Proses demokrasi yang dilaksanakan dalam Pemilihan UMNO 2013 bagi tiga pergerakan sayap berakhir dengan peristiwa memalukan gara-gara sikap tidak profesional JK Pemilihan sendiri.
Selain tidak profesional kerana terlalu awal mengeluarkan kenyataan kononnya keputusan dapat diketahui seawal jam 8.00 malam dan keputusan rasmi sekitar jam 3.00 pagi.
Keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.
Sehingga jam 5.00 petang tadi media yang mula berkampung juga tertanya-tanya apakah yang berlaku terhadap keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan empat calon yang bertanding.
Keraguan mula muncul apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan :
Justeru kita perlu susuri semua kronologi keputusan pemilihan bagi sayap pergerakan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, TV3 dan beberapa media lain sejak semalam.
Memetik dua laporan media iaitu Berita Harian dah TV3 yang berakhir jam 2.30 pagi :
Khairul Azwan 44, Jamawi Jaafar 35.
Selepas tunggu semalaman, pagi (13 Oktober 2013) tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal. (mungkin kalkulator habis bateri)
Ok, kita terima.
Akhirnya satu keputusan (SERI) dikeluarkan di mana Khairul Azwan memperolehi undi dari 73 bahagian begitu juga Jamawi Jaafar.
Satu keputusan yang menimbulkan keraguan kepada ramai pihak lebih-lebih lagi satu salinan keputusan awal pengiraan telah pun dikirimkan kepada seseorang.
Dalam kiriman tersebut menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.
Disusuli dengan Iruan yang mendapat undi dari 26 bahagian dan Lokman Adam 18 bahagian.
Jumlah keseluruhan ialah (74 + 71 + 26 + 18 = 189) - keputusan pemilihan bagi pergerakan sayap dikira berdasarkan undi dari 189 bahagian kerana dua bahagian iaitu Pensiangan dan Gelang Patah mempunyai masalah di peringkat bahagian.
Dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar.
Tetapi anehnya hari ini ia berakhir dengan keputusan seri 73-73 dan bakal ditentukan melalui undian popular.
Undi popular tidak akan menyelesaikan kemelut ini, kerana berdasarkan undi popular ia jelas memberi kelebihan kepada Jamawi Jaafar yang memperolehi undi sebanyak 19,497 perwakilan dari 71 bahagian.
Manakala Khairul Azwan pula hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 perwakilan dari 74 bahagian. (perkiraan awal sebagaimana tertera dalam kertas yang dikirimkan kepada seseorang)
Justeru bagi menyelesaikan misteri 73-73 sewajarnya undi setiap bahagian dikeluarkan satu persatu iaitu jumlah 73 undi bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon datang dari bahagian mana?
Contoh undi bahagian A jatuh kepada Jamawi atau Khairul Azwan atau ikut saranan KJ :
Kalau undi popular, umum sahaja Jamawi Jaafar menang dalam sidang media tadi kenapa perlu 70,000 perwakilan pemuda menunggu selepas Hari Raya Haji?
Ia peristiwa yang cukup memalukan UMNO, siapa mahu jawab dan siapa harus dipertanggungjawabkan?
Arios...!
P/S : Bro Jamawi Jaafar, saya tiada masalah sama kamu bah, cuma bermasalah keputusan yang meragukan - jangan marah buss!!!