NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Peguam @PPIM4U Jemput Client Wanita Melancong - Dakwaan Blogger Sangkakalajari9 Jauh Melencong!


Semalam kebetulan saya bertemu dengan Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan ketika menyertai operasi 'Ops BAH' yang digerakkan oleh DBKL bagi membanteras premis perjudian haram, rumah urut, penagihan dadah serta aktiviti maksiat sekitar KL.

Dalam pertemuan itu, Dato Nadzim mengambil kesempatan bertanyakan mengenai artikel yang disiarkan di blog Sangkakalajari9 berhubung dakwaan peguam PPIM mempelawa golongan ibu tunggal melancong serta pakej membeli belah bertujuan memuaskan nafsu peribadi.

Menurut Dato Nadzim, dakwaan penulis tersebut tidak tepat kerana Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak pernah melantik peguam yang dimaksudkan sebagai penasihat perundangan untuk persatuan mereka.

Peguam bernama 'Z' merupakan peguam bertangungjawab mengendalikan kes yang dihadapi Dato Nadzim Johan selain kes tuduhan culik yang dikenakan oleh AG ke atas empat pemuda.

Selaku Ketua Aktivis PPIM, beliau menyatakan rasa terkilan dengan tuduhan tersebut, selain tidak berasas tindakan mengaitkan nama PPIM dengan sikap seseorang boleh menjejaskan imej PPIM di kalangan pengguna-pengguna Islam.


Bila membaca keseluruhan artikel yang ditulis, saya berpendapat blogger Sangkakalajari9 terlalu ghairah untuk menulis hingga gagal menyelidik maklumat yang diberikan sama ada betul atau sebaliknya. 

Bagi saya jika blogger Sangkakalajari9 berniat untuk memburukkan imej peguam berkenaan, tindakan mengaitkan seorang individu dengan sebuah persatuan adalah satu langkah yang kurang cerdik. 

Saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan perbualan Sangkakalajari9 dengan wanita yang dimaksudkan sebagai pemberi maklumat.

Tetapi menurut rakan mengenali peguam bernama 'Z', beliau dikenali sebagai orang yang baik serta suka membantu orang dalam kesusahan. 

Malah beliau tidak mengenakan bayaran tinggi atas khidmat guaman yang diberikan selain memberikan khidmat guaman percuma terhadap pihak yang memerlukan.

Niat blogger Sangkakalajari9 dilihat baik kerana mahu membantu selesaikan masalah wanita tersebut, tetapi sebagai penulis blog kita harus bertanggungjawab dalam setiap tulisan kita kerana ia memberi kesan kepada orang lain.

Justeru sebelum menulis, adalah lebih baik setiap maklumat yang disampaikan diteliti, lebih baik jika dapatkan penjelasan kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang konklusi tidaklah kita dilihat seperti membuat tuduhan membabi-buta sekaligus memalukan diri sendiri.

Akhir sekali, kalau dakwaan membabitkan peguam tersebut benar sekalipun, ia adalah isu melibatkan peribadi yang langsung tiada kena mengena dengan sebuah persatuan.

Arioss..!

YY : Hello! Dato Nadzim taknak jemput ambo membebel di radio kor? hahaha...

Friday, May 9, 2014

For Harith Iskandar Everything Is A Joke Even Hukum #Hudud



Adakah anda ketawa apabila membaca lawak terbaru Harith Iskandar berkaitan hukum hudud?


Mungkin bagi Harith Iskandar ia adalah gurauan semata-mata, tetapi bagi saya gurauan Harith Iskandar berkaitan Hudud seperti mempersendakan hukum Allah. 

Jika mahu menjadikan isu semasa sebagai topik lawak jenaka, apakah tiada perkara lain selain isu-isu yang melibatkan agama.

Bagi Harith Iskandar semua perkara boleh dijadikan senda gurau, bagaimana dengan saudara pembaca...?

Arios...!

Tuesday, March 18, 2014

Biadap! Fitnah Program #SelawatPerdana - Bukti Ada Pihak Risau Melihat Islam Bersatu


Satu penghinaan kepada Islam!

Kebiadapan sekelompok masyarakat bukan Islam yang rasis menyerang program Malam Cinta Allah & Rasul Selawat Perdana yang dijadualkan pada 21 Mac ini menjadi bukti bahawa sesetengah kelompok bukan Islam risau apabila melihat masyarakat Islam mula bersatu.

Selawat Perdana yang diadakan bertujuan untuk melahirkan kesedaran diri dalam jiwa umat Islam terhadap Rasulullah SAW serta mencontohi sifat kepimpinan baginda.

Malah khabarnya program ini turut disertai oleh TG Nik Aziz Nik Mat serta TG Hadi Awang serta barisan kabinet BN. Ia dilihat menjadi medan pertama ke arah penyatuan masyarakat Islam di Malaysia.






Mungin ada pihak khuatir, apabila melihat masyarakat Islam mula bersatu!

Ayuh ramai-ramai kita banjiri Dataran Masjid Putra, dan gemakan Putrajaya dengan bacaan selawat dan qasidah.

Biar cina yang rasis dan setan-setan ini kepanasan...

Arioss..!

Sunday, March 9, 2014

Persenda Tragedi #MH370 Pembangkang di Malaysia Memang Tidak Berotak! #PrayForMH370


Ketika negara berduka dengan tragedi yang menimpa 227 penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 berbeza pula dengan gelagat parti pembangkang.

Mereka dilihat tidak sensitif, tidak peka serta tidak berotak.

Imbas kembali semasa kita dikejutkan dengan insiden serangan ke atas Lahad Datu, pembangkang bertindak menimbulkan spekulasi liar mengatakan kejadian tersebut adalah rancangan UMNO/BN bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap prosiding RCI Sabah.

Tidak belajar dari kesilapan, pemimpin serta totok pembangkang mengulangi tindakan yang sama mempersenda tragedi MH370.

Bukti kebodohan pemimpin dan pengikut pembangkang :








Manakala di bawah pula adalah spekulasi konon pihak MAS sengaja menutup perkara tersebut bagi melindungi reputasi syarikat mereka.


Terjemahan tulisan Km Ben di atas adalah ;
"Malaysia Airline know early about the plane incident but MAS want to protect the reputation so didn't make announcement. MAS is like Barisan National only corruption and didn't take care people life..."
Rakyat kita terlalu ghairah, mereka mahu menjadi yang pertama melaporkan berita mengalahkan wartawan bertauliah.


Seperti saya jelaskan di laman Facebook MAS tidak boleh sewenangnya beri kenyataan, mereka perlu berhati-hati kerana keutamaan bagi pihak MAS adalah ahli keluarga penumpang bukan pihak ketiga iaitu pihak yang tiada kaitan langsung dalam insiden tersebut.

Pendekatan pihak MAS adalah dengan menghubungi setiap ahli keluarga dengan kawalan dilakukan ke atas mereka supaya satu penjelasan terus dapat diberikan yang disertai oleh pakar psikologi.



INFO perlu kita tahu ;
1. Penumpang Pelbagai Negara 
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan. 
2. Hubungan Diplomatik 
MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini. 
3. Misi Melibatkan 5 Negara 
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. 
Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit. 
Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini. 
4. Tidak Semudah Yang Dijangka 
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 
5. MAS Tetap Dihati 
Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. 
Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

YY : DARI JADI PAKAR, LEBIH BAIK KAMU BERDOA!

Thursday, March 6, 2014

16 Hari Lagi : Umat Islam Berikan Sambutan Luar Biasa Terhadap Program #SelawatPerdana


Luar biasa sambutan yang diberikan umat Islam terhadap program 'Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bakal berlangsung pada 21 Mac 2014 bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Precint 1.


Sokongan ditunjukkan menerusi laman Facebook Selawat Perdana yang kini telah berjaya mengumpulkan lebih 100,000 likes sejak diwujudkan dua minggu yang lalu.

Lebih membanggakan apabila barisan artis popular turut mempromosikan majlis tersebut kepada peminat mereka melalui laman sosial peribadi mereka.


Ini memperlihatkan bahawa masyarakat hari ini sebenarnya lebih tertarik dengan program yang bersifat keagamaan kerana terbukti mampu melahirkan kesedaran selain mencontohi junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ayuh... eratkan persaudaraan sesama kita!

Bersama kita gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan selawat dan qasidah pada 21 Mac 2014 ;
Facebook : Selawat Perdana
Twitter : @selawatperdana - #selawatperdana
Instagram : @selawatperdana 


Wednesday, February 26, 2014

Laksanakan #JihadEkonomi Hentikan 12 Mitos Punca Kegagalan Peniaga Melayu!


Jika kunjungi kebanyakkan program bengkel keusahawaan sering kali dinyatakan bahawa kegagalan usahawan Bumiputera yakni Melayu Islam disebabkan oleh sikap, tiada kecekapan dan kelemahan strategi pemasaran.

Selain itu, peniaga Melayu Islam dikatakan tidak konsisten berbanding peniaga bukan Melayu. Berikut antara punca yang sering kita dengar setiap kali berbicara mengenai kegagalan peniaga Melayu :
  1. Peniaga Melayu Islam tidak mengamalkan rasuah.
  2. Tiada sokongan pihak berwajib iaitu kerajaan. 
  3. Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' peniaga Melayu. 
  4. Produk tiada kualiti.
  5. Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'. 
  6. Terlalu mementingkan keuntungan segera.
  7. Lebih suka berniaga sebagai orang tengah.
  8. Terlalu bergantung kepada projek kerajaan.
  9. Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna.
  10. Sistem pengurusan yang lemah.
  11. Tiada perancangan jangka panjang.
  12. Tiada matlamat perniagaan yang jelas.
Sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, kita harus hentikan 12 punca di atas kerana bagi saya ia tidak lebih sekadar mitos. 

Secara peribadi saya melihat punca kegagalan peniaga Melayu disebabkan sikap pengguna Melayu termasuk saya yang mengagungkan produk asing berbanding produk yang dihasilkan atau dijual oleh peniaga bukan Melayu.

Malah ada dari kalangan pengguna Melayu Islam memperlekehkan produk keluaran orang Melayu Islam sendiri di mana ia antara penyebab peniaga Melayu Islam gagal bertahan sekaligus menyaingi peniaga-peniaga bukan Melayu.

Justeru, mulai hari ini sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, bersama kita berazam untuk aksanakan Jihad Ekonomi bagi memastikan ekonomi orang Melayu Islam sebaris dengan peniaga bukan Melayu.

Kita perlu utamakan produk halal muslim bumiputera setiap kali berbelanja membeli keperluan harian. Antara produk keluaran bumiputera ialah :

MINYAK MASAK
Produk jus segar keluaran bumiputera :

JUS BUAHAN 
Saudara kita yakni peniaga-peniaga Melayu Islam sebenarnya mampu bersaing dengan peniaga bukan Melayu jika kita sentiasa memberikan mereka sokongan kerana kuasa selaku PEMBELI dan PENGGUNA berada di tangan kita.

Bersama laksanakan Jihad Ekonomi, layari Facebook Pembeli, Pengguna Melayu Islam untuk ketahui senarai peniaga-peniaga Melayu Islam klik ---> KPPMi 


Sunday, February 23, 2014

#SelawatPerdana Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Bacaan Qasidah Serta Selawat Kepada Allah & Rasul


Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :
Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram@SelawatPerdana 
Untuk yang terlupa, berikut rakaman sekitar program Malam Cinta Rasul bertempat di Stadium Badminton Cheras bersama Habib Syech Qader dan Habib Ali Zaenal :

Thursday, September 5, 2013

Apa Status Laporan Polis Terhadap Kes Rasuah CEO #Putrajaya Holding Sdn. Bhd @PDRMsia


Saya difahamkan terdapat satu laporan polis dibuat ke atas Datuk Azlan Abdul Karim iaitu CEO Putrajaya Holding Sdn. Bhd telah dibuat pada 29 Ogos 2013 di Balai Polis IPD Putrajaya oleh seorang individu. Laporan tersebut dibuat berhubung artikel yang disiarkan di laman blog The Bebalians yang mana turut disiarkan di laman ini.

Menurut pengadu ketika beliau membuat laporan tersebut, soalan yang diajukan oleh pihak polis agak melucukan antaranya "adakah saudara sudah hubungi Datuk Azlan, tanya dia ambil rasuah?". Petikan emel yang dikirimkan oleh warga prihatin :

KLIK UNTUK LEBIH JELAS
Selain soalan yang agak melucukan daripada pihak penguatkuasa, menurut pengadu dari tarikh beliau membuat laporan sehingga ke hari ini tiada sebarang berita mahu pun panggilan telefon daripada pihak polis memaklumkan status perjalanan kes tersebut.

Apakah laporan yang dibuat oleh seorang rakyat Malaysia sekadar direkodkan tetapi tiada prosedur siasatan dijalankan berhubung laporan tersebut?

Mohon pihak PDRM memberi respon terhadap status laporan sebagaimana tertera di bawah :




YY : Lepas ini kalau buat repot kes culik - jangan ada anggota yang tanya "adakah encik sudah telefon penculik tanya sama ada benar dia menculik? LOL...

Wednesday, January 30, 2013

Mahasiswa & NGO Bantu Realisasikan Tranformasi Rakyat Menerusi #JelajahAnakMalaysia


Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.

Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.



Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).

Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.

Kita doakan semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang. - PDTM

Insyaallah...

Ikuti laporan terkini dari blogger yang turut menyertai konvoi tersebut :
Facebook : http://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia

Twitter : @JTranformasi

Website : Jelajah Anak Malaysia

Wednesday, December 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Teringat pula ketika zaman kanak-kanak kerana wajah inilah yang dinantikan di kaca televisyen untuk mengetahui tarikh bermulanya ibadah puasa dan hari raya sebelum beliau bersara dan digantikan  Datuk Syed Danial Syed Ahmad  pada 10 Jan tahun lepas.

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan Takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah...
"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. 
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama"

Wednesday, November 21, 2012

[FAKTA vs AUTA] 10 Jenis Batu Paling Pelik di Dunia

Tahukah anda bahawa ketika zaman batu, ais batu kacang bukanlah menu utama manusia pada waktu itu dan batu lesung juga belum lagi tercipta. Bercerita pasal batu, jom kita lihat antara 10 batu yang dikategorikan sebagai pelik :

[10]
Batu Tergantung di dlm peristiwa Israk Mikraj 
terletak di Qubah As Sakhra, di Palestin

[9]
Balanced Rock, Garden of the Gods.
Colorado, Amerika Syarikat

[8]
Gibson Steps (12 Apostles), 
Great Ocean Road.


[7]
Ko Tapu Island, Thailand

[6]
Reed Flute Caves, Guangxi Province, China

[5]
Meteora, Greece

[4]
Sahara Desert, Tassili N’Ajjer, Algeria

[3]
Giant’s Causeway, Ireland

[2]
Painted Cliffs, Tasmania

[1]
Batu asas Projek Lebuhraya Rakyat yang ditandatangani oleh Nik Aziz.
Terletak di negeri Kelantan.


Memang pelik kerana selepas dihias cantik-cantik untuk majlis pecah tanah 
Lebuhraya Rakyat, batu ini ditinggalkan begitu sahaja...

KAH...KAH...KAH!

Tuesday, November 13, 2012

Tahniah! Buat Tiga Sahabat HIMSAK Terima Pingat Dari Sultan Kelantan

Faizal Bin Daud A.S.K - Presiden HIMSAK
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada tiga orang sahabat iaitu Saudara Faizal Bin Daud, Aizuddin Dato Ghazali dan Dr. Ariff dari Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di atas penganugerahan Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan (A.S.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke 43 pada  11 November lepas.

Aizuddin Dato Ghazali A.S.K - Timbalan Presiden HIMSAK
Dr. Ariff Hakimi A.S.K
Ketiga-tiga sahabat saya ini merupakan orang kuat program Mengubah Destini Anak Bangsa dengan kerjasama UiTM yang telah menjelajah ke setiap pelusuk negeri sebelum ini untuk membantu dan mengesan golongan pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringat universiti kerana kemiskinan.

Foto ketika Jelajah Destini Anak Bangsa di Melaka
Siri Jelajah Destini Anak Bangsa mungkin bakal menjelajah ke Sabah & Sarawak jika tiada aral melintang InsyaAllah.

Foto ketika skuad Jelajah Destini Anak Bangsa di Pekan Rabu, Kedah.
Tahniah boh...!

Sek kito jangan pecoh!

Happy Deepavali!

Hahaha....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal