NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label COMANGO. Show all posts
Showing posts with label COMANGO. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Pertahan Islam, Tolak Tuntutan Comango! #AntiComango


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu umat Islam di negara ini bersatu menolak tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia jelas bercanggah dengan Islam.

Yang Dipertua Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam perlu meletakkan kepentingan agama terlebih dahulu berbanding perkara lain.

“Bantahan kerajaan terhadap tuntutan Comango ini jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan budaya dan nilai-nilai yang masih menjadi asas kepada struktur kenegaraan kita,” katanya selepas menghadiri Karnival Bicara Sakinah di sini hari ini.


Comango pada Oktober tahun lepas dilaporkan menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Semalam, kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Okt 2013.



Dr Asyraf yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini, namun ancaman itu dijangka berterusan kerana Comango dijangka terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi berikutnya pada 2017.

“Ini bermakna kejayaan ini tidak akan bertahan, Comango akan ada susulan kerana semakan ini empat tahun sekali dan desakan ini akan terus berlaku.

“Apabila kita bersatu dengan sendirinya apa jua tuntutan asing yang dibawa akan tertolak dan pada masa yang sama Yadim akan teruskan sokongan kepada NGO Islam untuk kita merangka pelan jangka panjang untuk kita berjuang,” katanya. (umno online)


Jalankan tanggungjawab anda sebagai orang Islam dengan menandatangani petisyen menolak Comango - [SINI]

Sunday, March 30, 2014

Comango Liberal Bertopeng Kebebasan Bersuara & Hak Asasi Manusia #AntiComango


Comango bergerak di sebalik hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dalam meraih kepercayaan rakyat Malaysia supaya menyokong setiap tuntutan yang dibuat oleh mereka. 

Perenggan yang menyebut hak untuk bersuara dan berpersatuan yang terkandung dalam perlembagaan digunakan sebaik mungkin bagi mengaburi mata masyarakat Islam.

Sebenarnya gerakan liberalisme di Malaysia telah lama dijalankan oleh beberapa pihak melalui SUARAM.


Comango adalah penyambung gerakan liberalisme daripada kumpulan pernah mencadangkan penubuhan IFC yang mengandungi 14 tuntutan pada tahun 2010. Rata-rata anggota Comango terdiri dari kumpulan yang sama ketika mencadangkan penubuhan IFC.

Namun ancaman sebenar terhadap Islam di sebalik tuntutan Comango adalah gerakan Kristianisasi yang digerakkan dua individu di bawah :


Selain berselindung di sebalik kebebasan bersuara, hak asasi manusia Comango turut bergerak melalui hak kebebasan untuk media bagi menjayakan misi mereka. 


Jika diteliti keberanian gerakan liberalisme Comango dalam memperjuangkan tuntutan gila kepada kerajaan Malaysia kerana mereka didalangi oleh kumpulan parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR.

Jadi apakah tindakan kita untuk menolak setiap tuntutan badan haram bernama Comango?

Sebelum mereka menuntut hak untuk seks dengan binatang, ayuh kita sepak Comango!



Tandatangani petisyen sejuta ummah menolak Comango [SINI]

Sertai #AntiComango Facebook page [SINI]


Arios...!

Saturday, March 29, 2014

#AntiComango : Tiga Sebab Kenapa Umat Islam Wajib Tolak COMANGO


Sebelum ini negara digemparkan tuntutan kontroversi oleh COMANGO ke atas kerajaan, antara tuntutan yang mencetuskan bantahan umat Islam adalah :
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
  • Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI).
Tiga tuntutan yang dibuat oleh COMANGO selain bercanggah dengan kesucian Islam ia turut menyentuh perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

Tuntutan COMANGO juga bakal memberikan implikasi buruk kepada rakyat negara ini yang berbilang kaum.

Justeru, tiga sebab kenapa kita sebagai umat Islam wajib menolak COMANGO adalah ;
  • ICCPR - kerana memberikan hak kebebasan beragama dilihat bercanggah dan tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
  • ICERD - kerana mencetuskan perkauman di mana melibatkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan orang Melayu dan kontrak sosial.
  • SOGI - kerana memberikan pengiktirafan terhadap amalan seks songsang Lesbian, Gay, Biseksual, dan perkahwinan sejenis, perkara ini selain tidak selari dengan hukum alam.


Luangkan sedikit masa untuk mendengar bahaya tuntutan COMANGO dan gerakan liberalisme yang dibawah oleh kumpulan manusia gila di zaman moden :



Jika anda belum menandatangani petisyen menolak COMANGO sila laksanakan tanggungjawab kita untuk memerangi musuh-musuh Islam [PETISYEN COMANGO]

Bersama tolak COMANGO menerusi laman Facebook - Anti Comango

Arioss...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal