NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, June 2, 2012

Pusat Urut dan Maksiat Kini Penyumbang Utama Ekonomi Selangor?


Hahaha...

Selangor 'Darul-Massage' mungkin sindiran ini membuatkan rakyat Selangor marah. Tetapi itulah hakikat yang berlaku di Selangor ketika ini, perkhidmatan rumah urut sekarang ini tumbuh membiak di segenap ceruk negeri Selangor.

Malah perkara ini turut berlaku ketika zaman pemerintahan BN, bohong jika saya katakan tiada wujud pusat-pusat maksiat yang berselindung di sebalik pusat rawatan kesihatan. Pada zaman BN juga berlaku, tetapi ianya boleh dikatakan dalam keadaan terkawal.

Pada tahun 2006 kerajaan BN bertindak membekukan lesen pusat-pusat hiburan, pusat urut dan khabarnya kerajaan PKR masih meneruskan pembekuan tersebut.

Anehnya semasa diperintah BN pusat-pusat maksiat ini berada dalam keadaan terkawal tetapi ianya tumbuh serta tidak terkawal sebaik sahaja PKR mengambil alih.
"Pengeluaran lesen pusat hiburan dibekukan sejak 2006 oleh kerajaan negeri terdahulu dan polisi ini diteruskan oleh kerajaan negeri sekarang. 
"Jadi pusat hiburan yang ada sekarang beroperasi dengan lesen yang diperoleh dari kerajaan negeri terdahulu dan saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak," - Ronnie Liu
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.-Mstar

Hairan exco yang bertanggungjawab dalam hal ini tidak tahu-menahu tentang pertumbuhan pusat maksiat ini.

Benarkah beliau tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu?

Kerana seingat saya sekitar 2007 Ronnie Liu pernah bertindak menghalang pihak berkuasa menyerbu sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya, Petaling Jaya hotel tersebut sah menyediakan khidmat seks. Malah Ronnie Liu sendiri disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penguatkuasa.

Haiyaaa...

Lu ingat olang Selangor bolo macam lu ka apek...?

Gua bukan mahu tuduh sama lu apek...

Tapi hanya olang yang dapat untung dari itu bisnes saja bikin ini macam looo...

Apa lu ada share kaa...?

Tetapi kita kena fikir positif, tak baik buruk sangka. Saya rasa kerajaan PKR di Selangor cuba menjadikan industri urut sebagai sumber pendapatan utama kerajaan negeri.

Hahaha...

Jangan lupa 'LIKE' bideoooo di bawah :




YY : PKR patut umumkan dalam Manifesto PRU13 - Urut Percuma Untuk Semua Rakyat Selangor! - kikiki...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...