NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Izzah. Show all posts
Showing posts with label Izzah. Show all posts

Friday, January 24, 2014

HOT : Surat Tuntut Cerai Tertera Nama & No IC Milik Nurul Izzah, Tapi Bukan Izzah Anwar?


Kalau tidak menipu, bukan anak Anwar Ibrahim la brader...

Selepas heboh diperkatakan ramai pihak berhubung tuntutan Fasakh yang dibuatnya di mahkamah dua minggu lalu. Semalam Izzah menafikan bahawa dia ada menuntut Fasakh dari suaminya Raja Ahmad Shahrir.


Jodoh, maut, ajal semua ditangan Tuhan - kita tidak boleh menafikan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Sepatutnya Izzah tak perlu malu, kalau benar dia sedang berhadapan masalah rumah tangga sehingga menipu penyokongnya sendiri semalam.

Sebab Izzah menipu punya pasal, mari kita tengok dokumen di bawah - agaknya milik siapa?





Mungkin Izzah jawab kejap lagi, nama dalam dokumen serta nombor mykad sama seperti saya, tetapi ia bukan saya.

Hahaha...


Tuesday, April 30, 2013

#GE13 Dakwat Kekal : Siapa Anggota Tentera dan Wanita Yang Buat Demo Bersama Nurul Izzah Tadi? - @PDRMsia Kena Siasat!


Gambar daripada laman facebook mendedahkan wajah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal  proses pengundian hari ini boleh dicuci dalam sekelip mata. ATM dan PDRM patut siasat identiti anggota dan apa hubungannya dengan pemimpin PKR.

Pendedahan video demontrasi oleh anggota PDRM yang turut mengundi hari ini menunjukkan hasil sebaliknya. Kerana masih terdapat kesan dakwat walaupun berkali-kali di gosok, sebagaimana disiarkan di blog Harapan Esok :



Kenapa tidak hilang sebagaimana gambar yang disiarkan di laman-laman pro pembangkang?

Gambar geng-geng Pakatan Rosak, lihat kuku mereka putih bersih dan berseri-seri :

JAM JELAS MEMAPARKAN WAKTU 7.55 AM tapi...
 PUSAT MENGUNDI BUKA PUKUL 8.00 AM?
Kahkahkah!

Pusat mengundi belum buka jari sudah dicalit dakwat?

Tak hairanlah cubaan mencuci dakwat menggunakan sanitizer tersebut sebagaimana yang dillakukan oleh anggota yang mengundi pagi tadi untuk membuktikan kebenaran dakwaan Nurul Izzah & Tian Chua menunjukkan hasil sebaliknya.


Tadaa!!...

Jangan salahkan kata 'guna thinner cap ayam memang tak hilang'.

Apa nak buat dah label thinner tu memang cap ayam.

Hahaha...


YY : Gelak tengok twitter Izzah kata cuci guna dettol pun hilang. kehkehkeh!

Thursday, April 25, 2013

[VIDEO] : #GE13 Dr. Hasan Ali Gesa Rakyat Tolak Nurul Izzah Demi Akidah Umat Islam! #TolakPR #VoteBN


3 November tahun lepas, Nurul Izzah yang juga calon Parlimen Lembah Pantai  dalam satu forum telah membuat kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang bukan Melayu sahaja.

Golongan begini tidak sepatutnya diberikan hatta satu undi, beri Nurul Izzah undi bermakna kita menghalalkan dan bersetuju dengan kehendak puak gila kuasa iaitu membenarkan orang Melayu memilih apa saja agama selain Islam.



Tolak PKR, Selamatkan akidah anak cucu kita...

Tuesday, November 6, 2012

Nurul Izzah, Hak Beragama & Penjelasan Yang Semakin Tidak Jelas!


Kata orang kalau kita jahil soal agama, usah berbicara mengenainya kerana mungkin apa yang kita ungkapkan diterima oleh orang lain lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergelar wakil rakyat.

Sekarang ini ramai yang menjual agama untuk meraih sokongan politik, segala hukum-hakam, hadis, surah dilacurkan tanpa sedikit pun rasa malu mereka kepada Allah SWT.

Begitulah yang cuba dilakukan oleh Nurul Izzah Anwar apabila nekad membawa fahaman pluralisme ke dalam masyarakat kita. Pluralisme agama (religious pluralism) adalah di antara fahaman baru yang diusung oleh PKR. 

Trend pemikiran ini wujud di atas dasar kebebasan, golongan pluralisme ini yakin bahawa agama hanyalah persepsi manusia yang relatif terhadap tuhan yang mutlak, maka seluruh agama tidak boleh mengatakan bahawa agama yang dianuti mereka lebih diyakini benar dari agama-agama lain.

Kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam satu forum yang telah mendapat kencaman ramai pihak jelas menggambarkan di negara kita percubaan membawa fahaman baru ini sedang giat dijalankan melalui parti-parti politik pembangkang.
"Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain"
 “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"
Apa yang anda faham melalui kenyataan ini...?

Dari pemahaman saya, Nurul Izzah menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain dan hak kebebasan beragama tidak sepatutnya terpakai kepada bukan Melayu sahaja, ia sepatutnya dilaksanakan untuk semua termasuklah Melayu.

Itu jelas!

Tapi bila sudah mendapat kencaman pelbagai pihak, seperti biasa mereka mula pusing cerita kononnya kenyataannya telah diputar-belit oleh pihak tertentu.


Kepala konek abah kau Nurul!

Mana penjelasan mengenai tidak sepatutnya wujud desakan membezakan Islam dengan agama lain...?

Jika ada yang putar-belit kenyataan kamu, ianya datang daripada portal yang menjadi kebanggan penganut pembangkang iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider :


Paling best dan buat kita pening, adalah hero-hero pembangkang yang cuba membela Naib Presiden PKR dengan mendakwa kenyataan Nurul Izzah hanya kepada bukan Melayu :


Teliti laporan portal pro pembangkang jelas bahawa, penjelasan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim seperti Khalid Samad, Azmin Ali kini semakin tidak jelas dan mengelirukan.

Usah ribut-ribut kasi penjelasannya dong!

Kerana sudah jelas jika 'PAKATAN PLURALISME RAKYAT' memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam di negara ini bebas memeluk apa saja agama sebagaimana berlakunya ke atas umat Islam di Indonesia.



Selamatkan Malaysia daripada golongan pluralisme!

Thursday, April 5, 2012

Nurul Izzah Gembira Dengan Tekanan Ahli PKR Ampang Ke Atas Azmin Ali?


PKR berdepan satu lagi krisis dalaman selepas PKR Ampang dilihat mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut kerana kegagalan Azmin Ali menjawab dakwaan bahawa isterinya memiliki saham bernilai RM8.5 juta.

Nampaknya semakin hampir dengan pilihanraya, semakin banyak krisis yang berlaku dalam parti PKR. Tetapi ada pihak dalaman PKR mengatakan bahawa Nurul Izzah cukup gembira bila melihat Azmin Ali ditekan oleh ahli  PKR Ampang.

Umum sedia maklum bahawa hubungan Kak Wan, Nurul Izzah dan Azmin Ali tidak begitu baik. Malah Nurul Izzah sendiri pernah melabelkan Azmin Ali sebagai 'serigala' yang setia tidak bertempat.

Nampaknya selain berhadapan dengan serangan musuh politik, Azmin Ali terpaksa berhadapan dengan musuh dari dalam partinya sendiri. Mengikut maklumat diperolehi dalam parti PKR kini dikatakan telah berpecah kepada beberapa kem.


Dari MyNewsHub :
 Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  parti itu apabila buat pertama kali dan secara terbuka, mereka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke  atas beliau.
Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini turut meminta Timbalan Presiden itu  menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan termasuk soal pemilikan saham dan hubungan isterinya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas beliau, Azmin digesa meninggalkan PKR jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik parti.
“Kami yakin Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah.
“Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat,’’ katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan bersama 10 ahli jawatankuasa yang mewakili ratusan ahli cabang parti  itu.
Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara  termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal  tahun 1990-an adalah tidak benar.
Selain itu, Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk `Tuhan, Politik dan Seks’  yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli  keluarga beliau.
Namun sehingga kini, Azmin masih enggan membuka mulut kecuali dakwaan pemilikan saham beliau dan isterinya apabila menyifatkan usaha mengaitkan perkara itu dengannya sebagai fitnah.
Bagaimanapun semalam, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang merupakan individu bertanggungjawab melaporkan pembelian dan  pemilikan saham berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tampil mendedahkan bukti-bukti  sahih sebagaimana yang diminta Azmin.
Tidak cukup dengan kenyataan balas Anuar itu, tekanan dalaman yang diterima Azmin hari ini lebih membuatkan beliau `tidak senang duduk’.
Jelas Mohd. Isa, beliau dan ahli-ahli parti lain terpanggil membuat desakan tersebut ekoran sikap Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merangkap Ketua Wanita PKR yang memberi amaran supaya tidak `sibuk’ mencampuri urusan pimpinan atasan parti apabila diminta
memberikan penjelasan.
Bimbang dengan jawapan Zuraida itu, katanya, pakatan pembangkang berkemungkinan besar akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang jika tiada penjelasan konkrit daripada Azmin atau mana-mana pimpinan tertinggi parti.
“Beberapa cabang PKR lain khususnya di Selangor dipercayai akan membuat desakan sama jika Azmin mengambil sikap terus berdiam diri termasuk mana-mana pimpinan tertinggi yang turut diserang berhubung kredibiliti dan integriti mereka termasuk soal moral Anwar.
“Sebelum kami beramai-ramai bertindak keluar parti, kami minta beliau terlebih dahulu meninggalkan parti,’’ katanya

Tuesday, April 3, 2012

[VIDEO] : "Pandai-Pandai Kau, Belajar Pun Tak Habis..Pu****** Betul!" - Adam Adli Kena MAKI Warga Kerinchi!

Ketika mahasiswa Aman Kampus menjelajah mendekati dan membantu golongan susah, Adam Adli juga cuba melakukan perkara yang sama di Kg.Kerinchi.

Tetapi sayangnya kerana membiarkan dirinya ditunggang oleh parti politik tertentu kedatangannya di sana ditolak oleh penduduk kampung tersebut.

Malah penduduk kampung turut melepaskan kata-kata kesat terhadap Adam Adli dan rakan 'gay' beliau yang cuba menjadi 'hero' di kampung tersebut.

 

Dari blog Aboudiabydoo :
Apa yang Adam Adli buat di Kerinchi? 
Mengapa dia tiba-tiba terjongos entah dari mana mahu menyibuk di Lembah Pantai?

Mengapa dia tadi tiba-tiba menyerbu tangga yang sudah dikawal pihak penguatkuasa dan terus lari ke atas dengan kawan-kawannya, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. 
Apa sangkut-paut mereka di Lembah Pantai?  
Tahukah mereka sebanyak 433 keluarga mahukan perobohan dilakukan bukan sekarang, TAPI 2 TAHUN LALU!!  
Tapi hak mereka dinafikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai sendiri, si Minah BSF, Bangkang, Spin dan Fitnah. Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR.  
Minah BSF ni dengan cakap lembut dia menipu sana-sini, bawak orang luar, sengaja mahu buat kekecohan. Lagi best bawak pulak si Gay Ekhsan ni.  
Apa kes ni Nurul? Apa masalah ko sebenarnya? Untuk makluman semua yang lead Demo tadi adalah 2 orang CINA! 
Tapi penduduk 4 tingkat 100% Melayu! Cina ni apa-sangkut paut dengan Kerinchi?
Baca selanjutnya [KLIK] 
YY : Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus dijadikan anak angkat oleh penduduk kampung - pelajar 'keldai' Pembangkang ditolak orang kampung? Hahaha! 

Wednesday, March 14, 2012

KP Seputeh @RazlanRafii Dedah Khalid Ibrahim Dah Jadi Pengundi Hantu Demi Nurul Izzah?


Setiap kali tiba musim pilihanraya istilah pengundi hantu menjadi modal bagi Pakatan Rakyat dalam mencari kesalahan yang dilakukan oleh BN. Lebih-lebih lagi jika mereka kalah di kawasan tertentu pengundi hantu sering kali dijadikan alasan tentang kekalahan mereka.

Mereka kerap kali menuduh BN menggunakan pengundi hantu untuk memenangi dalam PRU, tetapi yang terbaru dikhabarkan Khalid Ibrahim juga turut terlibat menjadi 'hantu' dalam memastikan Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.

Sebelum ini Khalid Ibrahim dilaporkan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Petaling Jaya, tetapi untuk PRU yang akan datang Khalid Ibrahim dikatakan mahu memastikan Nurul Izzah menang di Parlimen Lembah Pantai.

Khalid Ibrahim dikatakan telah meminjam alamat Universiti Malaya untuk menjadi 'PENGUNDI HANTU' di parlimen Lembah Pantai. Paparan di bawah merupakan lokaliti mengundi bagi Khalid Ibrahim sebelum ini :
Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR
Baca pendedahan dibuat oleh saudara Razlan Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh :
Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang. 
PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang. 
Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.
Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.
 Baca selanjutnya [KLIK]
YY : Kata dulang paku serpih, kata BN tapi PR pulak yang lebih-lebih pindah pengundi! 

Tuesday, December 6, 2011

HOT : Blogger PAS/PR Mengamok Sakan Nurul Izzah Promosi Arak


Semalam kecoh Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim dikatakan mempromosi arak melalui laman twitternya.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah itu bukan satu perkara yang menghairankan, kalau nama negara pun beliau sanggup burukkan inikan pula setakat hendak mempromosikan minuman keras semata-mata menarik sokongan kaum bukan Islam kepada papanya.

Tindakan Nurul Izzah nampaknya mengundang padah, bukan sahaja blogger pro kerajaan mempersoalkan niat di sebalik tweet tersebut, blogger pro PAS/PR yang siang malam memuji anak Anwar Ibrahim sebagai wanita yang suci ini turut mempersoalkan niat Nurul Izzah yang dilihat sengaja mempromosikan minuman keras secara terbuka walhal ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni sebagai orang Islam.

Tatkala blogger pembangkang seperti Malaysiawaves tengah syok susun percaturan politik dengan melabelkan UMNO menghalalkan arak dek kerana Allahyarham Tunku Abdul Rahman pernah merasmikan pembukaan kilang Guinness dahulu.

Kini percaturan politik tersebut semuanya musnah gara-gara kebodohan Nurul Izzah.

Sekarang apa agaknya 'spin' terbaru yang akan direka?

Jangan hairan jika selepas ini blogger PAS/PR muncul dengan membela Nurul Izzah dengan mengatakan Nurul Izzah mempromosikan minuman buah-buahan berperisa anggur, bukan wine sebagaimana 'dituduh' blogger pro kerajaan.

Hahaha!!!...

YY : Izzah 'cheers'!!!

Friday, November 25, 2011

Pembangkang Atau Razali Ibrahim Yang Bersikap Seperti Anak Kecil?


Bila terbaca artikel tulisan saudara Amin Iskandar sebagaimana dipaparkan di atas, jelas memperlihatkan betapa biasnya laporan penulis tersebut. Beliau menempelak Dato Razali Ibrahim ekoran kenyataan DRI ketika pasukan bola sepak negara menjuarai pingat emas sukan SEA tempoh hari.

Ketika Malaysia menjuarai pingat emas sukan SEA dalam acara bola sepak tempoh hari, Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan "Pakatan racuni peminat Indonesia Benci Malaysia".

Nampaknya Dato Razali Ibrahim telah membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih, tidak pula diketahui berapa kotak tisu digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam mengenang kesedihan melampau yang dialami mereka gara-gara kenyataan Dato Razali Ibrahim.

Hahaha...

Hoii...penyokong Pakatan Rakyat usahlah bersedih, kerana apa yang dikatakan itu semuanya benar belaka, mari kita tengok apa Anwar Ibrahim telah lakukan setiap kali di hadapan rakyat Indonesia.

Umum mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan nama Malaysia setiap kali ke luar negara, bukan sahaja Anwar Ibrahim Nurul Izzah pun pernah memburukkan Malaysia di Indonesia secara tidak langsung telah membangkitkan perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Jika terlupa mari sini saya ingatkan saudara pembaca :

Ogos 2011 yang lalu Anwar Ibrahim dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Anwar kata orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Selepas itu anaknya si Nurul Izzah juga bertindak memalukan imej  negara ketika ditemubual media Indonesia. Pada waktu Nurul Izzah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan palsu tentang kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Beliau juga cuba membayangkan bahawa kelengkapan pasukan keselamatan negara kita lemah dengan menyatakan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh selam walaupun isu ini banyak kali dijelaskan dalam Parlimen.

Dan yang terbaru Anwar Ibrahim memburukkan pula sistem kehakiman dengan dengan pelbagai tuduhan liar,(klik) adakah tindakan ini bukan satu penghinaan kepada negara di mata saudara di mata Amin Iskandar?

Apa yang tidak betul dengan kenyataan Dato Razali Ibahim tempoh hari? Anwar Ibrahim tahu bahawa media Indonesia cukup minat jika ada pemimpin Malaysia sendiri yang 'ganyang Malaysia' sebab itu beliau selalu buat kerja bengong burukkan negara sendiri. Secara tak langsung imejnya popular di media Indonesia.

Sekarang saudara pembaca lihat dan buatlah penilaian sendiri, adakah salah kenyataan Dato Razali Ibrahim, adakah kenyataan itu merupakan kenyataan kebudak-budakkan? Akhir kata tahniah Dato Razali Ibrahim sebab berjaya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih.

Hahaha....

YY : Kehkehkeh... DRI teruskan sessi balun PR!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal