak tanggungjawab untuk tidak menyokong secara melulu pemimpin-pemimpin tidak bermoral sebaliknya mengambil pengajaran daripada tindakan golongan itu.
“Urusan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman adalah wajib dalam Islam namun kita perlu berwaspada dengan kewujudan pihak yang bermatlamat mengganggu-gugat keamanan negara," katanya.
Beliau mengulas penegasan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi bahawa adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak."
Label:
Anwar,
anwar ibrahim,
Pakatan Rakyat,
PKR
Edisi Sahur : Lantak Lu la A.P.A...!
Blogger yang memegang status no.1 Azmi APA, semalam mengeluarkan satu entri yang mengisytiharkan dirinya bukan lagi blogger pro BN.
Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh 'kuda tua' yang semakin kuat menyerang kepimpinan PM Najib Tun Razak.
Apa yang saya ingin katakan, baguslah 'declare' awal-awal pihak mana yang dia sokong, kita tak boleh paksa seseorang berpihak kepada kita kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep negara demokrasi.
Haluan sudah berbeza, matlamat pun sudah berbeza.
Status no.1 kembali milik blogger sensasi BabyG, lagi pun tak sesuai 'kuda tua' macam APA nak pikul status sebagai blogger no.1 pro BN...
Buat malu blogger BN jer!
Gua cuma nak cakap lantak lu la bro!
Asalkan lu bahagia...
YY : Ada tak menyumbang, tiada tak berkurang...
Sunday, July 22, 2012
[VIDEO] : Si Fakir Di Halau - Abby Abadi Diushar Baik Punya!
Lihat paparan di minit 1:26 bagaimana Unit Amal PAS yang menolak seorang fakir yang muncul dari arah belakang sambil menadah tangan.
Kenapa tidak dibawa pengemis tersebut secara elok lalu diberikan sedikit sumbangan memandangkan PAS setiap kali ceramah meraih simpati daripada penyokongnya?
Kenapa ditolak seorang pengemis yang mahu menagih sedikit simpati daripada orang-orang kaya PAS yang cuba berkepit dengan janda bernama Abby Abadi?
Di minit ke 2:39 pula adalah perangai normal pak lebai PAS setiap kali berdepan dengan janda yang ada umppphh...!
YY : Kredit to GelombangKick KCW yang nampak kehadiran fakir tu.... kesian kat si fakir tu!
Label:
Kelantan,
Pakatan Rakyat,
PAS
Saturday, July 21, 2012
[VIDEO] : Ostat Tantawi Kata Karpal Terima Hudud? - Tanya Sama Itu Hud-Hud!
Karpal Singh faham Islam...?
Karpal Singh terima hudud...?
Benarkah dakwaan Ostat Tantawi...?
Tidak perlu taip panjang-panjang, kita baca keratan di bawah :
Kita baca lagi satu keratan :
Belum habis lagi, baca yang ini pula :
Dan akhir sekali khas untuk tatapan Ostat Tantawi yang flip-flop semasa berdebat :
Kesimpulannya, Ostat Tantawi menipu kerana Karpal tetap menolak Hudud manakala Hudud pula bukan agenda utama perjuangan PAS!
Lagi mahu banyak pusing ke...?
DAP faham Islam - betul ke...?
Mungkin benar juga kata Ostat Tantawi bahawa DAP semakin memahami Islam sejak berkawan dengan PAS...?
Bukti DAP semakin memahami Islam boleh dibaca [SINI]
Layan lagu lagi bagus dari layan Tantawi...
Label:
DAP,
Karpal,
Pakatan Rakyat,
PAS
DBKL Punya Hal - @NajibRazak Bakal Jadi Mangsa?
Bazar Ramadhan...
Tanpa mengunjungi bazar Ramadhan setiap kali hampirnya waktu berbuka seolah-olah tidak sempurna bagi sesetengah masyarakat kita. Kewujudan bazar-bazar Ramadhan ini secara tidak langsung memeriahkan lagi sambutan Ramadhan bagi rakyat Malaysia.
Kebanyakkan rakyat berpendapatan rendah mengambil kesempatan menjual pelbagai juadah berbuka di bazar Ramadhan secara tidak langsung mereka dapat menambahkan pendapatan sampingan.
Golongan peniaga ini pula bukanlah terdiri dari peniaga yang kekal kerana mereka hanya berniaga setiap kali umat Islam berpuasa yakni selama 30 hari.
Jadi DBKL janganlah 'kejam' sangat dengan orang kita yang ingin mencari rezeki sepanjang umat Islam menjalani ibadah puasa, tindakan DBKL mungkin dilihat kecil bagi sesetengah masyarakat.
Tetapi tindakan menghalang rakyat biasa berniaga kerana aduan sekelompok kecil masyarakat, sebenarnya boleh membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Jangan hanya kerana sedikit kegagalan dari pihak penguatkuasa, rakyat bakal menghukum kerajaan dalam PRU yang akan datang!
Biasanya yang komplen jalan sesak, jem terdiri dari segelintir kaum cina jer!
Dari Utusan Online :
Seramai 108 peniaga gerai di Taman Setiawangsa akan tetap meneruskan operasi mereka pada Sabtu ini walaupun tidak mendapat kebenaran untuk mengusahakan bazar Ramadan di situ daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kumpulan peniaga itu sudah lebih 15 tahun berniaga di Jalan Setiawangsa 9, namun hasrat mereka untuk mengadakan bazar Ramadan di situ buat ke sekian kalinya ditolak oleh DBKL.
Pengerusi Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa (Punsetia), Abdul Halid Mat Karim berkata, mereka amat berharap agar DBKL membenarkan bazar tersebut dibuka memandangkan sudah mengeluarkan modal hampir RM5,000 seorang.
"Alasan mereka (DBKL), kewujudan bazar ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku, walhal selama ini kami berniaga tiada pula yang merungut.
"Malah, DBKL juga memaklumkan bahawa penduduk sekitar membantah (pembukaan bazar Ramadan) tetapi berdasarkan kutipan tandatangan yang dilakukan pihak kami, lebih 1,000 penduduk menyokong bazar itu diteruskan," katanya.
Abdul Halid berkata demikian ketika ditemui pada bantahan aman yang diadakan bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Setiawangsa semalam.
Tambahnya, tahun lalu juga mereka mengalami nasib yang sama, namun tetap berniaga tanpa diambil sebarang tindakan sehingga diberi permit oleh DBKL selepas 21 hari berniaga.
Sementara itu, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan bersama-sama dengan Punsetia untuk mempertahankan bazar tersebut sekiranya DBKL menghantar anggota penguatkuasanya pada Sabtu ini.
"Mereka ini bukan meniaga lama, hanya untuk 30 hari sahaja mencari rezeki sempena bulan Ramadan ini. Kami berharap DBKL dapat memperbetulkan perkara ini untuk memberi peluang orang berniaga secara sah," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, permohonan peniaga tersebut terpaksa ditolak selepas mengambil kira permintaan penduduk setempat.
"DBKL tiada masalah dengan pembukaan bazar Ramadan kerana memahami mereka ingin menambah pendapatan tetapi harus melihat pandangan pihak lain. Saya mencadangkan persatuan dan penduduk duduk berbincang untuk mencapai keputusan menang-menang," katanya dalam satu kenyataan.YY : DBKL kalau nak buat kerja, banyak kedai milik myanmar, bangladesh aku boleh tunjuk kt KL ni. hehehe!
Label:
Isu Semasa,
umum
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2012
(559)
-
▼
July
(51)
- [VIDEO] : #SaveKelantan Skandal Ladang Depu Dideda...
- Isu Logo Merdeka : #yorais Kata Bukan Logo Rasmi ...
- [VIDEO] : Trailer 'The Legend Of Ladang Depu' - Hu...
- #yorais : Hentikan Budaya Bodek PM @NajibRazak - T...
- #SaveKelantan : Husam Musa 'You Better Watch Out, ...
- Implikasi Kebergantungan UMNO Terhadap Bloggers Bebas
- Tanda Putera : Bimbang Diketahui Generasi Muda Dia...
- Siapa Abdullah Zaik - Sejak Bila Ulama Tiada Ruang...
- Tanpa Cermin Sisi dan Signal Kadar Kemalangan Komu...
- [VIDEO] : Mewujudkan Persepsi Terhadap Pemerintah ...
- #SaveKelantan : Bala Tokong Terlalu Tinggi - Kubah...
- Slogan 'Janji Ditepati' Tiada Semangat Kebangsaan ...
- Sinar Harian Disaran Adakan 'Debat Sinar Tantawi &...
- [VIDEO] : Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad
- Tuduhan Kononnya Datuk @ahmadmaslan Membezakan Dar...
- [VIDEO] : Aksi Terbaru Lelaki Mirip Anwar Ibrahim?
- Edisi Sahur : Lantak Lu la A.P.A...!
- [VIDEO] : Si Fakir Di Halau - Abby Abadi Diushar B...
- [VIDEO] : Ostat Tantawi Kata Karpal Terima Hudud? ...
- DBKL Punya Hal - @NajibRazak Bakal Jadi Mangsa?
- Hanya di Kelantan - Pakej Gunting & Urutan Manja D...
- Salahuddin Ayub Patut Tutup Muka Guna Paper Haraka...
- [VIDEO] : Diskusi Bernama - Perang Media Baru Fakt...
- Salahuddin Ayub Fitnah Saya - Ning Baizura
- [VIDEO] : Allah Mengarahkan Kita Ke Putrajaya - Fa...
- #SaveKelantan : Tinggal Dalam Kubu British Gara-Ga...
- Must Read : Jawapan Isu Royalti Minyak Kelantan
- Siti Nurhaliza Didik Budaya Maksiat Di Kelantan - PAS
- [FOTO] : Dua Hari Kejohanan World #JetRace Challen...
- [FOTO] : DS @ZambryAbdKadir & @azwanbro Anjurkan W...
- [VIDEO] : ADUN PAS Kena Balun Pasal Hudud
- [INFO] : Global Peace Index 2012 - Malaysia Ditang...
- #TukarKedah : Hasil Pimpinan PAS - Kini Rakyat Ked...
- Karpal Singh Maki Hamun Staff Hospital?
- Bloggers Prihatin : Jom Bantu Adik Hafuza Rayyan
- Tak Mampu Jawab Hujah @RealDrMaza Keluar 'Fatwa' K...
- Fitnah Facebookers PR Terkantoi Lagi...
- TERKINI : 200 Orang Berdemo di Hadapan SUK Selangor!
- Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Penduduk DUN Ch...
- Pemasaran Politik : Calon Boleh Menang vs. Selebriti
- DUN Galas Mula Berubah - BN Tak Berjanji Kalau Tak...
- Kecewa Tidak Diiktiraf Peranannya - Seorang Lagi P...
- [VIDEO] : Penghargaan Buat Perdana Menteri DS @Naj...
- Mat Rempit Tak Ada Otak - Apa Benda @RempitUnited Ni?
- [VIDEO] : Kebajikan Terabai - 200 Kakitangan KUIN ...
- #saveKelantan : Derma Sudah Kutip Lebuhraya Rakyat...
- [VIDEO] : Aksi Skandal MB Selangor Khalid Ibrahim ...
- Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Rakyat Kelate D...
- PAS Tambah Lagi 1 Soalan Di Akhirat - "Bakpo Mung ...
- #PTPTN : Pinjam Tahu Pulang Tak Nak - Bahagian II
- [VIDEO] : Gambar Nik Aziz Tak Laku Pada Harga RM1k
-
▼
July
(51)