NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, May 9, 2011

Kristian Agama Rasmi Malaysia - Cabar Pemimpin DAP Buat Ikrar Depan Rakyat!!

Gambar Malaysiakini

Bahang kepanasan situasi politik di Malaysia semakin hari dilihat semakin panas, bermula dari isu Liwat II, zina dalam keretapi, isu video seks Anwar dan yang terbaru yang dilihat agak sensitif untuk dibicarakan, adalah isu di mana dikatakan beberapa Ahli Parlimen DAP berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia.

Isu yang didedahkan oleh blogger BigDogDotCom dan Marahku itu mendapat liputan meluas oleh akhbar dan berita televisyen tempatan. Malah ia juga mendapat reaksi dari para menteri kabinet. Manakala akhbar rujukan orang Melayu iaitu Utusan Malaysia memilih untuk memaparkan isu ini di muka hadapan

Malaysia memang negara berbilang kaum, agama serta fahaman. Namun harus ditegaskan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan dan majoriti penduduknya beragama Islam.

Isu merampas kedudukan agama Islam bagi saya bukan isu baru, ianya pernah kita dengar di mana wujudnya satu gerakan oleh agama lain untuk merampas kedudukan agama rasmi persekutuan. Di mana pihak ini didakwa memperjuangkan 14 tuntutan.

Antara tuntutan gerakan ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'golongan tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama sehingga sampai usia tersebut.

Dan hal ini diakui sendiri oleh MP Kulim Bandar Baru YB Zul Nordin.

Malah kita juga ada dengar bahawa paderi-paderi Melayu dari Singapura yang masuk ke Malaysia dan cuba untuk menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Melayu di sini, namun kesemua dakwaan ini sehingga ke hari ini masih belum dibuktikan kesahihannya.

Namun dakwaan yang dibuat dua blogger kali ini dilihat serius kerana ianya melibatkan perjumpaan sekumpulan manusia di Pulau Pinang yang mana turut disertai oleh MP DAP Jelutong Jeff Oii yang dikatakan membentuk bulatan dan memegang tangan satu sama lain sambil berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia kelak.

Malah untuk menyokong dakwaan mereka, blogger ini turut memaparkan sekeping gambar yang dikatakan dirakam dalam pertemuan terbabit.

Jeff Oii ini gambar apa celita tailoo..?

Tapi hari ini MP DAP si Jeff Oii yang dikatakan terlibat dalam pertemuan sulit tersebut dikatakan membuat satu laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan dua blogger yang mendedahkan isu ini. 

Ok.. kita setuju dengan tindakan Jeff Oii kerana itu hak dia sebagai rakyat Malaysia. Jeff Oii menggesa tiga pihak ini supaya memohon maaf kepada beliau dalam tempoh 24 jam SINI

Bagi saya Jeff Oii tidak perlu gelabah sangat, walaupun isu ini didakwa untuk menimbulkan sentimen anti-cina di kalangan orang Melayu ianya mesti disiasat dengan teliti oleh pihak bertanggungjawab dan blogger yang terbabit hendaklah tampil memberikan maklumat untuk memudahkan proses penyiasatan tersebut.

Dan kalau maklumat ini tidak benar dan dua blogger ini dilihat cuba untuk menghasut pihak berkuasa dakwalah blogger terbabit, Jeff Oii tidak perlu gusar serta gelabah.

Akan tetapi sebelum menunggu proses siasatan ini dijalankan yang mungkin memakan masa yang agak lama walaupun Perkasa bagi tempoh 2 minggu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat, saya percaya ianya akan mengambil masa yang lebih dari itu.

Jadi untuk meredakan emosi orang Islam yang dilihat semakin terjejas, saya CABAR setiap pimpinan DAP menjemput semua akhbar-akhbar serta stesen televisyen dan buat satu sidang media terbuka. Di mana dalam sidang media tersebut setiap pemimpin  DAP BERIKRAR untuk MEMPERTAHANKAN ISLAM sebagai agama rasmi persekutuan.

Dan DAP juga akan terus MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM di Malaysia andai kata parti komunis ini menjadi kerajaan kelak. So  Lim Kit Siang, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Jeff Oii dan kroni mereka dalam parti DAP..

ADA BERANI??



Double Y :  cuba untuk tidak 'melatah' dalam isu ini sebab hormat kawan-kawan yang beragama Kristian.

1 comment:

Anonymous said...

Ya! Kita memang tenang, dan kita sentiasa tenang. Pasal tu lah ada suara-suara kemarahan yg kata kita terlalu tenang hingga akhirnya kita sentiasa bertolak ansur. Hasilnya? Kita ditolak beransur-ansur!!

Malangnya ada antara orang kita sendiri, Melayu, Islam dan Melayu, Islam yg kerja dengan Kerajaan serta agensinya JUGA sanggup menyokong fahaman bahawa semua yg dikata terhadap kaum DAP ini sebagai tidak benar dan tipu!

Jadi adalah lebih baik KITA CABAR semua mereka yg sanggup jadi BUTA RABUN ini supaya BERIKRAR untuk tidak jadi gunting dalam lipatan dan CABAR anai-anai ini untuk ISYTIHAR diri mereka sebagai penyokong kaum DAP dan/atau mereka sekongkol dengan barua-barua DAP yg sepakat dengan DAP itu, untuk MELETAK JAWATAN dari bekerja atau cari makan dengan AGENSI KERAJAAN dan Jabatan Kerajaan BN.

Melayu Islam, isytihar diri dulu sebelum kita nak suruh DAP isytihar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...