NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Elak Kowting : Hanya Operasi Bersepadu Mampu Perangi Tauke Premis Judi @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak


Kalau sebut judi online, negeri Selangor merupakan 'champion' di mana terdapat ratusan premis judi yang berlesen serta tidak berlesen. Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membanteras premis judi di semua peringkat mendapat respon pelbagai pihak.

Malangnya, rata-rata melihat kenyataan Zahid Hamidi hanya retorik, kerana terdapat dakwaan bahawa kebanyakkan premis judi 'dilindungi' oleh pegawai atasan PDRM sendiri. 

Tapi jika diteliti, dakwaan yang diperkatakan masyarakat mungkin ada kebenaran, memandangkan kebanyakkan premis judi online mampu beroperasi seperti biasa selepas dua jam pihak polis merampas segala peralatan mereka.

Disebabkan kelemahan inilah. masyarakat tidak yakin dengan kemampuan PDRM dalam memerangi premis judi kerana terdapat juga premis yang 'dijaga' oleh pegawai atasan tertentu.

Justeru untuk mendapatkan pandangan rakyat menerusi media sosial berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mahu menubuhkan pasukan khas untuk banteras premis judi.

Saya membuat dua posting di laman Facebook mengenai lokasi premis judi yang beroperasi hanya beberapa meter dari Balai Polis.



BACA KOMEN POSTING

BACA KOMEN MASYARAKAT

Bagi saya masyarakat menyalahkan PDRM dek kerana segelintir anggota yang turut mengunjungi premis berkenaan.

Selain itu, pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad, dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor pada tahun 2007 membuktikan wujudnya 'kerjasama' jalan belakang antara anggota dengan tauke judi.

Nota : Al-fatihah buat ASP Mior Fahim Bin Ahmad

PENGAKUAN BERSUMPAH ASP MIOR
Tetapi bagi saya, sekarang bukan masa untuk mencari salah siapa, sekarang adalah masa untuk berjuang membanteras premis judi yang membiak di seluruh negeri kerana tauke-tauke judi tidak lagi takut kepada undang-undang.

Jadi sahabat-sahabat PDRM perlu bangkit mengembalikan maruah Sang Saka Biru yang begitu digeruni oleh tauke premis judi dan aktiviti persundalan ketika dulu, tapi kini Sang Saka Biru tidak lagi dihormati dan tidak lagi digeruni oleh anak muda terutama anak cina.

Sebab itu setiap kali roadblok golongan ini tidak menghormati individu yang menyarung Sang Saka Biru kerana bagi mereka kamu boleh 'kowting' dengan nilai RM100!

Jadi, bagaimana kita mahu banteras aktiviti judi yang telah memusnahkan puluhan ribu nasib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama?

Kami mencadangkan agar diadakan tindakan & operasi besaran secara bersepadu melibatkan :

1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Syarikat Bekalan Air
5. Jabatan Imigresen Malaysia
6. Jabatan Agama Islam
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
8. Syarikat Telekomunikasi
9. Pengiat Media Sosial / Wartawan
10. Ahli Politik di kawasan masing-masing
11. Ahli Majlis Tempatan
12. Orang Awam

seperti dicadangkan oleh Biswardi Hasbi.

Pihak ATM bertindak memantau operasi dan sebagai langkah berjaga-jaga kerana aktiviti perjudian merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dunia 'underworld'.



Arios...!

3 comments:

Anonymous said...

Susahnya nak jadi baik.

Anonymous said...

Salam pihak admin,

Kami terharu apabila admin mendoakan dan menyiarkan kembali gambar sahabat kami Allahyarham ASP Mior. Perjuangan arwah terlalu sukar, mungkin Allah tidak mahu arwah menempuhi rintangan serta ugutan yang tidak mampu diterima oleh beliau lalu ajal ASP Mior ketika arwah di sungai.

Teruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh arwah ASP Mior.

Semoga Allah melindungi pihak admin blog dan juga sahaba yang mendedahkan penyelewengan dalam PDRM.

Anonymous said...

Wayang saja bro kalo polis turun. Kejap je bukak balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...