Hari ini memetik laporan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, saya tertarik dengan penyiaran artikel bertajuk "Berjanji demi gila kuasa" di mana dalam artikel tersebut ada dipaparkan janji-janji Pakatan Haram yang sehingga kini belum ditunaikan di ketiga-tiga negeri yang diperintah mereka.
Antara janji Pakatan Haram yang belum ditunaikan :
SELANGOR
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar di pusat asuhan.
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
- Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
- Memberi cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin.
- Memberi sebulan cuti kepada isteri yang kematian suaminya.
- Menyediakan perubatan percuma kepada waraga emas berusia 65 tahun ke atas.
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak secara sepenuh masa.
KEDAH
- Memberi bantuan per kapita kepada sekolah jenis kebangsaan (SRJK)
- Menawarkan pemberian cuti bersalin selama 3 bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa mengehadkan bilangan anak dan cuti 14 hari untuk pasangan.
- Memberi subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar serta memperbanyakkan kemudahan tempat meletakkan kenderaan di bandar-bandar utama.
PULAU PINANG
- Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga yang bergaji kurang RM6,000 sebulan.
- Menyediakan 100,000 anggota Polis bagi meronda jalanraya dan kawasan kediaman bagi mengurangkan jenayah.
- Menghapuskan tol Sungai Nyior.
Selama 2 tahun 9 bulan memerintah mereka masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat mereka sendiri, kini hendak tabur janji baru lagi? Lepas itu mahu diberikan masa 100 hari? Aduh.. 2 tahun pun tidak mampu berbuat apa-apa inikan pula dalam masa 100 hari.
PIRAAAAAAHHHHH!!!!
Trak pikap meluru rempuh balai polis
17 minutes ago
No comments:
Post a Comment