NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, September 28, 2017

Better Beer Festival : Lebih 48 Jam, Azmin Ali Masih Belum Saman Utusan?


Sebelum ini di muka hadapan Utusan Malaysia melaporkan bahawa Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor atas prinsip menghormati hak kaum dan agama lain.

Namun laporan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak malah Ketua Polis Negara turut mengingatkan Azmin Ali dan kerajaan negeri Selangor tidak memandang ringan aspek keselamatan negara.


Selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan dan mencabar Utusan Malaysia untuk mengeluarkan bukti bahawa Azmin Ali membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor.

Malah Pejabat Menteri Besar Selangor turut menuntut Utusan Malaysia memohon maaf tanpa syarat atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Persoalannya, sehingga ke hari ini, setahu saya Utusan Malaysia tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada Azmin Ali di atas laporan yang dikeluarkan pada 25 September 2017 tempoh hari.

Jadi, kenapa Pejabat Menteri Besar Selangor dan masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia?

Adakah Azmin Ali tidak berani mengambil tindakan kerana beliau sedar bahawa Utusan Malaysia tidak akan melaporkan berita tersebut tanpa bukti sahih?

Selain tiada tindakan daripada Azmin Ali terhadap Utusan Malaysia, sehingga ke hari ini juga kita masih belum melihat sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pemimpin PPBM berhubung isu tersebut.

Adakah pemimpin PPBM bersetuju dengan penganjuran Better Beer Festival 2017 yang bakal diadakan di Selangor?

Jika tiada tindakan diambil oleh Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap Utusan Malaysia, ia membuktikan bahawa tindakan Azmin Ali dan Pejabat Menteri Besar yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini kononnya akan mengambil tindakan undang-undang hanyalah omong kosong dan satu kenyataan populis untuk meredakan kemarahan umat Islam di Selangor.

Adios..!

Monday, September 18, 2017

TIADA AGENDA PERJUANGAN MELAYU PUNCA MAT TAIB KEMBALI KEPADA UMNO


Pembangkang tiada agenda perjuangan Melayu! 

Itulah punca bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali menyertai UMNO selepas bersama PAS dan kemudian PKR. Lima tahun bersama dalam pakatan pembangkang tindakan bekas Menteri Besar Selangor itu membuktikan PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu.

Menurut Muhammad Taib, beliau mula merasakan perjuangan bersama pembangkang sia-sia apabila setiap mesyuarat yang dihadiri beliau langsung tidak membicarakan soal perjuangan Melayu. Boleh rujuk laporan The Sun Daily.

Bagi saya, PKR tidak berani dan tidak akan membicarakan soal perjuangan Melayu kerana mereka selama ini bertuankan DAP yang terang-terangan bersikap chauvanis dan anti Melayu. 

Tindakan Muhammad Taib keluar daripada PKR semalam juga menunjukkan bahawa dalam PKR sedang berlaku perpecahan yang ketara.

Perpecahan di dalam PKR dapat dilihat apabila Lateefah Kooya secara terang-terangan menyerang Rafizi Ramli sebelum ini. 

Keluarnya Muhammad Taib dari PKR juga memberi satu tamparan kepada Azmin Ali yang kelihatan resah melalui laman Twitternya sebelum sidang media khas yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam. 

Mana tidaknya, sebelum ini Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menyanjung tinggi tindakan Muhammad Taib yang meninggalkan PAS dan menyertai PKR selepas parti PAS berpecah dengan PAN.

Bagi sesetengah pihak, Muhammad Taib mungkin tidak mempunyai pengaruh yang besar kepada pengundi muda di Selangor.

Tetapi apa yang pasti tindakan Muhammad Taib menyebabkan PKR yang kini menerajui kerajaan negeri Selangor kehilangan seorang 'kuda tua' yang masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat Selangor.

Adios...!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal