Anwar Ibrahim 'Joker' Politik Tanahair...
Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara. Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang.
Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.
RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah.
Haru...
Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual. Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti. - Beruang Biru
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)