NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 24, 2011

HOT : FOMCA Balun Kerajaan Negeri Kelantan - #saveKelantan


Wahai rakyat Kelantan sekalian, sebelum ini kerajaan PAS Negeri Kelantan mengaku bahawa tempoh 17 tahun diperlukan mereka untuk mengatasi isu bekalan air bersih di negeri berkenaan. Sudah lebih 20 tahun memerintah lagi mahukan 17 tahun hanya untuk selesaikan isu air sahaja?

20 + 17 = 37 tahun - untuk menikmati bekalan air bersih kita rakyat Kelantan perlu melalui satu tempoh yang panjang hanya kerana air?

Sepatutnya kerajaan Negeri PAS Kelantan segera mencari jalan untuk menyelesaikan isu air di negeri berkenaan lebih-lebih lagi hasil kajian baru-baru ini mendakwa air di Kelantan dicemari bakteria E-Coli. Jalan penyelesaian perlu dicari demi memastikan rakyat Kelantan tidak diancam sebarang penyakit berbahaya.

Nampaknya adik-adik kita, datuk nenek kita di Kelantan terpaksa menanggung risiko dijangkiti penyakit berbahaya dek kerana sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menolak cadangan mengguna pakai pelan alternatif yang disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).
"Tindakan kerajaan negeri Kelantan yang tidak mahu menggunakan pelan alternatif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) bagi mengatasi masalah air bersih di negeri itu dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullahberkata, ini kerana kedegilan seperti itu hanya memberi padah kepada kesihatan rakyat terutama kepada generasi akan datang. 
"Selalunya, mana-mana kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan rakyat, lebih-lebih lagi dalam memastikan kepentingan generasi akan datang agar lebih terjamin. 
"Kalau mereka tolak atau tidak menyelesaikan masalah, maka mereka bukan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya. 
Utusan Malaysia hari ini melaporkan mengenai kenyataan Persatuan Penyelidik Air dan Tenaga Malaysia (AWER) yang mendakwa masalah air bersih di Kelantan boleh diatasi sekiranya kerajaan negeri tidak menolak untuk mengguna pakai pelan alternatif yang disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN). 
Malah AWER sendiri telah mencadangkan beberapa penyelesaian, namun tidak dilayan oleh pihak kerajaan negeri. Mengulas lanjut, Muhammad Shaani berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih kepada rakyatnya bagi memastikan ia tidak berlarutan. 
Ini kerana kata beliau, air merupakan keperluan asas dan memberi kesan yang amat tinggi kepada kesihatan fizikal dan mental, khususnya perkembangan kanak-kanak. 
"Justeru, pihak kerajaan negeri tidak boleh memandang rendah terhadap kepentingan air bersih. "Perlu ada perhatian segera yang komited untuk mencari penyelesaian," katanya. 
Dalam pada itu, Muhammad Shaani turut menggesa agar Kementerian Kesihatan menggunakan kuasanya bagi memastikan masalah air di negeri itu dapat diselesaikan segera. Malah, beliau turut meminta agar setiap cadangan atau pelan perancangan yang disediakan bagi mengatasi masalah air bersih diuar-uarkan kepada rakyat. 
Sementara itu, Setiausaha Penerangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Zulkefli Muhammad berpendapat, kerajaan negeri Kelantan tidak harus mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan rakyat semata-mata kerana kepentingan politik. 
"Apa yang penting ialah memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. Kita perlu ingat, apa sahaja fahaman sama ada politik mahupun agama, air itu adalah satu keperluan," katanya." - Utusan Malaysia
YY : Dia sedap la duk minum air mineral.... hok duk kapung ni tunggu masa nak selok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...