NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, November 16, 2012

HOT! Orang PAS Dah Mula Sedar HARAKAH Sumber Fitnah!



Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kurang kredibal sebagai organ parti.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah dan Harakah Dailydilihat telah menyimpang daripada tujuan asal ia diwujudkan sebagai lidah rasmi parti itu.

Mengambil contoh isu perbalahan diantara pimpinan tertinggi parti dengan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, beliau berpendapat, Harakah tidak sepatutnya menyiarkan laporan tersebut kerana akan memberi impak yang negatif kepada parti.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dgn baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku sebagai suara rasmi parti.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, hari ini.



Beliau turut mendesak supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan supaya 'editorial' akhbar tersebut distruktur semula.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat menstruktur semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakah Daily supaya selari dengan dasar parti," katanya.

Usul yang dibawa Kamaruzaman mendapat sokongan kira-kira 600 orang perwakilan yang hadir.

Wartawan-wartawan Harakah dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja usul tersebut diluluskan.

3 comments:

abe ja said...

saya cadangkan harakah ditukar status kepada sumber maklumat terkini mengenai produk2 ubat lelaki,ubat seks,tahan lama,lambat pancut,spring return dan sebagainya.

juga sebagai gerbang informasi mengenai teknik2 terkini berkahwin lebih.

Bang Rajan said...

Sokong.....jangan lupa juga karma sutra yg dibolehkan syarak dan teknik-teknik jimak yang dapat mencapai kepuasan maksimum.

Anonymous said...

dalam erti kata yang lain, Harakah ni sepatutnya menjadi lebih "Utusan Malaysia", di mana hanya kebaikan parti sahaja yang dipaparkan, dan pekung disenyapkan.

Kalau camtu, toksah bising la pasal Utusan berat sebelah la, lidah UMNO sahaja la, sebab korang pun sedar memang camtu peranan akhbar...

wakil pas tu sendiri tanpa disedari mengakui hakikat ni..cehhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...