NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Pembangkang Pening Bila Dato Azalina Othman Jaga Parlimen


Lama tak menulis, sejak parlimen bersidang pada 19 Oktober 2015, Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan pelbagai aksi yang menjelikkan. Kebanyakkan pemimpin pembangkang langsung tidak menghormati institusi parlimen sebagai lambang demokrasi di Malaysia.


Pemilihan Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak sebagai Menteri bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal parlimen dilihat mampu mengangkat kembali imej parlimen sebagai satu lambang demokrasi dalam pemerintahaan raja berpelembagaan di Malaysia.


Bermula dengan isu pemilihan Pengerusi PAC, undi tidak percaya kepada PM sehingga kontroversi penggantungan Kit Siang. Secara peribadi saya melihat beliau berjaya mengawal keadaan sidang parlimen walaupun ahli-ahli parlimen pembangkang berperangai seperti kera sumbang.



Setiap isu berbangkit berkaitan sidang parlimen dijawab dengan baik sekaligus menghalang segala bentuk pembohongan yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang. 

Malah isu membabitkan keselamatan parlimen ekoran kontroversi beberapa wartawan yang memasuki tempat duduk ahli parlimen turut dijawab dengan pantas.


Setiap kenyataan yang dibuat boleh dikatakan tidak mampu dibalas oleh pembangkang, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan pemimpin pembangkang lebih suka menyerang peribadi Dato Azalina Othman Said berbanding menjawab hujah yang beliau kemukakan.

Bagi saya jika beliau mampu melaksanakan tugas menjaga hal ehwal parlimen dan mengembalikan semula imej Biro Tata Negara (BTN) - saya tidak peduli apa Dato Azalina Othman mahu pakai, atau apa fesyen rambut beliau mahu gayakan.


Saya menilai apa yang beliau cakap dan apa yang beliau laksanakan. Kalau pembangkang boleh menerima DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin walaupun mahkamah telah mengesahkan beliau bersalah meliwat.

Kenapa penyokong UMNO sukar menerima kehadiran Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak - lebih mengecewakan penyokong UMNO dilihat mendahului pembangkang dalam bab kutuk-mengutuk.

Namun, itulah hakikat orang UMNO hari ini - kita lebih suka mengkritik dan bercakap tentang kelemahan sendiri berbanding kelemahan pihak lawan.

Padahal, ketika ini pemimpin pembangkang dalam keadaan bingung dan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menghuru-harakan perjalanan sidang parlimen sehingga mereka terpaksa berbohong kononnya Kit Siang digantung kerana mengkritik 1MDB.



YY : Sokong pemimpin selepas dengar dan faham apa mereka cakap, bukan tengok apa yang menteri pakai heh!

Thursday, June 19, 2014

[VIDEO] : Memalukan! Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Terkedu Dengan Hujah MP Kota Tinggi!


Tersenyum melihat reaksi Anwar Ibrahim yang dikatakan hebat berkata-kata apabila gagal pertahankan hujah sendiri selepas ditegur YB Kota Tinggi sehingga Ketua Pembangkang itu terpaksa mengaitkan kisah hukuman keluar dewan yang dikenakan terhadap pemimpin pembangkang sebelum bagi menamatkan ucapan YB Ehsan Harun Rashid. 

Jelas Anwar Ibrahim tidak lagi berbisa, sebagaimana dibanggakan oleh pengikutnya. Mungkin kerana terlalu banyak pembohongan yang bermain di mulut beliau membuatkan Anwar terkedu untuk mematikan fakta yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Ehsan Harun Rashid.



Ini membuktikan bahawa dalam UMNO masih terdapat pemimpin yang mampu berhujah menggunakan fakta yang tepat sehingga membuatkan Anwar Ibrahim terkedu.

Walaupun dengan nada yang lembut ternyata ucapan YB Ehsan berjaya mematahkan hujah Ketua Pembangkang yang dikenali sebagai pemidato terhebat di Malaysia haha!

Selain itu saya turut melihat keberanian YB Ehsan yang turut berhadapan dengan sekumpulan peneroka FELDA yang dimanipulasi oleh pembangkang dalam isu lesen MPOB.



Segala tindakan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Ehsan yang baru penggal pertama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen harus dicontohi oleh pemimpin BN yang lain.

Memandangkan tidak ramai pemimpin UMNO yang berani berhadapan golongan yang tidak berpihak kepada kerajaan.

Ada yang sekadar turun kerana mahukan publisiti, justeru tidak hairanlah seorang Ahli Parlimen BN yang juga dari Johor memuji Rafizi Ramli ketika menutup program bual bicara berkaitan GST anjuran Sinar Harian tempoh hari.

Arios...!

Saturday, March 15, 2014

MP Pembangkang Dikecam TS Annuar Musa Kerana Protes Sidang Dewan Pertahan Kaki Sodomi!


Wakil rakyat pembangkang tidak pernah matang dan rasional, asal keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, pelbagai tuduhan mereka lemparkan. Malah lebih keterlaluan apabila bertindak mengadakan protes ke atas sidang dewan.

Malang kerana protes yang dilakukan mereka bukan disebabkan memperjuangkan hak dan nasib rakyat yang memilih mereka tetapi lebih kepada memperjuangkan seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.

Bukan sekali mereka bertindak biadap dan angkuh, ketika isu APCO timbul ahli parlimen pembangkang pernah memboikot dan membawa playkad ke dalam sidang dewan parlimen serta melabelkan parlimen sebagai sidang kanggaroo.


Kali ini mereka bertindak memprotes sidang dewan parlimen hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah dan penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tindakan ahli parlimen pembangkang yang protes sidang dewan dikecam oleh Tan Sri Annuar Musa sikap bongkak, sombong dan angkuh ahli parlimen pembangkang kerana menganggap segala tindakan mereka adalah betul.



Protes sidang dewan semata-mata mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pihak pembangkang tidak pernah peduli isu rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Bagi penduduk Kajang, jangan silap memilih wakil rakyat - jangan pilih di kalangan kanggaroo. Pilih yang berintegriti dan berkredibiliti :



Monday, June 24, 2013

[VIDEO] : Sedih! Anwar Ibrahim Tak Endah Rayuan Penyokong #BlackOut505 #PdgMerbok622



Malas tulis apa-apa...

Kasihan sungguh melihat rakyat yang diperbodohkan oleh pemimpin pujaan mereka...


Meleleh air mata gua beb!

Hahaha!..

Thursday, June 13, 2013

Sumpah Parlimen : Kit Siang Bengang Anwar Ibrahim Buat Konar Baring #Blackout505

Tempoh hari Anwar Ibrahim bertegas mahu boikot sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun ini walaupun Kit Siang tidak setuju dengan cara tersebut. Kerana baginya jika Anwar Ibrahim bertindak boikot majlis angkat sumpah tersebut jawatan Ketua Pembangkang mungkin akan disandang olehnya...


Tapi macam biasa, apa sahaja yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim selalunya tidak boleh pakai. Pada awalnya keliling negara kata kita akan boikot majlis angkat sumpah kerana kemenangan BN dalam PRU13 atas dasar menipu.

Pang..pong..pang..pong!

Tiba-tiba semalam media melaporkan :


Hancur musnah impian Kit Siang...


YY : Patutnya kita yang boikot apa Anwar cakap, dia bukan waras pun...haha!

Saturday, June 8, 2013

Anwar Perlu Boikot Angkat Sumpah Parlimen Bagi Jayakan #Blackout505 Walaupun Tanpa Lim Kit Siang


Tindakan Kit Siang sekaligus menidakkan hasrat Anthony Loke yang dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Rafizi Ramli untuk memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Kenyataan Kit Siang yang tidak mahu mengikuti agenda Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah parlimen ini menunjukkan DAP menerima keputusan PRU13 yang menyaksikan penguasaan DAP sebanyak 38 kerusi iaitu faktor utama kemenangan PR bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang.



Berdasarkan penguasaan 38 kerusi dalam PR ternyata DAP merupakan kuasa dominan malah DAP juga telah berjaya menarik sokongan cina untuk menyokong parti tersebut.

Ia menunjukkan bahawa Kit Siang merupakan individu yang layak mengetuai PR dalam Parlimen berdasarkan merit kerusi terbanyak. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim masih melayan perasan kecewanya dengan memulau angkat sumpah pada 24 Jun ini.

Persoalannya beranikah Anwar Ibrahim memulau sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun bagi memastikan kejayaan perhimpunan 'BlackOut 505' pada 15 Jun nanti?

Jika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah nescaya segala usaha bagi mewujudkan satu perhimpunan besaran dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan akan musnah sebaik sahaja lafaz sumpah diluahkan dari bibir Anwar Ibrahim.

Thursday, October 27, 2011

Butiran Penting Penggulungan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein



Antara butiran penting penggulungan Menteri Dalam Negeri.

Langkah jimat cermat KDN

Sepanjang tempoh dua tahun ini, KDN telah melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif bagi membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan berjimat cermat. Kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti dalam Program Pemulihan Pemasyarakatan merupakan sebuah program pemulihan di luar tembok penjara.

Kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM45.7 juta ringgit bagi setiap program kerjasama ini. Sehingga kini, Program Pemulihan Pemasyarakatan telah dilaksanakan di 5 kem ATM di seluruh negara yang melibat 1,106 orang yang banduan.

Selain Program Pemulihan Pemasyarakatan, pendekatan inovatif melalui kerjasama antara PDRM dan ATM juga digunakan bagi mengadakan program latihan asas kepolisan di kem-kem tentera. Melalui kerjasama ini, Kerajaan dapat mengatasi masalah kekurangan pusat latihan polis dan dapat menggandakan jumlah anggota polis dalam masa terdekat tanpa perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baru. 

Langkah ini telah berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan kerana, pembinaan sebuah pusat latihan polis yang baru memerlukan peruntukan berjumlah RM250 juta.

Pencapaian NKRA hasil usaha terancang, bukan ad-hoc atau kebetulan

Sukacita, saya menyatakan bahawa Kerajaan serius untuk melaksanakan NKRA. Kejayaan menurunkan indeks jenayah adalah satu usaha terancang dan bukan dilaksanakan secara ad-hoc atau berlaku secara kebetulan.

KDN telah menubuhkan makmal NKRA Mengurangkan Jenayah pada penghujung 2009 melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran. Sebanyak 55 inisiatif telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang turut merentasi Kementerian dan Agensi.

KDN telah mengenalpasti 4 negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang mempunyai kejadian jenayah paling tinggi dan menyumbang kepada 72% kejadian jenayah pada tahun 2008. Seterusnya 50 kawasan di negeri-negeri tersebut telah dikategorikan sebagai kawasan hotspot dijadikan sebagai tumpuan untuk melaksanakan inisiatif mengurangkan jenayah oleh PDRM.

Melalui inisiatif NKRA, Kerajaan telah melaksanakan program omnipresence di kawasan hot spot empat negeri tersebut. Seramai 3,781 orang anggota RELA terlibat dan dilantik sebagai sukarelawan polis. 

Program omnipresence telah dikembangkan ke Sabah dan Sarawak mulai awal bulan ini di mana 184 anggota RELA telah bertugas di lima balai polis di Sabah dan 636 anggota RELA lagi bertugas di enam balai polis di Sarawak. Jumlah keseluruhan anggota RELA tersebut dalam program ini adalah seramai 4,601 orang.

Bagi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) seramai 1,540 anggota terlibat di 4 buah negeri tersebut dan seramai 144 orang lagi terlibat di Sabah manakala di Sarawak seramai 103 orang anggota terlibat di bawah program ini.

Hakikatnya, pencapaian kita adalah jauh lebih baik dari apa yang disasarkan. Misalnya bagi Jenayah Indeks, walaupun sasaran yang ditetapkan adalah penurunan sebanyak 5% jenayah indeks berbanding tahun 2009, tetapi statistik menunjukkan, sehingga Oktober tahun ini, kadar jenayah telah berjaya dikurangkan sebanyak 24.2% iaitu melebihi 19.2% daripada sasaran asal yang ditetapkan.

Bagi kes Jenayah Jalanan, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 15% penurunan, tetapi sehingga bulan Julai tahun ini, Jenayah Jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 40.7%, iaitu lebihan penurunan sebanyak 25.7% dari sasaran asal.

Polis berhak marah dan pertahan diri bila maruah dicemar, itu bukan berpolitik

Y.B. Parit Buntar mendakwa pihak polis terlibat di dalam politik ekoran terdapatnya satu surat arahan pentadbiran. Saya ingin menyampaikan pendirian PDRM yang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Y.B. Parit Buntar berkenaan dakwaan Polis telah dipolitikkan dalam isu kes Mohamad Sabu. Surat arahan pentadbiran tersebut dikeluarkan sebagai tanda bantahan terhadap fitnah yang dibuat oleh Mohamad Sabu. 

Seluruh warga PDRM berhak merasa marah sekiranya ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka. Dalam kes Mat Sabu ini, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara.

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi adalah menjadi hak PDRM dan mana-mana organisasi yang lain mempertahankan maruah dan martabat sesuatu organisasi apabila dicemar dengan kenyataan yang tidak benar, lebih-lebih lagi apabila dakwaan Mohamad Sabu ini dilihat sebagai menjatuhkan maruah dan imej anggota polis dan pasukan PDRM.

Warga Afrika dipantau, ditangkap jika menyalahi Akta Imigresen

Sehubungan perkara yang dibawa oleh Y.B. Hulu Terengganu dan Y.B. Sri Gading berkenaan kemasukan warganegara dari negara-negara Afrika, mereka ini dikawal melalui kawalan/tapisan oleh Kerajaan Malaysia dan Jabatan Imigresen dengan mewajibkan memiliki VISA yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara tersebut.

Tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen bersama agensi kerajaan yang lain terhadap warganegara ini dijalankan secara berkala. Sejumlah 1,960 orang dari berbagai warganegara telah ditangkap oleh Jabatan Imigresen dari Januari – September 2011 kerana kesalahan dibawah Akta Imigresen.

Tapisan khusus bagi warga Afrika dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mana pelajar-pelajar Afrika diwajibkan mengemukakan dokumen “ No Objection Certificate” (NOC) yang dikeluarkan oleh negara-negara berkenaan, bertujuan untuk memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja belajar di luar negeri. 

KPT dan KPM telah membuat pemeriksaan secara berkala di IPTA,IPTS bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar Negara Afrika yang berjumlah 19,000 orang bagi tempoh Januari-September 2011. KDN dan KPT serta Kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran Pas Pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian.

Tuduhan (rasis) Ipoh Barat dan Seremban tidak berasas

Y.B Ipoh Barat dan Y.B Seremban menyatakan 40% penghuni penjara adalah terdiri daripada masyarakat India. Kenyataan tersebut adalah tidak tepat sama sekali kerana berasaskan statistik Jabatan Penjara Malaysia pada 17 Oktober 2011 tiada satupun institusi penjara dari sejumlah 40 buah yang mempunyai jumlah penghuni kaum India pada kadar 40% atau lebih berbanding dengan penghuni kaum lain.

Pemansuhan ISA dan undang-undang darurat diperjelaskan

Bagi persoalan ISA sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Permatang Pauh, Y.B Klang dan Y.B. Batu Gajah. Draf rang undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang bakal dimansuhkan sedang di gubal oleh Jabatan Peguam Negara. 

Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara sebagai peneraju bersama-sama KDN sedang membuat penelitian terhadap penggubalan dua (2) rang undang-undang baru iaitu undang-undang mengenai keganasan danundang-undang mengenai keselamatan dan ketenteraman awam seperti yang telah diamanatkan oleh YAB Perdana Menteri melalui ucapannya pada 15 September lalu.

Berkenaan dengan Akta Kediaman Terhad sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Pokok Sena. Keputusan Kerajaan dalam memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 serta melaksanakan Perintah Pembatalan Sekatan terhadap 125 orang individu dan menarik balik 200 waran tangkap adalah merupakan permulaan kepada Program Tranformasi Politik Negara.

Bagi Akta Akta Buang Negeri 1959 sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Limbang. Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 hanya memberi kesan kepada mereka yang telah dikenakan tindakan di bawah Akta-akta tersebut sahaja. Selain itu, terdapat juga mereka yang sedang menjalani Perintah Sekatan atau dibuang daerah di bawah undang-undang pencegahan yang lain.

6P dan 5P di Sabah

Program 6P merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi memastikan pengurusan warga asing dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, merangkumi enam proses berkaitan PATI iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah hanya akan melaksanakan 5P iaitu tanpa Proses Pemutihan kerana proses pemutihan/regularisasi telah dilaksanakan beberapa kali di negeri berkenaan dengan kali terakhir pada tahun 2009.

Sehingga tarikh tamat Proses Pendaftaran Program 6P iaitu pada 31 Ogos 2011 seramai 2,320,034 orang PATI dan pekerja asing sah telah berdaftar melalui sistem biometrik. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,303,126 (56%) adalah PATI dan seramai 1,016,908 orang (44%) pula adalah pekerja asing yang sah. Bagi Pekerja Asing Sah, angka tersebut tidak termasuk Pembantu Rumah Asing, Pegawai Dagang, Peserta MM2H, Pelajar Asing dan Pemegang Kad UNHCR.

Pembersihan data pengundi dan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing

Berkenaan dengan kerjasama di antara JPN dan SPR dalam usaha membersihkan data pemilih yang dibangkitkan, JPN sentiasa bekerjasama dengan semua agensi kerajaan mengikut keperluan agensi tersebut seperti SPR kerana JPN merupakan agensi yang bertanggungjawab menyimpan dan menyenggara semua maklumat dan data kependudukan negara. KDN komited dan sentiasa bekerjasama dengan SPR dalam usaha mengemaskini senarai nama daftar pemilih tersebut.

Merujuk kepada kerjasama tersebut ianya telahpun wujud sejak sekian lama melalui perkongsian maklumat dan pengesahan data yang berkait dengan data pemilih. Selain daripada itu juga, perbincangan, mesyuarat dan dialog turut diadakan dari semasa ke semasa menurut keperluan.

KDN dalam hal ini akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang dijadual bermesyuarat pada 2 November ini. Isu-isu yang berkaitan akan dijelaskan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut. Segala isu-isu berkenaan pemberiaan kewarganegaraan akan kita perjelaskan di dalam JPK tersebut nanti.

Suka saya menyatakan bahawa KDN turut ingin melihat daftar pemilih yang bersih.

Bagi menjawab soalan tambahan mengenai isu rakyat Bangladesh dan Indonesia yang didakwa dibawa ke Putrajaya untuk diberikan kewarganegaraan dan didaftar sebagai pemilih baru-baru ini, ingin saya tegaskan bahawa isu sebegini bukan pertama kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Sebelum ini, isu pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh untuk tujuan dijadikan pengundi pernah dibangkitkan. Penjelasan telah diberikan berserta fakta dan data bagi menjawab dakwaan tersebut. 

Berdasarkan fakta berkenaan, hanya 37 rakyat Bangladesh yang telah diberikan sijil kerakyatan negara ini sejak 1998 sehingga Ogos 2011 di mana daripada jumlah tersebut hanya 14 orang didapati layak mengundi dan seterusnya hanya 7 orang sahaja yang telah mendaftar sebagai pengundi. Tetapi pihak pembangkang kemudiannya mengalih atau mengubah tiang gol mereka kepada isu-isu lain pula selepas KDN memperjelaskan perkara tersebut.

Sekarang ini satu lagi isu pula telah ditimbulkan. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, segala isu-isu berhubungkait dengan pemberiaan kerakyatan negara ini kepada warga asing akan kita perjelaskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) itu nanti. KDN akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada JPK dengan memberikan penjelasan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut. Pihak KDN tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

Bersih adalah perhimpunan haram oleh pertubuhan haram, HIMPUN perhimpunan yang tidak ganggu orang ramai dan tidak gugat ketenteraman awam

Berkenaan dengan isu perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai lalu, yang utamanya, BERSIH telah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Kos operasi keseluruhan yang dibelanjakan oleh PDRM bagi menangani Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu adalah sebanyak RM 2,018,850.06. Perbelanjaan ini adalah meliputi perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain.

Kerajaan amat prihatin terhadap suara rakyat yang inginkan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara. Walau bagaimanapun, kebebasan ini perlu diseimbangkan dengan kewajipan Kerajaan untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

Penyalahgunaan kebebasan bersuara dan berhimpun seperti mengadakan demontrasi jalanan sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan dalam masyarakat dan boleh menggugat keselamatan negara seharusnya dielakkan. 

Dalam masa yang sama, kerajaan mengambil inisiatif untuk meneliti beberapa perundangan negara-negara lain yang berkaitan dengan sebarang bentuk perhimpunan di kawasan yang melibatkan keselamatan awam.

Langkah ini adalah sebahagian daripada proses-proses transformasi dan keterbukaan yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri termasuk pindaan kepada Seksyen 27 bagi mengadakan perhimpunan awam di sesebuah kawasan tertutup seperti stadium.

Sebagai contoh Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini adalah lebih terkawal dan tidak menimbulkan sebarang gangguan atau kekecohan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam berbanding demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak Bersih di Kuala Lumpur sebelum ini.

Berkenaan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat yang dibangkitkan, PDRM telah menjalankan siasatan ke atas mereka dan sebanyak 61 kertas siasatan telahpun dibuka dan telah dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang negara sedia ada.

Friday, October 7, 2011

Tak Pakai Tali Leher Mana Boleh Masuk Parlimen, Lainlah Kalau You Namawee!


Al-kisah tersebutlah kisah dua hari lepas saya ke Parlimen untuk menemubual Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan berhubung Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru 2011 yang dibentangkan di Parlimen dua hari lepas.

Pakaian yang saya kenakan pada hari berkenaan adalah kemeja lengan panjang, seluar slack dan berkasut kulit. Baju kemeja yang saya pakai saya lipat dibahagian lengan hingga ke paras siku sebab saya lebih selesa begitu, namun saya tidak mengenakan tali leher kerana saya beranggapan tali leher tak perlu jika kita sekadar berada di ruangan lobi. Nazri Aziz yang kata dulu ketika kecoh kes Namawee pakai snow cap masuk Parlimen.

Tapi ketika di kaunter untuk mendaftarkan nama, seorang anggota yang bertugas meminta saya mengenakan tali leher dan menurunkan lipatan lengan baju jika tidak saya tidak dibenarkan masuk kerana tidak mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.

Dah diarahkan begitu, saya pun akur dan segera menurunkan lipatan lengan baju saya sambil mengatakan bahawa tali leher saya berada di dalam beg. Mujur brader tersebut benarkan saya masuk tanpa banyak bicara. Sampai saja ke dalam saya terus ke galeri cenderahati untuk membeli sehelai tali leher kerana bimbang tidak dibenarkan masuk ke sidang dewan.

Harganya boleh tahan tercekik juga iaitu RM50, tapi nak tak nak terpaksa beli juga sebab kod berpakaian telah mengatakan setiap lelaki mesti berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali-leher.
Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen iaitu; 
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA 
PAKAIAN YANG DIBENARKAN 
LELAKI

1) Long-Suite dan bertali leher
2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Berbaju batik lengan panjang
4) Berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Berseluar panjang (slack)
6) Berkasut kulit 
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar
Barulah saya tahu (maklumlah orang kampung) rupanya ketat etika berpakaian untuk ke Parlimen, saya ingatkan bolehlah cilok-cilok masuk walaupun tak bertali leher, tapi jangkaan saya meleset. Yang hairannya, mengapa pemuda bengong bernama Namawee boleh masuk ke Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt dan Snow Cap...?


Bukanlah berniat ungkit kisah yang sudah lepas, saya cuma hendak sampaikan kepada sahabat pembaca sekelian bahawa kalau hendak ke Parlimen kita hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan, sebab kita ini tiada apa-apa keistimewaan jika hendak dibandingkan dengan Namawee.

Sebab apa saya kata gitu...?

Sebab para pembesar negara tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada kita kerana kita bukan manusia yang bernama...

NAMAWEE... Syoknya jadi Namawee...

Benarlah kata Tun Faisal di blognya jika Namawee hendak dijadikan ikon pemimpin hari ini ada masalah nilai dan fikrah...


KLIK SINI BACA...



YY : "anak cina anak saya....anak melayu anak pungut..."

Thursday, December 16, 2010

Demo Dalam Parlimen, Bukti Ahli Parlimen PR Biadap!

Kita berikan mereka mandat untuk bergelar Yang Berhormat, kita berikan mereka kepercayaan untuk memperjuangkan nasib kita sebagai rakyat. Tapi apa yang mereka lakukan? Mereka dilihat lebih memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim daripada nasib rakyat di kawasan masing-masing.

Hari ini menjadi detik hitam sejarah Parlimen negara, kita menyaksikan dengan penuh rasa malu apabila orang yang sepatutnya memperjuangkan nasib kita di dalam Parlimen telah mengkhianati amanah yang kita berikan. Mereka bertindak mengherdik, menengking, memaki hamun di dalam Dewan yang mulia.

Mereka ini tidak menghormati Yang di Petua Dewan, mereka cuba menganggu tugas speaker dengan mencetuskan kekecohan. Adakah mereka lupa yang mereka ini bergelar Yang Berhormat bukan Yang Bergaduh?

Bila diberikan ruang untuk membela diri mereka tidak gunakan dengan sebaiknya, malah bertindak membuat kecoh dengan tujuan memperlihatkan kepada rakyat di luar bahawa itu kejam, menafikan hak mereka sebagai ahli parlimen. Kepala hotak kau! Kenapa kau tidak gunakan ruang yang sebaik mungkin untuk berhujah dan membela diri?

Lupakah mereka dengan kod etika-etika sebagai seorang Yang Berhormat?  Berikut adalah kod etika sebagai seorang Yang Berhormat :

i) Ahli Parlimen hendaklah memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atau Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam persidangan Parlimen;

ii) Ahli Parlimen hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen melalui peranan aktif, objektif, positif dan bijaksana dalam perbahasan di Parlimen;

iii) Ahli Parlimen hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Parlimen yang diadakan pada waktu yang ditetapkan; dan

iv) Ahli Parlimen hendaklah pada setiap masa berkelakuan yang boleh meningkatkan kepercayaan rakyat kepada integriti Parlimen.

Dalam topik ‘Tata laku secara am’ pula, digariskan perkara berikut :

i) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa adil, amanah dan bijaksana;

ii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa berintegriti dan mempamerkan akhlak yang terpuji;

iii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar diri dari kegiatan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasuah;

iv) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menunjukkan tata laku dan keperibadian yang terpuji dan boleh dicontohi baik dalam kapasiti rasmi mahupun dalam kapasiti persendirian;

v) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa bertanggungjawab (accountable) atas segala tindakannya; dan

vi) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan masing-masing

Jika kita teliti dari etika sebagai Ahli Parlimen ini, adakah Ahli-ahli Parlimen PR menepati ciri-ciri yang digariskan? Maka hari ini kita rakyat perlu bangkit, bangkit untuk menilai gelagat serta kelakuan mereka sepanjang bersidang.

Mereka perlu ingat mereka dipilih untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan kita rakyat Malaysia, bukan berdebat mengenai isu yang buktinya entah ke mana? Bukan berdebat untuk mempertahankan seorang yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen PR kerana hari ini secara rasminya saya gelarkan anda sebagai....

Sebagai apa kawan-kawan????

Sebagai.....

 Yela sebagai apa?

Sebagai golongan dalam gambar di bawah :


DASAR MONYET!!!

TERKINI : MP PR JADIKAN DEWAN RAKYAT MACAM ZOO!!!

Hari ini persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara sikap Ahli Parlimen PR yang menjadikan Dewan yang mulia ibarat sebuah pasar, malah tidak keterlaluan kita katakan mereka ibarat 'beruk' yang berada di dalam zoo-zoo di seluruh tanah air.

Mereka juga menyeludup masuk sepanduk 'Kanggaroo' untuk menyerang YDP Speaker, sungguh memalukan bila melihat perangai Ahli Parlimen pembangkang, mereka dilihat lansung tidak menghormati kemuliaan dewan.

Sebenarnya mereka cuba memperlihatkan kepada rakyat bahawa berlaku ketidak adilan di dalam dewan yang mulia kerana Anwar Ibrahim ada diberikan peluang untuk membela diri, tetapi beliau tidak melakukannya sebaliknya MP-MP PKR terus menerus menghina Speaker dan Parlimen.

Menurut MP kota Belud beliau berkata hari ini adalah 'hari paling hitam dalam sejarah' bila MP Pembangkang cuba mentafsirkan peraturan mesyuarat mengikut citarasa mereka sendiri.

Dewan Rakyat sepatutnya tempat untuk membahas serta membentangkan usul yang boleh memberikan kebaikkan kepada rakyat, tetapi MP Pembangkang dilihat lebih cenderung memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim daripada nasib rakyat.

Inilah jadi bila samseng jalanan diberikan mandat untuk bergelar Yang Berhormat. Pada saya mereka ini setaraf dengan 'beruk' di zoo, malah saya boleh katakan perangai 'beruk' lebih mulia daripada mereka.

Hoii budak sekolah bermesyuarat lebih berdisiplin dari korang lah!!! Tak Malu ke rakyat tengok? BODOH!!!


P/S : Gambar di ambil daripada twitter YB Khairy Jamaluddin dan Sdr. Shahnor Jasin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal