NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label KB Dungun Biadap. Show all posts
Showing posts with label KB Dungun Biadap. Show all posts

Friday, December 10, 2010

PANAS : Ketua UMNO Bahagian Dungun Manusia Biadap??

Kecoh isu saudara Armand Perkasa diherdik oleh Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan, malah beberapa blogger turut menyiarkan isu yang sama antaranya blogger PapaGomo

Bagi saya tindakan beliau mengherdik saudara Armand Perkasa semalam ketika sidang media tabung kecemasan untuk pelajar-pelajar di Mesir adalah satu tindakan yang bodoh. Malah tidak keterlaluan saya katakan manusia yang bergelar Doktor ini manusia yang biadap, takbur, riak dengan jawatan yang disandangnya kini.

Lagi-lagi perkara itu dilakukan kepada seorang anak muda yang cuba perjuangkan nasib-nasib pelajar melayu di sana. Inilah namanya cuba tunjuk hebat tapi tidak bertempat. Saya ingin bertanya kepada Ketua UMNO Bahagian Dungun ini, apa salah saudara Armand sehingga diherdik oleh kamu demikian rupa?

Kalau kamu mengatakan yang kamu kenal ramai Menteri-Menteri, sepatutnya kamu menyambut niat saudara Armand untuk membantu pelajar-pelajar kita di sana, bukan bertindak mengherdik beliau.

Gunakanlah saluran yang kamu ada untuk bersama berganding bahu dengan anak muda macam Armand mencari penyelesaian berhubung isu yang Armand perjuangkan. Bukan 'kondem' apa yang cuba diperjuangkan beliau. Takkan perkara macam ini orang berpendidikan macam kamu tak boleh fikir?

Adakah kamu merasakan diri kamu terlalu hebat kerana mempunyai banyak saluran dengan Menteri-Menteri kabinet? Orang muda 'meluat' dengan UMNO sekarang ini disebabkan tindakan pemimpin macam kamulah, sedar ke tidak perkara ini?

Sedih bila tahu perkara ini dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, malah perkara ini dijadikan isu oleh beberapa blogger pro PAS antaranya Pria Malaya

Berubahlah, jangan selesa dengan jawatan yang ada hari ini, ingat sikit pengundi muda adalah penentu samaada kekal atau tersungkurnya UMNO/BN di pilihanraya akan datang. Jangan buat tindakan yang boleh menimbulkan perasaan benci anak muda kepada UMNO.

Piiiiiiiiiiiiirrraaahhhhhhhhhhhh!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal