NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Monday, March 4, 2013
[VIDEO] : #OpsSulu - Kronologi Pencerobohan #LahadDatu - Siapa Beri Dana Kewangan Kepada Sultan Sulu? #Pray4Sabah
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.
Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar.
Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.
Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.
Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
Label:
Lahad Datu,
RCI,
sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Isu tinted kenderaan bukan perkara baru diperkatakan, malah telah diperdebatkan sejak tahun 2009. Pelbagai jawapan dan penjelasan telah ...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2013
(260)
-
▼
March
(33)
- Kritikal Terhadap Kerajaan, Siapa Prof. Emeritus A...
- PKR Rancang Cetus Kekecohan di Pusat Buang Undii
- Pelampau Agama dan Kebenaran di Sebalik Peristiwa ...
- 13 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang #PRU13
- Makin Terpesong, Ulamak Kelantan Jauhi PAS! #Tukar...
- Part 2 : Kebenaran Di Sebalik Liwat II
- [VIDEO] : #PKRGangster - Kacau Ceramah Zulkifli No...
- Diancam Orang Presiden PKR, Kandungan Laporan Poli...
- [VIDEO] : #PrayForSabah - Ketibaan Perwira Anak Ke...
- Part 1 : Kebenaran di Sebalik Liwat II
- #LahadDatu : Check Mate! Twitter & Emel AIC Menges...
- Ratu Cantik 'Mak Nyah' Di Serambi Mekah, UMNO Juga...
- [VIDEO] : Orang Kelate 'Naik Angin' Dengan Tun M! ...
- [VIDEO] : #PrayForSabah Sidang Media Terkini Temba...
- Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #...
- Hipokrit & Cemburu Terhadap Lelaki, Surat Bukti Wa...
- RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 ...
- [VIDEO] : Ops Daulat Sidang Media Terkini PDRM Ber...
- [VIDEO] : Sidang Media Ketua Polis Negara Selepas ...
- [VIDEO] : Keadaan Kg.Tandou #LahadDatu Sebelum Ser...
- #OpsSulu : Situasi Tenang, Walaupun Serangan Dilan...
- Provokasi Tian Chua Selamatkan Anwar Ibrahim Dari...
- [VIDEO] : Rakaman Keadaan Mayat #PengganasSulu - #...
- [VIDEO] : #OpsSulu - Kronologi Pencerobohan #Lahad...
- [VIDEO] : Sidang Media Terkini @PDRMsia Jam 9.00 p...
- #LahadDatu 2 Lagi Anggota Terbunuh : Bukti Terbaru...
- Ahli DAP Kurang Ajar! Gelar Anggota Terkorban 'Anj...
- [VIDEO] : Wajib Tonton - The IFiles Part 2/10 : Ma...
- Insiden Lahad Datu Tamat - Perisik Dedah Penglibat...
- [VIDEO] : Rakaman Terkini Insiden Tembak-Menembak?...
- [VIDEO] : #LahadDatuStandOff - Lahad Datu Darurat
- #LahadDatuStandOff : 10 Terbunuh, 4 Cedera
- [VIDEO] : Perisik Jonathan Smith Dedah Maklumat A...
-
▼
March
(33)
No comments:
Post a Comment