NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, March 8, 2018

KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENA AKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN URUS BEKALAN AIR


Krisis air boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Justeru itu, Kerajaan Pusat pantas bertindak dengan melaksanakan beberapa langkah. Langkah itu termasuklah menyusun semula industri perkhidmatan air dan mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Sumber Air di Semenanjung Malaysia 2000-2050.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), sejumlah RM16.54 bilion diperuntukkan bagi pembangunan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan air untuk kawasan desa serta projek tebatan banjir.

Sektor bekalan air memperoleh peruntukan besar daripada keseluruhan peruntukan berkenaan iaitu RM8.20 bilion berbanding RM3.88 bilion yang diperuntuk bagi Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005).

Namun, kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri Selangor melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.


Ketika ini, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor begitu rendah iaitu sekitar empat peratus berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.

Sumber berkata, risiko margin simpanan bekalan air yang rendah menyebabkan lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus berbanding dengan margin simpanan yang besar iaitu sekurang-kurangnya 15 peratus, ia tidak memberi kesan kepada penduduk.

Berdasarkan laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negara pada 2016 menunjukkan Pulau Pinang mempunyai kadar margin simpanan bekalan air terawat paling besar iaitu 34.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (29.2 peratus), Perak (28.7), Terengganu (27.2), Negeri Sembilan (22.1), Pahang (21.4), Sarawak (20.7), Melaka (20.1) dan Johor (16.4) manakala purata margin simpanan bekalan air negara pula 13.2 peratus.

Namun kerajaan Selangor tidak pernah melihat tabungan air sebagai sesuatu yang penting dan perlu disegerakan tindakannya. Krisis air yang berlaku di Selangor pada tahun 2014 tidak pernah diambil iktibar. Kesan kepada rakyat yang paling ketara. Jika gangguan bekalan air terus berlaku kesan pembangunan negeri pastinya akan terjejas.

Sepanjang 2016 hingga Januari 2018, sebanyak 761 permohonan pembangunan hartanah baharu di Selangor terpaksa ditangguhkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat memberikan jaminan bekalan air yang mencukupi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelaburan begitu besar untuk proses penstrukturan industri air di Selangor, tindakan kerajaan negeri melewat-lewatkan untuk melengkapkan perjanjian, pelbagai inisiatif menaik taraf infrastruktur secara berterusan seperti penukaran paip dan tangki air tidak dapat dilaksanakan.

Pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM14 bilion kepada kerajaan Selangor bertujuan membantu kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatkan kerajaan negeri.

Antara projek paling terkesan ialah LRA Langat 2 bernilai RM3.7 bilion sepatutnya siap pada 2017 tetapi perubahan dasar kerajaan negeri sejak 2008 menyebabkan projek itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

Fasa A, LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliahan dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

Jumlah ini sangat besar, bekalan air mula masuk dalam sistem dan air ini percuma dan bila sudah masuk, tidak akan berlaku krisis air di Selangor. Pada 2 April nanti, air akan masuk sepenuhnya dengan kapasiti dua kali ganda atau 1,130 juta liter sehari.

Walaupun kerajaan Selangor mendapat bekalan air tambahan percuma ini, Kerajaan Persekutuan tetap perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang disebabkan kegagalan kerajaan Selangor melengkapkan perjanjian berhubung dengan keseluruhan proses penstrukturan semula itu,

Selangor perlu menjadi kerajaan bertanggungjawab dalam mematuhi perjanjian, hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bekalan air bersih tidak boleh dinafikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal