NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Tun Daim. Show all posts
Showing posts with label Tun Daim. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Tun Daim Jangan Paksa Rakyat Percaya Anda Bekas Menteri Kewangan Paling Korup...


Semalam kebanyakkan blog memaparkan tuduhan calon N25 Kajang, Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim Zainuddin sebagai manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia ketika berceramah di Kajang.

Tuduhan yang dilemparkan Anwar Ibrahim ke atas Tun Daim amat berat, ia boleh memusnahkan imej beliau selaku bekas pemimpin yang telah banyak menyumbang jasa dalam ekonomi negara.

Antara tuduhan Anwar Ibrahim seperti disiarkan Keadilan Daily :
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Kewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi"
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini,"
Menyusuri kronologi Tun Daim, era kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir kewangan negara selepas dilantik Tun Mahathir Mohammad. 

Sebahagian jasa Tun Daim sebagai pengurus kewangan adalah memperkenalkan dasar kawalan modal yang diumumkan Tun Mahathir pada 1 September 1998 membawa kepada penetapan mata wang ringgit ketika negara berdepan zaman kegawatan 1997 hingga 1998.

Jasa-jasa yang telah dilakukan oleh beliau tidak boleh dinafikan, malah sebagai generasi selepas beliau, kita seharusnya bersyukur di atas apa yang telah beliau lakukan.

Namun saya tidak mahu mengambil pendekatan 'bersyukur' tanpa mempersoalkan adakah tuduhan yang terpalit ke atas Tun Daim sejak sekian lama adalah tuduhan yang benar atausekadar tuduhan palsu.

Umum mengetahui sekitar 1979 dan 1984, Tun Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd. iaitu sebuah daripada syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam entiti senarai awam.


Tun Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank selain memiliki saham majoriti dalam rangkaian bank antarabangsa berpusat di Afrika.

Bermakna selain pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi nama beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan dalam mana-mana majalah perniagaan seperti Malaysian Business atau Forbes.

Apakah aset Tun Daim tidak melayakkan nama beliau tersenarai, atau ia sengaja disembunyikan agar rakyat tidak mengetahui sumber kekayaan beliau kerana umum mengetahui beliau seorang yang 'low profile'?

Bagi saya jika Tun Daim memperolehi sumber kekayaan melalui jalan yang betul, tiada hak untuk sesiapa sahaja mempertikaikan perkara tersebut lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim. 

Namun apabila sumber kekayaan kini terpalit pelbagai tuduhan, ia wajar disiasat setidaknya Tun Daim perlu menjelaskan setiap tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

Tuduhan terhadap Tun Daim bukan pertama kali kita dengar, perbalahan di antara dua mantan Menteri Kewangan bermula sejak Tun Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

Kali terakhir kedua-dua mantan Menteri Kewangan membidas satu sama lain pada Mei 2013, ketika kehangatan kempen PRU13.

Tun Daim dalam satu wawancara membidas Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak cekap mengurus kewangan ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan Sinar Harian 1 Mei 2013 :
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.  Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya" 
Anwar Ibrahim bertindak balas dengan mengatakan Tun Daim akan menerima natijah yang setimpal jika pembangkang menang PRU13 ;
"Kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," 
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
Seingat saya kali terakhir Tun Daim membidas Anwar Ibrahim ialah sekitar Februari 2014 di mana beliau meminta agar semua tidak melayan dan memberi publisiti kepada Anwar.


Kini Anwar sekali lagi menuduh Tun Daim sebagai seorang Menteri Kewangan yang korup dalam sejarah Malaysia. Sebagai seorang negarawan, Tun Daim seharusnya menjawab tuduhan Anwar Ibrahim.

Rakyat mula bercakap, lihat saja di laman Facebook di mana rakyat mula anggap kedua-dua mantan Menteri Kewangan ini adalah penyamun.



Rakyat hanya mahu jawapan mudah - cukuplah Tun Daim menjawab atau mengambil tindakan undang-undang di atas setiap tuduhan berat yang dilemparkan Anwar Ibrahim.

Kerana rakyat hari ini tidak lagi berada dalam kepompong yang mudah untuk pemimpin perbodohkan, tidak kira sama ada pemimpin itu bernama Tun Daim Zainuddin apatah lagi Anwar Ibrahim.

Justeru, saya mungkin mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim jika Tun Daim gagal menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Kritikan Tun Daim Terhadap Najib Razak

Ada rakan bertanya, apa komen saya terhadap kritikan Tun Daim ke atas pentadbiran DS Najib Tun Razak.

Jawapan saya mudah, kita teliti semula pesanan Tun Daim sebaik sahaja meletak jawatan pada tahun 2011; 
"Ramai yang memasuki politik untuk itu (tempat teratas). Ini tidak salah, tetapi di dalam masyarakat ini terdapat juga tradisi. Anda tunggu sehingga giliran anda.''
Jadi sekarang adalah giliran DS Najib Tun Razak, zaman Tun Daim Zainuddin sudah berlalu tetapi jasa dan pengorbanan membangunkan ekonomi negara tidak kita lupakan.

Berpeganglah kata-kata Tun Daim ketika kempen PRU13 ;
"Beri peluang kepada Najib. Lima tahun. uji beliau, berikan beliau mandat. Beliau melaksanakan amanah dengan baik, mari kita lihat beliau terus membuktikan kemampuannya dan meneruskan dasar transformasi beliau"
Jangan ada yang bertindak menikam DS Najib Tun Razak dari belakang :



Arioss...!

Wednesday, February 26, 2014

Kerana Low Profile Tun Daim Tidak Disenaraikan Individu Terkaya di Msia Walaupun Kuasai IBC Bank?


Saya tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen PKR Bukit Katil merangkap Ketua Anak Muda Keliru (AMK) iaitu Shamsul Iskandar yang mempersoalkan Malaysian Business keluaran 16 Februari kerana mengecualikan nama Tun Daim dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia.

Memetik laporan The Star, Sam Ketot mendakwa pengecualian nama Tun Daim menimbulkan tanda tanya kerana umum mengetahui Tun Daim serta anak beliau Datuk Wira Dani adalah tergolong dalam kumpulan terkaya di Malaysia.


Sam Ketot tidak perlu menuduh konon nama Tun Daim sengaja dikecualikan Malaysian Business bagi menyembunyikan sesuatu.

Kerana sekitar September 2004 majalah tersebut pernah menyiarkan satu temuramah bersama Pengurus Besar ICB Global Management Sdn Bhd, Harith Harun individu yang menyelia rangkaian International Commercial Bank Group (ICB).

Ketika itu Tun Daim dikatakan enggan ditemubual oleh Malaysian Business, menurut Harith ICB beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London mempunyai 130 buah cawangan di seluruh dunia.

Tun Daim dikatakan menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB dan jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008.


Mungkin kerana Tun Daim sentiasa bersikap 'low profile', sebagaimana buku 'Daim yang Diam' menyebabkan beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan oleh Malaysian Business atau Forbes sebagai individu terkaya di Malaysia.

Justeru, biarlah Malaysia mengenali Tun Daim sebagai orang paling miskin di dunia Sam Ketot tak perlu susah hati.


Layan lagu dulu...



Arioss...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal