NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Friday, September 30, 2011
Apa Benda 'Katak' Ini Merepek...?
Datuk Ibrahim Ali Presiden Perkasa meminta semua pihak tidak eksploitasi terhadap isu keselamatan negara. Semalam 29/11 - Datuk Ibrahim Ali bersama 25 pemimpin pusat PERKASA telah mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pemansuhan ISA.
Memorandum tersebut diserahkan sendiri kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Video di atas dikeluarkan oleh myomedia.net
Apa benda myomedia.net tu...?
Klik sini dan tungguuuuuuuuuuuuuuuu....
Gambar dan artikel penuh berhubung pertemuan PERKASA bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan dimuat-naik bergantung kepada tahap kerajinan penulis.
Hahahaha...
YY : Kita publish setiap gambar majlis yang kita sertai..tapi ada pula yang tak tahu pun pasal blog-blog pro kerajaan kata kita tak publish gambar di mana-mana online media... So sekarang gambar semalam kita kasi peram sajalah...!
Label:
Hishamuddin,
KDN,
Perkasa
Thursday, September 29, 2011
Cina ANTI Melayu atau Melayu Terlalu Bagi Muka...?
Setelah diterjemah berikut adalah perkara yang dituturkan oleh lelaki berbangsa cina dalam video di atas :
"Cerita pasal waktu kecil saya, rumah saya buka restoran, bapak menjual mi pada pagi. Setiap kali waktu awal bangun, saya pergi makan mi. Di depan kedai ada sebuah masjid setiap pukul 5 pagi akan bising bising sembahyang. Pada suatu hari apabila saya sedang makan mi saya dah terfikir, terfikir apa yang azan cakap sebenarnya melayu suka makan wantan lepas makan wan tan, bila dia jemu wantan , dia mau makan pau.
Contoh al-quran, “ tauke a...” kena ada tone tau tak? “tauke a... , bagi satu mangkuk wantan” “mangkuk besar” “tak mahu pedas”. Lepas sembahyang awak kena belajar nada dia buat macam ni “wala wala hari ini saya tak mau makan wantan“ “Allah hari ini saya mahu makan pau”.Oppss... ini bukan video baru tapi sudah dimuat-naik sejak Mac 2011.
Beberapa ayat gagal diterjemahkan kerana lelaki dalam video ini bertutur dalam bahasa Hokkien. Sudah banyak kes kaum cina bersikap anti Melayu & Islam berlaku di Malaysia. Tetapi dalam banyak-banyak kes jumlah mereka yang dipenjarakan atau diberikan hukuman setimpal boleh dibilang dengan jari.
Tidak perlu sakit kepala, ambil contoh yang berlaku dalam bulan Ogos tahun lepas di Seremban, iaitu tiga remaja cina berusia 16 dan 17 tahun hanya didenda sebanyak RM2,000 setelah didapati bersalah membaling arak ke dalam sebuah Surau.
Lepas itu keluarga kepada remaja ini tampil memohon maaf, remaja ini dilepaskan dan hanya perlu melaporkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun.
Isu paling panas dan kontroversi adalah pemuda cina paling 'patriotik' di Malaysia yang bernama Namawee. 'Beruk' ini hina azan, hina wanita bertudung, hina melayu malah berpuluh laporan polis ke atasnya dibuat oleh pelbagai pihak tapi Namawee tidak menerima apa-apa hukuman selepas mohon maaf.
Kita pergi pula ke Pantai Dalam di mana seorang lelaki cina yang tinggal di Kondominium Pantai Hill Park. Lelaki ini dikatakan menghantar surat mengatakan azan Subuh mengganggu tidurnya. Tapi tindakan itu telah mencetuskan bantahan umat Islam.
Selepas itu peguam ini mohon maaf dan berpindah dari kondo terbabit kerana bimbang mengenai keselamatannya.
Tapi bila kaum Melayu melakukan perkara yang membabitkan sensitiviti penganut agama lain, apa jadi dengan mereka?
Pengetua sekolah yang memberi perumpamaan mengenai sejarah kedatangan kaum ke Tanah Melayu dikenakan tindakan.... (isu di Johor)
Dua bersaudara dipenjarakan 5 tahun atas kesalahan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C...
Kakitangan BTN yang sebut "kaki botol" difahamkan dikenakan tindakan tatatertib...(betulkan kalau salah)
Apa saya nak sampaikan adalah...
Syokkknya...jadi cina di Malaysia ini, lu hinalah apa saja pasal agama lain lepas itu lu minta maaf kira setel.
Semudah ABC...
Adakah memang segelintir kaum cina di Malaysia memang jenis anti Melayu dan Anti Islam ataupun kita orang Melayu yang terlalu memberi muka...?
Komennnnnnnnnnnn.....?
YY : "anak cina anak saya... anak melayu anak pungut"...
Label:
Biadap
HOT : Lepas Balun Pelacur Hishamuddin 'Mat Ganja' Hina Sultan Perak...?
Ada orang kata mamat ini kaki ganja sebab itu dia banyak ketawa dan merapu dalam artikel dia.... apa benda yang mamat lalok ini merepek mengenai Kesultanan Perak....?
Mamat lalok ini ada hubungan ke dengan Kesultanan Perak ke...?
NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah
NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun
apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah
Cerita Selanjutnya Klik Sini...
YY : Kah...kah...kah.... Hisham lalok oii hari ni dah pekena paip pong ke belum...?hihihi.
Label:
Hishamuddin Rais
Friday, September 23, 2011
Kelantan Mampu Buat Hudud Tanpa Persetujuan Pusat - Nik Aziz Tunggu Apa Lagi?
Hukum Hudud mula dicanang dan di kitar semula oleh Nik Aziz untuk menarik undi orang Islam, idea kitar semula ini mula timbul ekoran penolakkan besaran orang Islam terhadap PAS sejak mereka menjalin 'persetubuhan' dengan abang besar mereka iaitu DAP.
Dulu Nik Aziz pernah menyalahkah Mahathir kononnya Tun Mahathir menolak hudud, namun kini era Mahathir sudah berlalu. Kenapa Nik Aziz masih tarik-tali berhubung isu hudud?
Menurut blog Angin Perubahan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya boleh melaksanakan Hudud tanpa menunggu persetujuan kerajaan Pusat. Apa yang kerajaan negeri perlu hanyalah persetujuan Sultan.
Jadi apa kata Nik Aziz hantar draf Hudud kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Dengarnya Anwar pun sudah bersetuju PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.
Jadi kita cabar Nik Aziz kemukakan draf kepada DAP....
Silap hari bulan kita boleh tengok Karpal berjalan semula...
Hahaha...
Di petik dari Angin Perubahan :
Dari Blog Tun Faisal :
Jangan lupa pengumuman Pas semasa di Tenang bahawa Pas tidak akan laksana hudud, suatu pengumuman yang dilihat ramai sebagai langkah `desperate' Pas untuk menarik undi kaum Cina bagi memenangi Pilihan Raya Kecil di Tenang.
FLIP-FLOP.....
YY : Cabar PAS masukkan Hukum Hudud dalam manifesto pilihanraya yang akan datang...
Dulu Nik Aziz pernah menyalahkah Mahathir kononnya Tun Mahathir menolak hudud, namun kini era Mahathir sudah berlalu. Kenapa Nik Aziz masih tarik-tali berhubung isu hudud?
Menurut blog Angin Perubahan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya boleh melaksanakan Hudud tanpa menunggu persetujuan kerajaan Pusat. Apa yang kerajaan negeri perlu hanyalah persetujuan Sultan.
Jadi apa kata Nik Aziz hantar draf Hudud kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Dengarnya Anwar pun sudah bersetuju PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.
Jadi kita cabar Nik Aziz kemukakan draf kepada DAP....
Silap hari bulan kita boleh tengok Karpal berjalan semula...
Hahaha...
Di petik dari Angin Perubahan :
Akhirnya Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Pembangkang menyatakan hudud gagal dilaksanakan kerana kerajaan pusat menghalangnya. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Mengapa perlu menunggu kelulusan kerajaan pusat? Sebenarnya kerajaan negeri Kelantan sudah pun bersetuju untuk melaksanakan undang undang hudud pada tahun 1993, namun mereka tidak melaksanakannya.
Menurut perlembagaan persekutuan, Perkara 76 (1), kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang undang hanya dengan perkenan daripada Sultan.
Oleh itu, mengapa undang undang hudud yang pernah dibentangkan di Kelantan dan Terengganu berbeza? Mengapa tidak ada "bughah" dalam draf hudud negeri Kelantan. Beranikah pakatan pembangkang memasukkan agenda hudud dalam manifesto pilihan raya nanti?
Bentangkanlah di parlimen, mengapa perlu menyalahkan pihak lain sedangkan mereka boleh berbuat demikian dengan sendirinya.
Dari Blog Tun Faisal :
Jangan lupa pengumuman Pas semasa di Tenang bahawa Pas tidak akan laksana hudud, suatu pengumuman yang dilihat ramai sebagai langkah `desperate' Pas untuk menarik undi kaum Cina bagi memenangi Pilihan Raya Kecil di Tenang.
Ok apa kesimpulannya di sini adalah, PAS sebenarnya tidak berniat pun hendak melaksanakan hudud, hukum ini hanya dijadikan modal politik PAS untuk meraih simpati orang Islam setiap kali menjelangnya tarikh pilihanraya.LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.
FLIP-FLOP.....
YY : Cabar PAS masukkan Hukum Hudud dalam manifesto pilihanraya yang akan datang...
Thursday, September 22, 2011
Mampukah BN Merampas Kelantan Daripada PAS...?
Kelantan Darulnaim adalah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan, negeri yang diberi gelaran negeri 'Cik Siti Wan Kembang' ini diperintah oleh PAS hampir 20 tahun.
Namun dalam tempoh tersebut PAS masih lagi GAGAL menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna kepada rakyat Kelantan.
Bila terbaca satu analisis yang ditulis oleh saudara Imlan Adabi ianya amat menarik sekali untuk direnungkan memandangkan sejak PAS mula bertapak di Kelantan sekitar tahun 1986 dan mula menguasai sepenuhnya kerajaan negeri tersebut pada tahun 1990 sehingga kini BN masih gagal untuk merebut kembali kepercayaan rakyat Kelantan kepada mereka.
Persoalannya di manakah silap UMNO/BN...?
Silapnya UMNO/BN di Kelantan dikatakan selalu beretorik dengan program-program syok sendiri. Buat satu program orang hadir berpuluh ribu mereka terus meletak keyakinan bahawa golongan ini undi mereka.
Turun selami hati rakyat Kelantan...
Selesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kelantan tanpa perlu menunggu tibanya pilihanraya...
Jika masalah bekalan air bersih membelenggu rakyat Kelantan, UMNO/BN perlulah menyelesaikan isu tersebut tidak usah tunggu kempen pilihanraya baru hendak berjanji. Inilah masa sesuai untuk UMNO/BN bertindak.
Rakyat Kelantan tidak perlu program retorik atau syok sendiri, dan pemimpin UMNO/BN Kelantan harus tahu apa yang diperlukan oleh rakyat Kelantan.
Cuba selesaikan dan tunaikan apa saja keperluan rakyat Kelantan dari sekarang, saya percaya BN masih mampu memenangi hati rakyat Kelantan. Lagipun rakyat Kelantan kini tidak lagi seperti dahulu, jika dahulu gambar Nik Aziz pun mereka tidak berani letak merata tempat.
Tapi kini Nik Aziz secara berhadapan diherdik oleh rakyat Kelantan sendiri ketika dialog bersama peniaga Bazar Tok Guru tempoh hari. Ini jelas menggambarkan bahawa rakyat Kelantan mula meluat dengan janji kosong PAS.
Rekod pilihanraya tahun 2004 boleh dijadikan asas bahawa rakyat Kelantan tidak menolak BN secara total, jika kena caranya undi rakyat Kelantan akan kembali kepada BN sebagaimana tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir-hampir tumbang di Kelantan.
Laksanakan keperluan rakyat yang penting, soal mereka akan undi atau tidak buat masa ini pemimpin UMNO/BN Kelantan perlu tolak ketepi, yang penting jika rakyat Kelantan melihat UMNO lebih efektif dalam menjaga kebajikan mereka berbanding wakil-wakil PAS yang mereka undi tidak mustahil bahawa mereka akan kembali kepada BN.
Lagipun hok mudo-mudo dok luar Kelantan loni cenderung sokong BN belako doh...
YY : Baru mendarat di negeri kelahiran bersama beberapa bloggers... jeng...jeng...jeng...
Kesian : Kerana Bodoh Mereka Dikurung & Dihalang Menduduki UPSR Oleh Cikgu Sendiri...
18SX : SEKADAR PENYERI MAJLIS |
Semua bangun...
"Selamat pagi cikgu..."
Kecoh isu di mana tiga orang murid darjah enam di SK Bandar Bintangor di Sarikei tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka terlalu lemah atau bahasa yang mereka hendak gunakan sebenarnya adalah murid ini (bodoh).
Jika dibenarkan murid-murid ini menduduki peperiksaan tersebut dikhuatiri prestasi keseluruhan sekolah tersebut terjejas. Bukan sahaja dihalang daripada menduduki peperiksaan murid-murid ini turut dikunci dalam sebuah bilik oleh guru sekolah terbabit.
Memang di Sarawak kadar buta huruf di kalangan murid setahu saya berada pada tahap yang agak teruk sehinggakan ada murid dari darjah 1 mereka belajar sehingga naik ke darjah 6 masih gagal menghafal abjad ABCD dengan sempurna. Saya beranggapan tiga murid-murid yang dikurung ini mungkin terdiri daripada kategori buta huruf.
Gambar sekolah di pendalaman Sarawak ketika saya membuat kunjungan ketika pilihanraya negeri Sarawak :
Walaupun begitu janganlah diperlakukan murid-murid dengan cara sebegini walaupun mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, lagipun tiada satu manusia diciptakan oleh Allah S.W.T untuk jadi BODOH.
Mungkin faktor pemakanan menyebabkan tumbesaran otak mereka tidak sama dengan kanak-kanak yang lain. Tapi jika diusia begini mereka terus disisihkan dan tidak diberi galakkan oleh pihak sekolah kesudahannya mereka akan terus jadi manusia yang lemah (bodoh) dan terus menjadi insan yang gagal pada masa hadapan.
Adakah guru-guru di SK Bandar Bintangor ingin melihat anak muridnya menjadi insan yang gagal di masa hadapan? Bukankah ketika di Maktab Perguruan ada ingatan kepada guru-guru bahawa tindakan menyorok atau menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan adalah satu kesalahan yang besar?
Saya mendapatkan respon guru-guru berhubung isu ini, rata-rata guru di Semenanjung tidak bersetuju dengan tindakan menyorok dan menghalang murid yang dianggap lemah (bodoh) ini semata-mata untuk menjaga prestasi sekolah.
Walaupun murid terbabit lemah(bodoh), baik, buruk, nakal atau pandai sekalipun mereka tetap anak murid dan menjadi tugas mereka untuk memastikan yang lemah menjadi pandai, yang nakal menjadi baik.
Itu tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Guru & Murid Tertekan?
Tapi dalam masa yang sama guru-guru yang memberi respon kepada saya berkata, dari perspektif mereka sebagai guru sistem pendidikan di Malaysia ini terlalu bergantung kepada peperiksaan sehingga membuatkan golongan murid tertekan begitu juga guru.
Peperiksaan UPSR melibatkan 5 subjek, namun subjek yang diajar di sekolah rendah lebih daripada 10 subjek. Kanak-kanak bawah 12 tahun telah dipaksa mempelajari bermacam-macam ilmu dan menjadikan sekolah satu tempat yang tidak menyeronokkan bagi mereka.
Peperiksaan UPSR pula dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah rendah yang mana sekolah yang mendapat prestasi cemerlang dalam tempoh beberapa tahun secara berturut-turut akan diberikan ganjaran yang lumayan.
Guru Besar dan guru-guru akan mendapat ganjaran ini tapi difahamkan Guru Besar mendapat ganjaran yang jauh lebih tinggi walhal guru-guru diperingkat bawah yang bertungkus-lumus mengadakan tuisyen, kelas tambahan dan macam-macam aktiviti kerana ditekan oleh Guru Besar.
Jika sekolah itu kecil dan melibatkan jumlah pelajar yang tidak ramai macam di Sarawak tekanannya lagi tinggi kerana peratusan setiap seorang murid lebih tinggi berbanding dengan sekolah yang jumlah pelajarnya ramai, jika keputusan merundum maka berkampunglah nazir di sekolah tersebut.
Selepas itu diiringi pula dengan tekanan pegawai PPD, Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Guru Besar. Guru-guru hari ini mengajar dalam keadaan tertekan, sekolah tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-murid.
Ekoran respon sebegini, wajarkah tawaran ganjaran lumayan kepada sekolah cemerlang dalam UPSR diteruskan oleh pihak atasan? Kerana mengejar ganjaran inilah wujudnya tekanan melampau dari pihak atasan kepada orang bawahnya.
Guru-guru sekolah juga turut mengatakan Kementerian Pelajaran lebih efisyen berada di bawah kendalian menteri sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan yang sekarang.
YY : Guru Besar SK Bandar Bintangor jangan kasi malu profesyen perguruanlah..!
Label:
Isu Semasa,
sekolah pendalaman
Wednesday, September 21, 2011
HOT : Pengikut Tegar Hajjah Sitt Al-Wuzara Ditahan Penguatkuasa Singapura...
Muhammad Asysari Johann Bin Mohammed Asni Hasibuan budak biadap yang sebelum ini galak mencabar umat Islam dan menghina junjungan Nabi Muhammad S.A.W dilaporkan telah ditahan reman oleh pihak berkuasa Singapura.
Kini beruk ini berada di penjara untuk proses siasatan lanjut yang mana dilaporkan pihak berkuasa di sana ingin menjejaki beberapa lagi rakan beruk ini yang turut terlibat dalam menghina Islam di laman facebook mereka.
Kumpulan facebook AMS dilaporkan menafikan penahanan beruk ini dengan tujuan meredakan kegelisahan geng murtad mereka yang kini mula berada dalam ketakutan. Untuk yang tidak mengenali beruk dalam gambar di atas beliau merupakan pengikut tegar Hajjah Sitt Al-Wuzara yang secara terang menghina Islam malah beberapa pihak mula marah dengan tindakan yang sama sekali tidak boleh dimaafkan.
Antara petikan daripada laman facebook beruk ini :
Antara petikan daripada laman facebook beruk ini :
Baca kembali artikel panas sepanjang Ramadhan lalu KLIK SINI berhubung kewujudan kumpulan murtad yang turut disertai oleh beberapa pemimpin PR di Malaysia.
Manakala ada pihak yang cuba bunuh Hajjah Sitt Al-Wuzara pula saudara boleh KLIK SINI...
YY : Harap janganlah ambo selisih dengan budok dalam gambar ni....
Lepas Saman FELDA - Peneroka Saman Pula Peguam Mereka...
Ini mungkin patut dijadikan pengajaran kepada para peneroka FELDA yang lain, supaya berhati-hati dalam membuat sesuatu urusan lagi-lagi ianya melibatkan kepentingan politik sesetengah pihak. Sepatutnya 304 orang peneroka ini sudah mampu hidup mewah dengan hasil kemenangan tersebut.
Jika benar peguam-peguam yang mewakili mereka menawarkan khidmat percuma sebagaimana dicanangkan oleh Mazlan Aliman.
Tapi sayang...
Ramalan kaji cuaca kadangkala tidak tepat, disangka panas hingga ke petang ribut petir pula melanda. Kini mereka bukan hendak saman kerajaan atau FELDA, tapi hendak saman pula peguam yang telah memenangkan mereka sebelum ini, kerana pihak peneroka ini tidak berpuas-hati dalam pengagihan wang kemenangan tersebut.
Hahaha...
"kami bukan along... kami hanya mau tolong songlap" |
Mari sahabat-sahabat dan saudara sekelian kita belajar sedikit ilmu kira-kira.
Mengikut blog MyMassa peguam PAS ini menuntut 30% daripada jumlah yang dimenangi oleh peneroka iaitu RM12 juta.
Jika dihitung jumlah yang diperolehi oleh para peguam ini adalah sebanyak RM3.6 juta.
Jadi RM12 juta jumlah wang yang dimenangi ditolak kepada RM3.6 juta untuk peguam-peguam ini, baki yang tinggal hanyalah sebanyak RM8.4 juta betul?
Berapa pula jumlah yang diperolehi oleh peneroka-peneroka ini setelah jumlah RM8.4 juta dibahagikan antara mereka seramai 304 orang?
Jumlah yang diperolehi oleh peneroka setelah puas turun naik mahkamah, hanyalah RM 27632.00 sedangkan peguam yang menguruskan kes ini mendapat sebanyak RM 3.6 juta?
Itu pun peguam-peguam ini tidak perlu bertaki dan bertekak panjang-panjang dalam mahkamah, sebab mereka menang kerana kegagalan peguam pihak FELDA menghadirkan diri. Mula-mula kata percuma, tapi bila menang dituntut sebanyak 30%.
Siapa yang bodoh dan dipergunakan dalam kes ini?
Jawapannya adalah peneroka FELDA...
*PAS...wa haramu, halalku.
YY : Wahai pakcik-pakcik FELDA... bukalah mata mung...
Label:
FELDA
HOT : Rakaman Suara 'Lucah' YB DAP Pula Tersebar...?
Opps... ini bukan rakaman lucah harap maaf. Cuma rakaman suara YB DAP hamun kakitangan Majlis Perbandaran Kajang.
Dari SelangorDaily.com
Sejak kematian Teoh beng Hock, DAP Serdang terus menunjuk taring mereka apabila memaksa surau dan masjid mengadakan majlis untuk mereka jika mahukan sumbangan kewangan dari kerajaan Negeri Selangor.
Di sebalik semua ini terdapat satu nama yang merencanakan pelbagai agenda jahat DAP Selangor ialah bekas Setiausaha Politik Lim Kit Siang iaitu Puan Lee Kee Hiong.
Kes penyalahangunaan peruntukan di DUN Seri Kembangan yang meyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri tidak akan selesai jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menyiasat Lee Kee Hiong ini.
Lee Kee Hiong adalah mentor kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yang Hian Wah semenjak Ean menjadi ahli DAP. Lee Kee Hiong dan Ronnie telah menyokong Ean menjadi pengerusi DAP Selangor sehingga hari ini.
Ean dipilih kerana dia senang dikuasai oleh Lee dan Ronnie.
Di belakang tabir DAP Selangor Lee merencana semua usaha menambah dana politik DAP melalui “mark up” harga dengan kontraktor.
Lee menggunakan bapa saudaranya dan juga seorang kontraktor , Lee Wye Wing untuk memanipulasi invois dan harga sesuatu barangan ya ng dibekalkan atas peruntukan DUN Seri Kembangan. Modus operasi yang sama digunakan di kawasan-kawasan DUN Selangor milik DAP yang lain.
Selepas 2008, Lee telah menjadi pengurus kepada peruntukan DUN Ean, Ronnie dan Lau Weng San. Ia diatur sebegini kerana syarikat Lee Wye Wing dapat diguna untuk mendapat projek kecil dengan peruntukan DUN.
Lee Kee Hiong juga menyuruh Teoh Beng Hock menyediakan invois yang telah dinaikan harga. Jadi puncak sebenar Teoh disiasat oleh MACC adalah penyalahan yang dilakukan oleh Lee Kee Hiong tetapi tidak ada orang tahu perkara ini kerana Lee tidak dikenali oleh orang ramai.
Lee yang sekarang ini merupakan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang sangat berpengaruh dalam DAP Selangor kerana beliau bukan sahaja menguasai Ean tetapi juga merupakan orang kanan Lim Kit Siang.
YY : Ini macam ke YB punya cakap... belum pegang kuasa negara lagi...
HOT : Senarai Nama Warga Bangladesh Yang Berdaftar Dengan SPR Didedahkan...
Dalam tangan saya, lengkap nama 14 orang tersebut namun buat masa ini cukuplah sekadar 4 nama didedahkan untuk menjawab pembohongan blogger muka tak malu si MiloSohai dan Naib Presiden PKR si Fuziah Salleh.
Ikut rekod dua-dua manusia ini memang sudah banyak kali dikesan menipu. Fuziah Salleh perancang isu Lynas manakala MiloSohai pula bertindak sebagai 'kambing hitam' yang akan memainkan apa saja propaganda yang direka sendiri oleh troopers mereka.
Mengikut dakwaan pembangkang, warga Bangladesh ini diberikan kerakyatan untuk memenangkan BN di kerusi parlimen/dun yang dilihat sukar untuk BN tembusi. Maksud mereka adalah warga-warga Bangladesh ini akan didatangkan secara berkelompok dalam parlimen tertentu untuk memangkah undi dalam PRU13.
Bila saya meneliti maklumat 14 individu ini jelas mereka bermaustatin di setiap negeri di Malaysia. Tidak pula saya jumpa mereka ini menetap di tempat yang sama.
Hari ini saya berikan 4 nama warga Bangladesh yang kini adalah warganegara Malaysia yang sah .Terima kasih kepada ejen saya yang bernama Jason Bourne dari FBI kerana mengirimkan senarai nama warga Bangladesh ini.
Hahaha...
Hafiz Ahmed Patwari nombor mykad 641001-71-5607 belum lagi disahkan sebagai pengundi kerana rekod SPR permohonan beliau masih diproses. Nampaknya kod 71 bakal menghantui pemimpin-pemimpin import pembangkang sebagaimana yang berlaku isu #mismahgate.
Nama ke-2 pula :
Ismail Bin Abdur Rahman nombor mykad 750225-79-5039 menetap di Kluang Johor. Beliau adalah pemilih yang sah sebagaimana rekod SPR.
Nama ke-3 pula :
Md Safawat Hossain nombor mykad 490116-71-5003 menetap di Hulu Selangor beliau juga merupakan pengundi yang sah mengikut rekod SPR.
Nama ke-4 pula adalah :
Abdul Malek Bin Abd Mazid nombor mykad 361110-71-5159 menetap di Kalabakan Sabah dan sah pengundi SPR. Empat nama yang didedahkan ini tiga antara mereka kod kelahiran adalah 71 sebagaimana kod mykad milik Badrol Amin, Zuraida Kamaruddin, Azmin Ali dan Wan Azizah 'korea'.
Dengan saya ada lagi 10 nama yang berdaftar sebagai pemilih dengan SPR. Namun perkara mustahak perlu ditekankan di sini adalah sejak 8 tahun yang lalu hanya 37 warga yang berasal dari Bangladesh diberikan status kerakyatan manakala 14 adalah pengundi.
Jadi sebagai penutup untuk sessi 'geli-geli' dengan MiloSohai dan Fuziah Saleh, sila kemukakan senarai nama warga Bangladesh yang didakwa beribu-ribu orang yang kamu katakan. Kita tunggu kita cabar...
Semalam MiloSohai 'up' jumlah dari ribuan kepada ratusan ribuan bersandarkan sumber Wikileaks. Dulu dia keji Wikileaks kerana mendedahkan rangkaian kabel yang mengatakan Anuwar Brahim meliwat sekarang blogger ini 'berTuhankan' Wikileaks...
Isu mismahgate kantoi mereka mainkan isu kod 71, selepas kita dedahkan bahawa pemimpin mereka pun menggunakan kod 71 mereka diam seribu bahasa.
Alih-alih laman web Bangladesh digodam dan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh diubah-suai kononnya Najib Tun Razak sendiri mengatakan dalam perbincangan sesama mereka. Walhal PM Bangladesh dalam perbincangan dengan Najib Tun Razak mereka membincangkan berhubung program 6P yang berjalan dengan jayanya.
Disebabkan bimbang orang percaya berita palsu tersebut kedutaan Bangladesh telah menafikan perkara tersebut. KLIK SINI untuk bacaan saudara pembaca.
Akhir sekali jangan gelar individu-individu ini orang Bangladesh kerana mereka adalah warga Malaysia yang sah dan fasih berbahasa Melayu, mempunyai keluarga di Malaysia dan ada semangat patriotisme lebih dari ManoHARAM.
Pendek kata apalah malang bloggers pembangkang KANTOI ALL THE TIME...!!!
YY : Menitik air mata tengok orang bodoh percaya bulat-bulat apa yang ditulis oleh blogger pembangkang. Bodoh sangatkah pengikut PR sehinggakan tidak menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita sebelum bertindak mempercayainya...?
Hantu Bonceng : Ahmad Idham Patut Malu Dengan Sikap Zizan Raja Lawak...
Ok kita sambung sikit lagi dari artikel semalam yang ditulis di sini...
Semalam saya tertanya-tanya adakah teguran seorang hamba Allah kepada brader Ahmad Idham kasar sehingga Idham bertindak menjawab dengan nada yang sombong. Sudahlah jawapan sombong diberikan dipertikaikan pula ilmu hamba Allah yang menegur dialog dalam filem tersebut.
Akhirnya dapat jugalah saya lihat ayat-ayat teguran yang digunakan oleh seorang penonton filem tersebut, jom kita jenguk-jenguk adakah ayat yang digunakan semasa beliau menegur Ahmad Idham ada unsur-unsur kasar atau mengejek?
Woww... hamba Allah ini 3 kali memohon maaf semasa membuat teguran kepada Ahmad Idham. Tapi apakah jawapan yang diberikan oleh Ahmad Idham pengarah tersohor negara?
Hehehe... nampaknya Ahmad Idham patut malu kerana gagal mengawal emosi dalam menerima kritikan, namun saya hendak beri sedikit pujian kepada Zizan selaku pelakon utama yang dilaporkan memohon maaf melalui laman twitternya.
Bila membaca tulisan Zizan, saya rasakan Zizan lebih matang dalam menerima kritikan peminat-peminat filem tempatan. Malah beliau juga cerdik dalam menyelesaikan isu ini dengan membuat permohonan maaf. Saya yakin Zizan tidak berniat untuk menghina Rasul sendiri.
Sukarkah hendak melafazkan dua patah perkataan "MAAFKAN SAYA" wahai Ahmad Idham pengarah tersohor?
LPF pun boleh tahan keluarkan kenyataan, katanya bagi pihak LPF filem tersebut tiada sebarang isu tapi tiada masalah untuk diteliti semula. Apa punya turrr... filem sudah habis ditayangkan pun, Ahmad Idham sudah senyum sehingga ke telinga dengan kutipan sebanyak RM8.35 juta.
Dok berbelit-belit buat apa, penyelesaiannya mudah saja. Ahmad Idham patut contohi cara Zizan menyelesaikan kontroversi tersebut. Penonton dengar pun sejuk hati mereka, usahlah bermain 'tarik-tali' kerana tidak terjejas sikit pun hasil kutipan RM 8.35 juta dengan hanya melafazkan perkataan maaf.
Bila Ahmad Idham ikut apa yang dilakukan oleh Zizan iaitu memohon maaf, LPF pun tak payah pening kepala menjawab kepada media berhubung isu ini. Apa yang didesak oleh Ostat Tantawi itu anggap sajalah beliau cuba menumpang populariti filem Hantu Bonceng.
Susah sangat ke nak buat macam ni...?
Sebab kalau lu kerek penonton lagi kerek...
Penonton kerek silap hari bulan lu punya filem yang akan datang lu arah, lu berlakun, lu sendiri tonton...
Bersikap rendah diri lagi membuatkan orang respek mung la Idham weii... alahai..!
YY :Ada sahabat minta komen saya pasal telefilem Cerekarama 'Oh Haramm' tapi saya tidak sempat menontonnya, namun bila teliti trailer di youtube. Agak lain macam pula jalan cerita itu...
Label:
Isu Semasa
Tuesday, September 20, 2011
HOT : Gambar Anak Dara Mat Sabu, Anaknya Comel Pula #marxsabu
SHAH ALAM, 20 Sept -- Nurul Huda, 28, anak kedua Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas rumah mereka di Seksyen 19 di sini, nyaris terbakar dipercayai disimbah minyak tanah kira-kira 12.40 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, hanya pintu pagar rumah berkenaan dan beberapa batang pokok yang ditanam terbakar sebelum api berjaya dipadamkan oleh beberapa jiran.
Foto Kopi - Bernama
YY : Bro Syabu... aku panggil ko bapak yer... Hahahaha!
Liwat II : Dr. McDonald Ini Pakar DNA Atau Pakar Makanan Segera, Anwar Ibrahim Silap Bayar Daaa...
Dr. Brian McDonald |
taktik dan usaha Anuwar yang bergantung harap dengan kenyataan pakar ini bakal memakan dirinya sendiri. McDonald konon mendakwa dirinya berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang DNA, namun agak aneh bila seorang pakar dalam bidang yang diceburi agak tergagap-gagap menjawab soalan pihak pendakwaraya.
"Celaka hang McDonalds bikin rusak ana punya skrip..." |
Anuwar sudah sakit kepala, nampaknya selepas ini McDonald wajarlah tukar karier beliau bila pulang ke negara asalnya, nasihat saya lebih elok sekiranya beliau menceburi bidang makanan segera. Lagipun nama beliau memiliki nama besar dalam bidang tersebut.
Hahahaha....
Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.
Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.
Yusof : Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?
McDonald: Saya bersetuju.
Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.
Bukan mustahil Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.
Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.
Beliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.
Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.
Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.
"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.
"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.
Malah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.
Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran -MK
McDonalds buat silap besar yang mana kesilapan ini mungkin menjerumuskan Anuwar ke kamar River Buloh Inn... Klik sini baca....
YY : 76 kali tangguh kambing pun boring....
Label:
Anwar,
anwar ibrahim,
liwat,
Saiful Bukhari
Selepas Rampas Tanah Orang Asli - Kini PAS Kelantan 'Cilok' Tanah Penduduk Jalan Gajah Mati Pula...?
Sebelum ini orang asli mendakwa kerajaan negeri PAS Kelantan merampas tanah mereka untuk projek Ladang Rakyat. Selepas itu peniaga Bazar Tok Guru dikelentong daripada perjanjian asal di mana keluasan kedai serta sewanya tidak mengikut perjanjian asal dan janji PAS dalam PRU 12.
Kini penduduk sekitar Lorong Gajah Mati Kota Bharu Kelantan pula mendakwa tanah mereka diambil oleh kerajaan negeri PAS tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Ekoran tindakan zalim tersebut penduduk telah mengadakan tunjuk perasaan semalam (18 Sept. 2011)
Pihak MPKB-DRI bermain tarik-tali dengan mendakwa pengambilan tanah di kawasan tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun dalam kelam-kelibut rakyat penduduk Lorong Gajah Mati ini merintih percayakah anda tiada seorang pun Adun/MP PAS yang turun jenguk dan dengar aduan mereka ini.
Inikah yang dikatakan negara berkebajikan?
Kebajikan siapa yang dijaga... kebajikan rakyat Kelantan atau pemimpin-pemimpin PAS?
Rakyat Kelantan terus tersepit wakil rakyatnya dilaporkan ada bergaya dengan kereta mewah?
Petikan dari khabarkotabharu.com :
Oleh Ali Salleh
JALAN GAJAH MATI – Selepas 415 rakyat Kelantan membantah terhadap sikap menipu Pas kerana tidak memenuhi janji pilihan raya umum 2008, kini timbul pula isu rakyat dihalau di tanah mereka sendiri.
Dahulu 415 para peniaga dari persatuan Arked Uda dan Pasar Lama MPKB ditindas kerana mereka akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru yang sempit serta harga yang mahal daripada yang dijanjikan Pas iaitu dari RM40,000 selot kedai kepada harga RM90,000.
Akibatnya wakil persatuan peniaga itu membidas Menteri Besar Kelantan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen kawasan Kota Bharu kerana tidak berunding dengan peniaga dahulu dan cuba menipu mereka.
Akhir sekali kerajaan Pas tunduk malu dengan kuasa rakyat Kelantan yang beberapa kali mengadakan demonstrasi bantahan dengan menawarkan lot kedai pada harga RM63,000.
Malangnya dengan isu terbaru kali ini, timbul lagi satu kekejaman Pas apabila kira-kira 300 penduduk di Seksyen 10, Lorong Gajah Mati, di sini, memprotes di jalanan bagi membantah pengambilan balik tanah mereka oleh kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Wakil mereka, Rahimi Mohammad berkata, penduduk di situ tidak membantah cadangan projek pembangunan pinggir Sungai Kelantan tersebut, namun mempersoalkan proses pengambilan balik tanah yang dilihat tergesa-gesa.
Sepatutnya penduduk diberikan notis rasmi memberitahu kerajaan akan mengambil balik tanah yang didiami mereka sebelum diserahkan Borang E, namun sekarang kami hanya diberi Borang E tanpa notis rasmi, katanya kepada pemberita, di sini.
“Ini menunjukkan ketidaktelusan yang dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu kepada pemilik-pemilik tanah yang sah dan berdaftar di Jalan Gajah Mati dan Jalan Sultanah Zainab ini,” kata Rahimi.
Beliau juga mendakwa penduduk di situ hanya mendengar desas-desus kerajaan negeri pimpinan Pas itu akan mengambil semula tanah tersebut sebelum menerima Borang E terbabit.
“Pemilik-pemilik tanah terlibat dengan cadangan itu ingin memohon pihak berkenaan melakukan siasatan ke atas Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Syarikat K.D.Howa Seng yang dikatakan tidak mematuhi prosedur pengambilan Akta Tanah 1960 itu,” katanya.
Sementara pihak pengurusan MPKB-BRI menafikan perkara itu dengan mengatakan pengambilan tanah berkenaan adalah mengikut prosedur.
Seperti peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru, penduduk di Lorong Gajah Mati tidak mendapat pembelaan.
Apatah lagi hendak melihat kelibat pemimpin Pas termasuk Ahli Parlimen serta Adun yang datang untuk selesaikan masalah rakyat itu.
Apakah tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyelesaikn masalah itu. Malangnya sehingga kini Nik Abdul Aziz hanya berdiam diri manakala pemimpin bawahan tiada lagi sebarang tindakan.
Apakah akan berlaku tindakan sabotaj ke atas penduduk itu seperti pernah dilakukan oleh Pemimpin Pas dengan memutuskan bekalan elektrik beberapa hari bagi memaksa para peniaga Pasar lama MPKB berpindah segera ke Bazar Tok Guru?
Diharapkan perkara Seperti itu tidak berlaku kepada rakyat.
HOT : Perjelasan Video Kenapa Baju Anwar Ibrahim Dilihat Bertukar Warna Dalam Rakaman Seks Part 1...?
Tidak perlu mengulas panjang, video ini ditujukan kepada bloggers pembangkang yang kantoi 'all the time' berhubung video seks Anuwar Ibrahim.
Dahulu kotak tisu, tali pinggang, rambut nipis, perut buncit, pelbagai aspek malah ada yang dilihat tidak logik langsung untuk dipersoalkan. Selepas itu Datuk Joe Bedul sanggup ke Thailand untuk bertukar jadi P.Ramlee.
Tapi semua rakyat yang waras sudah jelas bahawa Anuwar adalah manusia dalam video yang disiarkan sebelum ini dan yang terbaru rakaman CCTV.
Video di atas menjelaskan kenapa warna baju Anuwar berubah kepada warna terang dalam video aksinya bersama china doll sebelum ini.
Yang lain-lain sahabat otai Dr.Novandri sudah jelaskan terperinci dalam artikelnya KLIK SINI
YY : Susah-susah bloggers pembangkang yang bengong ini hantar memorandum la desak Suruhanjaya di Raja siasat video seks tu... apa macam?
Label:
Anwar,
anwar ibrahim,
SEKS VIDEO
Kena Baca : Mansuh I.S.A Najib 'Cilok' Idea Buku Jingga Atau Buku Jingga 'Cilok' Idea Najib??
Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri I.S.A yang dimansuhkan oleh PM masih lagi hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Dari kedai kopi sampailah ke bangunan coffee house di hotel-hotel mewah rata-rata masih memperkatakan isu ini.
Ada yang kata Najib takut desakan pembangkang, ada yang kata Najib nak popular, ada yang kata Najib nak raih undi. Pendek kata macam-macam diperkatakan dari mulut rakyat Malaysia hatta mulut warga Bangladesh saudara rapat Fuziah Saleh yang berjumlah beribu-ribu orang pun perkatakan hal ini di tapak-tapak pembinaan.
Hahaha...
Pembangkang dakwa Najib curi idea mereka yang diilhamkan dalam Buku Jingga baca 'Buku Jinggay'. PAS kata Najib hendak ketepikan pejuang-pejuang mansuh I.S.A, jadi saya pun tertarik juga hendak ikut serta bagi pandangan berhubung isu mansuh I.S.A ini.
Mula-mula mari kita selidik idea untuk memansuhkan I.S.A adakah idea 'original' Najib Tun Razak atau pun Najib plagiat dari Buku Jinggay?
Jeng...jeng...jeng...
Baiklah Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Selepas majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.00 petang Tun Lah secara rasmi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Najib Tun Razak.
Selepas itu dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik serta-merta larangan ke atas dua akhbar, membebaskan 13 tahanan I.S.A dan dia berkata akan mengkaji semula Akta I.S.A :
Beliau berkata "proses kajian semula terhadap akta ISA akan juga dimulakan..." buat mereka yang terlupa saya imbaskan kembali memori anda dengan rakaman youtube lihat dan dengar di minit 5:26 video di bawah :
Jeng...jeng...jeng...
Mari kita lihat pula bila tarikh Buku Jinggay dikeluarkan dan diedarkan kepada 'lembu-lembu' Pakatan Rakyat, jangan marah istilah lembu lebih lembut jika hendak dibandingkan dengan maki-hamun pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
Buku Jinggay diperkenalkan pada 19 Disember 2010 dalam konvesyen PR ke-2 yang berlangsung di Pulau Pinang dalam buku 'sampah' tersebut dinyatakan sekali program 100 hari PR jika mereka memerintah dan memansuhkan I.S.A
Hahaha...
Jadi dakwaan pembangkang bahawa Najib Tun Razak 'cilok' idea mereka sama sekali tidak berasas, kerana Najib Tun Razak terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula Akta I.S.A sebaiknya sahaja beliau secara rasmi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kita ulang kembali tarikhnya adalah
3 April 2009.
Selepas setahun lebih selepas itu iaitu pada 19 Disember 2010 barulah PR muncul dan perkenal idea gila dengan konsep Buku Jinggay. Jadi persoalannya di sini siapa tiru siapa sebenarnya?
Budak tadika pun mampu jawab jika ditanya soalan ini. Isu siapa tiru siapa sepatutnya tidak perlu 'dijual' sebagai modal oleh pembangkang. Sebab rasanya Najib Tun Razak lebih layak mengatakan Buku Jinggay meniru idea beliau seawal beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tapi biasalah, kalangan pembangkang mana ada yang cerdik main politik? Sebab itu semua isu dijadikan modal waima kucing kepunyaan Perdana Menteri sekali pun.
Berhubung pengumuman memansuhkan I.S.A ini saya menyambut baik hasrat Perdana Menteri, lagi pun kajian dan penyelidikan yang rapi saya yakin sudah dilakukan oleh beliau sebelum membuat keputusan ini. Saya juga percaya akta baru yang akan diperkenalkan nanti lebih bagus daripada I.S.A.
Untuk mengkritik lebih-lebih rasanya terlalu awal untuk kita rumuskan, namun hasrat Perdana Menteri ini perlu dijayakan oleh semua pihak terutama bloggers yang menyokong kerajaan demi menjayakan agenda tranformasi yang dilaungkan oleh beliau.
Najib telah tunaikan janji hari pertama beliau menjawat jawatan PM.
Kenyataan Najib pada 3 April 2009 , Buku Jingga dikeluarkan pada 19 Disember 2010.
Akta yang bakal menggantikan I.S.A lebih relevan dengan arus politik semasa.
Mansuh I.S.A bukti Najib berani dan pembangkang tidak boleh lagi mengatakan I.S.A adalah senjata BN untuk menahan pemimpin mereka.
YY : Kikiki... tak malu kata Najib tiru dorang... Bro Najib teruskan je niat murnimu... anak muda tetap bersamamu...
Label:
Analisis Buku JingGay,
DS Najib,
PKR
Hantu Bonceng Baru Kutip RM8.35 Juta Ahmad Idham Dah 'Besar Kepala'...?
Lari dari cerita politik sekejap... kita bergossip sekali sekala.
Filem komedi seram arahan brader Ahmad Idham yang ditayangkan tempoh hari khabarnya mencatat kutipan RM 8.35 Juta. Bagi pengiat filem tempatan ianya adalah kutipan yang cukup membanggakan. Lagi pun dikhabarkan bajet untuk menghasilkan filem ini hanyalah berjumlah RM 1 juta.
Jadi wajarlah kita ucapkan tahniah kepada pengarahnya iaitu brader Ahmad Idham kerana berjaya menambat hati penonton melalui karya tersebut.
Namun yang tidak enak, dikatakan ada babak yang menghina Rasulullah S.A.W di mana ada babak pelakon utamanya iaitu Zizan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” bermaksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Isu ini juga menarik perhatian pihak Pemuda PAS yang mana ketuanya mengeluarkan kenyataan dalam 'Yahudikini'
Ekoran ada babak yang dilihat tidak sensitif tersebut adalah beberapa pihak cuba menegur pengarahnya, namun pengarah filem tersebut memberi jawapan boleh dikatakan agak sombong dan angkuh. 'Besar kepala' la kira...
Bro... Ahmad Idham, ilmu agama saya pun tidaklah seberapa tetapi apa yang saya belajar dan faham dalam agama kita Islam kita digalakkan supaya menegur antara satu sama lain sebagaimana hadis Nabi yang menyeru kita memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.
Ini yang saya faham mengenai konsep tegur-menegur dalam Islam.
Wahai... bro Ahmad Idham, sebagai seorang pengarah berkaliber sepatutnya bro boleh bagi jawapan yang lebih cerdik daripada itu. Kerana mungkin yang menegur itu merupakan penonton setia setiap filem arahan-arahan kamu, dalam erti kata lain dia adalah merupakan 'pelanggan' kamu.
Jadi kamu sebagai 'syarikat' yang menjual sesuatu produk hendaklah peka dan sensitif dengan aduan/teguran daripada 'pelanggan' kamu. Maklumlah kamu bergantung kepada ramainya jumlah 'pelanggan' yang membeli produk kamu hasilkan. Tanpa 'pelanggan' ini nescaya perniagaan kamu tidak ke mana.
Adakah RM 8.35 Juta itu hasilnya datang daripada rakan-rakan dan kenalan rapat kamu sahaja?
Sudah tentu jawapannya tidak. Hasil dan kejayaan kutipan tersebut datangnya daripada sokongan penonton termasuklah individu yang menegur kamu itu. Sukarkah untuk memohon maaf dan mengatakan "saya memohon maaf, lain kali saya akan lebih peka terhadap isu-isu sebegini, terima kasih kerana menegur dan menonton filem tersebut"?
Tidak perlulah bersikap 'besar kepala' atau berlagak dengan merendah-rendahkan tahap pengetahuan orang lain. Takkan benda 'simple' macam ini pengarah berkaliber seperti kamu tidak mampu fikirkan?
Pihak LPF mungkin terlepas pandang babak tersebut memandangkan dalam peraturan penapisan filem di bawah perkara 2.2 iaitu Keagamaan ada menyebut penerbit/pengarah perlulah mematuhi dan peka dengan perkara-perkara seperti :
i. mempersoal, mempersenda dan memperkecil kesucian Islam;
ii. bercanggah dengan akidah, hukum dan ajaran Islam;
Manakala perkara 2.2.3 pula menyebut :
Buat Ahmad Idham, kalau ada penonton tegur cubalah jawab lebih berhemah. Takkan baru kutip RM 8.35 Juta pun sudah rasa 'besar kepala'?
Kalau beginilah sikap pengarah filem tempatan, tidak mustahil untuk tempoh yang akan datang penonton mungkin 'frust' dan tidak menonton hasil karya kamu.
Fikir-fikirkan yer bro Idham...
Baca juga apa brader MPP kata di blognya KLIK SINI...
Filem yang mengandungi adegan dan dialog yang berunsur syirik dan menyentuh akidah hendaklah diteliti secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan dalam kalangan masyarakat. Paparannya dibenarkan sekiranya mempunyai tujuan memperbetulkan akidah dan mengelakkan terjerumus kepada syirik.Jadi kesimpulannya pihak LPF dan Ahmad Idham sebenarnya tidak peka dan sensitif dengan dialog-dialog sebegini. Mungkin juga pengarahnya tidak menjangka bahawa ianya telah menyentuh sensitiviti agamanya sendiri.
Buat Ahmad Idham, kalau ada penonton tegur cubalah jawab lebih berhemah. Takkan baru kutip RM 8.35 Juta pun sudah rasa 'besar kepala'?
Kalau beginilah sikap pengarah filem tempatan, tidak mustahil untuk tempoh yang akan datang penonton mungkin 'frust' dan tidak menonton hasil karya kamu.
Fikir-fikirkan yer bro Idham...
Baca juga apa brader MPP kata di blognya KLIK SINI...
YY : Kalau tanpa sokongan penonton melayu Islam kita ni... agak-agak kamu mampu kutip berjuta-juta ke Idham...?
Label:
Isu Semasa
Monday, September 19, 2011
HOT : Pemuda PAS Pusat 'Bantai' YB ManoHARAM Yang Mengalami Masalah #BNPhobia
Gambar Paria ini wajib diterbalikkan dalam artikel anda. |
"Wahai YB ManoHARAM, ada budak bantai you la YB... You mahu diam ke?"
Hahaha...
Kisah mengenai YB Kota Alam Shah yang menghina doa dan bendera Malaysia masih lagi diperkatakan oleh sesetengah pihak. Walaupun ManoHARAM telah membuat permohonan maaf dan menarik balik status di facebooknya. Hati kita sebagai rakyat Malaysia masih terguris kerana ada individu yang menghina bendera Malaysia ketika kita menyambut bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Ekoran mulut sial yang dimiliki oleh YB ini, Pemuda PAS Pusat telah menegur tindakan-tindakan pemimpin Pakatan yang tidak tahu jaga mulut. Alhamdullilah dalam PAS masih ada yang memiliki 'telur' sebagaimana lelaki normal yang lain.
Tindakan Naib Ketua Pemuda PAS Raja Ahmad Al-Hiss menempelak pemimpin celupar ini memang saya sokong sebagaimana disiarkan dalam TMI hari ini, tindakan menghina bendera Malaysia jelas melambangkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak berjiwa patriotik dan ada semangat sayangkan Malaysia.
Laporan The Malaysian Insider 19 September 2011 |
Mungkin juga MahoHARAM ini hidup dalam keadaan halusinasi, ialah sehinggakan melihat bendera Malaysia pun beliau terbayangkan bendera BN. Jika tidak diperiksa saya khuatir YB MahoHARAM bakal mengalami masalah mental kerana terkena sampuk 'BN Phobia'.
Mula-mula YB ini persenda doa orang Islam sebagaimana saya tuliskan di SINI KLIK... tidak belajar dari kesilapan, YB biaDAP ini menghina pula bendera Malaysia dan mengatakan Pakatan ingin menggantikan bendera baru jika memerintah kelak KLIK SINI...
Sebelum berkuasa pun mereka di kalangan YB biaDAP ini tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan sudah berani menghina Jalur Gemilang yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia. Bayangkan apakah yang akan mereka lakukan jika mereka berkuasa kelak.?
Keharmonian kaum dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain yang diperjuangkan oleh kerajaan BN dari dulu hingga kini sudah tentu bakal hancur malah tidak mustahil ketegangan kaum mungkin berlaku, maklumlah kalau dah YB mereka sendiri tak hormat kaum lain, inikan pula penyokong mereka.
Pendek kata YB nya bodoh sudah tentu penyokongnya bangang...
Hahaha...
Tapi adakah Naib Ketua Pemuda PAS bakal 'swing' kenyataannya bila 'digeletek' oleh abang besar mereka iaitu DAP sebagaimana dilakukan oleh Ostat Tantawi sebelum ini?
Sama-sama kita tunggu...
YY : Gedeber pemuda PAS weii.. demo Hudud depan HQ DAP sekali nak tenguk... kikiki...
Kenyataan Rasmi JPN Berhubung Dakwaan Warga Bangladesh Diberikan Status Kerakyatan.
Kenyataan dari Ketua Pengarah JPN :
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan bahawa laporan oleh Malaysia Chronical berhubung pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh adalah tidak benar.
Ketua Pengarah Jab Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said berkata, dalam tempoh 8 tahun sejak 1988-ogos 2011, hanya 37 rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan dalam negara ini dan drpd jumlah tersebut hanya 14 layak mengundi pada PRU13 sekiranya mereka berdaftar sebagai pemilih dengan SPR."
YY : Hanya 14 orang saja mengikut rekod JPN. Kat celah mana beribu Bangla jadi warganegara?
Kantoi lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Duta Bangladesh Kata Fuziah Dengan MiloSOHAI Moron...? - Kenyataan Rasmi Duta Bangladesh
Di atas adalah kenyataan rasmi daripada Duta Bangladesh yang mengatakan bahawa berita yang dihebohkan oleh pembangkang kononnya warga Bangladesh ramai jadi pengundi di Malaysia adalah palsu.
Berita yang disiarkan oleh Malaysia Cronicle adalah tidak benar.
Lagipun menurut maklumat yang saya dapat dari Kedutaan Bangladesh, di Malaysia warga yang berasal dari Bangladesh yang mana kini sah menjadi pengundi berdaftar hanyalah seramai 15 orang. 15 Orang ini telah menetap di Malaysia lebih 20 tahun dan berkahwin dengan warga tempatan.
Jadi mereka layaklah bergelar warganegara mengikut perundangan. Dakwaan konon beribu warga Bangladesh layak jadi pengundi adalah satu pembohongan yang tidak berfakta.
Kalau dakwaan mereka ini benar saya cabar Fuziah Saleh kemukakan bukti kepada rakyat Malaysia, kami tunggu! Kemukakan nama-nama warga Bangladesh dan nombor mykad mereka yang berjumlah beribu-ribu ini.
Boleh...?
Jadi kenyataan yang dimainkan oleh blogger penipu besar si 'MiloSOHAI auw-auw' adalah satu fitnah ke atas kerajaan Bangladesh.
Desakan Naib Presiden PKR si Fuziah Saleh yang memang disahkan menipu dalam kes Lynas supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat isu tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak diperlukan.
Mula-mula warga Indonesia dikatakan disuruh bersumpah dengan kenyataan 'akuan sumpah' yang ditaip sendiri oleh pembangkang, 'senjata' tersebut dipatahkan mereka wujudkan isu #mismahgate dan kod 71, tapi semuanya telah dibongkar oleh bloggers pro-kerajaan mereka mainkan pendedahan kabel wikileaks berhubung isu di zaman Mahathir.
Kini semua 'senjata' tersebut gagal mereka dakwa Bangla pula jadi pengundi.
Lepas ini gunalah warga Myanmar dan pelarian UNHCR pula sebagai isu baru. Alasan-alasan ini sebenarnya dimainkan mereka pada tahun 2008 ketika hampirnya tarikh pilihanraya.
Motifnya adalah jika mereka kalah kelak, isu ini akan digunakan sebagai modal untuk menyalahkan kerajaan. Fuziah Saleh dah memang sah penipu itu bukan saya kata MP PAS sendiri yang kata.
Blogger MiloSohai usah cakaplah, sudah berapa banyak artikel 'bodoh piang' dia dipatahkan oleh blogger kerajaan sambil tutup mata sahaja.
Terima kasih Kedutaan Bangladesh sebab c.c fax ini kepada 'ofis' saya.
Hahahaha...
YY : PKR Bila nak desak Suruhanjaya di Raja siasat video seks Anuwar...?
Label:
JPN,
PKR,
SPR,
Suruhanjaya di Raja
Cabar Nik Aziz Hantar Draf Hudud Kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat!!!
Semalam dalam Sinar Harian m/s 9 dan dalam akhbar Mingguan Malaysia turut disiarkan cerita yang sama kononnya kerajaan negeri Kelantan berharap agar terus dapat melaksanakan Hudud.
Mingguan Malaysia 18 September 2011. |
Cerita pasal Hudud ini saya sudah dengar sejak umur 9 tahun, maklumlah sebagai anak Kelantan yang besar di bawah pemerintahan 'diktator' Nik Aziz kami sering disajikan dengan Hukum Hudud dan Negara Islam. Namun dari zaman Tun Mahathir hinggalah memasuki era Najib Tun Razak PAS nampaknya terus menggunakan modal 'Hudud' sebagai daya penarik untuk pengundi beragama Islam.
Jadi mengambil kira harapan besar kerajaan PAS Kelantan semalam, saya sebagai anak Kelantan ingin membuat cabaran kepada Menteri Besar yang saya kasihi iaitu TG Nik Aziz agar mengemukakan draf cadangan perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan kepada pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.
Itu pun jika benar PAS masih ikhlas untuk meneruskan konsep negara Islam sebagaimana konsep yang diperjuangkan oleh mereka dahulu sebelum mereka 'cium mulut' dengan abang besar DAP.
Sebab kita tahu bahawa DAP menolak keras cadangan penubuhan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebab itu konsep tersebut dilacurkan dan digantikan dengan konsep negara berkebajikan. Konsep negara berkebajikan yang sebenarnya sudah berpuluh tahun dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Tapi sebelum PAS mahupun TG Nik Aziz sendiri menyahut cabaran ini, sedikit peringatan diberikan kepada pimpinan Lebai Malang yang ada dalam PAS hari ini. Jika draf ini dihantar saya yakin undi kaum cina kepada PAS akan hilang dengan serta-merta dan abang besar mereka DAP sudah tentu mengamuk sakan dengan cita-cita PAS ini.
Sebagai anak Kelantan saya sokong PAS laksanakan Hudud, kerana itulah yang dijanjikan kami sejak sekian lama. Alasan Tun Mahathir menolak konsep Hudud PAS dahulu tidak lagi boleh 'dijual' kepada kami rakyat Kelantan memandangkan Tun Mahathir tidak lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Akhir kata, silalah PAS sahut cabaran ini dan sebagai penutup terimalah video khas buat tatapan penyokong PAS yang kini menjadi 'lembu' DAP :
Cabaran ini terbuka sehingga akhir September 2011...
Hahahaha....
Politik lapuk la Tok Guru dikitar semula untuk menarik undi orang Islam... Pirahhh!!!
RBF PULA CABAR PAS BERDEMO BACA SINI
YY : Kalau hantar draf Hudud aku gerenti Karpal boleh berjalan semula... :)
Mesra Ria Aidilfitri DS Hishamuddin Bersama Rakyat Sembrong Dirai Oleh 20,000 Tetamu
Siang tadi bertempat di Taman Seri Kluang, Johor berlangsungnya majlis Mesra Ria Raya Aidilfitri Datuk Hishamuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri merangkap ahli parlimen Sembrong.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang terdiri daripada selebriti sukan tanahair antaranya Dato Lee Chong Wei, Wong Choon Han dan Datuk K. Rajagobal.
Selain itu kehadiran tetamu terhormat turut menyerikan majlis tersebut antaranya Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen Seri Gading Datuk Mohammed Aziz dan ADUN-ADUN tempatan yang lain.
Kehadiran artis-artis popular tanahair seperti Mawi, Anna Raffali dan Ajai turut menyerikan majlis yang dihadiri hampir 20,000 rakyat Sembrong.
Selain beramah-mesra bersama rakyat Sembrong Datuk Hishamuddin Tun Hussein turut merasmikan komuniti facebook rakyat Sembrong yang kini memiliki keahlian seramai 2,000 orang dan mengagihkan bantuan untuk ibu-bu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Selain tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak, Hari Bertemu Pelanggan turut diadakan untuk warga Sembrong. Antara jabatan yang terlibat adalah, Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, PDRM, JPAM dan lain-lain.
Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam lensa YY :
DON'T TRY THIS AT HOME... |
YY : Tahniah DS Hishamuddin kerana mendekati rakyat secara terus tanpa sebarang protokol... gambar banyok sangat weih... selebihnya jenguk facebook kawe... tata!
Label:
Hishamuddin,
KDN,
Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
September
(55)
- Apa Benda 'Katak' Ini Merepek...?
- Cina ANTI Melayu atau Melayu Terlalu Bagi Muka...?
- HOT : Lepas Balun Pelacur Hishamuddin 'Mat Ganja' ...
- Kelantan Mampu Buat Hudud Tanpa Persetujuan Pusat ...
- Mampukah BN Merampas Kelantan Daripada PAS...?
- Kesian : Kerana Bodoh Mereka Dikurung & Dihalang M...
- HOT : Pengikut Tegar Hajjah Sitt Al-Wuzara Ditahan...
- Lepas Saman FELDA - Peneroka Saman Pula Peguam Mer...
- HOT : Rakaman Suara 'Lucah' YB DAP Pula Tersebar...?
- HOT : Senarai Nama Warga Bangladesh Yang Berdaftar...
- Hantu Bonceng : Ahmad Idham Patut Malu Dengan Sika...
- HOT : Gambar Anak Dara Mat Sabu, Anaknya Comel Pul...
- Liwat II : Dr. McDonald Ini Pakar DNA Atau Pakar M...
- Selepas Rampas Tanah Orang Asli - Kini PAS Kelanta...
- HOT : Perjelasan Video Kenapa Baju Anwar Ibrahim D...
- Kena Baca : Mansuh I.S.A Najib 'Cilok' Idea Buku ...
- Hantu Bonceng Baru Kutip RM8.35 Juta Ahmad Idham D...
- HOT : Pemuda PAS Pusat 'Bantai' YB ManoHARAM Yang ...
- Kenyataan Rasmi JPN Berhubung Dakwaan Warga Bangla...
- Duta Bangladesh Kata Fuziah Dengan MiloSOHAI Moron...
- Cabar Nik Aziz Hantar Draf Hudud Kepada Pimpinan T...
- Mesra Ria Aidilfitri DS Hishamuddin Bersama Rakyat...
- Lepas Hina Doa Orang Islam, Kini ADUN DAP Hina Ben...
- Nik Aziz Contohilah Pemimpin-Pemimpin Yang Telah B...
- Malay, Chinese & India You Should See This Video...
- Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Ter...
- HOT : JAKIM, SKMM, Jingga 13 dan Sitt Al-Wuzara...
- KDN Berjaya Kekang Aktiviti Penyeludupan Manusia M...
- Tahniah PAS - Kelantan Juara... Juara Apa???
- HOT : Bila Guru Mula Gila Main Politik...
- Mat Sabu Perlu Terima Tawaran Biasiswa Dari Geraka...
- Hishammuddin : Up to AG to Act Against Mat Sabu @...
- Cukai 6% ke Atas Pengguna Prabayar - Rais Yatim An...
- Info Larut Malam : Apa Itu Aplikasi Kecemasan My D...
- #marxsabu Nak Saman UM & TPM Bila Nak Saman Penyeb...
- Dulu Caj Astro, Kini Caj 6% Prepaid... BN Nak Mena...
- TERKINI : Mat Sabu Buat Laporan Polis Dakwa Diania...
- HOT : Exco PAS Kelantan Bergaya Dengan Kereta Mewa...
- Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Ter...
- Al-Fatihah : Remaja Barah Tulang Kronik Yang Impik...
- Cukai Prepaid 6% : PM Terpaksa Setel - Rais Yatim...
- #marxsabu : Pakatan Rakyat Mula Akui Mat Sabu Liab...
- [Video] : Bekas Perajurit Gempur Ibu Pejabat PAS -...
- HOT : Selepas Karpal Singh, Tunku Abdul Aziz Pula ...
- Mat Sabu Berani Berforum Tapi Takut Berdebat Denga...
- Tiga Pegawai Polis Buat Laporan Menafikan Dakwaan ...
- HOT : ADUN Kota Alam Shah Manoharan Malayalam Pers...
- Al-kisah Gani Patail, Nazri Aziz dan Hishamuddin S...
- Hishamuddin & Waris Pejuang Bukit Kepong Patut Sam...
- Magik DAP di Pulau Pinang - Pengundi Cina Lebih Ra...
- HOT : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Dibunuh...?
- Al-Fatihah Buat Noramfaizul Mohd Wartawan BERNAMA ...
- Mat Sabu, ISA, Hishamuddin dan KDN...
- Kenyataan Media KDN Berhubung Keputusan Mahkamah T...
- PAS Hanya Sasar 60 Kerusi, Bukti PAS Dilanda DAP P...
-
▼
September
(55)