NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, December 15, 2012

#PRU13 : @Mustapa_Mohamed & 250 Pejuang Siber Buat PAS Kelate Kenaleng!


Kenaleng! (berdebar)

Nampaknya PAS Kelantan...

Esok pejuang-pejuang siber anak Kelantan yang terdiri daripada bloggers serta facebookers bakal berkumpul dan bersatu melalui program Ramah Mesra Bersama Tok Pa yang diadakan di Holiday Villa, Kota Bharu.

Menurut saudara Eizwan selaku penyelaras program hampir 250 pejuang siber kelahiran Kelantan bakal memenuhi jemputan Tok Pa termasuk saya dan sahabat blogger seperti Panglima Perang Siber dan blogger 1 Peluru.

Alang-alang nak balik Kelantan esok, ingin saya kongsikan satu maklumat yang diterima dari sumber dalaman PKR sendiri. Menurut sumber ketika mesyuarat AMK Malaysia pada 6 Oktober 2012 bertempat di Ibu Pejabat PKR  satu hasil kajian mengenai pola pengundi menjelang PRU13 telah dibentangkan.

Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh 2 kali iaitu pada 31 Mac hingga 15 April 2012 dan 1 September hingga 16 September oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM/UMCEDEL diketuai Prof. Dato Dr. Mohd Redzuan Othman.

Hasil kajian tersebut mendapati peratusan sokongan kepada BN antara bulan Mac hingga September meningkat sebanyak daripada 27 peratus kepada 32 peratus.

Manakala sokongan kepada PR pula merundum dari 44 peratus jatuh kepada 41 peratus disebabkan faktor imej Tok Pa dan keinginan rakyat Kelantan untuk berubah setelah 22 tahun berada di bawah pimpinan PAS dan keadaan ini telah membimbangkan PR.

Ulang lagi sekali, situasi ini amat membimbangkan PR...

Amat membimbangkan PR...

Orang Kelate kato...

PAS Kelate loni tengoh gelepar dengan kenaling dup...dap...dup...dap!

Lamo dok dengar dikir barat...

Jom kito layan dikir selagu boh!

Warning : Jangan bangun joget sudoh, takut keno igak dengan keno saman MPKB!

Hahaha...




2 comments:

Anonymous said...

Mantap boh...buleh jupo demo esok.

-Mat Yie Kube Bala-

C++ said...

Bhai YY...

Huh... takutnyer... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...