NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, April 26, 2011

Kenyataan Pertama Dato Mustafa Ali Isi Hati PAS Yang Sebenar - KJ

KUALA LUMPUR  26 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata kenyataan asal Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa parti itu akan membuat ketetapan baru mengenai masa depannya dalam pakatan pembangkang setelah siasatan kes rakaman video aksi seks selesai, adalah isi hati dan pendirian sebenar Pas.

Menurut beliau kenyataan kedua berhubung perkara terbabit oleh Datuk Mustafa Ali adalah untuk menjaga rumahtangga pakatan pembangkang yang kian retak menanti belah selain mendapat tekanan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kenyataan Mustafa Ali yang pertama adalah pendirian sebenar Pas dan kenyataan kedua dibuat setelah Azmin marah, Azmin ugut, Azmin merajuk barulah beliau terpaksa buat kenyataan kedua untuk jaga rumahtangga pembangkang.

"Sebenarnya sebagai seorang pemimpin kanan Pas, kenyataan yang pertama itulah yang menjadi isi hati beliau dan itulah pendirian mereka. Kita tahu Pas amat tidak senang dengan kes-kes  yang dihadapi oleh Anwar  dan tidak puas hati dengan kes-kes moral sedemikian.

"Ada  sesetengah pihak dalam PKR dan DAP mereka tidak kisah sangat pasal kes moral. Tetapi  Pas tidak bersikap demikian. Kalau kita tanya Pas mereka akan kata kalau benda itu betul  ianya akan memberi kesan kepada kepimpinan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah, pendirian awal oleh Datuk Mustafa Ali memang satu kenyataan yang  logikal dan rasional.

"Datuk Mustafa Ali buat kenyataan awal yang logikal dan rasional bahawa Pas hanya akan buat keputusan selepas dan  selesai siasatan. Saya rasa ini satu kenyataan yang logikal. Tetapi kenyataan ini tidak boleh diterima oleh Azmin dan memaksa Mustafa tarik balik.

"Dan jika kita tengok dari segi PKR mereka akan kata "no"….. benda ini mereka kata  tidak perlu tunggu siasatan Polis sebab "confirm" bukan Anwar Ibrahim.  Mereka keluarkan kenyataan sedemikian sebelum tengok video terbabit  dan sebelum  tengok yang dua minit dah ada  keluar kenyataan kata bukan Anwar. Macam mana mereka tahu sebelum tengok dan keluarkan jawapan," katanya.

Beliau seterusnya mencabar PKR jika mereka berani kerana benar kononnya, apa salahnya menunggu hingga hasil siasatan selesai dan biarkan Pas membuat pendirian mereka sendiri.

"Kita tahu Pas adalah talian hayat PKR  untuk masyarakat Melayu Islam sebab selagi Pas kata mereka sokong Anwar, sebahagian orang Melayu Islam akan kata Anwar bersih.  Dan jika Pas kata tidak sokong Anwar sebab ada kes moral, kita akan tengoklah masyarakat Melayu Islam akan tarik sokongan mereka kepada pembangkang," ujarnya.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang akhbar memberitahu Pas akan membuat ketetapan baru jika terbukti pelaku dalam rakaman video aksi seks yang kini disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana didakwa oleh trio 'Datuk T'.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mustafa menafikan beliau pernah membuat kenyataan sebegitu, dipercayai akibat tekanan daripada PKR terutama Azmin yang menyelar Setiausaha Agung Pas itu secara terbuka menerusi Twitter. -MediaUMNO


Double Y : Teringat ketika terserempak dengan Dato Mustapa Ali di Kuching ketika makan. Terus tanya komen dia pasal video seks. Namun dia tak percaya itu Anwar Ibrahim, namun waktu itu beliau akui belum melihat video tersebut. Agaknya sekarang sudah tengok kut. Itu pasal PAS mula ragu-ragu untuk terus bekerjasama dengan PKR..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...