NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Migrant Care. Show all posts
Showing posts with label Migrant Care. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Isu Menteri Rogol Amah : Chegubard & Zuraida Wajar di Dakwa Kerana Membuat Laporan Palsu?


Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh blogger pro-kerajaan, akhirnya kebenaran datang jua. Ternyata tuduhan yang dibuat terhadap DS Utama Rais Yatim merupakan satu fitnah jijik lagi hina dimana percubaan pihak tertentu untuk memburukkan kabinet kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak.

Saya sendiri hari ini, menyiarkan beberapa artikel berhubung isu ini demi membersihkan nama baik DS Utama Rais Yatim. Sebenarnya dari awal lagi saya tidak lansung mempercayai cerita pembohongan yang cuba dimainkan oleh beberapa blogger pro-pakatan.

Kerana kita tahu bahawa DS Utama Rais Yatim adalah seorang menteri yang berbudi bahasa serta menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau tidak masakan beliau mampu kekal bekerja di bawah 6 Perdana Menteri.

Dan hari ini lebih menyakinkan kita bahawa ini semua merupakan fitnah jijik dimana mangsa sendiri iaitu Robengah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah dirogol sepanjang 8 tahun bekerja bersama keluarga DS Utama Rais Yatim, malah beliau mendapat layanan yang baik sepanjang bekerja di kediaman DS Utama Rais Yatim.

Penipuan fitnah ini dikuatkan lagi dengan pengakuan mangsa sendiri iaitu Robengah yang disiarkan oleh portal detikNEWS . Malah mangsa juga menulis pengakuan dengan tulisan tangannya sendiri sebagaimana disiarkan oleh blogger Dr.Novandri.

Namun pihak blogger pro-pakatan masih cuba bermain dengan presepsi sendiri walaupun bermacam perkara kita dedahkan hari ini. Bermacam persoalan cuba ditimbulkan untuk menafikan bahawa mereka memainkan fitnah keji ini.

Ada blogger pro-pakatan kata, kes ini polis wajar siasat walaupun bukti video saksi didedahkan malah lagi bertambah saksi polis yang terdiri daripada Sumati@Sumiati, serta para blogger pro-kerajaan juga penulis blog pro-pakatan cuba meletakkan sebagai saksi. Apa gila PARIA MALAYA meletakkan para blogger pro-kerajaan yang menemubual mangsa semalam sebagai saksi?

Bagi saya kes ini sudah selesai, kerana mangsa sendiri sudah membuat pengakuan bahawa dirinya tidak pernah dirogol, jadi dalam kes ini atas asas apa penulis blog PARIA Malaya cuba menyarankan agar polis meneruskan siasatan? Maaf link blog pro-pakatan tersebut saya tidak sertakan. Kerana saya tahu para pembaca boleh mencarinya sendiri. 

Kalau hendak suruh polis siasat juga boleh, tapi polis wajar meneruskan siasatan ke atas Chegubard dan Zuraida kerana membuat laporan palsu berhubung kes ini. Laporan yang oleh mereka di IPD Seremban tempoh hari yang bersandarkan kepada laporan Migrant Care boleh dikategorikan sebagai laporan palsu mengikut undang-undang. 

Kerana dalam kes ini mangsa rogol sendiri menafikan bahawa dirinya dirogol. Jadi di sini ada asas untuk polis menyiasat Chegubard di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan laporan palsu.

Untuk tindakan saman pula, bagi saya bukan Rocky Bru yang patut di saman,kerana Rocky Bru tidak pernah menyebut nama DS Utama Rais Yatim dalam artikelnya. sebaliknya akhbar HaprakDaily serta beberapa blogger pro-pakatan. Dan yang paling utama adalah penulis blog BICARA ABU NAWAS kerana dalam artikelnya jelas meletakkan gambar DS Utama Rais Yatim. 

Orang yang kedua wajar disiasat adalah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita PKR kerana semalam dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini. Zuraida mendakwa beliau telah berhubung dengan pihak Migrant Care untuk mendapat pengakuan amah tersebut. Laporan Malaysiakini menyebut :

"Beliau (Zuraida) juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut."

Zuraida mendakwa telah berhubung dengan Migrant Care, namun Zuraida tidak mendedahkan laporan itu kepada polis? Kenapa tidak serahkan? Zuraida sudah tahu ke bahawa kes ini tidak terjadi? 

Secara kesimpulan saya melihat, polis patut menyiasat mereka berdua ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu!!!









 

TERKINI : MANGSA ROGOL MENTERI MENGAKU TIDAK PERNAH DI ROGOL?


Nampaknya semua blog hari ini fokus kepada isu Menteri 'rogol' amahnya. Dan terkini satu laporan portal detikNEWS melaporkan keterangan mangsa sendiri iaitu Robengah.

Nampaknya kerajaan Indonesia juga serius dalam menyelesaikan kemelut permainan fitnah ini. Baca laporan detikNEWS berikut :

Jumat, 07/01/2011 15:31 WIB (4.31 ptg Waktu Malaysia)
 
BNP2TKI: Rubingah Tidak Diperkosa Menteri Malaysia
 
Fitraya Ramadhanny - detikNews

Jakarta - Media Malaysia meramaikan dugaan pemerkosaan TKW Rubingah oleh Menteri Rais Yatim. LSM Migrant Care juga membenarkan data perkosaan adalah milik mereka yang dibocorkan blogger Malaysia. Namun menurut BNP2TKI, Rubingah tidak pernah diperkosa.

Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada.

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).

Penjelasan Jumhur didasarkan hasil pertemuan 4 staf Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman. Rubingah bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Datuk Rais Yatim dan Datin Masnah, kemudian kembali ke kampungnya di Dukuh Kramenan Rt 2 Rw 3, Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara, Jawa Tengah.

Rubingah memiliki dua anak yaitu Monika Umami (26) dan Agustina Umami (21). Anak terakhirnya kini bekerja sebagai TKI di Taiwan. Sedangkan suami Rubingah membuka usaha bengkel reparasi elektronik.

"Saya juga sudah melaporkan penjelasan Ibu Rubingah ini kepada Menakertrans Muhaimin Iskandar," tambah Jumhur.

Jumhur selanjutnya meminta pihak mana pun agar berhati-hati dalam mengangkat kasus dugaan pemerkosaan terhadap TKI oleh Menteri Malaysia itu. "Sebab, ini menyangkut nama baik Ibu Rubingah bersama keluarganya yang saat ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya," ujar Jumhur.

Dalam pernyataan tertulisnya di atas materai, Rubingah menjelaskan tidak pernah terjadi upaya pelecehan seksual oleh majikannya selama ia bekerja di Malaysia. "Saya bekerja selama delapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya," kata Rubingah dalam pernyataannya.

APA sudah jadi? Adakah adik si Robengah sengaja membuat pengakuan palsu semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah daripada keluarga DS Rais Yatim?

Robengah sudah mengeluarkan kenyataannya terkini, bagaimana dengan Zuraida Ketua Wanita PKR yang kononnya telah menerumah mangsa sebagaimana disiarkan oleh Malaysiakini?

Jadi wajarkah polis meneruskan siasatan kes ini berdasarkan laporan yang dibuat oleh Chegubard? Atau wajarkah Chegubard didakwa kerana membuat laporan palsu?
 

Isu Menteri Rogol Amah : Migrant Care Menafikan Mereka Mempublisitikan Kes Menteri Rogol Amah.


Berita mengenai seorang pembantu rumah kepada seorang Menteri telah pun mendapat liputan meluas media Indonesia hari ini.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Migrant Care, pihak mereka menyatakan tidak takut jika dikenakan tindakan undang-undang kerana bukan pihak mereka yang mempublisitikan kes berkenaan. Dari sini saya nampak pihak Migrant Care memang dari awal lagi menyimpan kes ini kerana mereka merasakan bahawa kes ini sama sekali tidak benar.

Pihak Migrant Care juga menafikan mereka menyimpan kes ini demi kepentingan Menteri yang dikatakan terbabit dalam kes rogol berkenaan. Mereka mendakwa pihak Migrant Care tidak mempunyai apa kepentingan pun dengan menteri terbabit, jadi adalah sesuatu yang mustahil pihak Migrant Care tidak mendedahkan kes ini kepada umum kerana terdapat campur tangan Menteri terbabit.

Laporan dari Detik News sebuah portal berita Indonesia :

Jakarta - Migrant Care tidak pernah merasa membocorkan hasil investigasinya ke publik terkait dugaan kasus TKI Robingah (46) yang diperkosa seorang menteri Malaysia. Jika menteri terkait ingin mengugat Migrant Care, mereka siap menghadapinya.

"Kalau ada gugatan, Migrant Care tidak pernah mempublikasikan hasil investigasi. Jadi tidak ada kepentingan untuk tidak berani, karena ini sebuah kasus PRT," ujar Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, dalam konfresi pers di Restoran Warung Daun, Jl Cikini, Jakarta Pusat, Jumat (7/1/2011).

Migrant Care juga membantah, memendam kasus ini karena ada kepentingan politik. Karena menurut Anis, tujuan berdirinya Migrant Care jelas untuk menangani kasus-kasus dan memberikan keadilan bagi buruh migran.
 
"Migrant Care di luar panggung itu, kita fokus menangani kasus dan mendorong keadilan bagi buruh migran. Kalau ada pihak-pihak yang memanfaatkan itu di luar kontrol kita," ucapnya.

"Dan kita tidak punya kepentingan apapun dengan menteri itu," tegas Anis.

Kabar pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, diramaikan salah satu situs berita oposisi Malaysia, Harakah Daily. Harakah mengklaim ada bocoran WikiLeaks terkait hal itu, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Namun diduga itu pelintiran Harakah yang menjadi oposisi UMNO. Sebab, Bru tidak menyebut demikian di blognya. Seperti dilansir detikcom dari blognya, yang berjudul 'Wikileaks: Malaysian senior politician and his maid?', Bru mengatakan sejauh ini kasak-kusuk WikiLeaks adalah diskusi antar blogger. Bru yang mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada bocoran WikiLeaks soal kasus perkosaan ini.

Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan investigasi lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak oposisi mengkritisi Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada Kantor Berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Kamis (6/1) kemarin.


Kesimpulannya maksud pihak Migrant Care di sini, jika Menteri terbabit iaitu Datuk Seri Rais Yatim ingin mengambil tindakan undang-undang, bukan pihak mereka yang patut di saman sebaliknya adalah para blogger yang mempublisitikan kes ini.

Video Pengakuan Teman Sebilik Mangsa 'Rogol' Menteri di Dedahkan


Seperti yang dijanjikan, nah saksilah sendiri rakaman pengakuan teman sebilik mangsa 'rogol' oleh Menteri!

Ini adalah rakaman video saksi atau teman sebilik Robengah seorang pembantu rumah Indonesia yang dikatakan dirogol oleh seorang menteri.

Saksi dalam video ini bernama Sumati@Sumiati masih lagi bekerja dengan keluarga DS Rais Yatim. Saksikan sendiri pengakuan beliau.

Video ini baru disiapkan di bilik Flowers Of Nation

Isu Menteri Rogol Amah : Kenapa Robengah Takut Hal Ini di Perbesarkan?

Hari ini portal Indonesia juga menyiarkan berita mengenai kes Menteri rogol pembantu rumahnya pada tahun 2007. Namun agak menghairankan kes ini 'mangsa' dikatakan tidak mahu memperbesarkan kepada umum. Kenapa? Adakah takut penipuan terdedah jika kes ini dibicarakan di mahkamah?

Saya mendapat komen pembaca yang agak menarik untuk dikongsikan Pemberi Komen yang bernama Megat Alam Gempita ini menulis :

Dato Dr Rais Yatim adalah Menteri Luar kabinet Pak Lah pada tahun 2007.
 

Mengikut sejarah semasa Julai 2007,media-media Indonesia begitu hebat melancarkan kempen ganyang Malaysia berhubung isu lagu rasa sayang hei, tarian reog ponorogo, isu Ambalat, angklung, tempe, batik, rendang. Isu ini hampir-hampir dimanipulasikan oleh media mereka bagi memprovokasi tentera Indonesia melancarkan perang ke atas Malaysia.
 

Satu jawatankuasa penyiasat kerajaan kedua-dua negara ditubuhkan secara rahsia dan mendapati isu adalah fitnah sepertimana isu lain yg juga disensasikan demi mencemarkan nama Malaysia. Husam Musa tahu kerana ada bersama jawatankuasa tersebut. Migrant Care juga tahu isu ini tak betul!
 

Anwarberahi sering ke Indone ketika itu utk kutip duit dan terma arahan berangkai dari CIA di Indone dan menghasut puak Hindraf memberontak di Malaysia. Matlamatnya menjatuhkan pemerintahan Pak Lah yg dikuasai KJ!.
 

Anwarberahi juga benci usaha Rais memperbaiki hubungan dgn Indone ketika itu cuba memalukan Rais dengan isu amah namun gagal. Kini isu tersebut ditiup kembali bagi menutupi isu liwatnya.

Ini adalah fakta permainan kotor fuckatan dan bapak peliwat !


Mengikut saudara pemberi komen di halaman blog saya, beliau mendakwa ada diwujudkan satu jawatankuasa penyiasat membabitkan kedua-dua belah pihak kerajaan yakni kerajaan Indonesia dan Malaysia. Namun kenapa perkara ini tidak didedahkan pada tahun 2007?

Adakah pihak Migrant Care tahun bahawa kes ini tidak betul? Manakala laporan portal Indonesia iaitu Vivanews mengatakan mangsa tidak mahu perbesarkan kes ini sebagaimana dilaporkan hari ini.


Perkosaan TKW Wewenang Kepolisian Malaysia
Jum'at, 7 Januari 2011, 08:52 WIB
Elin Yunita Kristanti

VIVAnews - Kabar tuduhan perkosaan tenaga kerja wanita (TKW) asal Indonesia oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, mengguncang negeri jiran. Kasus ini menjadi rumit karena diduga terjadi tahun 2007 lalu dan korban juga tidak melapor ke polisi.

Bagaimana posisi hukum kasus ini? Pakar hukum pidana Universitas Indonesia Dr. Rudy Satriyo mengatakan penegakan hukum dalam kasus ini adalah mutlak kewenangan Kepolisian Malaysia.

"Kita nggak bisa, harus diserahkan pada Kepolisian Malaysia untuk mengungkap kasus itu," kata Rudy saat diwawancarai VIVAnews.com, Jumat, 7 Januari 2011. Menurut dia, meski korban tak melapor, kasus itu harus diproses aparat penegak hukum karena merupakan dugaan tindak pidana.

Sebelumnya, LSM pembela hak-hak pekerja Indonesia di luar negeri, Migrant Care, menyatakan korban telah meminta agar kasus ini tidak diangkat ke muka publik dan diproses hukum.

Meski demikian, kata Rudy, hal itu tak serta-merta menghentikan perkara. "Hukum nggak bisa berhenti karena maunya si korban. Ini harus diselesaikan," Rudy menegaskan.

Meski mutlak menjadi kewenangan Kepolisian Malaysia, Rudy berharap Polri dan pemerintah Indonesia-- dalam hal ini Duta Besar RI di Malaysia--bertindak proaktif. "Harus ada peran aktif pemerintah Indonesia dalam kasus ini," katanya.
Menurut pakar Undang-undang Indonesia kes ini mesti diproses walaupun mangsa tidak melaporkan, kenapa pihak Migrant Care tidak memberikan laporan kes ini kepada pihak kedutaan? Supaya proses siasatan dapat dijalankan pada tahun 2007?

Bagaimanapun kita juga desak siasatan terperinci dijalankan, kalau tidak benar saya sarankan DS Rais Yatim kemukakan saman malu kepada mana-mana pihak yang memulakan permainan fitnah ini. Saman 100 juta biar muflis terus.

Tunggu pukul 3 petang. Jangan lupa sembahyang jumaat yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal