NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Anwar Ibrahim 'Joker' Politik Tanahair...
Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara. Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang.
Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.
RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah.
Haru...
Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual. Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti. - Beruang Biru
HOT MINGGU INI
-
14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14 1. Ekonomi Keperluan Rakyat 》Kerajaan BN komited ke arah memba...
-
Semalam beberapa orang politik yang terdiri daripada parti PKR iaitu Chegubard kelihatan bersama 17 orang pelajar yang merusuh di hadapan U...
-
Jika kita mengatakan pemimpin-pemimpin DAP tidak mempunyai semangat patriotik atau semangat cintakan negara. Para pemuja DAP mungkin m...
-
TEKS UCAPAN SAUDARI NURUL AMAL BINTI DATO’ MOHAMAD FAUZI, NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SESI PENANGGUHAN PERHIMPU...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
1 comment:
Assalamualaikum,
Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)
Post a Comment