Dharma Harun Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun
4 hours ago
(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.
(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.
"Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.
RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.
Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.
Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.
"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.
"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.
Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja.
Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.
Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.
"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.
"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865."
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan berikut), ibu kamu, anak kamu dan saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara ibu kamu, anak saudara kamu yang lelaki, dan anak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyusukan kamu....”
(Surah an-Nisa’: 23)Berita seorang pemimpin kanan pembangkang ditahan kerana disyaki terlibat sumbang mahram tersebar sejak semalam, namun ianya tidak hangat diperkatakan mungkin kerana kebanyakkan pihak meragui kebenaran berita tersebut.
Parlimen Jerantut mempunya 3 kerusi DUN yang ditandingi oleh kesemua parti pembangkang iaitu:
- DUN N 9 Tahan
- DUN N10 Damak
- DUN N11 Pulau Tawar
| BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA CALON | PARTI | BILANGAN UNDI | STATUS |
| P.81-JERANTUT | N.10 - DAMAK | KOH BOON HENG | BEBAS | 3,295 | |
| MOHD NOR BIN JAAFAR | PKR | 5,165 | |||
| LAU LEE | BN | 5,674 | MNG | ||
| JUMLAH PEMILIH : | 19,412 | ||||
| KERTAS UNDI DITOLAK : | 408 | ||||
| KERTAS UNDI DIKELUARKAN : | 14,597 | ||||
| KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : | 55 | ||||
| PERATUSAN PENGUNDIAN : | 75.20% | ||||
| MAJORITI : | 509 | ||||
Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN
BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.81-JERANTUT N.11 - PULAU TAWAR ISHAK BIN A.GHANI PAS 5,426 AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL BN 8,720 MNG JUMLAH PEMILIH : 18,074 KERTAS UNDI DITOLAK : 212
“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini"Yang mana lebih teruk?
Sekumpulan bekas penyokong PAS di Kedah akan mengadakan demonstrasi bagi membantah sebarang keputusan memecat bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Bekas ahli PAS dari Yan, Abdullah Hashim berkata, demonstrasi itu bagi menyatakan sokongan kepada Nasharuddin yang pernah menjadi ahli Parlimen Yan pada 1999.
Abdullah pernah mengepalai bantahan kenaikan tarif air oleh syarikat milik kerajaan Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) beberapa tahun lalu.
“Kami akan mengatakan sokongan kepada Nasharuddin kerana keberaniannya mempertahankan Islam.
“Demonstrasi ini akan disertai oleh bekas dan penyokong-penyokong PAS terutama di Yan,” katanya. Nasharuddin dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
“Bagi kita, Nasharuddin adalah seorang pemimpin PAS yang bernai mempertahankan parti itu tetapi malangnya ia tidak disenangi oleh pemimpin lain.
“Pemimpin-pemimpin PAS lain pula takut kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Abdullah.
Nasib ahli Parlimen Bachok itu mungkin sama seperti bekas Naib Presiden. Datuk Hasan Ali yang dipecat setelah mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali beberapa bulan lalu.
| RAJAH A |
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
Seorang penduduk kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.
Abdullah Karim, 47, berkata tindakan seolah-olah Pas cuba lepas tangan dalam isu hudud dan membenarkan DAP terus menentang undang-undang itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit.
"Geger pasal hudud untuk buruk orang Islam lain tok sohor kalu 18 tahun tak laksana. Lo nie DAP sedap kato tolak Hudud, Pas boleh senyap jah," katanya.
Bagi penganalisa politik tindakan Nik Aziz seolah-olah membenarkan parti politik sekutunya mempermainkan agama demi menjaga hubungan kerjasama pakatan pembangkang.
"Ini adalah bukti bahawa Pas kini sanggup menggadaikan agama demi mendapat kuasa politik. Mereka dilihat telah menghalalkan yang haram demi mengikut selera mereka," katanya.
Bagi beliau sifat Pas kini sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal parti itu yang kini lebih bersifat sekularisme.
Semalam Nik Aziz berkata kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
Fitnah dikalangan pemimpin Islam pada hari ini dilihat sukar sekali untuk dibendung jika Pas selaku pihak yang mencetus perpecahan ini belum sedar untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis mengikut konteks Islam yang sebenarnya, kerana situasi yang berlaku ini bakal menghancurkan umat Islam sendiri.
Semakin hari kita lihat Pas semakin terpesong, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku orang tua didalam Pas juga tidak boleh diharapkan lagi, pandangan beliau sentiasa berubah seperti sesumpah, beliau seolah-olah mengikut saja nasihat dan pandangan punahsihat-punahsihat tanpa beliau merujuk apa yang diputuskan itu mengikut kaedah Islam yang sebenar.
Mungkin faktor umur menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan janji-janji keindahan duniawi dan lantas melupakan akhirat, video ini dirakam ketika mana sesi temu ramah bersama Tuan Haji Zainal Abidin bagi menjawab tuduhan-tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas yaitu Adun Kelaboran Zaki Ibrahim terhadap beliau.
Namun ketika rakaman ucapan fitnah Zaki Ibrahim selama 8 minit itu diberi tonton secara langsung padanya, beliau tidak melenting malah disebabkan bulan puasa juga beliau enggan menyentuh hal-hal berkaitan peribadi pemimpin Pas.
Bagaimanapun beliau mencabar Zaki Ibrahim untuk berdebat dengan beliau pada bila-bila masa sahaja demi perpaduan Islam, tidak usahlah menambah dosa memfitnah sesama Islam, kita tidak bermusuh dengan mana-mana individu didalam Pas, tapi kita tentang cara Pas yang menjadi kuda kepada DAP, katanya.
Antaranya Tuan Hj Zainal Abidin turut menegaskan, bahawa adalah WAJIB bagi kita umat Islam untuk menolak Pas diatas kemudaratan yang akan berlaku terhadap umat Islam sekiranya negara kita diperintah oleh Pakatan Rakyat, ini kerana jelas DAP yang inginkan pelbagai bentuk kebebasan songsang serta hak-hak yang melanggar perjanjian dan lantang menentang penubuhan negara islam.
Sikap takut Pas kepada DAP terutamanya Karpal Singh akan menambahkan lagi bahananya kepada umat Islam dinegara ini, jika kerana DAP Pas sanggup pecat Hasan Ali, Pas sanggup singkirkan bekas Timbalan Presidennya Nasaruddin Mat Isa, dan demi DAP juga Pas akan sanggup untuk mengkhianati rakyat terutamanya umat Islam....Anda Mampu Mengubahnya...
![]() |
| KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN |
![]() |
| KLIK UNTUK BESARKAN |
Walaupun nama aku tantawi penipu. kali ni aku tak nak tipu. cuba korang cek. betul ke dia yang buat video ni..?
Pembangkang dapat job kerajaan ke..?
Orang kerajaan buat apa..???
![]() |
| Foto : @stayorsuicide |
![]() |
| Foto @jawabernam |
| Pokok depu yang ditanam di bawah Koridor Depu 'mapuh kerah cokeng'! |
![]() |
| Semak samun turut memenuhi sekliling pokok depu. |
Sebenarnya usaha-usaha dalaman untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah lama bermula, kemuncaknya ketika berlaku apa yang dikatakan pengunduran Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Nik Aziz beberapa tahun lalu yang mesyuaratnya turut dihadiri Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa walaupun pada awalnya dikatakan ingin memboikot mesyuarat tersebut. Husam juga punyai hubungan yang begitu rapat dengan mereka terutamanya Anual Bakhri.YY : Husam Musa Watch Out... Agent 'Santa Claus' yang melawat Ladang Depu belum habis lagi dengan demo... !
Usaha menjatuhkan Nik Aziz masih giat berjalan sehingga hari ini dan difahamkan tidak akan terhenti selagimana Nik Aziz masih kekal memegang tampuk pemerintahan negeri. Tidak terduga usaha jahat itu dilakukan oleh orang harapan dan orang kepercayaan Nik Aziz sendiri, namun Nik Aziz lebih bijak membaca langkah parasit tersebut,
Bagaimanapun perancangan jahat tersebut ibarat telan mati emak, 'kehek' mati anak, saling kebergantungan mereka berdua memaksa Nik Aziz masih mengekalkan parasit tersebut, ini kerana tanpa parasit itu Nik Aziz sukar untuk mentadbir negeri diatas kejahilan Nik Aziz sendiri berkaitan ekonomi, pembangunan, kemodenan dan sebagainya.
Akibat pengekalan itu juga Nik Aziz terus diserang secara halus dengan mengkontroversikan kegagalan beberapa projek yang berkaitan kerajaan, kegagalan tersebut adalah satu rancangan yang disengajakan supaya Nik Aziz tertekan dan mengambil keputusan untuk berundur.
Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali, beberapa perancangan dilakukan gagal untuk mengundurkan Nik Aziz, dan sudah menjadi lumrah kejatuhan seseorang itu hanyalah disebabkan parasit-parasit dalaman yang 'lapar' hendak berkuasa sebelum menjana beberapa individu lalu dicucuk hidungnya untuk terus menjalankan perencanaan jahatnya. [baca seterusnya...]
SETELAH sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap-sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika, propaganda pembangkang di ruangan siber.
BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada hari ini (8 Ogos) pada jam 12.30 tengah hari.
Semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai #BNYCT dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran program ini di Dewan Seri Endon, PWTC jam 12.30 tengah hari ini.
Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji pemerintahan dengan gagah selepas PRU13.
Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini. GEMPUR TERUS!! - UMB-PPUM100 perdaftaran terawal bakal mendapat T-SHIRT BNY Cyber Team :
“My comments were not intended to insult or degrade anybody. I don’t know why people are getting so upset. My intention was for the betterment of the sport, to see a gold medal in the future,” he said. He explained that the tweet "Lee Chong AWAY" meant that that "the gold medal had gone away" to China.
Manoharan also denied that he had made a racist remark and that there is “nothing wrong with calling someone stylish”.
“I did not condemn Lee. We all know he did his best, but I maintain that Lin Dan was the better player.
“Sports and politics do mix. Under the BN we have stadiums collapsing, in-fighting among sports associations and sports councils. A lot can be done to improve this."
He also blamed the gold medal drought on the government, accusing it of “not fighting hard enough” to include sports like squash and sepak takraw into the Olympic Games.
“Nicol David has been an undefeated world champion for many years,” said the politician, who last year landed in hot water for tweeting that Malaysian “does not have a world class flag”.
He added that while he does not speak on behalf of the coalition, he believes Pakatan can do a better job in managing sports in the country.
“Give Pakatan a chance to see gold in the 2016 Olympics in Rio,” he reiterated.