Ketika kempen PRU13 untuk kerusi Parlimen Putrajaya yang merupakan 'kerusi panas' ekoran Tengku Adnan berdepan dengan Husam Musa iaitu satu nama besar dalam PAS saya diarahkan untuk tidak muncul di Putrajaya kerana ada yang mengatakan saya 'spy' Husam Musa.
Ini semua gara-gara nama saya antara saksi dalam kes Husam Musa saman seorang blogger sebelum kes tersebut digugurkan oleh mahkamah, maka saya dilabel sebagai 'individu yang tidak boleh dipercayai' untuk membantu jentera BN di Bahagian Putrajaya.
Dengan berat hati saya terpaksa akur dengan arahan ini, lalu mengambil inisiatif membantu jentera Ku Nan dari jauh. Menurut rakan blogger yang ditugaskan membantu Jentera Ku Nan iaitu Keris7Lok yang juga ahli Pemuda Putrajaya.
Beliau sukar melaksanakan tugasnya membantu jentera Ku Nan kerana terlalu banyak halangan yang perlu dilalui, maka mereka bergerak dengan cara sendiri.
Selain itu AJK UMNO Bahagian tersebut yang juga anak kepada Pengerusi Putrajaya Corporation iaitu Khairun Aseh langsung tidak memainkan peranannya membantu UMNO/BN ketika kempen.
Malah wajahnya tidak kelihatan bersama jentera yang lain, selaku AJK UMNO Bahagian Putrajaya Khairun Aseh sepatutnya ada bersama jentera sepanjang 14 hari kempen untuk mempertahankan Parlimen yang dianggap sebagai kerusi yang menentukan 'moral' bagi kedua-dua pihak.
Persoalannya di mana Khairun Aseh ketika jentera UMNO Putrajaya bertungkus-lumus memikirkan cara untuk pertahankan kerusi tersebut?
Di Lombok, London atau China?
Malang sungguh Tengku Adnan kerana AJK UMNO Bahagian gagal memikirkan jika Putrajaya jatuh ke tangan PAS sudah tentu 'moral' pemimpin kerajaan yakni BN turut jatuh, begitu juga moral Pengerusi Putrajaya Corporation Aseh Che Mat.
Jika Khairun Aseh terbukti gagal melaksanakan tugas sebagai AJK UMNO Bahagian Putrajaya dalam membantu calon BN iaitu Setiausaha Agung UMNO ketika kempen PRU13 dilantik sebagai SUPOL PM, bagaimana dengan ahli parti yang bekerja bagai nak gila membantu parti?
Atas alasan apa individu ini dilantik sebagai SETPOL PM?
Tiadakah orang lain selain Khairun Aseh?
Jika hanya yang kaya dan berjawatan diberikan tempat dengan ketepikan ahli bawahan yang bertungkus-lumus untuk kemenenangan parti disebabkan mereka tidak berharta, tiada kabel dan jawatan tidak mustahil UMNO kini sedang meniti zaman-zaman kehancuran.
UMNO untuk orang kaya dan berjawatan sahaja ke?
Wahai PM yang saya sayangi, tidak cukupkah peristiwa pemilihan calon PRU13 melalui sistem 'winkabel candidate' 'zinkabel' dan 'jaykabel' - kini bro Najib mahu akur dengan sistem 'DaddyKabel' pula untuk melantik SUPOL?
Dari lantik Khairun Aseh lebih baik PM lantik ParpuKari, sekurang-kurangnya Parpu membantu kempen Ku Nan ketika Khairun Aseh hilang entah ke mana...
Bro Khairun Aseh...
You pergi mana ketika orang sakit otak nak pastikan Ku Nan menang...?
Baca juga luahan House PK dan Keris7Lok dan paling menarik tulisan Sanggah Tok Janggut [SINI]
