NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Seksualiti Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Seksualiti Merdeka. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Seksualiti Merdeka : DS @HishammuddinH2O Gesa Rakyat 'Majoriti Senyap' Bangkit Membantah


Kepantasan PDRM menghalang festival Seksualiti Merdeka yang diadakan di The Annexe Gallery mendapat respon positif daripada masyarakat pelbagai agama.

Sebelum ini dilaporkan tindakan kumpulan Seksualiti Merdeka yang mahu memperjuangkan nasib golongan gay, lesbian dan dwiseks atas nama hak asasi manusia di negara ini telah mendapat bantahan daripada 71 NGO Islam, Kristian dan juga Hindu.

Respon ini diberikan oleh rakyat pelbagai latar belakang melalui laman twitter kepada menteri bertanggungjawab iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein. Selain daripada memberi respon dan mengucapkan syabas di atas tindakan pantas PDRM kebanyakkan rakyat Malaysia masih bertindak mengecam tindakan gila penganjur festival ini.





Dalam masa yang sama DS Hishammuddin turut menggesa rakyat 'silent majority' supaya bangkit bersuara menentang sebarang usaha yang jelas bercanggah dengan agama Islam. Selain daripada itu saya juga terbaca DS Hishammuddin bertindak mempersoalkan pendirian Anwar Ibrahim berhubung penganjuran festival ini.





Tahniah PDRM dan KDN kerana berjaya menghalang gerakan gila kumpulan Seksualiti Merdeka atas nama hak asasi manusia.
"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Forum Seksualiti Merdeka tetap tidak akan dibenarkan walaupun ada pihak yang mendakwa ia tidak menyalahi undang-undang dan dilakukan dalam bilik tertutup tanpa menjejaskan ketenteraman awam. 
Katanya forum tersebut secara jelas mencemar budaya, cara hidup, moral & agama semua kaum di negara ini. Malah perbuatan segelintir minoriti ini ternyata telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada majoriti rakyat kita yang berbilang kaum, katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban di Sembrong di sini, hari ini."

Walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran buruk saya melihat DS Hishammuddin tetap komited dalam menjalankan tugas beliau, malah jujur saya katakan beliau merupakan antara pemimpin yang begitu mesra dengan rakyat setiap kali beliau turun padang.

Akhir sekali syabas diucapkan kepada DS Hishammuddin kerana berjaya menguasai aplikasi twitter dalam masa yang singkat serta berusaha menjawab sendiri setiap soalan yang dilontarkan oleh rakyat biasa.




YY : Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Mengerjakan Ibadah Korban buat semua penganut agama Islam.

Thursday, November 3, 2011

Majlis Peguam & Ambiga : Kenapa Tidak Perjuangkan Sekali Hak Pengamal Seks Dengan Haiwan Atas Nama HAK ASASI?

Gambar hiasan
Luth diutus sebagai seorang pembawa risalah kepada salah satu kelompok masyarakat yang hidup berdekatan dengan kaum Nabi Ibrahim. Kaum ini, sebagaimana diriwayatkan dalam Al Quran mengerjakan perbuatan yang menyimpang yang kemudian dikenal sebagai perilaku sodomi atau liwat.

Dikala Luth menyerukan kepada mereka untuk menghentikan penyimpangan tersebut diserukan kepada mereka peringatan dari Allah, maka mereka mengingkarinya, menolak kenabian Luth dan meneruskan penyimpangan perilaku mereka. Pada akhirnya kaum ini dihancurkan dengan bencana yang mengerikan.

Seksualiti Merdeka (SM) dikatakan satu platform untuk golongan gay dan lesbian serta pengamal dwiseks untuk menceritakan kisah-kisah mereka, dan memperjuangkan hak kesamarataan untuk pengamal gay, lesbian dwiseks di negara ini.

Festival ini berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) dan tema mereka adalah (Queer Without Fear) dijadualkan akan diadakan dari 1-13 November di Galeri Annexe, Kuala Lumpur. Datuk Ambiga Sreenevasan 'Hajjah Ambiga' akan merasmikan pelancaran perayaan pada 9 Nov.




Kumpulan Seksualiti Merdeka ini mengatakan tindakan mereka selari Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu KESAMARATAAN - Memang benar di bawah Artikel 8 dalam (1) dan (2) ada menyebut :
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Hari ini kelompok yang bercanggah dengan fitrah manusia ini menggunakan hak asasi untuk menyuarakan hak mereka sebagai minoriti jantina. Mereka menuntut hak sepertimana rakyat biasa lain dari menjadi pemimpin, perkahwinan, seksual dan hak disisi undang-undang.

Persoalan saya untuk kumpulan Seksualiti Merdeka, Bar Council dan juga Marina Mahathir adalah...

Bagaimana sekiranya selepas ini golongan pengamal seks dengan binatang meminta supaya mereka diberikan hak untuk berkahwin dengan lembu, kambing atau anjing kerana hak mereka sebagai manusia - perlukah kita akur dan tunduk dengan desakan sebegini atas nama hak asasi?

Adakah Ambiga, Marina Mahathir dan Bar Council akan bangkit mendesak supaya kerajaan mewujudkan satu undang-undang untuk rakyat Malaysia yang mengamalkan seks dengan binatang diberikan hak kepada mereka untuk berkahwin dengan binatang?

Tindakan kumpulan Seksualiti Merdeka ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam - di mana Islam tidak memperuntukkan apa-apa hak untuk pengamal gay, lesbian atau dwiseks.


Tapi dalam isu ini saya melihat PAS gagal memainkan peranan mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam di negara ini. Sebaliknya PAS memilih jalan selamat untuk tidak mencampuri urusan 'Hajjah Ambiga' dan Bar Council serta menganggap penglibatan Ambiga hanyalah pendirian peribadi wanita itu.

Namun yang anehnya bila ditanya adakah PAS akan bertindak membantah atau mengadakan demontrasi untuk menghalang festival tersebut, Khalid Samad berkata "Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan".

Kenapa PAS tidak mahu membantah atau mengadakan demontrasi mengecam tindakan Seksualiti Merdeka yang disertai Ambiga sebagaimana PAS membantah konsert MTV dan juga konsert Elton John dengan alasan konsert tersebut tidak wajar diadakan kerana ia memberi kesan sosial yang negatif seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?

Adakah Festival gay, lesbian dan pengamal dwiseks yang diadakan ini tidak memberikan kesan sosial yang negatif kepada masyarakat Malaysia?

Kenyataan Media Dari President Malaysia Bar :
Press Release

If Malaysia wants to be respected as a democracy, it must stop persecuting sexual minorities The Malaysian Bar welcomes the statement by Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ("PM Najib Razak") that he is the Prime Minister of "a progressive, liberal nation". 
Writing in an opinion piece published in the Sydney Morning Herald on 27 October 2011, PM Najib Razak went on to state that, "We are a multi-cultural, multi-ethnic society that has a long and proud history of social harmony and welcoming outsiders."

In Malaysia, the lesbian, gay, bisexual and transgender ("LGBT") community has long been treated as "outsiders", even though they are citizens. 
Members of the LGBT community in Malaysia face numerous hardships, including a lack of personal safety due to harassment by civil and Syariah authorities, living in fear of prosecution for the private acts of consenting adults, and constantly facing public discrimination and denigration. They are perennially at the receiving end of negative innuendo and hate speech in the mainstream media, which is seemingly tolerated by the authorities. 
The Malaysian Bar encourages PM Najib Razak to follow up on his words that Malaysia is a "progressive, liberal nation" and to alleviate the suffering of members of the LGBT community in Malaysia. He can do so by quickly introducing laws to remove legislation that impose unwarranted restrictions on the individual liberties of the LGBT community in Malaysia. 
From 1-13 Nov 2011, the Malaysian Bar is proud once again to support the annual Seksualiti Merdeka series of events, with this year's theme of "Queer Without Fear". We recognise the LGBT community in Malaysia as one facing persecution on the basis of sexual orientation and gender identity. 
No doubt there are those amongst us who do not agree with the sexual orientations and gender identities of the LGBT community's members. But it is precisely because of this that sexual minorities, and indeed other minority communities, need to be protected. Individual freedoms and liberties mean very little if they are only extended selectively, or to those who agree with the majority view.

PM Najib Razak wrote in the Sydney Morning Herald that "Malaysia is not some repressive, backward nation that persecutes refugees and asylum seekers." The Malaysian Bar calls on PM Najib Razak to apply the same thinking with respect to the LGBT community in Malaysia. If PM Najib Razak seriously wishes to convince his audience in Australia – and elsewhere in the Commonwealth and the world at large – that Malaysia is a "progressive, liberal nation", he must act immediately to end repression, persecution and prosecution of sexual minorities in Malaysia. 
Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar
2 Nov 2011

YY : Atas nama hak asasi murtad boleh, seks sejenis boleh, semua boleh - mudahan Malaysia tidak diperintah oleh golongan ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal