Macam anak dengan bapak tak gaya kat atas...?
Hahaha...
Mungkin ada yang pelik apabila saya bertemu dan beramah-mesra bersama Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.
Kerana Datuk Tajuddin Abdul Rahman 'The Pasir Salak Gangster' sebagaimana gelaran yang saya berikan kepada beliau sebelum ini merupakan pemimpin veteran yang dikritik oleh saya terutama ketika kempen Pemilihan UMNO 2013.
Artikel hentaman saya boleh dibaca di pautan - [Tampar ahli Pemuda], [Pelingkup MOA], [Ugut Ketua Cawangan], [Pejuang Bangsa atau...?]
Waktu itu saya beranggapan bagi melakukan tranformasi dalam parti serta meremajakan UMNO perwakilan perlu menggantikan pemimpin 'season' dengan muka-muka baru.
Namun, walaupun dikritik dan dihentam teruk, beliau berjaya mempertahankan jawatan Ahli Kerja Tertinggi UMNO apabila memperolehi undi sebanyak 127 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
Melihat kemenangan beliau terdetik di hati saya - "apa yang hebat sangat pasal orang tua gila ni selain 'outspoken' di Parlimen sehingga M.Kulasegaran pernah dipanggil 'bastard'?
(memang ahli Parlimen PR 'bastard' pun haha..)
Mana tidak hebat, mampu membuat 'comeback' selepas diterima semula menyertai UMNO pada tahun 1998, dipilih sebagai Timbalan Ketua pada tahun 2000 dan kini memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak serta mendapat kepercayaan menduduki barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sehingga sekarang.
Melihat kejayaan beliau berpolitik, saya meluahkan hasrat untuk bertemu mata dengan beliau. Akhirnya hari ini satu jam beliau meluangkan masa menerima kunjungan peribadi saya di pejabat beliau Tingkat 16, Wisma Tani.
Dato Maharajalela, Demi Parti & Orang Melayu
Datuk Tajuddin, menjadikan semangat juang Dato Maharajalela dan Dato Sagor sebagai inspirasi diri serta barisan ahli UMNO Pasir Salak memandangkan kawasan ini terkenal dengan semangat perjuangan Melayu, jika parlimen tersebut tumbang kepada pembangkang ia menggambarkan kelemahan perjuangan orang Melayu itu sendiri.
Hasil semangat juang inilah antara resipi kejayaan beliau bersama barisan jentera UMNO Pasir Salak ketika kempen PRU13 yang menyaksikan BN berjaya pertahankan P73 Pasir Salak dengan majoriti lebih 7,000 undi iaitu majoriti kedua tertinggi bagi kerusi parlimen dalam negeri Perak.
Demi parti UMNO dan orang Melayu adalah asas utama setiap kali beliau melaksanakan amanah sebagai pemimpin, maka tidak hairanlah walaupun pernah dipecat dari UMNO, beliau tidak berpaling tadah kepada parti dengan menuduh atau memburuk-burukkan parti.
Setia & Tidak 'Oppurtunist'
Di akhir pertemuan beliau turut berikan tips kejayaan beliau dalam berpolitik iaitu kena berani, tegas, setia dan tidak bersikap 'oppurtunist' dan jangan sesekali memperalatkan orang lain demi kepentingan peribadi atau politik antara sebab Datuk Tajuddin disenangi oleh ahli UMNO di bahagian yang diwakilinya.
Maka tidak hairanlah sebelum menerima kunjungan saya, beliau terlebih dahulu menerima kunjungan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan barisan AJK dari bahagian yang diketuainya.
Tujuan saya berjumpa beliau selain menjernihkan hubungan, adalah kerana saya mahu mengenali sendiri karakter pemimpin veteran yang cukup dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan bengis.
Pertemuan kami berakhir di mana Datuk Tajuddin meminta izin untuk menunaikan solat Zuhur. Hasil pertemuan kami boleh dikatakan hanya satu karakter peribadi Datuk Tajuddin yang betul iaitu beliau 'outspoken', tidak pula saya dilempang walaupun saya melemparkan pelbagai tuduhan sebelum ini.
Hahaha...
Terima kasih juga kepada Datuk Ibrahim Katop, yang turut melayan saya sementara menunggu Datuk Tajuddin selesai bermesyuarat.
Arioss...!
Arioss...!
YY : Tak kenal maka tak cinta...haha!
20 comments:
YY respek lu bro, berani berjumpa dengan Datuk. Saya sudah cakap dulu bro salah anggap tentang Datuk.
Saya pemuda pasir salak pun tkde gambar peluk Datuk hahahaha.
hebat..!!
YY memang hebat..!!
Cengeng muka Datuk. WAKAKAKAKA
Pangiran Rizal,
Lain mcm komen, dh makan ke, jom KFC. ahahahah
Banyak Datuk buat kat Pasir Salak. Bro boleh singgah di Pasir Salak sendiri tengok. Datuk tegas sebab dia layan ahli pemuda ibarat anak-anak dia. Lu je bro salah anggap. Kan dah cakap cerita lu tulis banyak yaang tak betul pasal datuk tajuddin.
hehehe....
PATUT SEMUA MENTERI PERLU MESRA AKTIVIS MEDIA SOSIAL. JANGAN JADI MACAM MENTERI AYAM TAKNAK DAN SOMBONG UNTUK DEKATI BLOGGER/FACEBOOKERS WALAUPUN BANYAK STATMENT MACAM GAMPANG YANG MENYUSAHKAN RAKYAT DAN KERAJAAN. MANTAP ADMIN DGN TAJUDDIN PUNYA GAMBAR. HAHAHAHAHAHA SUSAH TU NAK DOK MACAM TU.
Bos lama lu korporat muda tak marah ke. akahkakakakakakaka...
tanye la jugak kt datok...ape yg dibuat kat...komplek sejarah pasir salak tu...aku penah singgah...tapi dah mcm melawat rumah org mati je..just 4 anon 1.34am.jangan kuat sgt kipas brooo....
Terbaik bro..
Aku nak jumpak jugak lah kalau camni..kehkeh
Yg sebenar nya beliau disukai diPasir Salak kerana habuan darinya tapi sebalik yg xnak habuan lebih sayangkan UMNO walaupun BN ditolak cina langkap & Chuicak.......itu lah undi majoriti 7000 lebih.
Disukai sebab habuan?
Boleh perincikan bab habuan tu, kpd siapa dan sebab apa habuan diberikan?
Sy bukan nk pertikai sbb sy bkn dpt habuan pun dari Tajuddin. Cuma mintak sertakan asas kukuh utk tuduhan tersebut.
Ramai ckp mcm ni kpd sy sblm ini, tp tk seorang tampil dgn bukti kukuh. Itu sy pergi tanya dia sendiri.
Bab kaum cina di situ tolak dan tk mau bg undi kpd BN adakah ia kegagalan UMNO atau ia kegagalan MCA?
ANON January 8, 2014 at 3:20 PM.
PEGI JILAT BOS KO AZWANBRO. HABIS HARTA DAH KAT PERAK DIA REMBAT. BERAPA DIA BAYAR KAU UNTUK KOMEN.
ANON jan 9,2014 at 11:20 PM.
Hamba ni generasi ke2 di Labu Kubong & sudah mengikuti perjalanan politik pasir salak sekian lama, tuan hamba silap orang, sejarah Datok tajuddin dari muda pun ada di dairy kami, UMNO ada lah kecintaan kami. duit Azwanbro ka duit tajudin ka tiada dihati kami....kami hanya pesawah biasa bermain lumpur di bendang.
duit azwanbro ke duit tajudin ke tiada dapat menandingi kecintaan kami pada UMNO yg membila kami pesawah biasa di Labu Kubong .....anon jan 9,2014 at 11.20PM tuan hamba salah orang, kami dah mengikuti sejarah politik Pasir Salak sekian lama.
(anon jan 8,2014 at3:20 PM)
anon jan 9 2014 at 11:20PM.
duit Azwanbro ka duit Tajjudin ka tiada di jiwa kami melebihi kecintaan pada UMNO yg membela kami pesawah biasa di Labu Kubong dari mula diteroka hingga sekarang,sejarah Tajudin di pasir salak juga ada dalam diary kami.....anda salah orang ..walaupun 1 undi kami tiada nilai tapi nilai lah jiwa kami.
Diari politik Azwanbro ko ada sekali tak January 10, 2014 at 3:57 PM?
Kalau takada saya boleh bagi, bagaimana Azwanberuk naik di Perak dan bagaimana dia sakau habis projek balak.
Jangan gaduh-gaduh tak elok orang tengok. :)
xgaduh hanya menyuarakan, xpayah bagi dairi azwanbro sama saja dia orang ......membujur ka melintang ka dia orang telan .....kami ni pengundi BN tegar, letak kopiah Tajuddin pun kami pangkah.
tapi adakah kita upaya mengubah mereka semua.
Jabatan Media Sosial Malaysia (Di Bawah PEMANDU)
Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Amhari Nazaruddin
Timbalan Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Akmar Hisham Mokhles
Jabatan Media Sosial Malaysia telah di tubuhkan pada Mac 2013 bagi menghadapi Pilihanraya umum ke 13 Selepas PRU13 JMSM diteruskan dan melaksanakan tugas di setiap Zon. Beberapa negeri sudah siap dengan pejabat dan kelengkapan serta pasukan media sendiri.
Pejabat Zon JMSM
Pulau Pinang (Che Wan MPP) - mewakili zon utara iaitu Kedah, P.Pinang dan Perlis
Selangor (MYKMU) - mewakili zon tengah perak,selangor,wilayah, N.9
Johor - mewaki zon Selatan Johor, Melaka
Terengganu (AAKJ) - mewakili zon pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Konsultant dar Singapura di lantik oleh JMSM bagi menyediakan segala kemudahan dan juga sebagai penasihat kepada Jabatan Media Sosial Malaysia.
Post a Comment