Tuesday, July 28, 2015

Admin FB Pseudoscience Watch Diminta Buktikan Tuduhan Terhadap Syed Mier


Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu pengguna. Berdasarkan pemerhatian, admin PW mewujudkan laman Facebook tersebut sebagai inkuiri untuk membincangkan khasiat di sebalik produk kesihatan yang berada di pasaran.
Dari maklumat yang dipaparkan, inkuiri ke atas sesuatu produk dibuat berdasarkan saintifik.

Jadi, saya tidak menolak kemungkinan admin PW mempunyai latar belakang bidang saintifik berdasarkan hujah yang dikongsikan bersama pengikut mereka.

Namun saya terpanggil untuk mempersoalkan tindakan admin PW, kerana mereka dilihat agak keterlaluan apabila mendakwa ada mangsa meninggal dunia selepas mengikuti protokol Tuan Syed Mier. 

Malah tidak keterlaluan saya katakan admin PW sebenarnya tidak ikhlas dalam inkuiri mereka.

Rujuk posting di bawah :


Berdasarkan posting bertarikh 15 Julai 2015, jelas menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dan membuat analisis membuta tuli.

Lebih parah apabila ia seperti memberi gambaran tiga pesakit meninggal dunia selepas mengikuti protokol rawatan dari Tuan Syed Mier.


Bagi saya, kita manusia hanya mampu berusaha untuk mengubati penyakit tetapi Allah SWT yang menentukan sama ada penyakit itu boleh sembuh atau sebaliknya.

Melihat posting bertarikh 15 Julai 2015, saya keliru dengan tindakan admin PW. 

Kalau benar Facebook PW menjalankan inkuiri ke atas sesuatu produk kesihatan bersandarkan hujah saintifik demi kepentingan orang ramai.

Tidak mungkin mereka mengeluarkan posting yang menimbulkan keraguan terhadap pembaca. 

Berdasarkan point nombor 5, saya ingin bertanyakan tiga soalan mudah kepada admin Facebook PW.

Pertama, adakah admin PW bermaksud kematian pesakit berkenaan disebabkan produk B17?

Kedua, adakah admin PW ingin mengatakan Tuan Syed Mier bertanggungjawab terhadap kematian tiga pesakit berkenaan?

Ketiga, adakah admin PW mahu mengatakan kematian tiga pesakit disebabkan gelaran professor palsu yang digunakan oleh Tuan Syed Mier?

Persoalannya, apakah bukti yang dikemukakan oleh admin PW untuk menyokong tuduhan yang dibuat terhadap Tuan Syed Mier?

Justeru, bagi membuktikan admin PW benar-benar ikhlas dalam setiap inkuiri mereka - saya mohon admin PW tampil dengan bukti serta jumlah mangsa yang membuat aduan berkaitan Tuan Syed Mier.

Ini adalah langkah terbaik untuk membuktikan admin PW tidak berbohong atau mempunyai niat lain dalam setiap posting yang dikongsikan bersama 30 ribu pengikut di laman Facebook mereka.

YY : Boring tengok jaguh di Facebook heh!

7 comments:

  1. Admin PW tidak bertanggungjawab. Soalan saya adakah admin telah berjumpa dan tahu jumlah pesakit kanser kronik yang telah sembuh selepas mengikuti protokol Tuan Syed Mier?

    Kalau niat ikhlas lebih baik berjumpa dengan pesakit kanser yang berjaya disembuhkan setelah rawatan moden tidak berupaya menyembuhkan sakit mereka.

    ADMIN FB PW JANGAN FITNAH!

    ReplyDelete
  2. ADMIN FB NI BERMASALAH DENGAN PENIAGA MLM SEBAB BISNES MLM DIA GAGAL. ADMIN FB PW GAMBARKAN SEMUA BISNES MLM ITU MENIPU. MEMANG BANGANG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa bisnes dia yea? nk viralkan

      Delete
  3. Salam Ramadan..baru2 ni pun ada bangkit isu Vivix Shaklee dituduh sebagai scam..mungkin PW kena duduk semeja dgn pakar2 nutrisi & rawatan alternatif utk kita terangkan perkara sebenar..

    Just my 2 cents.

    ReplyDelete
  4. Menipu gelaran sendiri Sudah menggambarkan etika profession Yang salah. Cas rawatan Yang melampau sedangkan bahan Yang digunakan mudah juga adalah salah. Belum dikira dos B-17 Yang diketahui umum Akan menyebabkan keracunan cynide Jika diambil pada kuantiti Yang banyak.ujian darah juga hanya ditafsir oleh Syed Yang tiada ilmu perubatan tentang kanser

    ReplyDelete
  5. ado sesapo minat nak order garam bulan?
    :D

    ReplyDelete
  6. Professorestilah masuk kerja dengan sesuai university. university mana?Angkat Dato dari dari mana? PhD kat mana? Adakah semua gelaran itu tiou semata mata?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-