NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, October 5, 2011

Eksklusif Bersama @RajaNongChik - Realiti Pembangunan Kampong Baru...


Sekitar jam 2.00 petang tadi saya sempat mengikuti sessi temubual bersama Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik bersama beberapa rakan-rakan dari Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia (UMB).

Fokus kami adalah untuk mendapatkan kepastian berhubung kes Pembangunan Kampung Baru yang menjadi isu hangat serta dimanipulasi oleh pihak pembangkang serta permintaan pewaris tanah di kawasan berkenaan yang meminta kerajaan supaya menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru (RUU) yang dibentangkan pada tahun 2010.

RUU Pembangunan Kampong Baru 2010 yang dibentangkan sebelum ini mengandungi 59 Fasal sebelum dipinda dan kini RUU 2011 hanya meliputi 55 Fasal. RUU 2011 yang baru dibentangkan telah membuat beberapa pindaan antaranya kuasa menguruskan pengambil-alihan tanah oleh Perbadanan telah dikeluarkan.

Selain itu RUU 2011 turut mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampong Baru daripada kalangan pemilik/pewaris tanah dan jumlah keanggotaan Majlis Penasihat kepada perbadanan yang terdiri daripada pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru dari dua orang kepada enam orang. (dianggotai oleh pemilik/pewaris tanah itu sendiri)

Pecahan Kawasan Kampung Baru
Perkara yang perlu difahami adalah :

Perbadanan hanyalah badan yang menyediakan plan induk (master plan). Terpulang kepada pemilik sama ada ingin membangunkan tanah miliknya atau tidak.

Perbadanan bukan pemaju perbadanan hanyalah bertindak sebagai penyelaras utama atau pemudah cara kepada pemilik tanah di Kampong Baru untuk membangunkan tanah mereka memandangkan tanah-tanah ini meliputi lot-lot yang kecil jika pemilik tidak mampu untuk membangunkan sendiri.

Dakwaan kononnya kerajaan mengambil alih tanah ini tidak mengikuti harga pasaran sebenarnya tidak perlu ditimbulkan oleh pembangkang kerana pihak perbadanan tidak membuat sebarang penilaian terhadap harga tanah.

Pemilik tanah sendiri berhak untuk membuat keputusan samada ingin membangunkan tanah milik mereka atau sebaliknya. Jika mereka tidak bersetuju dengan plan pembangunan yang dirancangkan oleh perbadanan pemilik tanah berhak menyimpan hak milik tanah tersebut untuk dijadikan tanah warisan mereka.

Lebih 20 kali rundingan diadakan, yang mana turut disertai oleh pembangkang. Perjuangan untuk membangunkan Kampong Baru adalah perjuangan yang bermula sejak dahulu lagi. Gagal dijayakan kerana berlaku penyelewengan daripada syarikat swasta kes ini berlaku sekitar 15-20 tahun yang lepas.

Raja Nong Chik bertindak menjayakan pembangunan ini sejak Februari 2010 setelah diarahkan oleh PM ketika PM turun ke Kampong Baru pada awal 2010. Kerajaan sendiri yang terlibat dalam pembangunan ini tetapi diketuai oleh kerajaan sendiri.

Khalid Gagap mencadangkan supaya tabung amanah diwujudkan, tetapi kerajaan lebih ke depan dan telus dengan mencadangkan supaya pihak Perbadanan menyediakan akaun laporan tahunan yang akan dibentangkan di Parlimen setahun sekali. Langkah ini penting untuk mengelakkan berlakunya kes pecah amanah.

Isu Pembangunan Kampong Baru bukan diperjuangkan oleh pembangkang, sebaliknya banyak NGO yang terlibat dan yang paling utama pindaan ini dilakukan kerana maklum balas yang diterima daripada pemilik/pewaris tanah itu sendiri.

Disebabkan setiap lot melibatkan banyak pewaris, pihak kerajaan melalui anggota perbadanan yang dilantik yang mana terdiri daripada 5 orang pewaris/pemilik tanah, 2 orang wakil kerajaan yang dilantik oleh Menteri, wakil kerajaan negeri Selangor dilantik oleh Sultan Selangor, dan 3 orang anggota lain pengalaman dan pengetahuan dalam hal ehwal pembangunan Kampong Baru akan cuba mendapatkan suara majoriti untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan tersebut.


Perkara yang perlu ditegaskan di sini yang sering menimbulkan kekeliruan adalah kerajaan tidak mengambil tanah sesiapa tetapi hanya memberikan kaedah untuk membangunkan dan penduduk juga boleh memberikan cadangan untuk pembangunan kampung itu.

Tiada sebarang agenda tersembunyi sebagaimana didakwa pembangkang, pembangunan ini dilakukan oleh kerajaan adalah kerana 'khazanah' negara iaitu kawasan Kampong Baru dapat dibangunkan selari dengan kemajuan di persekitarannya.

Oleh sebab itu sewajarnya pemilik tanah perlu menyokong usaha kerajaan ini kerana ianya telah disusun dengan rapi oleh kerajaan demi kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Lagipun syarat yang dipersetujui kerajaan adalah TANAH HANYA BOLEH DIMILIKI OLEH ORANG MELAYU. 

Selain itu kerajaan turut bersetuju untuk menukarkan status geran daripada kampung kepada komersial dan setiap tanah akan diberi plot ratio iaitu setiap tanah yang dimiliki boleh dibangunkan mengikut pelan yang dipersetujui.

Kampong Baru sebenarnya mempunyai nilai komersial, dan nilai komersial ini akan meningkat dengan sendirinya jika kerja menaik-taraf kawasan tersebut dilakukan selari dengan kawasan sekitarnya. Setelah disempurnakan prasarana asas kuasa pasaran Melayu bertindak untuk memanafaatkan tarikan komersial.

Kuasa membeli orang Melayu mampu memindahkan tarikan komersial Jalan Masjid India dan mungkin juga Bukit Bintang ke kawasan Kampong Baru. Apabila tarikan komersial meningkat, nilai hartanah dan kadar pajakan hartanah akan juga meningkat dan ini akan memberi keuntungan kepada pemilik tanah di Kampong Baru itu sendiri.

Pembangkang sebenarnya tidak mahu melihat pembangunan di Kampong Baru, secara tidak langsung mereka sebenarnya telah mengkhianati penduduk di situ. Mereka lebih cenderung bermain politik daripada perjuangkan nasib pemilik/pewaris tanah di kawasan terbabit.

Nanti rakaman video perjelasan Dato Raja Nong Chik akan dimuat-naik sedikit masa lagi.


YY : Tahukah anda seorang pemilik tanah pernah meminta supaya Arwah Dr. Lo'lo diam ketika majlis dialog diadakan kerana pemilik tanah melihat beliau lebih cenderung menjadikan isu ini sebagai modal untuk menyerang kerajaan. Apa pun Al-Fatihah buat Arwah Dr. Lo'lo...



3 comments:

Helang Buana said...

Mohon link blog kami.TQ

Jeepers Creepers said...

lebih elok kg baru dijadikan kg warisan seperti di melaka..kekalkan senibina tradisional dan suasana kg.

lebih elok ada kg dalam bandar.

Anonymous said...

mmg betul...Lo`Lo disuruh diam dr berkata2...malu besau. Kami bkn menolak pembangunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...