Menteri Besar Selangor sudah gila?
Atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memang bebal?
Saya terkejut apabila melihat satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik lori yang mendakwa penguatkuasa MPS bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.
Lebih menggelikan hati, penguatkuasa MPS mendakwa ia adalah arahan Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali sebagaimana diceritakan oleh pemilik lori dalam laporan polis yang dibuatnya.
Menurut Keeber, dia telah disaman atas kesalahan yang tidak masuk akal iaitu ada niat hendak membuang sampah. Selain disaman, tindakan penguatkuasa MPS yang menahan dan merampas kunci di tengah jalan serta mengarahkan dia keluar dari lori yang dipandu persis tindakan samseng tarik kereta.
Tidak keterlaluan jika saya katakan, individu yang bekerja sebagai tukang tarik kereta mungkin lebih berhemah berbanding penguatkuasa MPS. Selepas lori miliknya disita, dia cuba mendapatkan kembali lori tersebut daripada pihak MPS, di mana dia bertanyakan jumlah yang perlu dijelaskan agar pihak MPS memulangkan kembali lori tersebut.
Malangnya, pegawai MPS mengatakan dia perlu menunggu tempoh sebulan untuk membuat proses tuntutan. Ini undang-undang gila babi, jika babi boleh membaca nescaya babi turut terkejut bila tahu ada pemilik lori disaman kerana berniat membuang sampah.
Lebih memeritkan, pemilik lori yang sanggup membayar kompuan dipaksa tunggu sebulan untuk proses tuntutan.
Justeru, saya ingin bertanyakan satu soalan dengan Menteri Besar Selangor dan Yang di Pertua MPS, jika seseorang ada niat untuk mencuri, tetapi tidak sempat mencuri - apakah ia menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah?
Memang ajaib, MPS boleh tahu niat seseorang sebelum orang itu melakukan kesalahan.
Moron punya law..!
Oh Selangorku...!
YY : Macam-macam gila di Selangor...!




