NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label azan. Show all posts
Showing posts with label azan. Show all posts

Monday, March 14, 2011

ISA Sahaja Golongan Yang Hina Azan..

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bangkitkan isu yang sangat serius untuk kita semua berikan perhatian. Iaitu isu hina azan di laman youtube.

Sekarang ini banyak betul pihak yang permain dan persendakan ajaran Islam. Dulu pernah ada satu youtube yang hina orang Islam solat. Sekarang semakin menjadi-jadi orang Islam dihina dan dipersenda. KDN patut siasat dan ISA kan sahaja golongan ini.

"KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam. “Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. — Bernama"

Harap KDN menjalankan siasatan diatas dakwaan yang dibangkitkan oleh PPIM ini. 

Monday, January 17, 2011

Peguam MCA 'Gentle' Minta Maaf, Teresa Cock & Rakan Mereka Bila Lagi?



Peguam MCA Ng Kiam Nam yang sebelum ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam berhubung satu surat aduan yang kononnya dihantar kepada Perdana Menteri tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam petang tadi.

Atas dasar semangat muhibbah antara kaum, kita memaafkan beliau di atas keterlanjuran beliau tempoh hari.  Saya memuji tindakan yang dilakukan oleh peguam ini.

Beliau tanpa rasa ragu memohon maaf secara terbuka di Pejabat UMNO Pantai Dalam di depan para wartawan dan pihak media.

Namun jangan kita alpa bahawa selain Ng Kiam Nam, sebelum ini telah ada pihak yang menghina azan, mereka adalah dari kalangan DAP. 

Mereka adalah Dr. Tan Seng Giaw iaitu Timbalan Pengerusi DAP Pusat yang pernah membawa isu azan Suboh sehingga ke Parlimen pada 25 Oktober 2005. Sudahkah beliau memohon maaf?

Orang kedua yang menghina azan juga adalah dari kalangan DAP iaitu 'ah so' mulut celupar yang pernah makan 'makanan anjing' iaitu Teresa Cock di mana pada 18 September 2008, 'ah so' ini cuba menghantar petisyen kononnya mewakili penduduk  untuk menggesa supaya azan Suboh diperlahankan!

Peguam MCA sudah memohon maaf dan sewajarnya kita memaafkan di atas kesilapan beliau dan kita harap agar ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang cuba mempertikaikan kesucian agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan dua pemimpin DAP yang chauvanist dan racist si Teresa Cock dan Dr. Tan Seng Giaw? Sudahkah mereka memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam?

Kenapa bila isu azan dimainkan oleh Teresa Cock dan rakan-rakan mereka, tiada langsung suara para pemuda PAS atau pun PKR? Jauh sekali kita dengar komen daripada 'anak papa' si Nurul Izzah.

Beranikah pemimpin DAP ini memohon maaf sebagaimana dilakukan oleh peguam MCA terbabit?

Saya menganggap mereka sesekali tidak akan memohon maaf, kerana DAP memang semulajadi bersikap chauvanist dan anti Islam!



p/s : Esok bahagian  ke-4 artikel 100 Dalil Kenapa DAP Harus di Tolak akan disiarkan jam 12 tengah hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal