NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label RON 95. Show all posts
Showing posts with label RON 95. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

RON 97 Lebih Berbaloi Dari RON 95??


Hari ini saya menerima satu email daripada pengirim yang tidak dikenalpasti. Isi kandungan email ini mengatakan bahawa kajian yang dibuat terhadap minyak RON 95 dan RON 97. Mereka mengujinya dengan menggunakan sebuah kereta perodua viva elite, untuk melihat perbezaan RON jenis apakah yang menguntungkan pengguna.?

Untuk bacaan para sahabat di sini saya lampirkan email tersebut :

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). 

Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.
 

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km 
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o =7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

RM1 RON97 = 9.85 kmRM1 RON95 = 7.33 km


Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km  = 2. 52 km. 

Maka lebih baik anda membeli RON97.
 

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

Gambar di atas adalah pembuka artikel semata-mata, serta bertujuan untuk membuka mata Menteri yang cakap tak serupa bikin, yang banyak menyusahkan blogger-blogger pro kerajaan.

Sayur naik rakyat perlu tanam sayur sendiri, beras naik tanam padi di belakang rumah, gula naik perah tebu sendiri, minyak naik???? GALI MINYAK SENDIRI???

Bijak sungguh Sabri ni kan pembaca...? Hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal