NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, May 9, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man - Bagaimana Kalau Laporan Bloggers Benar?




Dah lama tak menulis, hari ini sempat belek-belek portal Malaysiakini yang selalu memusing setiap isu supaya ianya memihak kepada PR.

Dalam membaca beberapa isu yang hangat diperkatakan, terbaca kenyataan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang tempoh hari dikhabarkan takut untuk meletakkan diri sebagai calon di Kerdau kerana dah tahu akan kalah. Kah Kah Kah!

Kali ini Tuan Ibrahim Tuan Man, mendesak pihak berkuasa untuk bertindak ke atas dakwaan yang dibuat dua blogger baru-baru ini berhubung Kristian agama rasmi di Malaysia.

Asas yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah maklumat dua bloggers terbabit berdasarkan satu gambar kabur. Betul kata Tuan Ibrahim bahawa laporan itu tidak logik kerana hendak menggubal sebarang dasar hendaklah mendapat majoriti ahli parlimen.

Jadi tidak mungkin PAS dengan PKR akan bersetuju jika DAP hendak gubalkan Kristian sebagai agama rasmi. Kan... Kan.. Kan..

Tapi Bro Tuan Ibrahim, saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya tak yakin bahawa PAS atau PKR mampu menghalang DAP untuk meneruskan sebarang agenda, kerana dalam Perlembagaan PAS sendiri tidak menyebut agenda untuk menubuhkan negara Islam. Ini bukan saya kata, si Nizar Lambai yang kata mungkin Bro Tuan Ibrahim lupa jadi saya tepek video satu :



Kalau orang PAS sendiri yang kata bahawa, tiada sebarang penubuhan negara Islam. Perlukah saya yakin bahawa PAS tidak akan turut telunjuk DAP jika DAP hendak jadikan Kristian agama rasmi Malaysia?

Itu satu hal, wahai Bro Tuan Ibrahim bagaimana pula kalau dakwaan yang dibuat oleh dua bloggers ini adalah benar? Adakah PAS tetap berdiam diri tanpa menyatakan sebarang pendirian terhadap gerakan yang cuba digerakkan oleh MP DAP terbabit?

Yang mana lebih bagus wahai Bro Tuan Ibrahim, kita biarkan polis siasat dan jika dakwaan itu tidak benar. Bloggers terbabit dakwa sahaja di bawah Akta Hasutan (walaupun akta ini kerap diminta dimansuhkan oleh PR).

Itu satu isu, isu kedua Bro Tuan Ibrahim minta KDN tarik balik permit Utusan kononnya laporan akhbar terbabit melampau? Akhbar cina bagaimana pula wahai Bro Tuan Ibrahim? Ada baca akhbar cina tak? 

Bro Tuan Ibrahim, akhbar Utusan Melayu tidak melampau dalam melaporkan beritanya, kerana setakat ini tiada lagi Utusan menarik balik artikel walaupun kerap disaman berjuta-juta.

Berbeza dengan Harakah yang tarik balik artikel selepas ianya dibaca oleh beribu pembaca di Malaysia. Jadi di antara Utusan dengan Harakah kredibiliti Utusan jauh lebih tinggi daripada Harakah tahu tak? Saya sendiri pernah tulis pasal kredibiliti Harakah di SINI

Jadi usahlah meroyan supaya permit Utusan ditarik balik, sepatutnya kamu bersyukur kerana Harakah yang mempunyai permit terhad yang sepatutnya diedarkan kepada ahli sekarang ini dilihat dijual berleluasa tanpa sebarang tindakan.



Double Y :Kalau dakwaan bloggers benar, Bro Tuan Ibrahim masuk UMNO mau? Polis siasat pun belum habis usah banyak cakaplah!

1 comment:

Jawa Bernam said...

kita hentam saja...
mohon link...blog saudara telah dilinkkan...
http://jawaber6.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...