NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label jpj. Show all posts
Showing posts with label jpj. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Isu Cermin Gelap : Bengkel Khas Setuju Pinda Peraturan - @JPJ_Malaysia @PDRMsia Perlu Batalkan Saman Cermin Gelap


Kebelakangan ini ramai pihak membicarakan soal larangan cermin gelap dan perkara membawa kepada reaksi pantas DS Hishammuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan.

Pujian harus diberikan kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang akur dan bersetuju dengan kehendak pemilik kenderaan agar larangan penggunaan cermin gelap dipinda dengan mengarahkan Kementerian Pengangkutan mewujudkan bengkel khas dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2014 (semalam).


Tetapi difahamkan sessi bengkel tersebut masih berjalan dan berakhir hari ini iaitu 3 Jun 2014.




Setakat ini saya belum mengetahui keputusan panel bengkel khas namun menurut laporan Berita Harian melalui laman Facebook dijangka panel penilaian bersetuju meminda peraturan di mana kadar telus cahaya diturunkan kepada 20 peratus.


Andai jangkaan Berita Harian itu tepat timbul dua persoalan kepada pemilik kenderaan, pertama cermin bahagian mana yang dibenarkan telus cahaya sebanyak 20 peratus.

Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.




Rata-rata pengguna menggesa serta mengharapkan agar kadar telus cahaya untuk cermin bahagian hadapan turut diturunkan kepada 20 peratus.

Bahasa mudah faham semua cermin boleh gelap, kalau bimbang sukar melihat identiti pemandu JPJ, tetapkan peraturan di mana pemandu perlu turunkan semua tingkap serta memasang lampu dalam kenderaan bila melalui road blok pihak berkuasa.

Ini bagi membolehkan pihak berkuasa melihat identiti serta barangan di dalam kenderaan.

Kalau dibimbangi aktiviti maksiat berlaku dalam kenderaan cermin gelap, jabatan agama rajin-rajinlah buat pemantauan, periksa kenderaan di lokasi tertentu pada waktu malam menggunakan 'torch light'.

Susah sangat ke nak fikir benda mudah macam ni?

Contoh kadar telus cahaya :

Kadar telus cahaya
Persoalan kedua, andai bengkel memutuskan peraturan tersebut dipinda bagaimana dengan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan pada 21 Mei 2014, iaitu hari di mana Menteri Pengangkutan memaklumkan pindaan sehingga semalam 2 Jun 2014?



Memandangkan sebelum ini ramai pihak tampil mencadangkan agar JPJ dan PDRM menghentikan sebarang tindakan berkaitan kesalahan cermin gelap seperti dilaporkan Berita Harian, adalah wajar saman yang dikeluarkan terhadap atas kesalahan cermin gelap ketika proses pindaan peraturan dibatalkan serta-merta!


Ini kerana pada 25 Mei 2014 pihak JPJ mengeluarkan kenyataan di mana tiada operasi cermin gelap diadakan ketika ini. Bahasa mudah faham, tiada saman yang akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap.


Tetapi malangnya pada 28 Mei 2014, ada pemandu mengadu disaman serta diarahkan menanggalkan tinted cermin oleh JPJ seperti dipaparkan di laman Facebook - JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap [KLIK]

Tindakan JPJ mengeluarkan saman atas kesalahan cermin gelap amat memalukan, apatah lagi kenyataan JPJ sebelum ini dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri.

Ini menunjukkan terdapat kegagalan komunikasi di antara Ibu Pejabat JPJ dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.

Paling memalukan apabila kenyataan oleh pihak PDRM melalui Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, dilihat bercanggah dengan kenyataan pihak JPJ :



'Policy Maker' tidak sebulu?

Dari awal isu ini timbul agensi penguatkuasa dilihat menuding jari menyalahkan satu sama lain malangnya orang ramai menjadi mangsa!

Agensi terbabit dilihat tidak sebulu serta cuba mempertontonkan kepada masyarakat siapa lebih hebat dalam menguatkuasakan undang-undang.

Tuan/puan mudah sahaja, kecualikan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan persendirian seperti saya tegaskan sebelum ini. Itu pun jika sel otak pembuat dasar dan peraturan dalam kerajaan mampu berhubung dengan normal.

Saya antara penulis blog yang sering mempertahankan agensi penguatkuasa terutama PDRM, tetapi dalam isu cermin gelap ingin saya tegaskan di sini bahawa ke semua agensi penguatkuasa seperti kebudak-budakkan.

Malu la masyarakat luar tahu begini tindakan penguatkuasa dalam negara kita.

Tidak hairanlah jika laman Facebook bantah larangan cermin gelap berjaya mendapat reaksi lebih 6 ribu pengguna Facebook selepas 48 jam dilancarkan selain persepsi masyarakat terhadap JPJ, PDRM dan juga Kastam dilihat negatif.

Natijah di sebalik gelagat penguatkuasa ini, percayalah kerajaan pemerintah bakal menjadi mangsa untuk dipersalahkan kelak!

Video terbaik dari laman Facebook :

https://www.facebook.com/photo.php?v=1513393492214343&l=4878334283144484986

Arios...!

YY : I’d kill every policy maker with a spoon, if I thought they had coffee for brains. But they’re simply not that intelligent, and I wish the people would wake up to that fact...

Wednesday, May 21, 2014

JPJ & Cermin Gelap : Kementerian Pengangkutan Setuju Pinda Peraturan @JPJ_Malaysia @PDRMsia



Berhubung isu tinted yang hangat diperkatakan selepas pengumuman pihak polis yang mahu menjalankan operasi ke atas kenderaan bercermin gelap pada 16 Jun ini mendapat respon pelbagai pihak.

Antaranya adalah sahabat blogger RBF yang meminta SPRM gempur JPJ terlebih dahulu sebelum polis bertindak ke atas pemilik kenderaan bercermin gelap [SINI]

Malah saya sendiri turut siarkan satu artikel mempertikaikan alasan pihak JPJ dan PDRM di sebalik larangan penggunaan cermin gelap adalah kerana mahu mengurangkan kadar jenayah. [SINI]

Selain itu, bantahan turut disuarakan melalui satu laman Facebook yang diwujudkan lewat malam semalam bagi mengumpul sokongan untuk mendesak JPJ meminda larangan penggunaan cermin gelap. 

KLIK SINI

Akhirnya Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan bersetuju agar peraturan berkenaan dipinda, nampaknya pihak kementerian lebih terbuka berbanding JPJ dan PDRM. 

Laporan Berita Harian hari ini melaporkan kementerian bersetuju untuk meminda peraturan larangan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan dalam negara ini.


Terima kasih kepada pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin Tun Hussein di atas respon melalui laman Twitter semalam. Terbukti kerajaan sering mendengar keluhan yang disuarakan rakyat jika saluran yang digunakan itu tepat.

Nak sampaikan cadangan atau bantahan tak perlu berbaring atas jalan raya.

Haahahaha...

Arios...!


YY : Timb. Pengarah JPJ - Bagaimana kita hendak kenal pasti penjenayah jika cermin gelap - gua jawab guna cara kamu kenal pasti penjenayah guna helmet full face. alahai..

Tuesday, May 20, 2014

Penjenayah Bertindak Kerana Pemandu Terdedah, Larangan Cermin Gelap Perlu Dipinda @JPJ_Malaysia @PDRMsia


Isu tinted kenderaan bukan perkara baru diperkatakan, malah telah diperdebatkan sejak tahun 2009. Pelbagai jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak JPJ tetapi dilihat tidak logik serta tidak relevan.

Setelah menyepi seketika, isu tinted menjadi hangat setelah pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun.

Mengikut peraturan JPJ :
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. 
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap ;
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. 
Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. 
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda : 
1) Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;  
2) Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Sejak isu tinted disuarakan antara alasan yang popular dari pihak JPJ larangan berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah.

Kenderaan bercermin gelap dikatakan menyukarkan pihak polis menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya.

Cermin gelap dianggap mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

Namun kebanyakkan kes seperti rompakan bersenjata, perompak tidak memerlukan cermin gelap kebanyakkan menggunakan kenderaan curi selain menutup wajah mereka menggunakan topeng atau helmet.

Alasan cermin gelap menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah satu jawapan yang naif, kerana apakah ada kaedah dalam mengenal pasti penjenayah yang menggunakan helmet full face, kenapa tidak diharamkan sekali penggunaan full face?

Jadi alasan pihak JPJ dan polis dilihat dangkal malah larangan membenarkan kenderaan bercermin gelap sebenarnya mendedahkan kepada kes jenayah bersenjata seperti bunuh. 

Kes 1 :
2 Ogos 2013 : Dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga emas lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa, kejadian pada jam 8.45 pagi berlaku ketika mangsa berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor.
Kes 2 :
9 Ogos 2013 :  Seorang lelaki India berusia 37 tahun yang tinggal di Air Hitam, Pulau Pinang mati ditembak ala mafia ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson, Goergtown, Pulau Pinang.
 Kes 3 :
29 Julai 2013 : Seorang lelaki parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam. Motorsikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mangsa dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan.


Dalam kes samun melibatkan mangsa wanita pula, penjenayah bertindak setelah mengetahui mangsa memandu bersendirian.


Kes 4 :
28 Ogos 2013 : Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16. Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat.
Kes 5 : 
10 April 2014 : Pelakon era 90 an menjadi mangsa samun di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju. Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa memandu bersendirian dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju. 

Dari keseluruhan jenayah yang berlaku, penjenayah bertindak melepaskan tembakan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat setelah penjenayah telah mengenal pasti identiti pemandu. 

Justeru, alasan pihak berkuasa melarang penggunaan cermin gelap bertujuan mengelak kejadian jenayah adalah dangkal. Malah tidak keterlaluan saya katakan kebanyakkan wanita yang menjadi mangsa samun disebabkan mereka terdedah kepada penjenayah.

JPJ, PDRM 'Double Standard'? 

Selain itu, menurut peraturan JPJ, hanya orang tertentu dibenarkan menggunakan cermin gelap pada kenderaan - mereka adalah 
  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Bekas Raja sesuatu Negeri
  • Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau Tentera sebagaimana masing-masing dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Penelitian saya tiada senarai yang menyatakan pemimpin politik termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh JPJ tetapi kenapa kenderaan kebanyakkan pemimpin politik dibenarkan bercermin gelap?


Adakah penguatkuasa JPJ serta PDRM mengamalkan 'double-standard' di mana pemimpin politik dibenarkan dan tidak dikenakan tindakan undang-undang tetapi pemandu yakni orang biasa dikenakan tindakan saman dan mengoyak tinted?

Kesimpulannya larangan penggunaan cermin gelap dilihat tidak relevan dikenakan ke atas kenderaan persendirian dan akta ini patut dipinda memandangkan akta tersebut dikuatkuasakan ketika negara digemparkan dengan beberapa peristiwa rogol dan bunuh membabitkan bas ekspress bercermin gelap.

Sebagai penutup, satu soalan yang gagal dijawab oleh pihak berkuasa sejak isu ini timbul adalah - kenapa booth JPJ dan Kastam di pelabuhan membenarkan kenderaan yang becermin gelap dibawa masuk ke dalam negara sedangkan ia menyalahi peraturan?

Kenapa selepas kenderaan dibeli oleh pengguna, ia dikatakan tidak mengikuti peraturan JPJ lalu pemilik menjadi mangsa?

Isu ini mengundang kemarahan ramai pihak, malang kerana yang dipersalahkan adalah kerajaan pemerintah.

Arios...!


YY : Kalau ada yang nak beromen dalam kereta bercermin gelap, itu pihak jabatan agama perlu buat pemantauan. 

Wednesday, October 31, 2012

#AES : Pemuda UMNO Bersama Pakatan Rakyat atau Rakyat?


Automated Enforcement System (AES) masih menjadi topik perbualan di kalangan kebanyakkan rakyat Malaysia. Banyak rungutan, cadangan dan juga pendapat diketengahkan oleh pelbagai pihak, baik dari mereka yang menyokong kerajaan atau mereka dari kalangan pembangkang.

Usah bicara soal pembangkang, kerana sudah menjadi rutin mereka untuk membangkang sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan. Namun apabila rakyat yang menyokong kerajaan turut menggesa agar sistem AES ini ditangguhkan dan dibuat penambahbaikkan ianya agak menarik untuk dibincangkan.

Selain CEUPACS, Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin turut menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan kelemahan mengenai sistem tersebut.

Kenyataan KJ semalam satu keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO selepas perbincangan mengenai pro dan kontra sistem AES serta pelaksanaannya dibuat secara panjang lebar.

Meneliti kenyataan media KJ apa yang saya faham adalah secara dasarnya Pemuda UMNO menerima kebaikan AES, menyokong keselamatan jalan raya ditingkatkan dan tidak menghalalkan pesalah lalulintas melakukan kesalahan, bagaimanapun aspek kelemahan pelaksanaannya perlu diteliti kerana ia menjadi asas rungutan rakyat.
Perkara pokok yang menjadi rungutan adalah :
  1. Lokasi kamera
  2. Had laju laluan tertentu
  3. Jarak pemberitahuan dari lokasi kamera
Mungkin disebabkan tiga perkara inilah Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menangguhkan dulu pelaksanaan AES dan meminta agar pandangan dan rungutan rakyat mengenai pelaksanaan AES ini dikaji dan pendidikan awam mengenainya dilakukan dengan lebih meluas terlebih dahulu.

Kita tengok sikit komen rakyat pengguna facebook terhadap sistem AES :





Tak cukup?

Komen-komen di atas mungkin tidak cukup buat mereka yang menjadikan US, Australia, Singapore sebagai negara untuk mengatakan bahawa sistem AES tiada kelemahan jadi pergi baca komen mat saleh :



Selanjutnya [KLIK SINI]

Kenapa kita perlu bongkak mengatakan tidak perlu dikaji semula kerana kajian sudah dibuat selama 10 tahun?

Ulang sekali lagi untuk mereka yang payah faham, Pemuda UMNO dan rakyat tidak tolak sistem automatik AES, yang menjadi pertikaikan sekarang adalah tiga isu pokok.

Jadi tak payah pusing kata Pemuda UMNO bersama Pakatan Rakyat, kerana pada hakikatnya dalam isu AES ini, Pemuda UMNO sebenarnya bersama rakyat!

Berita berkaitan AES dari Chicago Tribune News :
Accusing Chicago's red-light camera vendor of covering up a 2-year-old breach of ethics until a Tribune investigation brought it to light, Mayor Rahm Emanuel's office on Tuesday threw out the company's bid for a lucrative new speed camera contract.
The city also raised serious doubts about the future of Redflex Traffic Systems Inc.'s role as the longtime operator of Chicago's red-light camera program that since 2003 has generated some $300 million in fines for the city and $97 million in revenue for the publicly traded company, according to city records.
R.E.A.D  M.O.R.E
Itu di Chicago, di Malaysia belum lagi kot!

Layan video dulu bro...



Hahaha...

Arios!

YY : Dear PM - The time to repair the roof is when the sun is shining!

Wednesday, October 10, 2012

Tahniah! Datuk Solah JPJ Bangga 2,900 Saman Kamera AES Dalam Masa 2 Hari?


"Tuan penasihat...20%" - adalah dialog yang popular daripada filem 3 Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Mungkin Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan gembira apabila mendengar sebanyak 2,952 saman berjaya dikeluarkan kamera Automated Enforcement System [AES] dalam masa dua hari pemasangannya.

Menjelang akhir tahun ini pemandu di Malaysia sentiasa diawasi oleh 566 buah kamera AES yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan. Sebanyak 817 buah AED bakal dipasang di kawasan hitam menjelang tahun hadapan.

Selain diawasi kamera canggih AES ini, pemandu turut diawasi oleh 266 buah kenderaan penguatkuasa yang dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih.




Perkara yang wajib kita tahu mengenai kamera AES yang dikeluarkan JPJ seperti berikut :



Perkara yang dinyatakan adalah melalui pemasangan AES, ianya dapat merakam kesalahan dan mengesan beberapa kesalahan pemandu secara serentak. Itu sahaja keistimewaan yang dinyatakan.

Saya mencari-cari bahagian yang menyebut atau memperincikan bahawa melalui pemasangan kamera AES ini kadar kemalangan di Malaysia berjaya dikurangkan sebanyak 20%, 30%, 40% tetapi tiada dinyatakan.

Lalu timbul satu persoalan, apakah dengan pemasangan 817 buah kamera ini, kita benar-benar berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang meningkat saban tahun?

Saya yakin pasanglah beratus buah kamera sekali pun, kadar kemalangan di jalanraya agak sukar dikurangkan selagi pemandu itu sendiri tidak berdisiplin di jalanraya.

Saya berikan satu contoh, saudara mungkin pernah melihat satu papan tanda hijau tertera gambar kamera yang besar, selang beberapa ratus meter, satu lagi papan tanda yang tertera "Awas! Operasi Had Laju Sedang Dijalankan".


Hiasan sahaja.
Hahaha...

Dek kerana bimbang disaman, maka pemandu perlahankan kenderaan. Tetapi selepas itu mereka memandu pada kelajuan 140 km/j - 180 km/j .

Walaupun kamera ini tidak diskriminasi kerana jika seseorang pemandu berada dalam kelajuan 110 km/j kamera AES hanya merakam gambar kenderaan tersebut dan tetapi saman tidak dikeluarkan, namun jika memandu dalam kelajuan 120 km/j saman akan dikeluarkan.

Datuk Solah selaku Pengarah JPJ dilihat ceria apabila mengatakan melalui kamera AES, tiada diskriminasi terhadap mana-mana pemandu, kerana tidak wujud sebarang interaksi di antara kedua-dua pihak, maklumlah siapa gila hendak bercakap dengan kamera?

Adakah saudara merasakan idea JPJ ini sebagai idea yang bijak sekaligus mampu mengurangkan kadar kemalangan

Siapakah yang mengeluarkan idea serta proposal kepada Pengarah JPJ ini agaknya?

Berapa peratus daripada jumlah kutipan saman ke atas pemandu yang dikeluarkan oleh kamera AES dan dikutip oleh syarikat konsesi menjadi milik Datuk Solah?

Maaflah tanya...

Bukan mahu menuduh maklumlah wajah ceria sahaja bila keluarkan kenyataan lebih 2,900 saman berjaya dikeluarkan dalam masa dua hari sistem ini dipasang.

Satu jalan di Putrajaya ini aku pandu pada kelajuan 90 km/j pun berdesup flash keluar daripada kamera gedabak ko apa cerita ni...?

Datuk Solah cuba jawab, berapa kadar kemalangan dijangka dapat dikurangkan tahun pertama sistem ini dipasang?

Kalau tiada jawapan konkrit, saya sarankan Datuk Solah pasang sajalah kamera ini dihadapan rumah Datuk Solah.

Hahaha...

Arios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal