NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label SUK Selangor. Show all posts
Showing posts with label SUK Selangor. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Kerana Penangguhan #Langat2 Oleh Kerajaan PKR Negeri Selangor Berlaku Pembaziran RM606 juta!


Setelah puas bermain tarik tali dengan pelbagai alasan yang sengaja dibuat-buat, akhirnya Khalid Ibrahim menandatangani persefahaman (MoU) bagi pengstrukturan semula bekalan air di Selangor sekaligus membuka laluan kepada pembinaan loji Langat 2.

Jika diperhatikan kebanyakkan laporan media pro pembangkang ia memberi gambaran kononnya isu tersebut berjaya diselesaikan kerana kebijaksanaan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. 

PAUTAN ARTIKEL
Tidak mengapa, kita faham PKR sentiasa hidup dalam 'denial syndrome' seperti Ketua Umum mereka. 

Apa yang penting untuk kita ketahui ialah gara-gara penangguhan pembinaan projek Langat 2 yang disengajakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sebanyak RM606 juta perlu dikeluarkan sebagai kos tambahan.

Ini merupakan satu pembaziran besar!

Setakat ini hanya satu pihak dilaporkan tidak berpuas hati terhadap MoU Langat 2 yang dimaterai oleh Khalid Ibrahim semalam iaitu calon N25 Kajang brader Anwar Ibrahim.

Kah Kah Kah...!


Arioss...!

Wednesday, July 11, 2012

TERKINI : 200 Orang Berdemo di Hadapan SUK Selangor!


Satu bantahan diadakan oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diketuai oleh saudara Armand Azha di depan bangunan SUK Selangor untuk menyatakan bantahan rakyat Selangor terhadap pentadbiran kerajaan negeri PKR sekarang ini.

Lebih kurang 200 rakyat Selangor turun menyatakan bantahan mereka terhadap isu Unisel dan beberapa penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Satu memorandum diserahkan kepada kerajaan negeri PKR Selangor oleh Armand Azha.



Update menyusul.

Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Aksi Skandal MB Selangor Khalid Ibrahim Dengan Faekah Bakal Didedahkan?


Sekitar Ogos 2010 yang lalu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengadakan sidang media tentang penemuan kamera yang dipasang di dalam pejabatnya di tingkat 21 bangunan SUK Selangor.

Pada waktu itu rata-rata pengikut pembangkang menuding jari serta menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik kerja-kerja 'mengendap' aktiviti Khalid Ibrahim.

Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sebotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Adakah kita bakal dikejutkan dengan aksi 'rakus' Khalid Ibrahim pula selepas ini?



YY : Sebotaj sesama sendiri, tapi tuding jari kepada UMNO!

Sunday, January 9, 2011

Isu SUK Selangor : Satu Pencabulan Kepada Profesionalisma Perkhidmatan Awam.


Ketika blog ini ditulis,kemelut perlantikan SUK Selangor masih lagi berlangsung di negeri saya tercinta,Selangor.

Datuk Mohamad Khusrin Munawi- SUK Negeri Selangor yang merupakan seorang penjawat awam persekutuan dalam skim PTD kini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia,tak kira sama ada rakyat DYMM Sultan Sharifuddin ataupun negeri lain.

Kemelut bermula apabila Tan Sri KSN mengumumkan perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang baru selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak mengetahui akan hal tersebut sehingga kini menentang pilihan Sultan dengan pelbagai alasan yang dikira remeh dan bertentangan dengan Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan beliau yang menghalang SUK untuk turut sama dalam mesyuarat exco menunjukkan betapa 'marahnya' beliau terhadap keputusan tersebut. Sumber-sumber menyatakan bahawa Datuk Khusrin yang dikenali sebagai penjawat awam yang tegas, berprinsip dan taat kepada Sultan Selangor tidak beberapa digemari oleh MB dan pimpinan DAP kerana ketegasan beliau dalam isu-isu semasa beliau menjadi Pengarah MAIS. Selain itu juga, ada cakap-cakap bahawa salah seorang Y.B di Selangor inginkan saudara dekatnya menjadi SUK.

Pelbagai persolan timbul di benak semua orang pada ketika ini,tetapi pada pandangan saya, kerajaan negeri Selangor yang terkenal dengan sikap 'semua dipolitikkan' akhirnya memakan diri sendiri. Pada ketika ini,satu demi satu kelemahan mereka dalam pentadbiran semakin terserlah.

Begitu juga dengan beberapa isu lain seperti isu pasir, isu masjid yang dipolitikkan,percambahan rumah urut dan sebagainya sehinggakan DYMM Sultan sendiri amat sedih dengan keadaan yang menimpa negerinya. Ditambah lagi dengan krisis terbaru yang melanda ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi di Negeri terkaya di Malaysia.

Isu ini sebenarnya boleh dianggap selesai sekiranya MB menerima ketetapan bahawa kuasa melantik SUK bukan ditangannya. Ianya adalah kuasa Sultan. Begitu juga dengan peranan JPA dalam soal ini yang menjalankan tugas pentadbiran perlantikan SUK yang baru secara bebas dan tidak dipengaruhi tekanan politik.

Malangnya, seperti yang selalu keluar dari mulut orang tentang Pakatan Rakyat ini: 'Orang mati pun dia akan politikkan' maka apatah lagi Datuk Khusrin yang masih hidup ini menjadi mangsa politiking murah kerajaan Negeri.

Apa yang lebih malang, dek kerana terlalu sibuk berpolitik, MB Selangor teepas pandang perlantikan SUK baru ini,sedangkan jika mengikut amalan biasa- penggantian pegawai selalunya dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum pegawai sedia ada tamat tempoh.

Ini adalah antara kelemahan ketara Kerajaan Negeri Selangor. Perkara ini juga seharusnya dapat diselesaikan dengan murni sekiranya MB mempunyai hubungan baik dengan DYMM Sultan dan sentiasa merujuk dengan DYMM mengenai hal-ehwal negeri dan tidak terlalu mengikut telunjuk DAP, terutamanya dalam urusan-urusan pentadbiran dan hal ehwal Islam dan Melayu.

Sebagai seorang penjawat awam yang bebas, patuh kepada arahan DYMM Sultan, kuat pegangan agama- pastinya kita dapat mengagak siapa sebenarnya di belakang MB Selangor yang menolak sekeras-kerasnya perlantikan Datuk Khusrin. Pastinya salah sebuah parti ultra-kiasu sebagai parti komponen terbesar Pembangkang di Parlimen manjadi dalangnya.

Malah jika dilihat dalam sidang akhbar MB pun,pemimpin kanan bertaraf exco ini akan sentiasa berdiri disebelah MB untuk memastikan MB Selangor bercakap mengikut apa yang diarahkannya. Congaknya sangat mudah, sehinggakan ada wakil rakyat Melayu yang sanggup 'mengisytiharkan' perang kepada DYMM Sultan Selangor demi mempertahankan parti ultra kiasu tersebut.

Seharusnya sebagai penjawat awam kita perlu bebas daripada politik, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menjadi 'politically-sensitive'. Dengan keadaan politik negara yang kucar-kacir pada ketika ini, maka penjawat awam perlu memastikan bahawa kepentingan negara ini sentiasa terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan negara.

Marilah kita sama-sama berdoa agar professionalisme penjawat awam di negara ini terus terpelihara dan sentiasa ingat, 'siapa yang akan mempertahankan perkhidmatan awam ini jika bukan penjawat awam itu sendiri'

Ptd-Kokak: Raja Adil Raja Disembah, Parti Adil pastinya disanggah..hahaha...

Sumber : ptd-kokak

Thursday, January 6, 2011

TERKINI : ADUN SERI MUDA DI TAHAN POLIS.


Berita ringas yang saya terima bahawa Adun Seri Muda YB Shuhaimi Shafiei telah ditahan oleh pengawai polis dari Bukit Aman berhubung artikel yang disiarkan di blog beliau.

Artikel yang dipercayai mempunyai unsur hasutan itu serta mencabar kedudukan Tuanku Sultan Selangor. Dalam blog itu Adun terbabit antara lain mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Saya hanya ingin mengucapkan selamat menjamu 'makanan anjing' buat Adun berkenaan. Istilah makanan anjing bukan saya yang cakap yer. Tapi Teresa Cock yang cakap.


DAULAT TUANKU!!

Tuanku Sultan Perkenan, Kenapa Khalid Masih Berdegil?

Hari in Tuanku Sultan Selangor ternyata kesal dengan sikap setengah pihak yang mempolitikkan isu perlantikkan SUK Selangor Dato Khusrin.

Tuanku Sultan Selangor juga bertitah bahawa perlantikkan Dato Khusrin adalah mengikut prosedur serta yang telah ditetapkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Laporan penuh titah Tuanku Sultan Selangor disiarkan di Malaysiakini

Namun apa yang mendukacitakan adalah, Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim ternyata masih berdegil dan keras kepala kerana dalam laman twitter nya beliau menyatakan bahawa Dato Khusrin tidak akan dibenarkan mengangkat sumpah di hadapan beliau.


Kenapa regim Khalid begitu takut dengan perlantikkan Dato Khusrin? Bagi saya mereka takut dengan perlantikkan ini kerana bimbang Dato Khusrin tidak dapat beri kerjasama dengan projek-projek gelap mereka.

Projek-projek ini merangkumi projek pasir, balak, rumah-rumah urut. Kita sedia maklum PKR bukan hendak tolong rakyat pun, mereka hanya mementingkan poket sendiri.

Dengan kemasukkan Dato Khusrin mungkin segala usaha mereka untuk mengaut segala kekayaan negeri Selangor akan gagal. Ini kerana SUK berkuasa untuk menafikan segala kelulusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Jelas Khalid Ibrahim adalah seorang Menteri Besar yang derhaka kepada Tuanku Sultan kerana kerana walaupun beliau hadir dalam majlis angkat sumpah sebentar tadi, Khalid ternyata masih keras kepala kerana terlalu banyak mengikut telunjuk cina DAP.

Dalam kenyataan bertulis yang diedarkan Khalid tetap mengatakan bahawa isu perlantikkan SUK adalah belum MUKTAMAD.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,"

“Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan. "
Tuanku Sultan menitahkan perlantikkan ini mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan, tetapi Khalid masih katakan  perlantikkan ini membelakangkan Perlembagaan.? Dah gila agaknya Khalid ni?

Siapa agaknya yang dok cucuk Khalid ini? Sampai begitu sekali mereka takut dengan Dato Khusrin?

SAH!! KHALID SUDAH DERHAKA PADA SULTAN SELANGOR!

Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan Akhbar Istana Selangor Berhubung Isu Perlantikkan Khusrin.

Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan 

Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. 

Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan 

Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. 

Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. 

Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. 

Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)

Tarikh : 4 Januari 2011

Tuesday, January 4, 2011

TERKINI : GAPS & NGO SELANGOR ADAKAN PERHIMPUNAN AMAN.


Saya dimaklumkan bahawa Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) serta beberapa badan NGO negeri Selangor akan mengadakan satu perhimpunan aman berhubung isu perlantikkan SUK Selangor yang kini hangat diperkatakan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perhimpunan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 5 - Januari - 2011
Masa :  3.00 pm
Lokasi Berkumpul : Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Ayuh gerakkan anak muda 1Malaysia nyatakan sokongan kepada Tuanku Sultan Selangor. Sebarkan!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal