SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat DAP iaitu Nga Kor Meng dan Liew Chin Tong.
Dua hari lalu, MP Tanjong, Ng Wei Aik cuba membangkitkan semula isu PATRIOT dengan menulis surat kepada MCC agar bertindak terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan YPNM.
Berdasarkan tindakan DAP yang mengaitkan Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP sebenarnya menjadikan plat PATRIOT sebagai peluru dalam usaha mereka untuk menyerang kepimpinan MCA.
Selain itu, saya berpandangan bahawa DAP tidak senang apabila Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) diberi kebenaran untuk menjalankan penjualan nombor plat khas PATRIOT.
Kerana hasil jualan plat tersebut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Malah, tindakan DAP melalui Nga Kor Ming, Liew Chin Tong dan kini Ng Wei Aik membuktikan mereka memang bersifat rasis serta double standard!
Kenapa hanya PATRIOT sahaja yang diserang dan dijadikan isu oleh DAP sedangkan penjualan plat PATRIOT dilakukan secara terbuka melalui sistem online. Tidak seperti plat siri khas SAS, di mana ia dijalankan oleh sebuah syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD.
Memandangkan isu plat PATRIOT dibangkitkan semula oleh DAP, saya menyarankan agar pihak YPNM menghantar jemputan debat kepada setiap pemimpin DAP yang membangkitkan dan menggunakan YPNM sebagai modal politik sempit mereka.
Melalui debat atau forum terbuka di televisyen atau radio, kekeliruan masyarakat terhadap YPNM dapat diperjelaskan supaya ia tidak terus dijadikan isu politik oleh pembangkang.
Persoalannya, adakah pemimpin DAP berani untuk tampil berdebat dengan YPNM?
What say you Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong?
Arioss...!
YY : Tak bagi muka terutama kepada DAP!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-